Isnin, 18 November 2013

.

.


Kumpulan bloger dibentuk untuk bela Khalid Ibrahim?

Posted: 18 Nov 2013 03:42 AM PST

SUSUPAN MALAM                                                                              

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang kini akan berhadapan dengan protes dalaman secara bersungguh kerana sikap dan stail pentadbirannya yang tidak mesra politik dikatakan telah membuat persediaan untuk menangkis segala bentuk serangan ke atas beliau menerusi alam siber.

Satu kumpulan bloger khabarnya telah ditubuh khas untuk mempertahankan MB berkenaan. Kumpulan bloger itu khabarnya didalangi oleh orang penting di pejabat MB berkenaan dan biayanya dari peruntukan pejabat MB.

Perjumpaan pertama kumpulan bloger berkapasiti kira-kira 20 orang itu telah pun diadakan 16 Novermber lalu bertempat di sebuah hotel di Shah Alam. Ia turut sama disertai beberapa orang bloger ternama.


Pertemuan itu diperingkat menyusun kumpulan berkenaan serta merencana idea, plan dan tindakan untuk membela MB berkenaan sekiranya protes bersungguh ke atas Khalid Ibrahim dilakukan. Adalah dijangka kedudukan Khalid sebagai MB mulai akan dipertikaikan secara terbuka dalam masa terdekat. Sebelum ini Khalid diberikan tempoh tiga bulan oleh pihak tertentu supaya menyesalaikan masalah berbangkit.

Kedudukan Khalid sebagai MB khasnya gaya pentadbirannya yang tidak mesra politik katanya kurang disenangi oleh pemimpin politik termasuk juga di kalangan Adun-Adun Selangir khususnya BBC dan juga ahli parlimen.

Apa yang menjadi kemarahan dan dikesalkan orang politik Khalid tidak sedia memenuhi beberapa permintaan dan tuntutan orang politik demi kepentingan rakyat. Paling dikesali oleh Adun-Adun apabila beliau memotong sebanyak RM100 juta peruntukan pembangunan wakil rakyat.

Bulan lepas BBC telah menghantar memorandum kepada Khalid untuk membincang beberapa isu untuk mendapat perhatiannya seperti isu banjir, pengangkutan awam, KUIS, Unisel, ketelusan Geran Selangorku, pemulihan cerum dan beberapa lagi.

Asalnya Khalid bersetuju memenuhi beberapa permintaan itu dan berjanji akan memanggil Adun untuk perbincangan sebelum Bajet dibentangkan. Malang janji itu tidak ditunai oleh Khalid ini menyebabkan Adun merasakan mereka tidak dihormati dan inilah menambahkan kemarahan.

Mungkin kerana Khalid atau para penasihat eksklusifnya sudah menduga akan berlaku protes besar-besar maka sebuah kumpulan bloger dibentuk bagi membela Khalid. Pembentukan kumpulan bloger ini dilihat bukan untuk kepentingan kerajaan dan rakyat tetapi kepentingan peribadi Khalid?
[wm.kl. 7:22 pm 18/11/13]

Tiada ulasan: