Tukar Tiub |
- BILIK SULIT MALAM INI
- BAGAIMANA BERITA BERMULA
- PENCERAHAN DARI PEMBACA
- PERANG DINGIN ATAU TIBAI DINGIN
- KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI
- BELAJAR DARI PENGALAMAN
- SATU CALON ANUGERAH HASAN MALEK
- PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI
Posted: 07 Nov 2013 07:00 PM PST | ||
Posted: 07 Nov 2013 05:00 PM PST DARI FACE BOOK KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...INI LAH PERANAN MEDIA BARU.... kah kah kah.. kah kah kah...MEMECAH BERITA SAMBIL MEMBUAT BERITA... kah kah kah.. ------------- | ||
Posted: 07 Nov 2013 06:00 AM PST PENCERAHAN UNTUK LONG LIBONG apakah perlu di sambung atau di tamatkan dan disambung satu ketika lain IDEA-IDEA DARI PEMBACA takan takda batu bersurat kastam cencen jota 24 dan rekod imigresen altantoya dalam gua tu....mesti ada mambang darat,laut atau sungai yang memantau akaun bank tabungan dari kecik-kecik on KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI Anonymous at 6:42 PM TT punya power buat aku rasa macam nak menangis je ni.. on KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI Publish | Delete | Spam Anonymous at 5:58 PM hanya cia kenal cia..hanya sasterawan kenal sasterawan..hanya pejuang kenal pejuang..kah kah kah buat buku millionaire lah penulis ni...woit nak tanya long libon cia ke? kah kah on KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI Anonymous at 5:13 PM----------- | ||
PERANG DINGIN ATAU TIBAI DINGIN Posted: 07 Nov 2013 05:00 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB apa tujuan mahathir timbulkan hal ini? serang ghani patail untuk apa? untuk serang najib? untuk naikkan hakim negara baru yang akan tunduk pada nya lihat dan tunggu kemana arah serangan ini apa yang jelas najib pasti tersedak -------- | ||
Posted: 06 Nov 2013 08:00 PM PST KESAH LONG LIBON DI SAMBUNG LAGI RIWAYAT ITU BERSAMBUNG LAGI Hamba sambung kembali kesah Long Libon. Hujan masih turun mencurah-curah. Kilat sabung menyabung macam dawai leterik putus tersangkut. Guruh berdentam dentum. Halilintar memecah bumi. Petir panah memanah dan guruh letup meletup saperti George Bush sedang menyerang Saddam Hussein. Hamba merasa takut. Takut kalau-kalau banjir akan sampai. Takut kalau-kalau rumah Long Libon ini akan dihanyut air. Mengikut labon Orang Kampong keluarga Long Libon telah menjadi kaya samenjak jala Long Libon tersangkut dalam sungai. Entah apa yang telah menyambar jala itu. Entah apa yang diperangkap oleh jala. Entah apa yang dibawa jala naik ke darat. Macam macam kesah didengar. Ada Orang Kampong berkesah jala Long Libon telah tersangkut dengan peti harta Qarun. Ada berkesah Long Libon dapat number ekor dari Vincent Tan. Ada yang berkesah bagaimana George Soros tersilap menghantar dana. Tiga kotak dolar dan ringgit yang dihatar oleh George Soros untuk NGO milik Marina Mahathir tetapi entah macam mana kotak duit ini sampai ke Long Libon. Orang Kampong menggelarkan Long Libon Mat Koyo. Ada yang berkesah nama Mat Koyo ini muncul kerana Long Libon suka memakai koyok Jepun bila sakit kepala. Ada yang berkesah koyo ini datang dari perkataan kaya. Satelah jala tersangut keluarga miskin dihujung kampong ini menjadi kaya. Ini teori Orang Kampong Ramai Orang Kampong mengaku kenal baik dengan Long Libon. Semua mengakui menjadi Tok Perawi saheh – membawa kesah Mat Koyo yang saheh. Tetapi biar hamba royak disini. Amat susah untuk disahehkan semua kesah-kesah ini. Semua cerita dari mulut Orang Kampong Lidah Bercabang. Semuanya mungkin betul dan semua mungkin salah. Kerana itu hamba sendiri datang nak mencari apa yang benar. Sedang hamba ngelamun memandang hujan yang mencurah turun tetiba jantan hamba di ganggu lagi. Pelesit Sundal Malam masuk ke ruang tamu membawa sedulang kopi. Mata hamba berlakon memandang ke arah dulang walhal ketika Pelesit Sundal Malam membongkok menuang kopi yang jadi sasaran ialah ehem ehem... malu nak cakap. Tapi jawapannya gagal. Tidak ada apa-apa yang terbuka. Long Lobon datang menghampiri hamba. Sambil menggulong tambakau sambil bercerita. Ntah kenapa cerita yang dikesah semuanya seram dan menakutkan. " Kau tahu Badangkan? Kau tahu muntah hantu? Kau pernah jumpa Hantu Raya?" Dia bertanya sambil matanya memandang tepat muka hamba. Belum sempat hamba menjawab Long Libon bersuara lagi. "Tu... Mahathir yang kau nampak tu... itu bukan Mahathir..itu hantu raya. Mahathir udah lama mati. " " Kau tahu kenapa Rosmah gemok macam itu... dia tersalah pakai susuk. Tok Bomoh dah siapkan susuk emas. Tapi ada orang kelepet susuk emas itu...ganti dengan jarum peniti. Tu pasal dia jadi gemok dan muka nampak masam. Kau ingat aku ni bohong ke? Kau ingat Bala... Bala yang jaga Altantuya tu mati kerana apa? Bukan kerana sakit jantung laaa.. aku tahu... dia kena buatan Bomoh India". Hamba terpinga-pinga. Hamba tidak ada pilihan melainkan mendengar semua kuliah ' hantu, jin dan polong' yang keluar dari mulut Long Libon. Untuk menyedapkan cerita kesemua anak beranak sokong menyokong. Ayah kata ini. Emak kata itu. Tiga orang anak angguk mengangguk. Hamba seorang sahaja yang melopong mendengar. Yang menjadikan hamba kecewa ialah Pelesit Sundal Malam pun turut sama mengaminkan apa sahaja hantu yang keluar dari mulut ayahandanya. Dipendekkan cerita, esoknya sesudah minum pagi Long Libon a.k.a Mat Koyo sudah berjanji untuk membawa hamba ke tempat jala tersangkut. Hati hamba berdebar-debar. Apakah rahsia yang akan menjelma. Apakah Hantu Raya Mahathir akan datang atau Bomoh India akan muncul. Kami berempat sampai ke tempat yang ditujui. Bukan ditepi sungai. Bukan ditebing jala tersangkut. Tapi dihadapan sebuah bukit batu. Tanpa banyak becakap Long Libon menghampiri tembok batu itu dan membisikan sesuatu. Tetiba tembok batu itu terbuka luas. Dengan tanda isyarat Long Libon menjemput kami masuk. Hamba diapit oleh Pidun dan Kitam. Apa yang hamba lihat dalam gua ini terlalu payah untuk hamba kesahkan. Mungkin ramai akan menuduh hamba ini membawa kesah kurafat. Membawa kesah karut marut. Membuat onar mengoncang akidah. Tetapi hamba rasa kesah ini wajib disampaikan kepada anak cucu cicit kita agar mereka akan menurunkan riwayat ini kepada anak cucu cicit mereka pula. Macam tak percaya apa yang hamba lihat dalam gua batu ini. Dua buah injin jet tegak berdiri. Sahehlah ini injin jet TUDM kerana diinjin itu ada tertulis dalam tulisan Jawi : Kalau kantoi tuduh Muthu Towkay Besi Buruk. TUDM rules okay! Mulut hamba ternganga melihat injin jet ini. Rupa-rupanya dalam gua ini ianya tersimpan. Kami berjalan lagi hingga sampai ke satu petak yang agak terang. Disini mata hamba menjadi kabur. Kabur kerana tak percaya apa yang sedang hamba lihat. Diatas sebuah meja batu tersusun pistol-pistol pelbagai jenis. Mata hamba mula menghitung. Ada terkira 44 pucuk pistol. Tak jauh dari meja pistol itu hamba ternampak tiga butir bom. Jelas bertulis C4. Di sebelah bom itu kelihat 14 laras senapang jenis lama, 5 pucuk Styner dan 6 pucuk Kalashinikov. Di tepi bom C4 itu ada sahelai kertas berrtulis : Bukan Razak Baginda Yang Curi. ' Semua ini adalah senjata polis dan tentera kita yang dikatakan hilang. Lihat disana ada 44 pistol polis. Inilah pistol yang dikatakan jatuh ke dalam air oleh Zahid Hamidi. Tujuh pistol itu agak kemik sadikit kerana jatuh dari lubang jamban. Kemik kerana lubang jamban itu agak kecik. Lihat di sana ada beberapa buah walkie talkie... semua ini harta PDRM.." Demi Zeus apabila hamba hampir jatuh pengsan. Senjata ini memang telah dilaporkan hilang. Injin jet ini telah lama dicari tak jumpa jumpa. Dalam laporan tahunan audit negara yang terbaru memang ada laporan pistol polis hilang.Tetapi bagaimana injin jet ini, senapang ini dan pistol ini masuk ke dalam gua ini. " Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi tentang pistol dan senapang jatuh ke dalam air adalah betul. Hanya parti pembangkang yang suka membuat heboh. Tuduh sana tuduh sini. Mereka tidak tahu cerita sebenar. Kami sekeluarga sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Kami tak membawa cerita kepada sesiapa pun. Ini janji kami dengan Wong Kaitong." Siapa pulak Wong Kaitong? Belum pun sempat hamba membuka mulut untuk bertanya Long Libon terus bersurah panjang. Rupa-rupanya jala Long Libon telah tersangkut dengan anak Jin Afrit Wong Kaitong – Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban. Long Libong telah melepaskan anak Wong Kaitong dari perangkap jala maka sebagai hadiahnya Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban ini telah memberi mantra sakti untuk membuka mana-mana gua batu dalam dunia ini. Memang susah hendak dipercayai riwayat ini. Tetapi hamba telah melihat dengan mata sendiri 44 pucuk pistol PDRM terletak dimeja batu. Malah mengikut surah Long Libon pistol PDRM yang ditemui dalam jamban itu mungkin akan berkarat kalau tidak di selamatkan oleh Wong Kaitong. Maka hamba tersedar bahawa rupa-rupanya selama ini ada makhluk yang menjadi Raja yang menjaga sungai parit dan jamban. Hamba tidak menyangka bagitu besar peranan Raja ini. Rupa-rupanya Raja inilah yang telah menyelamatkan semua pistol PDRM yang terjatuh ke dalam sungai, parit, longkang, kolam dan jamban. Bersyukur! Hamba termenong sabentar. Bagaimana dengan bom C4? Kenapa dia ada disini? Apakah ada juga Raja Jin Afrit yang menjaga bom ini? Long Libon macam tahu sahaja apa yang ada dalam kepala hamba. " Bom C4 itu telah dijumpai dalam jamban di Bukit Damansara. Wong Kaitong telah menyelamat Damansara kerana semua jamban-jamban telah tersumbat kerana ada orang menyimpan bom ini didalam jamban". Mata hamba terbeliak bila mendengar bab ini. Kami pun berundur ke pintu gua. Long Libon dengan senyum terus bercerita. "Sesekali aku pun buka pintu gua lain'. Maka hamba terfikir mungkin dalam gua yang lain ini Long Libon terjumpa emas atau micro chip yang pernah hilang di Sebrang Prai. Mungkin inilah yang menjadikan keluarga ini berubah nasib. Dekat pintu, kami sekali lagi berhadapan dengan dua jet injin. Mata hamba memandang tepat dan cuba mencari jawapan dimana agaknya injin ini ditemui oleh Wong Kaitong. Mungkin dalam Sungai Perak atau Sungai Pahang. ' Aku tahu apa yang dalam kepala kamu. Kamu nak tahu dari mana injin jet ini ditemui. Jangan terperanjat. Jet ini ini di temui oleh Wong Kaitong dalam jamban Rosmah di Putrajaya." Mulut hamba terbuka luas. Demi Kala Dewata hebat sungguh Wong Kaitong. Akhirnya hamba berpuas hati. Lalu meminta diri untuk pulang. Ditengah jalan baru teringat hamba belum dapat jawapan kenapa minah cun gadis sunti itu diberi nama Pelesit Sundal Malam. Mungkin itu kesah lain. ( TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN sesiapa yang mahu melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03-92-21-10-45 ----------- | ||
Posted: 06 Nov 2013 07:30 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB kenyatan yang diputar belit ini sering berlaku kenyataan salah lapor ini sering berlaku kenyataan yang diputar belit sering berlaku politikus pakataan selalu tuduh akhbar milik united malays national organisation putar belit kan kenyataan kenapa tak sedar ini memang tugas media milik parti ketuanan melayu ini kerja mereka media ini mahukan pakatan rakyat pecah bila pakatan rakyat pecah makan united malaya national organisation terus berkuasa apa yang perlu dilakukan ialah: 1 - jangan berita kenyataan secara mendadak 2 - jangan layan wartawam yang memerangkap 3 - semua kenyaana hendaklah di tulis 4- semua kenyatan dalam talipon wajib di rakam 5 - konsep off the record TIDAK boleh pakai rakyat sudah letih mendegar kerenah ini belajar lah dari pengalaman ilmu pengetahun ialah pengalaman yang dikumpul buku ialah pengalaman yang ditulis mustahil tak sedar perkara ini Karpal mahu PAS dibatal hanya putar belit
KUALA LUMPUR: "Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan," jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi. Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat. JANGAN JADI HASAN MALEK --------- | ||
SATU CALON ANUGERAH HASAN MALEK Posted: 06 Nov 2013 07:00 PM PST YB IRMOHIZAM IBRAHIM DI CALONKAN ANUGERAH HASAN MALEK Isytiharkan UiTM sebagai Universiti Diraja KUALA LUMPUR 6 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dicadangkan diisytihar sebagai Universiti Diraja UiTM sejajar dengan komitmen kerajaan memperkasa bumiputera dalam bidang pendidikan. Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) ketika melontarkan cadangan itu berkata, status Universiti Diraja tersebut dapat menghentikan campur tangan pihak tertentu yang cuba menggugat kewujudan UiTM. KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... KAH KAH KAH... kah kah kah.. kah kah kah... WHAT A BRILLIANT IDEA... kah kah kah.. kah kah kah...UNIVERSITI DIRAJA MENCANTING BATIK... kah kah kah.. kah kah kah..UNIVERSITI DIRAJA DONUT... kah kah kah.. kah kah kah... UNIVERSITI DIRAJA SENAM 36JAM... kah kah kah.. woit... IBU SEGALA UNIVERSITI DIRAJA .... kah kah kah.. kah kah kah...UNIVERSITI DIRAJA HASAN MALEK... kah kah kah UNIVERSITI DI RAJA DONUT UNIVERSITI DI RAJA SENAM ANGKAT KAKI UNIVERSITI DI RAJA CANTING BATIK TERPANJANG UNIVERSITI DIRAJA GOYANG PUNGUNG 70 JAM | ||
Posted: 06 Nov 2013 06:30 PM PST |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan