Roslan SMS Corner |
Posted: 17 Nov 2013 09:17 PM PST Pemilihan PAS tinggal beberapa hari sahaja lagi. Minggu ini saf kepimpinan tertinggi parti Islam ini akan ditentukan oleh para perwakilannya yang mewakili akar umbi parti seluruh Negara. Mungkinkah slogan 'KEKAL" akan diterima atau "UBAH", sama-sama kita nantikan.Tidak seperti parti-parti lain, PAS sebagai sebuah gerakan Islam telah menetapkan garis panduan untuk mempromosi calon-calon yang bertanding khasnya kepada para perwakilan. Kaedah berkempen yang dibenarkan oleh PAS adalah mempromosi calon tetapi tidak menyerang atau mengkritik lawan. Sejauh mana disiplin dan akhlak ahli-ahli terpelihara dengan kaedah yang ditetapkan ini, tidaklah diketahui. Akan tetapi yang nyatanya kempen semakin rancak dan berbagai media dan saluran digunakan. Ada yang kempen senyap-senyap, tetapi kebanyakkan menggunakan internet samada melalui blog, laman web, facebook serta tweeter.Sebahagian besar calon itu sendiri tak berkempen pun. Contohnya Ustaz Nik Amar memberitahu beliau tidak keluar Kelantan pun, sekadar memberi kebebasan kepada para perwakilan membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka lihat dan faham. Yang hebat nampaknya adalah ahli-ahli dan mereka yang cenderong dengan satu-satu calon. Sebahagian besar bukan perwakilan pun, tetapi mahu membantu. Tidak kurang yang bukan ahli turut menumpang "semangkuk".Ada lah juga sekerat dua calon yang bertanding, turut mempromosikan diri. Tidak tahulah ini trend baru dalam parti atau inilah jenis mereka yang mahu kita "KEKAL"kan? Apa pun kempen dan prpmosilah, tetapi jangan sampai melanggar batas dan sempadan yang telah ditetapkan. Sedihnya apa yang kita perhatikan telah ada mereka yang sudah sampai ke tahap itu. Dalam waktu yang sama media diberitahu kononnya kempen kali inilah adalah yang terburuk dalam sejarah PAS namun dalam waktu yang sama mereka yang cenderng kepada kumpulan inilah yang kelihatan mengeluarkan kenyataan dan tulisan yang turut menyumbang kepada keadaan demikian.Contoh seorang calon AJK Pemuda PAS mengirim sekerat tweet yang berbunyi: Skrg jelas Umno sca halus mnyokong Dato Nik Amar utk jawatan Tim Pres PAS. Perwakilan PAS tidak perlu berfikir panjang utk menolak individu ini.Mesej ini jelas menyebut nama calon Timbalan Presiden dan dengan terang-terang membuat tuduhan yang saya kira sangat melampau dan biadab apabila mengaitkan calon itu dengan musuh PAS iaitu Umno. Bayangkan apabila seorang calon yang sama dituduh kononnya berfahaman Syiah, terus sahaja dituduh kempen PAS kali ini yang paling buruk dalam sejarah, akan tetapi bagaimana pula apabila berlaku tuduhan di atas. Mengaitkan seorang calon dengan Umno, sangat berniat jahat malah suatu pembohongan kering yang wajar sangat diambil tindakan.Seorang AJK PAS Pusat yang mempertahankan jawatannya kali ini pula menulis dalam facebook nya: Suasana fitnah ini semua mempunyai matlamat tertentu. Di sebalik laungan 'selamatkan PAS' dan 'pertahan kepimpinan ulama', kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari PR. Ini bacaan saya. Banyak kali telah saya sebut.Maka perwakilan perlu pilih di antara calon yang akan KEKAL dan kukuhkan PR dan calon yang ingin mengkaji semula hubungan PAS dan PR. Kalau susah untuk dikenali, maka sekali lagi saya syorkan, KEKALkan sahaja yang sediada.Benarkah "Pertahan Kepimpinan Ulamak" bermakna membawa PAS keluar PR? Tidakkah anggapan dam tulisan sebegitu berniat jahat dalam erti kata lain, bermaksud agar perwakilan menolak calon-calon ulamak? Malah beliau membantu para perwakilan pula dengan menyatakan "kalau susah kenal,…..kekalkan sahaja yang sediada" bermakna kalau jawatan Timbalan Presiden kekalkan sahaja penjawat sekarang kerana lawannya seorang ulamak, tidakkah begitu terus terang maksudnya. Begitu juga Naib Presiden, kekalkan tiga yang ada kerana pencabarnya semua ulamak, nanti akan bawa PAS keluar PR, tidakkah begitu? Bagi saya pihak yang bertanggungjawab perlu ambil tindakan terhadap YB ini, kerana bagi mereka yang waras, ternyata beliau telah melanggar adab dan peraturan yang ditetapkan. Beliau telah memburuk dan merendahkan calon-calon lain.Susah sangatkah kita mahu mempromosi calon atau diri sendiri tanpa perlu menyinggung, mengkritik apa lagi memfitnah calon lain? Kalau peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh parti sendiri kita tak mampu nak patuhi, mampukah kita memikul amanah untuk menjadi pemimpin yang baik? Dalam sejarah PAS Almarhum Dr Burhanuddin dan Almarhum Prof Zulkifli Mohammad kedua-duanya tokoh ulamak besar di zaman mereka pernah bertanding sesama sendiri untuk jawatan Yang Dipertua Agung PAS atau Presiden (hari ini). Dr Burahanuddin menewaskan Prof Zul namun bagi jawatan Timbalan kemduainnya perwakilan mengangkat Prof Zul.Semuanya berjalan lancar dalam suasana ukhuwah Islamiyah yang kental. Malah gandingan kedua-dua tokoh ulamak inilah kemudiannya telah membawa PAS menang besar diperingkat Parlimen dan menawan Kelantan dan Terengganu buat pertama kali (PAS menang 13 dari 104 kerusi Parlimen iaitu pencapaian 12.5% berbanding PRU baru-baru ini 21 dari 222 iaitu pencapaian 9.5%). Kepimpinan mereka tidak jatuh-menjatuhkan atau cantas-mencantas, sebaliknya kukuh memperkukuhkan antara satu sama lain.Semoga kita beroleh panduan dan iktibar darinya. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan