Selasa, 5 November 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pejuang Rakyat: Allahyarham Suhaimi Said dua kali ditahan di bawah ISA

Posted: 05 Nov 2013 07:38 PM PST

Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.

PETALING JAYA: Sekitar tahun 1980an, nama Suhaimi Said yang sinonim dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) begitu popular. Sebagai peguam yang aktif dalam parti pembangkang, beliau mudah diminta sebarang komen untuk mana-mana akhbar tabloid.
Beliau memulakan karier politiknya dalam PSRM kemudiannya menyertai PAS, UMNO dan berakhir dengan PKR. Beliau menyertai Umno bersama Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang keluar dari PAS.
Semalam Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR itu kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat  PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.
Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.
Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.
Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh,  beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944.
Beliau adalah anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM)  sebelum menyertai PAS.
Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) .
Read More / Baca Lagi >>

Naik Minyak: Kadar Tambang Bas Sekolah Naik Harga (30% @ RM35 sebulan) Bermula 1 Januari 2014?

Posted: 05 Nov 2013 07:27 PM PST

Harga Tambang Bas Sekolah
Jangan lupa semak laporan Berita Semasa pada 4 September mengenai ura-ura pelaksanaan kenaikan tambang bas sekolah (DI SINI). Terbaru….
Terbaru Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara kadar tambang sekolah mereka naik lagi.

Kadar Tambang Bas Sekolah Naik : Alasan Kenaikan?

  1. Tambang bas sekolah naik paling akhir pada akhir tahun 2009. Dan selepas itu tiada kenaikan dilakukan.
  2. Peningkatan kos operasi & penyelenggaran bas sekolah mereka

Cadangan GPPBSM Untuk Kenaikan Kadar Bas Sekolah Naik?

  1. Tambang bas sekolah naik 30% @ RM35 sebulan berbanding kadar bayaran yang ditetapkan sebelum ini RM27.43 (bandar) & RM20.61 (luar bandar) bagi setiap kilometer pertama.
  2. Manakala RM2.20 pada setiap kilometer yang berikutnya.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Pengajaran daripada undi Cina

Posted: 05 Nov 2013 07:12 PM PST


Selepas menang di Sungai Limau, PAS menggalas tugas besar mengembalikan sokongan masyarakat Cina untuk menawan semula Kedah. Gambar Fail.Selepas menang di Sungai Limau, PAS menggalas tugas besar mengembalikan sokongan masyarakat Cina untuk menawan semula Kedah. Gambar Fail.Antara kesan daripada pilihan raya kecil Sungai Limau Isnin lalu ialah ada undi masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN) walaupun ia tidak cukup untuk BN menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Ahli politik dan penganalisis juga ramai menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat Cina menjauhi pilihan raya kecil itu, kemungkinan kerana ramai yang tidak pulang mengundi pada Isnin dan ia tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri atau persekutuan.
Untuk rekod, calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat memperolehi 12, 069 undi manakala Dr Ahmad Sohaimi Lazim dari BN mendapat 10, 985 undi. Terdapat 27,222 pengundi berdaftar tetapi hanyak 85.5% yang keluar mengundi.
Bagi BN, peningkatan sedikit dalam undi masyarakat Cina memberi petanda kepada parti seperti MCA dan Gerakan untuk kembali membuktikan semangat mereka selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Read More / Baca Lagi >>

Pinggir Melayu: Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak'

Posted: 05 Nov 2013 07:09 PM PST

Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak' 
PETRONAS perlu memberi penjelasan apa kriteria yang digunakan syarikat minyak negara itu untuk mengukur kelayakan syarikat vendornya sebelum menggunakan alasan 'tidak layak' untuk menolak memberi kontrak kepada syarikat Melayu.

Pengarah eksekutif sebuah syarikat yang pernah menyediakan perkhidmatan kepada Petronas mendakwa, terdapat syarikat Bumiputera dan Melayu yang diiktiraf negara dan syarikat luar tetapi diketepikan daripada menerima kontrak Petronas.

"Kenapa negara lain seperti Jepun, Arab Saudi dan syarikat minyak antarabangsa yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada Petronas boleh bagi projek kepada syarikat Malaysia tetapi kenapa Petronas tak bagi?

"Ada syarikat Melayu yang dapat anugerah dari luar negara kerana teknologi yang dicipta untuk industri gas dan minyak ini sangat bagus, tetapi bila mereka mohon untuk sertai program pembangunan vendor (VDP), ditolak Petronas. Jadi kelayakan macam mana yang diperkatakan?," soalnya.

Read More / Baca Lagi >>

Demokrasi Indonesia lebih baik dari Malaysia

Posted: 05 Nov 2013 06:47 PM PST

anwar
SHAH ALAM, 6 NOV :  Indonesia memiliki sistem demokrasi yang lebih baik berbanding Malaysia, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, di Indonesia hak untuk memberikan pendapat dan pandangan lebih terbuka dibandingkan dengan Malaysia.
"Di Malaysia anda tidak bisa berbicara seperti ini, ini kelebihan yang tidak ada di negara saya," kata Anwar.
Anwar berkata lagi, Indonesia berpeluang besar menjadi pemimpin pergerakan negara Muslim yang memiliki kelebihan populasi penduduk muslim yang besar serta demokrasi yang stabil untuk menjadi landasan kukuh merealisasikan hal itu.
"Indonesia berpeluang besar memimpin negara-negara Islam di dunia setelah negara Arab mengalami krisis maka pusat perkembangan Islam akan mengarah ke Asia Tenggara.
"Indonesia sebagai negara berpopulasi Muslim terbanyak dengan pertumbuhan ekonomi yang baik berpeluang dalam hal itu," kata Anwar di Muzium Nasional, Jakarta pada Selasa.
Read More / Baca Lagi >>

Negara yang laksana GST catat peningkatan inflasi, kata MTEM

Posted: 05 Nov 2013 06:46 PM PST

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata, sejarah negara luar yang melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menyaksikan berlakunya peningkatan kadar inflasi selepas pelaksanaannya.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar, berkata kurangnya maklumat disampaikan kerajaan berhubung kumpulan yang akan menerima impak akibat pelaksanaan cukai tersebut juga membimbangkan.
Mohd Nizam berkata, Cukai Barangan dan Jualan (SST) sememangnya memberi tekanan kepada pengguna kerana kadar cukainya yang tinggi namun kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik sama ada melaksanakan GST atau model percukaian yang lain.
"Kita tahu dalam sejarah banyak negara yang melaksanakan GST, inflasi pasti berlaku. Itu yang kita bimbangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan tempoh 17 bulan bagi sistem percukaian negara ditukarkan daripada SST kepada GST, maka tempoh yang diberi harus digunakan bagi mengenal pasti masalah.
"Inilah masa pemain industri dan pengguna meneliti dan memberi maklum balas kepada kerajaan. SST yang digunakan sekarang mempunyai masalah kerana kadar yang tinggi maka masalah sistem percukaian semasa perlu diatasi sama ada memperkenalkan GST atau sistem percukaian lain," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Najib semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6% bermula April 2015 dan memansuhkan SST sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan pengurusan fiskal menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan.
Read More / Baca Lagi >>

MPP: Gamis kecam kebiadapan HEP UIAM

Posted: 05 Nov 2013 06:42 PM PST

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengecam dan membantah terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada 4 November) lalu.

Timbalan Presiden Gamis, Eikhwan Ali berkata, tahun lalu, PRK UIAM yang juga di bawah seliaannya telah dicemari dengan peristiwa pembatalan keputusan PRK sehingga terpaksa diadakan semula PRK buat kali kedua. Kata beliau, sebelumnya lagi dan sejak dia berkhidmat di UIAM, telah banyak kali berlaku tragedi malang yang menjatuhkan maruah dan wibawa UIAM dan seluruh warganya sehinggakan UIAM yang dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi bertukar kepada Taman Tangguh dan Batal.

Ini, katanya kerana banyak acara utama yang mendapat sambutan mahasiswa UIAM dibatalkan secara 'adhoc' dan tanpa sebab munasabah.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya, mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dahulukan kenyataan ini dengan kecaman dan bantahan terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada Isnin (4 November) lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Polis akui Selangor ‘destinasi’ utama jenayah

Posted: 05 Nov 2013 06:41 PM PST

jenayahSHAH ALAM 5 NOV : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui Selangor menjadi pilihan sebagai 'destinasi' utama kegiatan jenayah seperti kes tembakan dan gejala sosial lain yang dipercayai berpunca daripada kepadatan penduduk.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata rakyat negeri itu terdiri daripada pelbagai kaum dan warganegara asing yang sering berkunjung atas pelbagai urusan, yang mana ada di kalangan mereka didapati mengambil kesempatan melakukan jenayah.
Katanya, jenayah indeks di Malaysia juga secara keseluruhannya banyak dipengaruhi kejadian di Selangor dengan kadar kira-kira 40 peratus.
"Kebiasaannya, jenayah indeks di Malaysia bergantung kepada kadar di Selangor kerana negeri ini termasuk di kawasan Lembah Klang. Walaupun terdapat peningkatan kes jenayah sebanyak lima peratus sehingga Ogos lalu, namun polis Selangor berjaya mengurangkannya kepada enam peratus," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.
Shukri berkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk membuat dakwaan bahawa polis gagal menjalankan tugas dengan baik dalam menangani kes berkenaan, namun beliau tidak menafikan bahawa jenayah di Selangor membimbangkan dan pihaknya sentiasa berusaha memantau serta menangani masalah itu secara agresif.
Read More / Baca Lagi >>

SG LIMAU: KOS UNTUK SATU UNDI CALON UMNO/BN IALAH RM36,426.88

Posted: 05 Nov 2013 06:33 PM PST

Itulah kos yang perlu dikeluarkan oleh UMNO/BN untuk mendapatkan 1 undi dari rakyat Sg Limau pada PRK Sg Limau .

1Undi bersamaan dengan RM36,426.88sen ... Itu pun masih tidak dapat menewaskan PAS.

Bayangkan jumlah wang yang perlu ditabur jika mahu melihat PAS tersungkur.
Analisis menunjukkan UMNO/BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, UMNO/BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

UMNO/BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Nasihat Puan Sri Faekah kepada Yb Ustaz Azam

Posted: 05 Nov 2013 06:29 PM PST

Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah 
ALOR SETAR - "Jangan mudah lupa diri apabila berada di puncak, sentiasalah melihat mereka yang berada di bawah agar kita tidak lupa keperitan orang lain," itu antara nasihat isteri Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah kepada Adun Sungai Limau yang baharu, Mohd Azam Abdul Samat.
Faekah berkata, sebaik keputusan PRK Dun Sungai Limau diumumkan malam semalam, beliau bersyukur dengan kemenangan itu kerana masih memihak kepada Pas, walaupun meletakkan calon muda.

"Tahniah kepada Mohd Azam, saya harap beliau dapat menyambung apa yang dilaksanakan Azizan di Dun terbabit, termasuk menjaga hubungan ukhwah agar kekal terjalin.

"Kadang-kadang kemenangan itu suatu dugaan di mana cabarannya lebih besar untuk ditangani sebelum menjadi wakil rakyat," katanya.

Menurutnya, sebagai ulama muda, diharap Mohd Azam mengekalkan ciri-ciri ustaz yang ada pada dirinya untuk terus menawan hati pengundi.

"Sebagai seorang ibu, saya nasihatkan agar menjaga diri dan jangan lupa diri selepas berada di kedudukan sekarang. Kekalkan 'ustaz' dalam diri agar terpelihara daripada sebarang cabaran sebagai wakil rakyat muda di kawasan dan jaga tata susila dengan orang yang lebih berusia," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Bumiputera Dipinggir: Petronas didakwa ubah polisi?

Posted: 05 Nov 2013 06:26 PM PST

Mohd Nizam Mahshar 
BERAPA ramai antara kita yang pergi ke stesen minyak Petronas setiap pagi untuk membeli nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil Melayu atau makcik-makcik di kampung untuk dijadikan sarapan?

Semua itu dikhuatiri hilang tidak lama lagi apabila Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.

Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.

"Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas," katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Dasar Petronas mula berubah

Beliau mendakwa Petronas cuba mengetepikan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya dan tersasar daripada peranan asalnya untuk membantu membangunkan syarikat Bumiputera dalam industri minyak dan gas.
Menurut Mohd Nizam, MTEM dan syarikat tempatan dalam sektor itu berkongsi pendapat sama dengan Petronas bahawa pemberian kontrak harus dilakukan berdasarkan keupayaan dan prestasi syarikat.

Read More / Baca Lagi >>

Dasar Baru: Pemilik stesen Petronas tertekan..!!!

Posted: 05 Nov 2013 06:25 PM PST

Pemilik stesen Petronas tertekan  
Pemilik stesen minyak Petronas mendakwa Petronas menetapkan pelbagai peraturan baru yang membebankan perniagaan mereka. (Gambar hiasan)
BUKAN hanya dakwaan syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat petroleum itu.
Menurut sumber yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam perniagaan stesen minyak Petronas, kepentingan Bumiputera, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) didakwa telah terhakis kerana dasar baru yang mula menular dalam Petronas.

PDB adalah cabang perniagaan Petronas yang bertanggungjawab terhadap pemasaran dan agihan minyak di seluruh negara melalui stesen minyak Petronas.

Menurut sumber itu, stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia sebelum ini diketahui menjual pelbagai jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang, sandwic dan lain-lain yang diletakkan di stesen Petronas oleh penduduk setempat atau syarikat kecil.

"Tetapi baru-baru ini, PDB tidak benarkan lagi kami menerima bekalan makanan ini daripada penduduk setempat dengan alasan mahukan syarikat berdaftar sahaja menjadi pembekal bagi menjamin kualiti produk di kedai Mesra.

Read More / Baca Lagi >>

Mongolia dan bapa Altantuya tunggu penjelasan rayuan kes mereka

Posted: 05 Nov 2013 06:22 PM PST


Setev Shaariibuu (gambar), bapa kepada Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh, dan kerajaan Mongolia ingin tahu apa yang berlaku terhadap rayuan yang mereka bawa ke Putrajaya berikutan  pembebasan dua bekas polis yang membunuhnya pada 2006.
Ini rentetan tiada apa-apa perkembangan dan khabar berita daripada Pejabat Peguam Negara selepas lebih dua bulan pembebasan  Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.
Peguam, Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi  Shaariibuu berkata,  anak guamnya sentiasa berhubung dengannya untuk mengetahui perkembangan rayuan itu.
"Dua minggu lalu, duta Mongolia di Bangkok, yang juga bertanggungjawab terhadap Malaysia, menulis kepada saya untuk bertanya tentang kes ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, kerajaan Mongolia berhasrat untuk menghantar delegasi untuk mengikuti prosiding di Mahkamah Persekutuan yang menjadi medan akhir bagi kes rayuan berkenaan.
"Kes ini bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan, tetapi juga diikuti oleh orang luar di negara lain termasuk di Mongolia, " katanya.
Karpal berkata, rayuan bagi kes pembunuhan berprofil tinggi ini boleh berjalan dengan lebih cepat sekiranya Mahkamah Persekutuan mengambil inisiatif untuk menetapkan tarikh pendengaran.
"Mahkamah Persekutuan boleh membuat pengecualian kepada kes ini yang melibatkan kepentingan orang ramai, bukan sahaja dalam negara  malah di peringkat antarabangsa, " katanya.
Karpal membandingkan dengan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh rayuan dengan segera.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Salahudin sahkan tidak tanding timbalan presiden PAS

Posted: 05 Nov 2013 06:21 PM PST


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) memutuskan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti Islam itu pada 22 hingga 24 November ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, Salahudin berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS.
"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan timbalan presiden," katanya dalam kenyataannya itu.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawasan yang mencalonkan beliau.
Dengan keputusan ini, calon timbalan presiden tinggal empat iaitu penyandangnya Mohamad Sabu yang mengesahkan bertanding, Datuk Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Tiga lagi calon sehingga kini masih belum membuat keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Al-Qaeda launches attacks against government in Yemen

Posted: 05 Nov 2013 06:10 PM PST

UN envoy says Syria peace talks delayed

Posted: 05 Nov 2013 06:10 PM PST

Thai-Burma Death Railway by David John Boggett [Part2]

Posted: 05 Nov 2013 06:09 PM PST

Sg Limau: Tanpa rehat, hari ini terus bertugas, Tahniah YB Ustaz Azam

Posted: 05 Nov 2013 06:56 AM PST

Kalau nak kira dalam tempoh berkempen sehingga PRK semalam,, satu tempoh yang cukup memenatkan,, 
Namun bila dah mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin, maka tugas terpaksalah dilaksanakan...tanpa nak ambil cuti berehat sekadar sehari dua...


YAN, 5 Nov -- Anggota Undangan Dewan Negeri (ADUN) Sungai Limau yang baharu, Mohd Azam Abd Samat (tiga, kiri) berjumpa dengan penduduk Lampung Titi Serong ketika menghadiri Kem Tahfiz di Pusat Tahfiz Fityan Sungai Limau di sini hari ini.
Pas memenangi kemenangan tipis dengan majoriti undi sebanyak 1,084 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Sohaimi Lazim dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau semalam. 
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

Tak perlu berjubah macam calon BN semasa berkempen, hanya sekadar berkemeja dan bersandal,,, memang seorang yang humble,,, amat sesuai dengan suasana penduduk kampong....

Sg Limau: Potensi PAS tawan semula Kedah PRU14

Posted: 05 Nov 2013 06:51 AM PST

Pilihanraya kecil N.20 Sg Limau sudah melabuh tirainya. Kedua dua jentera parti bertanding 'all out' berkempen dalam usaha mencapai misi masing masing. PAS dengan motto Kekal Kemenangan dan BN dengan slogan Berani Berhijrah.

Kemuncaknya, PAS berjaya mengekalkan kemenangan walaupun dengan majoriti yang merosot, namun bagi percubaan pertama oleh seorang anak muda, bagi saya ia satu pencapaian yang sangat baik kerana jentera PAS bukan hanya berhadapan jentera BN, tetapi jentera kerajaan yang dimanipulasi oleh kerajaan BN.

Kita pula jangan lupa, perlawanan padang yang tidak rata sebeginilah yang mencabul semangat demokrasi yang dilaung-laungkan oleh parti pemerintah. Setiap kali berhadapan pilihanraya umum dan kecil, pasti jentera kerajaan akan dikerah tanpa rela untuk memenangkan parti pemerintah sehingga jutaan kantung Negara dikikis. Jika pada PRK N.01 Kuala Besut sebanyak RM476juta dilaburkan (jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah PRK), PRK N.20 Sg Limau tidak kurangnya, apabila lebih kurang RM15juta dilaburkan dengan 'gula-gula' pilihanraya oleh jentera kerajaan samada melalui projek pembangunan dan pinjaman modal kepada usahawan tani melalui MARA, TEKUN, Agrobank dan sebagainya.

Usaha sebegini murni jika diberi sebelum PRK, tetapi menjadi 'gula-gula' dan 'umpan' apabila diumumkan semasa kempen rancak berlangsung. Dimana integriti dan semangat demokrasi parti pemerintah? Adakah di Parlimen dan dihadapan rakyat berdegar-degar laungkan mendukung demokrasi tetapi dari segi pelaksanaan tidak langsung ambil peduli? Sangat retorik.

Kempen Mukhriz tidak berjaya

Dari segi strategi kempen, mana-mana lokasi di Sg Limau meriah dan penuh dengan orang ramai samada orang tempatan dan orang luar yang membantu jentera masing masing sebagaimana pilihan raya-pilihan raya kecil yang lepas. Kreativiti kedua-dua parti dalam berkempen juga menghangatkan lagi suasana yang sedia panas cuacanya daripada pagi hingga ke petang. Cuma hujan kadang kala pada lewat petang hingga ke malam hari, namun sambutan tetap meriah di sekitar Sg Limau.

Selepas penamaan calon, tidak banyak poster, banner, bendera dan bunting calon dilihat, namun ia semakin rancak dipasang, digantung dan dipacak oleh jentera masing-masing selepas beberapa hari kempen. Bunting dan poster Mukhriz Mahathir selaku MB Kedah tidak juga banyak kelihatan digantung di merata tempat sehinggakan ramai yang agak keliru, siapakah yang bertanding sebenarnya? Gambar profil dan imej Mukhriz yang kelihatan warak, berjubah dan berkopiah, seolah-olah menjadi pertaruhan jentera BN bagi menawan hati pengundi Sg Limau yang sinonim dengan kehidupan Islamik. Maka, slogan Berani Berhijrah dipertaruhkan oleh BN bagi menampakkan imej Islam bagi menambat pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Keputusan Rasmi PRK 13 Dan Keputusan Rasmi PRU13

Posted: 05 Nov 2013 05:46 AM PST




 (Keputusan PRU 13)
(Keputusan 2004 - 2013)

Sg Limau: Majoriti turun bukan sebab pilih BN - Ustaz Azam

Posted: 05 Nov 2013 05:33 AM PST

YAN - Penurunan majoriti undi Pas pada PRK Dun Sungai Limau bukan kerana pengundi beralih kepada BN tetapi kekangan tertentu termasuk mereka tidak dapat keluar mengundi.

Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat berkata, ia disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja.

"Saya masih belum membuat analisis mengenai penjumlahan undi, cumanya saya difahamkan undi BN hanya meningkat sebanyak 450.

"Ramai pengundi Pas yang tinggal di luar kawasan tidak sempat balik dan ada yang duduk dalam Dun Sungai Limau, tetapi bekerja di luar tidak dapat menunaikan tanggungjawab kerana bekerja," katanya.

Beliau menyifatkan kekurangan undi Pas kerana ramai ahli tidak balik mengundi semalam.

"Saya percaya ramai yang tidak balik mengundi sebab maklumat dari bilik gerakan kita pun sedemikian. Ramai pengundi tidak sempat untuk balik mengundi," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Isyarat Mahfuz beri cabaran sengit kepada Mukhriz pada PRU14

Posted: 05 Nov 2013 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Kemenangan PAS pada PRK Sungai Limau, semalam memberi isyarat bahawa Datuk Mahfuz Omar bakal memberi cabaran yang sengit kepada Datuk Mukhriz Mahathir dalam pilihanraya umum akan datang.

Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, PAS akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Suhaimi dengan majoriti 1,084 undi.

Menurut Shahbudin lagi, kemenangan PAS, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU13 iaitu 2,774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga.

Sg Limau: PAS, PR kembali ke persada kuasa politik Kedah

Posted: 05 Nov 2013 05:28 AM PST

JERAI: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemenangan pertama PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau adalah kegembiraan pertama di awal tahun baru Hijrah.

Beliau yang memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Sungai Limau turut menggambarkan ia merupakan isyarat kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk kembali ke persada kuasa politik di Kedah pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini merupakan kegembiraan pertama kita pada awal tahun baru Hijrah.

"Selain itu juga ia turut menggambarkan satu isyarat kepada kita bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali kepada kuasa politik di Kedah pada pilihanraya akan datang," jelasnya.

Ketika mengulas tentang majoriti yang menurun jika dibandingkan sebelum ini, Mahfuz menjelaskan perkara itu telah dijangka dari awal lagi.

Malah katanya, atas beberapa faktor PAS telah meletakkan sasaran pada majoriti lantai iaitu 500 undi.

"Terdapat beberapa faktor iaitu yang pertama ini merupakan calon baru dan belum dikenali secara menyeluruh di kalangan masyarakat Dun Sungai Limau.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Kemenangan naikkan martabat rakyat – Ustaz Azam

Posted: 05 Nov 2013 05:26 AM PST

JERAI: Ustaz Mohd Azam Abd Samat melahirkan kegembiraan di atas kemenangan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi.

Jelasnya, ia merupakan kemenangan Pakatan Rakyat serta kemenangan untuk menaikkan martabat hak rakyat.

"Ini merupakan kemenangan Pakatan Rakyat dan kemenangan kita untuk memartabatkan hak rakyat.

"Sekarang bermulalah tanggungjawab kita kepada rakyat Sungai Limau untuk amanah yang diberikan dengan berkesan, saya mengharapkan amanah ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik," jelasnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera yang membantu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau sehinggakan dapat mengekalkan kecemerlangan PAS pada Dun yang dikuasai sejak sekian lama.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Rakyat beri isyarat tidak mudah dibeli

Posted: 05 Nov 2013 05:23 AM PST

JERAI: Kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau merupakan kemenangan bermakna untuk parti itu selain berjaya mengekalkan kemenangan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang ditemui memberitahu kemenangan cukup manis buat PAS kerana parti itu bukannya berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) tetapi berdepan dengan jentera kerajaan yang memiliki segala kelengkapan.

"Saya melihat ini satu kemenangan yang cukup manis untuk kita kongsikan dengan seluruh penduduk Sungai Limau dan seluruh rakyat Malaysia.

"Kita berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang memuaskan, kita perlu ingat pertembungan ini bukan antara PAS dengan BN tetapi kita bertembung dengan agensi kerajaan.

"Meraka membawa keseluruhan agensi kerajaan dari Putrajaya ke sini, namun ini merupakan satu isyarat yang jelas bahawa tidak mudah rakyat dibeli," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: