Sabtu, 30 November 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


The Interview: Yingluck Shinawatra

Posted: 30 Nov 2013 08:59 PM PST

Siti Aishah janji pulang ke pangkuan keluarga: Kakak

Posted: 30 Nov 2013 08:40 PM PST

Kakak: Siti Aishah janji pulang dalam 9 bulan

Posted: 30 Nov 2013 08:39 PM PST


  • Bekas guru percaya kakaknya jadi hamba di London
SEPANG -  Siti Aishah Abdul Wahab yang dikatakan dijadikan hamba selama 30 tahun di London berjanji akan pulang ke Malaysia selepas sembilan bulan, kata kakaknya, Kamar Mahtum.
  
Kamar Mahtum, 79, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari London berkata semasa pertemuan beliau dengan Siti Aishah di satu lokasi rahsia di sana Khamis lepas, adik bongsunya itu berjanji akan balik secepat mungkin selepas kerjanya di sana selesai.
  
"Dia banyak aktiviti di sana, di sana dia buat kerja-kerja sukarelawan membantu orang tapi saya sudah pujuk dia supaya pulang ," katanya yang tiba di KLIA bersama-sama aktivis politik Hishamuddin Rais kira-kira 7.40 pagi ini.
  
Read More / Baca Lagi >>

Di Akhir Zaman, Zina Dilakukan di Jalanan

Posted: 30 Nov 2013 08:38 PM PST


Ketika ini perzinaan merebak di mana-mana. Jika dulu kita mendengar zina terjadi hanya di television atau membaca di akhbar, sekarang kita mendengarnya di sekeliling kita.

Menjelang hari kiamat, setelah manusia melewati zaman keemasan (dengan turunnya Nabi Isa Alaihisalam dan dipimpinnya manusia oleh al-Mahdi), manusia memang akan hidup dalam keadaan yang seburuk-buruknya, layaknya binatang.

Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam menceritakan tentang peristiwa itu sebagaimana yang diriwayatkan Abu Hurairah Radhiyyalahu' Anhu:

"Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, umat ini tidak akan punah, sampai ada laki-laki mendatangi perempuan, lalu menyetubuhinya di jalan. Lantas orang yang terbaik pada saat itu adalah yang mengatakan: 'Alangkah baiknya jika kamu bersembunyi di balik tembok ini." (H.R Abu Ya'la) Inilah puncak kebejatan manusia dalam perzinaan yang akan terulang kembali di akhir zaman, pasca wafatnya Nabi Isa Alaihisalam dan Imam Mahdi. Manusia akan kembali ke zaman jahiliyah, bahkan lebih buruk lagi. Orang-orang yang tidak waras akan melakukan hubungan badan layaknya binatang secara terang-terangan, di jalanan, di jembatan, di tempat terbuka dan banyak ditonton orang.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan gaji Selangor bantu banteras rasuah, kata Mat Sabu

Posted: 30 Nov 2013 08:35 PM PST


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) menyokong tindakan kerajaan negeri Selangor menaikkan gaji anggota pentadbir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri tersebut kerana menurutnya ini dapat membantu menghapuskan amalan rasuah di kalangan wakil rakyat.
Katanya, rakyat dikelirukan dalam isu kenaikan gaji ini oleh media  walaupun ia merupakan satu keperluan bagi wakil-wakil rakyat.
"Wakil rakyat perlu dididik untuk menentang rasuah. Seperti yang berlaku di Singapura di mana elaun ahli-ahli Parlimen mereka begitu tinggi bahkan mengatasi beberapa negara-negara Eropah.
"Tetapi indeks rasuah di Singapura seperti yang didedahkan Transparency International, 9.5/10 iaitu hampir-hampir tiada rasuah," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditemui malam tadi.
Menurut Mohamad, di Singapura tidak berlaku kebocoran dan pembaziran dalam perbelanjaan kerana wang pembayar cukai diuruskan dengan baik.
Menurut bekas ahli Parlimen selama tiga penggal itu, ketika menjadi wakil rakyat, beliau dan rakan-rakan daripada pembangkang lain seringkali ke Pejabat Kewangan Parlimen pada hujung bulan untuk bertanyakan tentang kemasukan elaun mereka.
"Saya dapati kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak peduli hal kemasukan elaun dan sebagainya kerana mereka mempunyai wang daripada pelbagai sumber lain," katanya.
Katanya, kenaikan gaji dan elaun di Selangor tidak akan mengurangkan banyak wang simpanan negeri kerana jika kebocoran dan ketirisan dapat dikawal, ia akan menjimatkan lebih banyak wang pembayar cukai.
Read More / Baca Lagi >>

“Saya tidak akan pujuk dia untuk pulang,” kata kakak Siti Aishah

Posted: 30 Nov 2013 08:34 PM PST

Ketibaan Kamar Mahtum disambut tangis gembira sanak saudara yang setia menanti seawal jam 7 pagi di KLIA. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Disember, 2013.
Ketibaan Kamar Mahtum disambut tangis gembira sanak saudara yang setia menanti seawal jam 7 pagi di KLIA. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Disember, 2013.

"Saya tidak akan lagi memujuk Siti Aishah pulang," kata Kamar Mahtum Abdul Wahab kakak kepada mangsa yang  menjadi "perhambaan psikologi" selama 30 tahun di London.
Menurut Kamar Mahtum, misi bertemu Siti Aishah untuk kembali ke Malaysia sudah berakhir apabila melihat adiknya kini hidup sihat dan gembira di London.
"Tidak akan ada tindakan susulan untuk memujuk dia kerana segala-galanya sudah diperjelaskan.
"Dahulu saya tidak tahu dia masih hidup atau tidak tapi kini selepas pertemuan tersebut saya yakin Aishah benar-benar sihat dan juga menghayati apa yang kami rasa," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hari ini.
Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya.
Hampir lima hari di sana setelah menempuhi perjalanan berjam-jam lamanya Kalthum Mahtum akhirnya pulang ke negara hari ini.
Beliau tiba kira-kira jam 7.40 pagi tadi bersama bekas aktivis mahasiswa 1970-an, Hishamuddin Rais.
Ketibaan Kamar Mahtum disambut dengan penuh kesedihan oleh ahli keluarganya yang berada di KLIA seawal jam 7.00 pagi lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14 penentuan kepada survival politik Umno, kata Utusan

Posted: 30 Nov 2013 08:29 PM PST

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti merupakan penentuan kepada Umno sama ada dapat meneruskan survival politiknya ataupun tidak, kata akhbar pro-kerajaan Utusan Malaysia hari ini.
Dalam edisi Mingguan Malaysia hari ini, penulis rencananya Zulkiflee Bakar berkata Umno perlu mempersiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi PRU14 nanti.
"Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dianggap 'ibu kepada segala pilihan raya', PRU14 pula adalah detik penentuan sama ada Umno dapat meneruskan survival politiknya atau tidak," kata Zulkiflee dalam ruangan rencana hari ini.
Beliau menggesa agar pemimpin dan ahli Umno tidak terleka dan menjadikan Perhimpunan Agung kali ini sebagai medan untuk mengukuhkan parti.
"Pemimpin dan ahli Umno tidak harus leka dengan menganggap perhimpunan kali ini tidak ada apa signifikannya memandangkan pilihan raya sudah berlalu dan pemilihan sudah dilakukan.
"Sebaliknya, Umno perlu menunjukkan komitmen untuk menjadi parti tonggak kepada Barisan Nasional (BN) tidak pernah luntur biarpun menghadapi apa juga asakan dan tekanan daripada pakatan pembangkang," katanya lagi.
Menurut beliau, parti pembangkang selepas berakhir PRU13 pada 5 Mei lalu telah pun memulakan kempen dan kerja untuk mendapatkan sokongan pengundi.
"Apa yang perlu difahami, pakatan pembangkang sudah mula bekerja sebaik sahaja impian mereka untuk menumbangkan BN terkubur dalam pilihan raya umum lalu.
"Mereka sudah mula menyusun gerak kerja khususnya dalam pendaftaran pengundi baru," katanya lagi
Beliau juga mengingatkan kemenangan Umno dalam PRU14 juga penentu kepada masa depan orang Melayu dan maruah Islam.
"Kemenangan dan kejayaan Umno dalam pilihan raya itu bukanlah semata-mata kerana survival politik parti tersebut tetapi demi memastikan masa depan orang Melayu terjamin dan maruah Islam dapat dipertingkatkan," katanya lagi.
Tiada kesalahan bagi Umno meneruskan agenda kepentingan kaum Melayu, katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Politik feudal dan kewangan hasilkan politik lompat di Sabah, kata penganalisis

Posted: 30 Nov 2013 08:25 PM PST

Budaya politik feudal dan ekonomi kurang membangun adalah dua faktor utama yang menyebabkan berlakukan budaya lompat parti di kalangan Adun Pakatan Rakyat Sabah, kata pakar politik dan akademik.
Mereka percaya bahawa tindakan terkini ahli PKR Sabah dan DAP yang bertindak keluar daripada parti adalah sebahagian daripada proses yang akan mematangkan landskap politik Sabah.
Sikap bertukar parti adalah perkara biasa di Sabah dan Sarawak sejak kedua-duanya menyertai persekutuan pada tahun 1963.
Amalan ini telah melihat kerajaan Sabah bertukar tangan antara gabungan politik dalam tempoh beberapa bulan sebagaimana yang berlaku pada tahun 1994.
Pakar sains politik Dr Zaini Othman berkata, budaya politik Sabah sebahagian besarnya masih bersikap feudal di mana sokongan dan keahlian berputar sekitar personaliti.
Jawatan kepimpinan sesuatu kaum seperti Kadazandusun Huguan Siou dan Bisayak Janang Gayuh masih mempunyai pengaruh. Masyarakat di sana masih cenderung untuk menyokong dan mengundi ahli politik yang mempunyai gelaran sebegitu, kata Zaini.
"Ada juga keluarga yang mempunyai dinamik kukuh yang mencorakkan perkembangan politik,"kata Zaini yang merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah.
Beliau berkata, terdapat banyak contoh nama-nama keluarga terkenal tempatan yang menjadi pemimpin di Sabah sama ada komponen Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Dalam kes mereka, seteru dan kepentingan keluarga menjadi pemangkin paling utama apabila ia melibatkan masa depan mereka dalam politik.
"Oleh itu, apabila Pakatan cuba untuk membawa budaya politik baru, mereka terpaksa berusaha keras untuk memecahkan budaya tempatan ini," kata Dr Zaini.
Baru-baru ini, 27 September menyaksikan Adun DAP Luyang, Hiew King Cheu keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.
Sebulan kemudian, dua DUN PKR Jelani Hamdan Matunggong dan Jeremy Malajad @ Malazad daripada Kadamaian keluar parti.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang: Thank you Abdul Rashid

Posted: 30 Nov 2013 06:45 PM PST

 DAP supremo Lim Kit Siang takes a swipe at former EC chief for betraying the constitutional trust bestowed upon him by the nation while in office.

KUALA LUMPUR: DAP supremo Lim Kit Siang, in a cynical and sarcastic tone, lambasted the former secretary and chairman of the Election Commission (EC) Abdul Rashid Abdul Rahman for admitting that the EC has never lived up to its constitutional responsibility.
Making his strongest remark, Kit Siang via his blog said "the nation must thank Abdul Rashid, the one man with the most experience as the secretary and chairman of the EC who managed not only 6 of 13 general elections but responsible for three of the four redelineations, for admitting that the EC never lived up to its constitutional responsibility."
He said it was rather an admission on the part of the former EC head when he took responsibility for gerrymandering of the parliamentary and state assembly constituencies in three of the four redelineations.
"Rashid's joining of Perkasa is shocking enough, but this is nothing compared to his virtual confession that he had been responsible for the gerrymandering of the parliamentary and state assembly constituencies in three of the four constituency redelineations in the nation's history."
The DAP leader said that the EC failed in being independent and non-partisan but was only an appendage of Umno/Barisan Nasional to ensure their perpetual hold to political power.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Kaji Isu Kahwin Bawah Umur Tapi Tidak Kaji Zina Bawah Umur..!!!

Posted: 30 Nov 2013 06:07 PM PST


Gambar-gambar menunjukkan aktiviti mendekati najis zina..

SEBUYAU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengkaji isu perkahwinan bawah umur di negara ini, kata menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Katanya pasukan khas di bawah Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak kementerian itu dipertanggungjawabkan untuk mengkaji kemungkinan mewajibkan penyediaan laporan kesihatan dan sosial sebelum permohonan untuk perkahwinan bawah umur ini dapat diluluskan.

"Kedua-dua laporan ini diyakini dapat membantu Mahkamah Syariah (untuk kes orang Islam) dan Mahkamah Anak Negeri (untuk kes orang bukan Islam) membuat pertimbangan yang sewajarnya," katanya dalam sidang media di sini Sabtu.
Menurutnya kementeriannya memandang serius kes perkahwinan bawah umur di negara ini memandangkan isu ini banyak mengundang perkara negatif.

"Remaja bawah umur 18 tahun mesti diberi perlindungan dan pembelaan sewajarnya kerana mereka merupakan golongan yang mudah diesksploitasi," katanya. - BERNAMA
Mengapa hanya sibuk fasal kahwin bawah umur, tetapi tidak sibuk fasal zina bawah umur? Sedangkan kahwin bawah umur dibenarkan dalam Islam..  Perkembangan zina bawah umur, terutama di kalangan  pelajar dan remaja amat membimbangkan. Mana ramai kahwin bawah umur dengan berzina bawah umur?

Begitulah bila menteri jaga wanita tak faham hukum Islam..

Ustaz Azhar Idrus sudah jadi fenomena

Posted: 30 Nov 2013 05:56 PM PST

Menyedari hakikat ini usaha Peirre Andre mengarah filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" adalah usaha menarik golongan muda menonton filem dakwah itu.

oleh Melati Pusaka
Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama "Band Boy". Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.
Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik.
Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang "Otai Punk" yang telah menghilangkan diri selama lima tahun. Setelah lima tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Melayu dan DAP

Posted: 30 Nov 2013 05:23 PM PST

Kita orang Melayu jangan dibodohkan oleh UMNO. Takkanlah kita nak tuntut DAP berjuang untuk orang Melayu. DAP nak berjuang untuk orang Cina sahajapun sukar hari ini. Kenapa UMNO hendak bising sedangkan mereka sendiri bercakap siang malam 24 jam mengenai perjuangan bangsa Melayu sendiri? Jika kita orang Melayu berbuat demikian, mengapa kita hendak bising jika bangsa lain melakukan demikian juga. Kalau kita jawab sebab kita ada kedudukan istimewa dan sebagainya, itu bukan alasan untuk menyekat orang lain melakukan nya untuk bangsa mereka.
kita tidak boleh menyekat DAP atau mana2 parti politik Cina bercakap mengenai kepentingan mereka. MCA pun parti Cina dan tidak pernah berhenti bercakap mengenai kepentingan Cina. Ada kita tengok Melayu atau India dalam MCA? Tidak ada tapi kita tak pernah dengar UMNO kata MCA cauvinis cina sedangkan kita tahu MCA lagi halus mainan nya memunahkan Melayu. Kalau saya orang Melayu, saya lebih senang berdepan dengan lawan yang terang2 becakap mengenai agenda mereka dari mereka yang lihai dan diam2. 
Jadi jangan kita expect bukan2 dari DAP. Sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan majority nya dari bangsa Cina, tidak bercakap mengenai perkara2 yang mengaitkan kaum Cina merupakan political suicide. Bolehkah kita menyekat UMNO dari tidak bercakap mengenai kepentingan Melayu?
Saya sudah bercakap mengenai perkara ini. Untuk memisahkan diri kita dari ke'bangsaan'nya kita adalah suatu yang mustahil. Tapi mengekalkan kebangsaannya kita satu hal, bersikap dan bertindak rasis satu hal yang lain. Kita semua setia kepada kebangsaan nya kita, tapi sikap rasis mengandungi niat jahat dan kebencian yang tidak rasional. Niat jahat dan kebencian yang datang dari semata mata hanya kita berbeza.
DAP tahu ia kena evolve dan adapt. Species yang tidak evolve dan adapt akan ditelan zaman. Sebab reality nya ialah majority penduduk negara ini ialah Melayu. Mana2 parti pun mesti memfaktorkan reality ini dalam politik mereka. Dan oleh kerana DAP tidak mahu diidentifikasi sebagai parti satu kaum sahaja dan tidak mahu menjadi hanya pembangkang sampai akhir zaman, DAP mesti evolve. Dan evolution nya melibatkan memfaktorkan kepentingan Melayu. Tapi pemfaktoran ini tidak mengambil bentuk seperti yang dilakukan oleh UMNO. The UMNO way bukan lah satu satu nya cara menyelesaikan masaalah Melayu. Orang Melayu sendiri pun tidak yakin UMNO terdaya menyelesaikan masaalah bangsa Melayu. Kalau orang Melayu tidak percaya pada UMNO- adakah mereka kurang Melayu?
Read More / Baca Lagi >>

Siti Aishah: Kisah tentang kesetiaan

Posted: 30 Nov 2013 05:16 PM PST

 Amin Iskandar

Selepas identiti Siti Aishah Abdul Wahab (gambar), 69, warga Malaysia yang dikatakan menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di London didedahkan, namanya tidak henti-henti disebut oleh media dalam dan luar negara.
Kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73, ditemani bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais terbang ke kota London untuk bertemu dengan adiknya selepas 46 tahun terpisah.
Ramai pihak memberikan komen mengenai Siti Aishah yang dikatakan mengikut ajaran pemimpin besar China Mao Tse Tung bersama kumpulan dipimpin Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai "Chairman Ara" - berasal dari Singapura dan pasangannya Chanda dari Tanzania.
Daripada hanya ingin mengetahui tentang identiti wanita warga Malaysia yang dilaporkan media Britian "dikurung" selama 30 tahun, perbincangan mengenai Siti Aishah meleret-leret ke zaman persekolahannya.
Lebih teruk lagi apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris menemuramah bekas rakan sekelas Siti Aishah yang menceritakan tentang betapa "mantapnya" Siti Aishah di zaman mudanya.
Siti Aishah yang mendapat anugerah Colombo Plan merupakan wanita Malaysia pertama layak untuk mempelajari bidang Juruukur Bahan di London School of Economics (LSE) 46 tahun lalu.
Perlu diingat, pada zaman Siti Aishah terbang ke London buat kali pertama, masih belum ada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan wanita itu melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kepintarannya dan bukan kerana beliau seorang Bumiputera. Ini yang pengkritik-pengkritik perlu sedari.
Pada ketika artikel ini sedang ditulis, Kamar Mahtum dan Hishamuddin baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas misi bertemu dengan Siti Aishah di kota London berjaya.
Read More / Baca Lagi >>

Media cetak bukan lagi arus perdana, Utusan dituntut lebih bebas untuk kekal

Posted: 30 Nov 2013 05:15 PM PST

Jualan akhbar di seluruh dunia menguncup setiap tahun. Gambar fail.
Jualan akhbar di seluruh dunia menguncup setiap tahun. Gambar fail.

Utusan Malaysia melalui wartawannya mengaku media cetak kini bukan lagi "media arus perdana" tetapi media sosial telah mengambil tempat itu.
Sehubungan itu, penulis Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussain menuntut agar ruang kebebasan diberikan kepada mereka untuk terus kekal.
"Sekiranya ruang kebebasan akhbar hampir sama dengan media sosial, jangka hayat akhbar mungkin boleh dilanjutkan.
"Keberanian beradab untuk menegur pemimpin mampu memulihkan keyakinan rakyat kepada akhbar," tulis Pengarang Mingguan Malaysia itu.
Ku Seman juga menulis, definisi "media arus perdana" perlu dilihat semula setelah media sosial mencatatkan pengikut yang jauh lebih besar.
Mereka yang mendapatkan maklumat (tidak semestinya benar) di media sosial jauh lebih besar dan inilah "media arus perdana" pada era ini katanya dalam tulisan bertajuk, "Realiti cabaran akhbar global" itu.
Menurut beliau, penembusan internet negara ini sebanyak 67% pada September lalu berbanding 22% pada 2008 telah memberi ruang wujud dan bertambah dengan pantas jumlah wartawan rakyat (citizen journalist).
Ini menyebabkan jumlah jualan akhbar telah menurun dengan ketara.
Read More / Baca Lagi >>

Sekali Lagi Mukhriz Mahathir Dipinggirkan Oleh Najib...!!!

Posted: 30 Nov 2013 05:11 PM PST

Selain perlantikan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias sebagai ahli MT UMNO yang menjadi perbualan hangat, tercicirnya nama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam senarai perlantikan turut juga menjadi persoalan ramai kalangan dalam UMNO. Ustaz Kazim dipertikaikan kerana dilantik tetapi Mukhriz Mahathir pula dipersoalkan kenapa beliau tidak dilantik.

Dalam pemilihan UMNO pada Oktober lalu, Mukhriz yang dilihat sebagai antara calon popular untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO, sebaliknya hanya mampu mendapat tempat keempat dengan 93 undi, ketinggalan di belakang Zahid Hamidi yang mendapat 188 undi, Shafie Apdal 177 undi dan Hishammuddin Hussein 101 undi.

Antara sebab kekalahan Mukhriz ialah kerana beliau bukanlah calon pilihan Najib yang nyata lebih selesa mengekalkan status quo dan percaturan Najib dalam hal ini terbukti apabila Mukhriz tidak mendapat walau satu undi daripada 14 bahagian di Pahang, selain beberapa orang kanan Najib juga didapati berkempen agar ketiga-tiga penyandang dikekalkan. Semua bahagian di Pahang didapati sepakat memberi undi hanya kepada penyandang yang dikenali sebagai "orang-orang kepercayaan Najib" iaitu Zahid, Shafie dan Hishammuddin dan ini tidak dapat ditolak daripada hakikat adanya "mainan halus" daripada Najib sendiri.

Mahathir sendiri meluahkan kekecewaannya atas kekalahan Mukhriz itu dan menegaskan punca utama kekalahannya ialah kerana tidak menjadi calon pilihan Perdana Menteri dengan mengambil contoh ketika beliau menjadi Perdana Menteri, tiada seorang pun yang dilihat sebagai penentangnya mampu memenangi jawatan kanan dalam UMNO.

Namun demikian katanya, Mukhriz bertanding kerana ingin membawa perubahan kepada UMNO tetapi malangnya tidak semua menerima dengan baik hasratnya itu.

Mukhriz pula, sebaik kekalahannya, berharap agar Najib menimbang untuk melantiknya menduduki kerusi MT kerana beliau mempunyai beberapa idea dan perancangan untuk dikongsi bersama demi kebaikan dan masa depan UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

PAS berada di dalam ilusi?

Posted: 30 Nov 2013 05:01 PM PST

Taufik Naaim

Adakah PAS sebagai sebuah parti yang mendakwa membawa panji perjuangan Islam, sedang mengalami ilusi? Atau lebih teruk sedang mengalami kepincangan?
Jika dikaji dari suatu sudut, PAS kelihatan cenderung hanya kepada pihak yang mempunyai persamaan dengan mereka. Persamaan yang meliputi perjuangan, ideologi, dan sebagainya.
Ini kerana secara semulajadi, kebanyakkan manusia akan cenderung menyukai atau selesa bersama manusia lain yang mempunyai persamaan pemikiran.
Maka tidak hairanlah situasi ini dicerminkan oleh kewujudan gugusan kumpulan-kumpulan manusia yang berkongsi minat yang sama.
Walaupun perkara ini sememangnya masuk akal, di bawah pengaruh separa sedar mereka mula memulaukan atau mengabaikan apa jua perkara dan idea yang menyerlahkan ancaman kepada pemikiran mereka.
Ini kerana mereka hanya mengelilingi dan ingin dikelilingi pihak atau pemikiran yang mengesahkan idea dan kepercayaan mereka sahaja.
Suatu situasi yang disebut sebagai ilusi frekuensi adalah amat hampir dengan situasi yang dihadapi oleh PAS.
Situasi ini menerangkan apabila otak manusia hanya mencari atau mengesan maklumat yang berkaitan dengan pemikiran sendiri.
Sebagai contoh, seseorang yang membeli sebuah kereta baru dengan jenama tertentu. Maka dia akan mendapati berlaku peningkatan jumlah kereta yang sama disekelilingnya. Ini kerana otaknya obses dengan kereta itu dan hanya mengesan sejenis objek itu sahaja.
Namun, situasi ini bersifat pasif dan tidak aktif. Berbanding PAS yang sememangnya aktif mendekati dan mencari keseragaman pemikiran dan idea untuk mengesahkan dogma yang sedia dianuti.
Berdasarkan sebuah kajian di Ohio State University pada tahun 2009, manusia menghabiskan 36% lebih masa untuk membaca sesuatu yang sejajar dengan pendapat dan pemikiran mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah Dan Pembaziran: Malaysia bankrap?

Posted: 30 Nov 2013 04:57 PM PST

  • Mudahkah Malaysia bankrap?
  • Graf menunjukkan hutang tiga negara (peratusan) berbanding Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK).

MEMBACA kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang negara akan bankrap jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan menimbulkan banyak persoalan, terutama apabila GST bukanlah satu-satunya sumber pendapatan negara.

Pendekatan mudah (simplistik) digunakan Najib mungkin boleh mencetuskan panik dalam negara, sekali gus memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi jika kenyataan beliau tidak difahami secara mendalam oleh rakyat.

Najib berkata, jika Malaysia tidak melaksanakan GST untuk mendapatkan pendapatan tambahan, kerajaan akan terpaksa meminjam lebih banyak wang dari luar sehingga akhirnya tidak mampu membayar hutang.

Menurut Ketua Penyelidikan, Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara Prof Dr Shazali Abu Mansor, apabila GST dilaksanakan, pendapatan negara mungkin akan meningkat lebih kurang RM20 bilion hingga RM30 bilion.

Adakah RM20 bilion hingga RM30 bilion dapat menyelamatkan negara daripada bankrap, sedangkan perbelanjaan tahunan kerajaan mencecah ratusan bilion ringgit setahun, seperti yang dapat dilihat dalam pembentangan bajet setiap tahun?

Shazali juga berkata pelaksanaan GST tiada kaitan dengan bankrap kerana ia perkara yang berbeza.

Pada pendapat beliau, GST akan lebih memantapkan ekonomi memandangkan cukai itu akan diperoleh secara berterusan jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan yang diperoleh melalui penjualan minyak dan kelapa sawit.

Rasuah penyebab Greece bankrap?

Read More / Baca Lagi >>

Masa depan, masa kita! - Nurul Izzah Anwar

Posted: 30 Nov 2013 04:49 PM PST

Saya mulakan ucapan ini dengan keyakinan bahawa setiap tindak-tanduk kita bakal mencorak masa depan negara.
Selagi kita menyedari hakikat ini; termasuklah permasalahan yang menyelubungi negara dan masyarakat maka butiran penyelesaian mampu kita raih.
Islam menuntut kita berikhtiar-berusaha agar "Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini". Dan semua agama menuntut penganutnya membuat segala yang terdaya dan terbaik dalam membina kebaikan, kemurnian, kemuliaan dan kesejahteraan di muka bumi ini.
Namun, pabila hak sejagat untuk menentukan masa depan kita disekat, dimanipulasi dan di rampas; maka satu usaha mandiri – wajib kita laksanakan.
Sejarah telah membuktikan bagaimana kerajaan dan pemimpin menggerakkan minda massa menerusi visi yang mapan dan relevan dengan keperluan pembangunan negara.
Salah satu pendekatan yang membolehkan kita menggerakkan satu usaha besar itu adalah Fiqh Tawaqqu.
Kita diingatkan tentang masa menerusi Firman Allah SWT di dalam surah al-Asr (Surah 103: Ayat 1-3);
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Terkandung di dalam Surah Al Asr keperluan meneruskan usaha menyebar kebenaran – walau pahit, walau dicemuh dengan penuh kesabaran.
Begitulah pegangan yang dituntut pada akidah tauhid dan usaha melaksanakan tuntutan agama berpandukan Maqasid Syariah. Maqasid Syariah – yang secara umumnya boleh ditukil menerusi 5 prinsip Islam – dari menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta – merupakan tunggak syariah dalam usaha mewujudkan kebaikan, menolak keburukan dan mengelakkan kemudaratan
Surah ini juga membuat kita merenung konsep masa dalam kehidupan di alam fana ini, sementara menuju ke alam baka yang kekal selama-lamanya.
Masa yang berlalu tidak akan kembali. Kita boleh kerugian satu ringgit dan kemudian berusaha untuk mendapatkannya semula namun jika hilang sesaat, mustahil untuk kita mengembalikannya.
Persoalannya adalah – apa fungsinya masa? Masa hadapan belum kelihatan kelibatnya dan kita masih meniti masa kini dari satu ke saat ke saat yang seterusnya.
Oleh kerana masa itu menjadi pengukur pengisian kehidupan, kita harus memandang ke hadapan demi membina serta memenuhi masa kehidupan agar ia lebih baik, lebih bermakna dan lebih diberkati hendaknya.
Maka kita disaran memiliki nawaitu untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.
Aspirasi untuk masa depan memerlukan kita menjangka serta merangka rupa bentuk masa depan yang lebih baik.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin Ali: Dari anak angkat ke musuh Dr Mahathir

Posted: 30 Nov 2013 04:45 PM PST

Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula  ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota.
"Saya kenal Dr Mahathir lama ketika saya menjadi pemimpin pelajar Malaysia di AS.
"Saya banyak berinteraksi dengan beliau sama ada dalam pertemuan di Amerika ketika lawatan kerja beliau ataupun ketika saya balik ke Malaysia semasa cuti musim panas," kata Azmin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Malah, Azmin juga mendedahkan Dr Mahathir turut pernah meminta bantuannya untuk meredakan tentangan para pelajar Malaysia yang belajar di Amerika ketika itu terhadap pentadbirannya.
"Dan ada satu ketika saya menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia dari Amerika yang balik semasa cuti musim panas untuk bertemu  dengan Dr Mahathir dalam satu dialog besar. Saya ingat hampir dua ribu pelajar.
"Ketika itu pelajar-pelajar Malaysia di Amerika memang menentang kerajaan, ada satu tempoh dalam tahun 80-an, dimana  pelajar Malaysia termasuk yang ditaja kerajaan menentang kuat kerajaan.
"Jadi Dr Mahathir meminta bantuan bagaimana saya boleh memainkan peranan untuk meredakan suasana ini dan supaya mereka memahami. Itu antara usaha yang saya buatlah," kata Azmin ketika mengimbau hubungan baik antara beliau dengan Dr Mahathir ketika itu.
Hubungan beliau dengan Dr Mahathir sememangnya sangat rapat ketika itu sehinggakan tarikh perkahwinannya juga dipilih oleh bekas presiden Umno tersebut.
"Sehinggakan saya mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 1988, beliau merupakan tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Sesetengah parti dalam BN sedang berkubur kerana Umno

Posted: 30 Nov 2013 04:40 PM PST

  Keputusan pemilihan Kongres India Semalaysia (MIC), rakan utama Barisan Nasional (BN), yang bermula semalam di Melaka terpaksa ditangguhkan sehingga ke petang ini kerana sudah lima kali terpaksa dibuat kiraan semula. Namun ia tidak menjadikannya berita utama media.
Sebulan lalu, satu lagi komponen BN Gerakan, membuat pemilihannya serentak dengan perbentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri. Ia berjalan begitu sahaja selepas hanya menang satu sahaja daripada 222 kerusi Parlimen. Tidak ramai yang kisah dengan apa yang berlaku dalam parti ini.
Penganalisis politik berpendapat, pilihan raya umum 5 Mei lalu menjadikan parti-parti ini seperti parti nyamuk. Mereka sedang hadapi kepupusan selepas rakan kongsi utamanya, Umno berjaya menambah sembilan lagi kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penganalis Khoo Kay Peng (gambar) berpendapat, bilangan kerusi yang sedikit ditandingi dan sedikit pula yang menang daripadanya menyebabkan parti ini semakin sukar berperanan dengan berkesan dalam BN.
Lagipun, parti seperti Gerakan yang hanya menang satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN menyebabkan ia semakin menyusahkan parti-parti lain untuk terus berkembang.
Bagaimanapun, Khoo tidak setuju BN memberikan nyawa untuk parti-parti nyamuk ini untuk hidup kerana ia sebenarnya bergantung kepada mereka sendiri.
Ia sebenarnya bergantung juga kepada Umno yang selama ini menjadi pengikat antara mereka.
Khoo berpendapat, Umno yang sepatutnya memulakan semula usaha untuk bekerjasama dan bukannya menguasai mereka.
Jika Umno memilih untuk terus menguasai, parti-parti kecil ini yang akan susah kerana mereka akan terus ditolak pengundi dan akhirnya bakal menuju ke 'tanah perkuburan'.
"Ketika parti-parti kecil ini melawan parti pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, mereka dianggap sebagai 'anjing' Umno sahaja," katanya.
"Persepsi dan kemarahan terhadap Umno terutama di kalangan pengundi Cina masih kuat. Hasilnya, mereka juga menentang parti komponen BN yang lain," tambahnya.
Untuk membolehkan mereka relevan semula, mereka perlu bersatu menghadapi Umno, dengan memaksa agar kesemua mereka dilayan seperti rakan kongsi sebenar dan bukannya digunakan untuk melawan musuh Umno sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

MT UMNO.....Saya belum buat keputusan - Ustaz Kazim Elias

Posted: 30 Nov 2013 04:34 PM PST

Penganiayaan Kerajaan UMNO@BN Terengganu Keatas Pengusaha Melayu

Posted: 30 Nov 2013 04:32 PM PST

"Saya Masih Ahli PAS" - Ustaz Kazim akan Jumpa PM

Posted: 30 Nov 2013 04:18 PM PST

Nurul Izzah: Masa Depan, Masa Kita

Posted: 30 Nov 2013 07:23 AM PST

Rafizi Ramli: Masyarakat Yang Hanya Boleh Maju Jika Berdasarkan Kepada Ilmu

Posted: 30 Nov 2013 07:22 AM PST

Tiada ulasan: