Jumaat, 22 November 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Keputusan pemilihan PAS diumum petang ini

Posted: 22 Nov 2013 03:47 PM PST

Keputusan pemilihan PAS dijangka diumumkan petang ini selepas pengiraan undi hanya akan dimulakan pagi ini selepas berlakunya kesilapan dalam kertas undi untuk jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam, kata sumber parti itu.
Menurut sumber itu, Jawatankuasa Pemilihan mengambil keputusan untuk membuat pengiraan pagi ini selepas pengundian untuk jawatan AJK PAS Pusat semalam terpaksa dibatalkan berikutan masalah teknikal.
Pengundian untuk AJK PAS Pusat terpaksa dijalankan semula pagi ini ekoran kesilapan dalam kertas undi, tetapi pengundian untuk jawatan Timbalan Presiden dan tiga kerusi Naib Presiden akan masih diguna pakai.
"Kita akan memulakan pengiraan serentak esok selepas pengundian jawatankuasa dilakukan," kata sumber itu kapada The Malaysian Insider lewat malam tadi.
Kira-kira 1,300 perwakilan PAS dari seluruh negara mengundi semalam untuk memilih Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan AJK PAS Pusat.
Selepas pengundian berjalan, pemimpin PAS meramalkan Mohamad Sabu berada di hadapan untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pertembungan sengit bersama pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mohd Asri - Menjawab Fitnah Mufti Kedah

Posted: 22 Nov 2013 03:19 PM PST

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato' Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.
Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;
1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa 'Allah memegang najis', 'Allah macam kera'. 
Tiada siapa yang dapat menerima perkara yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat 'tembakan rambang' kepada mereka.

2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakana WALLAHI, wa BILLAH wa TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan asas.
3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan boleh mengambil keberkataan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di youtube bertajuk: "Memburu Barakah" akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan.
Read More / Baca Lagi >>

Ada cukai lebih baik daripada GST

Posted: 22 Nov 2013 03:16 PM PST

muktamar pas
SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan dalam Bajet 2014 merupakan sistem percukaian yang tidak adil tanpa mengira pendapatan rakyat.

Sepatutnya kata Abdul Hadi, kerajaan mengguna pakai kaedah percukaian menurut Islam iaitu dengan hanya mengenakan cukai ke atas sesuatu barangan yang mendatangkan keuntungan dan bukan secara keseluruhan.

Sistem cukai Islam juga katanya sentiasa memastikan kuasa beli rakyat lebih stabil dan kukuh.

"Pas tetap konsisten menolak GST kerana ia boleh melemahkan masa depan ekonomi negara.

Read More / Baca Lagi >>

Rakyat perlu tentang penjanjian TPPA

Posted: 22 Nov 2013 03:13 PM PST

logo59
SHAH ALAM 22 NOV : Malaysia akan berhadapan lebih banyak mudarat daripada manfaat apabila menandatangi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) dengan Amerika Syarikat justeru  rakyat diseru untuk menentang perjanjian itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata perkara ini berasaskan kepada dominasi perundangan oleh Amerika yang memperlihatkan usaha tersembunyi mereka untuk mengangkat agenda bagi melindungi kepentingan korporat negara itu untuk terus mengekalkan kuasa monopoli perdagangan dunia.
"Sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian ini (TTPA) ini, maka ianya bakal mengundang mudarat yang jauh lebih besar daripada manfaat kepada rakyat," kata Abdul Hadi ketika ucapan Presiden sempena Muktamar PAS kali ke-59 yang berlangsung di Stadium Melawati hari ini.
"Adalah tidak wajar sama sekali untuk menyokong sebuah perjanjian yang akan memberi mudarat dan impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan masa depan rakyat.
"Rakyat digesa supaya menentang usaha menandatangani perjanjian ini, kerana (perjanjian TPPA) akan mengadaikan kedaulatan negara kepada kuasa imperialis bentuk baru," katanya.
Perjanjian TTPA dianggotai oleh 12 negara rantau Lautan Pasifik, dan dianggotai seramai 600 wakil daripada syarikat korporat bersama-sama dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat.

Hudud: Pas tak akan berundur jika dikecam

Posted: 22 Nov 2013 03:11 PM PST

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub 
SHAH ALAM - Pas tidak akan berundur kebelakang untuk merealisasikan pelaksanaan hudud di Kelantan walaupun mendapat kecaman daripada parti perikatan PR.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas akan konsisten dalam keputusan tersebut dan perlu diteruskan walaupun rakan PR yang lain menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan hukum hudud.

"Kita tak rasa takut untuk perkara ini, ini kerana kita konsisten.

"Semua itu telah difahami DAP dan PKR dalam PR.

"Kecaman itu tak menjadi isu, kita akan terus memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenai perkara ini.

"Kita juga tak akan berundur kebelakang apabila ada orang kecam kita, seperti PRU lalu, akhirnya kita lihat orang Cina boleh kata hudud pun hududlah sebab mereka mahukan perubahan," katanya kepada Sinar Harian Online. Tambahnya, perkara tersebut juga telah serta perlu difahami DAP dan PKR mengenai perjuangan yang dibawa oleh Pas.
Read More / Baca Lagi >>

TG Nik Aziz optimis hudud dilaksana di Kelantan

Posted: 22 Nov 2013 03:10 PM PST

Nik Abdul Aziz Nik Mat 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini berkata, beliau optimis hukum hudud yang diperjuangkan PAS akan dapat dilaksanakan di Kelantan.

Beliau mendakwa hukum hudud kini mendapat sokongan terbuka daripada pihak yang dahulunya senyap dalam isu ini, termasuk segelintir yang sebelum ini menentang pelaksanaannya.
Orang yang menolak hudud adalah orang yang berfikiran amat singkat tetapi mereka yang berfikir panjang akan meyakininya, kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Pas ke-59 selama tiga hari yang bermula di sini hari ini.
Nik Aziz juga menafikan bahawa undang-undang hudud di Kelantan meniru Brunei walaupun terdapat seorang rakyat Brunei terlibat dalam penggubalan draf Undang-undang Hudud di Kelantan.
"Kalau ada kekurangan... tak ada undang-undang di dunia yang lengkap...mesti ada budi bicara hakim... itulah kelebihannya, Insya-Allah berdoalah bersama-sama supaya (hudud) dapat dilaksanakan (di Kelantan)," katanya. - Bernama

Selangor perkenal bas awam percuma

Posted: 22 Nov 2013 03:08 PM PST

sidang dun 21-11-13 - 1SHAH ALAM 22 NOV : Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi kepentingan dan kemudahan rakyat.
Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma.
Menurut Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan sistem pengangkutan awam di Selangor selari dengan pembangunan pesat dan peningkatan penduduk.
"Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat yang di selaras oleh pihak SPAD dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membincangkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersepadu.
"Antara faktor yang harus diambil kira ialah perkhidmatan 'FeederBus' yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perhubungan kawasan kejiranan dengan stesen pengangkutan rel (MRT/LRT) tidak bertindih," kata Chang Kim.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres khas PKR esok tentukan kedudukan Anwar

Posted: 22 Nov 2013 03:03 PM PST


PKR akan mengadakan satu kongres khas esok yang mungkin akan menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kekal sebagai Ketua Umum tidak dipilih, atau mengambil alih jawatan presiden parti, satu isu yang menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin utama, kata sumber dalaman parti itu.
Mereka berkata, pada ketika ini jawatan Ketua Umum tidak berada dalam perlembagaan dan PKR tidak akan memasukkannya dalam perlembagaan parti itu untuk Anwar.
"Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang 'kejam' dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR)," kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.
"Ini akan memaksa Anwar untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ibu Tak Senang Hati Dengan Suami..Mana Satu Perlu Dituruti? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Nov 2013 02:58 PM PST

Guna/Tiru Benda Yang Baik Daripada Orang Kafir - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Nov 2013 02:57 PM PST

Kenapa Ustaz Pakai Stoking Masa Solat? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Nov 2013 02:57 PM PST

Solat 'Teman' Untuk Si Mati - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Nov 2013 07:39 AM PST

Wajibkah Baca Senafas Setiap Ayat Al-Fatihah Dalam Solat? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Nov 2013 07:39 AM PST

Hukum 'Pinjam' Tak Beritahu - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 22 Nov 2013 07:38 AM PST

Suami itu Jeneral, isteri itu Major- Suami buat 'general decisions', Isteri buat 'major decisions'

Posted: 22 Nov 2013 07:36 AM PST

Isu yang masih bergema ialah isu kos perjalanan isteri Perdana Menteri kita. Negara kita sudah ada lima isteri-isteri bekas-bekas Perdana Menteri, Dari Tun Sharifah Rodziah sehingga Tun Hendon yang selepas itu di ambil alih oleh Tun Jeane. Kini kita sedang bersama isteri Perdana Menteri Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor. Dalam ramai-ramai isteri-isteri bekas Perdana Menteri ini tidak ada siapa pun yang boleh menandingi Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ini dalam hal membelanjakan wang rakyat.
Datin Paduka Rosmah merupakan seorang isteri kepada Perdana Menteri yang paling mahal untuk di tanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Dalam pada kerajaan sedang menyusun dasar yang menjimatkan belanja, isteri PM tidak terlibat dengan pengurangan kos kehidupan semua. Rakyat seperti yang di nasihatkan oleh Perdana Menteri supaya mengubah cara hidup kita semua, isterinya masih tidak mahu mengubah cara hidupnya. Kalau ada pun perubahannya ia adalah perubahan 'from bad to worst'.
Kita tidak boleh membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Kita tidak boleh mengikut jejak langkah Shahidan Kassim, yang bermatian untuk membenarkan yang salah dengan menggunakan berbagai-bagai alasan yang gila tentang perjalanan yang mahal yang terpaksa di tanggung oleh rakyat terhadap isteri Perdana Menteri, yang ayu dan jelita itu.
Dalam keadaaan ekonomi yang tidak menentu ini, kabinet Malaysia masih meluluskan permohonan isteri Perdana Menteri untuk ke luar negara dengan jet eksekutif. Azalina Othman, mendedahkan yang kabinet yang di pengerusikan oleh Muhyiddin telah meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet eksekutif yang sangat mahal itu.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Isteri Tengku Adnan Dan Isteri Najib

Posted: 22 Nov 2013 07:31 AM PST

Isu kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oleh DBKL baru-baru ini telah menimbulkan keresahan kepada warga kota. Ramai yang terperanjat apabila menerima bil cukai pintu masing-masing. Kenaikan antara 100 peratus hinga 300 peratus yang dicadangkan itu dianggap terlalu tinggi dan membebankan. Setelah dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, kenaikan cukai pintu ini tentunya menambahkan lagi kadar darah tinggi sebahagian besar penduduk Kuala Lumpur.

Sebab itu, bantahan mengenainya kedengaran di mana-mana. Tidak ada yang bersetuju dengan kenaikan yang terlalu tinggi itu. Tidak saja Ahli-Ahli Parlimen PR yang menyuarakan bantahan dan meminta DBKL mengkaji semula kenaikan itu, dua Ahli Parlimen BN di Wilayah Persekutuan iaitu Ahmad Fauzi Zahari dari Setiawangsa dan Johari Abdul Ghani dari Titiwangsa turut juga bersuara.

Bagi Ahmad Fauzi, kenaikan itu tidak sesuai dengan keadaan kehidupan rakyat yang semakin terbeban dengan pelbagai kesan kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan sendiri seperti penghapusan subsidi gula, kenaikan harga minyak dan sebagainya manakala Johari pula melihat kenaikan cukai pintu yang terlalu tinggi menyebabkan pemberian BR1M langsung tidak memberi makna kepada rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

SPM: Kertas Matematik, Matematik Tambahan bocor?

Posted: 22 Nov 2013 07:26 AM PST

SPM
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.
Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.
Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.
"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
Read More / Baca Lagi >>

Salleh Man nak jadi ahli DAP atau PKR? tanya Hafiz Nordin (Macai..!!)

Posted: 22 Nov 2013 07:24 AM PST

Penafian Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man bahawa wujudnya campur tangan DAP dan PKR dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri itu, dianggap sebagai satu tamparan kepada anggota akar umbi.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata tindakan Pesuruhjaya Pas itu pelik dan menongkah arus serta boleh diibaratkan sebagai 'memukul' anggota Pas dari belakang yang sebelum ini menyuarakan pendirian mereka demi maruah dan masa depan parti itu.

"Apa sebenarnya niat Mohd Salleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Perkara yang dibangkitkan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas, Muhammad Fauzi Yusoff merupakan suara ahli akar umbi Pas negeri dalam mesyuarat cawangan pada 14 November lalu.

"Mengapa beliau mempertahankan mereka (DAP dan PKR) dan adakah kerana mahu jadi ahli parti itu? Bagi saya penafian yang dibuat tidak bermaruah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Read More / Baca Lagi >>

Ugut Keluar Pakatan, PAS Pulau Pinang Bertindak Keterlaluan

Posted: 22 Nov 2013 07:22 AM PST


Hadi akan jumpa pemimpin PR Pulau PinangSHAH ALAM: PAS akan mengadakan rundingan tertutup dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut isu dalaman antara parti itu dengan pentadbiran di Pulau Pinang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini pihaknya masih belum berjumpa dengan pimpinan PAS Pulau Pinang namun berjanji untuk bertemu dan meyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

"Sehingga kini saya tak juma lagi rakan di Pulau Pinang, hanya baca melalui media sahaja.

"Saya akan jumpa dalam masa terdekat bila dapat penjelasan dan bincang sama-sama dengan Pakatan.

"Isu ini akan diselesaikan secara dalaman bukan melalui media," katanya dalam sidang media selepas merasmika n Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjayanya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof, Rabu lalu membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana gagal mengamalkan sistem kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) terutamanya dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Muhammad Fauzi berkata kerajaan Pulau Pinang meminggirkan PAS serta tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Ekoran itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula kedudukan mereka dan tidak menolak kemungkinan keluar Pakatan Rakyat jika kemelut itu berterusan.

Mengulas mengenainya, Abdul Hadi bagaimanapun mengakui masalah pasti berlaku memandangkan kekuatan PAS yang hanya ada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan PAS: Lebih ramai konservatif bakal dipilih

Posted: 22 Nov 2013 07:19 AM PST


Ahli PAS beratur menunggu giliran mengundi semasa muktamarnya hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Ahli PAS beratur menunggu giliran mengundi semasa muktamarnya hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Ketika perwakilan PAS mengundi bagi memilih kepimpinan baru untuk parti pembangkang tertua itu, sumber dalaman menjangkakan perubahan bakal berlaku dalam Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti berkenaan.
Meskipun mereka menjangkakan lebih ramai anggota konservatif menduduki jawatan berkenaan, namun empat jawatan tertinggi daripada Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden akan dikawal kumpulan progresif.
Ada kemungkinan Timbalan Presiden sedia ada, Mohamad Sabu akan dikekalkan.
Dengan tiga individu progresif mengisi jawatan Naib Presiden, salah seorang berkemungkinan digantikan oleh kumpulan konservatif.
Trend mengundi, kata salah seorang ahli lama kepada The Malaysian Insider, menimbulkan kebimbangan ahli akar umbi terhadap Bahagian bagaimana ia dilayan oleh Pakatan Rakyat.
Walaupun PAS berkata akan kekal dalam pakatan pembangkang berkenaan, difahamkan ahli dan pemimpinnya masih khuatir bagaimana mereka akan dilayan oleh PKR dalam pengagihan kerusi dan kempen ketika pilihan raya lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan dasar Presiden, jawab tohmahan musuh

Posted: 22 Nov 2013 07:18 AM PST

SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pagi tadi disifatkan menjawab segala tohmahan musuh selama ini terhadap PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu paling besar yang dijawab presiden adalah terhadap tohmahan kononnya PAS sudah terpesong dari perjuangan asal.
"Ucapan Presiden PAS cukup jelas bahawa beliau menegaskan PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya.
"Ini harus difahami oleh semua pihak, bagi saya apa yang diucapnya dan segala tomahan yang dilempar terhadap kita telah terjawab," jelasnya.
Menurut Mahfuz, Tuan Guru Abdul Hadi juga secara jelas menekankan kita tetap meletakkan Islam sebagai dasar sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan parti.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut berpendapat, ucapan tersebut telah menghilangkan semua keraguan permainan politik kotor pihak musuh.
"Saya kira bahawa suatu yang harus diterima dan jangan lagi ada keraguan terhadap dasar perjuangan PAS," sambung beliau.

Masalah teknikal: Pengundian AJK PAS Pusat ditangguh esok

Posted: 22 Nov 2013 04:34 AM PST

Muktamar: Ucapan dasar menjurus penyelesaian masalah umah

Posted: 22 Nov 2013 04:29 AM PST

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyambut baik ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disifatknnya sebagai penyelesaian kepada masalah umah.


Jelasnya lagi, Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kai ke-59 hari ini  tepat dengan matlamat perjuangan PAS dalam konteks politik negara yang  perlu difahami oleh seluruh ahli PAS.

"Saya melihat ucapan Ustaz Hadi adalah yang terbaik dan menjurus kepada penyelesaian umah secara keseluruhan dan penyurai kepada penyelesaian parti dalam menghadapi suasana politik negara," katanya.

Muhammad berharap apa yang disampaikan ini akan menjadikan PAS sebuah parti yang mampu mendominasi kecermalangan dalam politik Malaysia dan terus memperkukuhkan organisasi parti itu.

Tuan Guru Abdul Hadi ketika dalam ucapan dasar yang bertema 'Rahmat Untuk Semua' hari ini menggesa PAS di semua peringkat mempunyai kefahaman yang jelas tentang dasar PAS dan turun kepada masyarakat bagi menjelaskan dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Dalam ucapan tersebut juga beliau meminta agar ahli-ahli PAS secara keseluruhan perlu mempunyai displin, akhlak yang tinggi dan sentiasa mendalami ilmu dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi' dan keupayaan masing-masing.

Simptom “perasan kuat” faktor Pemuda PAS tidak lihat realiti sebenar, kata pemerhati

Posted: 22 Nov 2013 04:26 AM PST


Timbalan ketua Pemuda PAS Kelantan Hafiz Musa berucap semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS pada Rabu lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Timbalan ketua Pemuda PAS Kelantan Hafiz Musa berucap semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS pada Rabu lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.
Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.
"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.
"Mereka tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?" soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.
Read More / Baca Lagi >>

'Sejak 2008, PM dan Rosmah tak naik MAS'

Posted: 22 Nov 2013 04:21 AM PST


 
Lawatan ke Qatar-UAE bukan tindakan pertama yang menyaksikan isteri perdana menteri Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan tanpa penyertaan Datuk Seri Najib Razak, dakwa PKR.

NONE"Ini bukan kali pertama beliau lakukannya," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sambil berkata beliau  sedang mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara itu.

Azmin (kanan) berkata, sumbernya dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan, Rosmah dan Najib tidak pernah terbang menggunakan penerbangan negara sejak mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata, lawatan itu menimbulkan dua persoalan, iaitu kelayakan isteri perdana menteri menggunakan jet kerajaan dan sama ada beliau boleh menggantikan kerajaan dalam urusan rasmi.

Semasa lawatan antara 10 hingga 14 November, Rosmah antaranya bertemu dengan perdana menteri Qatar bagi menyampaikan undangan Najib supaya beliau melawat negara ini semasa program Tahun Melawat Malaysia 2014.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: