RAKYAT MARHAEN |
- Benarkah ‘pengundi hantu’ bantu PAS menang di Sg Limau ????
- Malaysia Boleh: Umrah pun boleh dibuat rasuah untuk pemilihan UMNO
- Belanjawan 2014: Lima teras jadi perbelanjaan terbesar untuk rakyat Selangor
- Tragedi Memali:The Star mohon maaf
- TPPA legal fees will cost taxpayers millions
- Payments to Shafee for Sodomy II appeal won't be revealed
- Egypt to mark protest anniversary
- Ibrah dari Sirah - Dr MAZA tibai bajet kerajaan BN
- MP PKR Batu Bahas Peruntukan Kem Luar Negeri 2014
- Rosmah tak salah guna jet peribadi PM, kata menteri
- Shahidan: Kena berbangga, berterima kasih atas kepenatan Rosmah
- Dewan Rakyat 19 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- Belanjawan 2014: Selangor belanja RM2.28 bilion rizab simpanan
- Ini Harta Meraka Yang Punya: Rakyat perlu terima kasih dan berbangga dengan Rosmah Mansor kerana lawat Qatar kata Shahidan
- Muktamar 59: Dewan Ulama perlu menjadi ‘Front Line’..!!
- 'Ajaran sesat' Ibrahim Libya: The Star akhirnya mohon maaf
- PKFZ, kisah ketidakcekapan dan pembaziran berjuta dana awam oleh kerajaan BN
- Politik Wang: Pakej umrah, bilik hotel untuk raih undi perwakilan Umno, dakwa pengadu
- PPSMI, PBS: Umno-BN tak puas huru-harakan sistem pendidikan negara..!!
- Rosmah Mansor kembali ‘mengganas’
- Muktamar 59: Antara bersama Pakatan atau kaji balik hubungan, kata penganalisis
- Shahidan dedah sebab Najib tak guna penerbangan MAS
- Ejen Amerika di pejabat Peguam Negara: Hanipa cadang tiga penyelesaian
- Penduduk KL bersatu bantah kenaikan kadar cukai taksiran DBKL
- Marking the second anniversary of a day of bloodshed in Egypt
Benarkah ‘pengundi hantu’ bantu PAS menang di Sg Limau ???? Posted: 18 Nov 2013 09:01 PM PST Datuk Mahfuz meminta penjelasan mengenai definasi sebenar istilah 'pengundi hantu' dan 'pengundi luar' kerana MB juga tinggal di KL tetapi mendaftar sebagai pemilih di Kedah. Isu pengundi luar atau 'pengundi hantu' timbul semula selepas PRK Sungai Limau, apabila Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mempersoalkan bagaimana Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Besar mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai sedangkan di situ cuma sekolah pondok, dan jumlah penduduk sekitar ratusan orang saja. "Adakah tindakan mendaftar orang luar sebagai pengundi boleh diterima sebagai amalan demokrasi?," soal beliau. Kenyataan itu disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan isu 'pengundi hantu' perlu diselesaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seraya mencadangkan jawatankuasa khas di Parlimen bagi tujuan tersebut. Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan mengenai definasi sebenar istilah 'pengundi hantu' dan 'pengundi luar' kerana Menteri Besar juga tinggal di Kuala Lumpur tetapi mendaftar sebagai pemilih di Kedah. |
Malaysia Boleh: Umrah pun boleh dibuat rasuah untuk pemilihan UMNO Posted: 18 Nov 2013 08:54 PM PST Maklumat terkini selepas lebih sebulan pemilihan Umno. Umno Bahagian Lembah Pantai didakwa merasuah perwakilan dengan penajaan pakej umrah selain penginapan di hotel mewah. Dakwaan itu dibuat oleh bekas ketua cawangan Umno di Lembah Pantai, Asat Ahmad pada 31 Oktober lalu. Dia turut mendakwa terdapat pengedaran senarai "chai" atau barisan calon pilihan. Asad berkata, pihaknya telah menghantar laporan aduan penyelewangan Umno Lembah Pantai kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali dan Lembaga Disiplin, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas. Salinan surat aduan tersebut juga telah diserahkan kepada SU Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Asad juga kesal dan bertegas Umno perlu bertindak untuk tidak menyembunyikan atau terus membiarkan mana-mana pemimpin yang merosakkan parti dengan amalan politik wang. Pemimpin Umno harus berhenti merosakkan parti melalui politik wang dan berharap pucuk pimpinan akan mengambil langkah wajar untuk menangani masalah yang telah mencapai peringkat barah, kata Asad. "Keputusan akhir dua pilihan raya umum jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak Umno dan parti akan musnah jika keadaan tidak diperbetulkan,"katanya dalam surat yang dihantar kepada The Malaysian Insider. |
Belanjawan 2014: Lima teras jadi perbelanjaan terbesar untuk rakyat Selangor Posted: 18 Nov 2013 08:49 PM PST SHAH ALAM 19 NOV: Belanjawan Selangor 2014 adalah kelangsungan untuk memacu negeri ke arah pembangunan berterusan dengan tema 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat', kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Belanjawan kali keenam sejak Pakatan Rakyat (PR) mentadbir menjadi dokumen berprestij tinggi kerajaan negeri demi menjana pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan belanja berhemah demi kepentingan rakyat secara keseluruhan. "Kemenangan besar PR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu 44 daripada 56 kerusi bukti ampuh bahawa pelbagai tawaran yang menjamin kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran dalam manifesto PR Selangor mendapat kepercayaan rakyat," katanya. Menyifatkan Belanjawan 2014 sebagai kesinambungan agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'(MES), Abdul Khalid menyindir kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana prinsip asas belanjawan mereka tidak menangani masalah kos apabila hanya menggunakan kaedah subsidi. Read More / Baca Lagi >> |
Tragedi Memali:The Star mohon maaf Posted: 18 Nov 2013 08:47 PM PST KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini menerbitkan kenyataan memohon maaf atas keterlanjuran menggelarkan Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang terlibat dalam peristiwa Memali sebagai 'kumpulan ajaran sesat'. Read More / Baca Lagi >>Dalam Nota Pengarang pada artikel utama muka 40 ruangan Pendapat (View) akhbar berkenaan hari ini, The Star memohon maaf kepada ahli keluarga dan sahabat handai Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang bersedih atas dakwaan tersebut. Pernyataan maaf The Star itu diterbitkan di akhir surat bertajuk "Memali incident a sad tragedy" (Peristiwa Memali adalah satu tragedi sedih) oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin. Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut. |
TPPA legal fees will cost taxpayers millions Posted: 18 Nov 2013 08:35 PM PST |
Payments to Shafee for Sodomy II appeal won't be revealed Posted: 18 Nov 2013 08:34 PM PST |
Egypt to mark protest anniversary Posted: 18 Nov 2013 08:33 PM PST |
Ibrah dari Sirah - Dr MAZA tibai bajet kerajaan BN Posted: 18 Nov 2013 08:33 PM PST |
MP PKR Batu Bahas Peruntukan Kem Luar Negeri 2014 Posted: 18 Nov 2013 08:32 PM PST |
Rosmah tak salah guna jet peribadi PM, kata menteri Posted: 18 Nov 2013 08:31 PM PST |
Shahidan: Kena berbangga, berterima kasih atas kepenatan Rosmah Posted: 18 Nov 2013 08:30 PM PST |
Dewan Rakyat 19 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 18 Nov 2013 08:30 PM PST |
Belanjawan 2014: Selangor belanja RM2.28 bilion rizab simpanan Posted: 18 Nov 2013 08:17 PM PST SHAH ALAM 19 NOV: Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Membentang Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 , beliau berkata, sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisitif melibatkan kepentingan rakyat. "Antaranya ialah RM150 juta bagi pembinaan Jamabatan Ketiga Klang, pembinaan rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta). "Selain itu, sejumlah RM50 juta dari rizab simpnanan digunakan untuk pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, pembangunan desa (RM50 juta dan pemberdayaan wanita (RM30 juta)," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 18 Nov 2013 08:13 PM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan pembiayaan jet eksekutif swasta oleh kerajaan terhadap lawatan isteri perdana menteri ke Qatar. Beliau malah menggesa anggota Parlimen serta rakyat Malaysia agar berterima kasih kepada Rosmah Mansor atas lawatan tersebut. Kenyataan itu dibuatnya pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi. Semalam beliau diasak bertalu-talu oleh MP Pakatan Rakyat berkenaan perkara itu dalam Dewan Rakyat. "Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dan berterima kasih dengan penat lelah (beliau ke sana). "Ini lawatan yang kita pergi secara bertanggungjawab dan secara telus. Lawatan ini dibuat setelah dipohon kepada kabinet. "Bagi pihak ahli-ahli parlimen, kita ucap terima kasih kepada isteri PM kerana hasil lawatan tersebut cukup positif kepada negara," kata Shahidan. Rosmah pada 10 November hadir ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4. Semalam di Parlimen, lawatan itu menjadi topik perbincangan selepas MP Gombak Azmin Ali, membangkitkannya dan mendakwa ia dibuat menggunakan jet eksekutif atas perbelanjaan negara. |
Muktamar 59: Dewan Ulama perlu menjadi ‘Front Line’..!! Posted: 18 Nov 2013 08:00 PM PST Tetapi apakah tugas Dewan Ulama PAS juga mirip kepada Majlis Fatwa Kebangsaan? PAS merupakan satu-satunya parti di Malaysia yang berteraskan agama Islam sebagai ideologinya. Jika dulu kepimpinan PAS di semua peringkat sama ada nasional, negeri, kawasan dan cawangan, biasanya diketuai oleh golongan Ulama. Kini arus pemodenan bukan sahaja meresapi pembangunan, teknologi, industri dan pendidikan semata-mata tetapi hakikat yang harus diterima oleh semua pihak ialah landskap politik juga telah berubah mengikut arus pemodenan. Golongan professional juga kini sudah mula menonjol dalam PAS. Maka persoalannya ialah kecuali negeri Kelantan, Terengganu dan sebahagian Kedah; mengapa PAS masih gagal menawan hati masyarakat atau hati pengundi Melayu di kawasan kampung? Bukankah masyarakat atau pengundi Melayu di kawasan kampung lebih konservatif berbanding dengan Melayu di bandar? Bukankah lazimnya aktiviti keagamaan berkaitan dengan aktiviti masjid dan surau lebih banyak diadakan di kawasan kampung berbanding kawasan metropolitan? Maka kenapa PAS yang berimej Islam gagal menawan hati pengundi Melayu di kawasan kampung? Mengapa pemimpin PAS yang duduk di dalam Dewan Ulama PAS yang namanya pun sudah bergelar Ulama gagal menembusi kawasan kampung dengan imej Islamik mereka. Bukankah golongan Ulama disegani oleh orang Melayu? Kenapa Ulama PAS tidak mentarbiyah orang-orang Melayu kampung jika benar ada orang Melayu kampung sudah lari dari perjuangan Islam? |
'Ajaran sesat' Ibrahim Libya: The Star akhirnya mohon maaf Posted: 18 Nov 2013 07:46 PM PST Akhbar The Star menyiarkan nota permohonan maaf atas tulisan mendakwa Allahyarham Ibrahim Libya dan kumpulan penyokong PAS yang bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tragedi Memali pada 1985 sebagai kumpulan ajaran sesat. Nota permohonan maaf oleh pengarang The Star itu disiarkan bersama dengan kandungan surat oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin yang menjelaskan bahawa Ibrahim dan kumpulan penyokong tersebut tidak seperti yang digambarkan akhbar berkenaan. Tulisan pada 12 November itu menyenaraikan Ibrahim Libra bersama dengan kes kekerasan melibatkan kumpulan ajaran sesat, termasuk Imam Mahdi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun. Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.Read More / Baca Lagi >> |
PKFZ, kisah ketidakcekapan dan pembaziran berjuta dana awam oleh kerajaan BN Posted: 18 Nov 2013 07:44 PM PST Jika terdapat satu pengajaran yang boleh dipelajari daripada kemelut Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) , ia adalah hakikat sesetengah rakyat Malaysia yang tidak pernah belajar daripada kesilapan dan terus-terusan membuat kesilapan. Dan dalam proses itu, pembazirkan berjuta-juta dana awam berlaku. Semalam, Menteri Undang-undang Nancy Shukri memberitahu Parlimen bahawa Jabatan Peguam Negara tidak merayu terhadap pembebasan Tun Dr Ling Liong dalam skandal PKFZ kerana kemungkinan berlaku sebaliknya adalah "amat tipis". Read More / Baca Lagi >> |
Politik Wang: Pakej umrah, bilik hotel untuk raih undi perwakilan Umno, dakwa pengadu Posted: 18 Nov 2013 07:40 PM PST Selepas lebih sebulan pemilihan Umno berakhir kini timbul pula dakwaan berlakunya unsur politik wang dalam parti apabila perwakilan didakwa telah disogokkan dengan penajaan pakej umrah selain penginapan di hotel mewah bagi meraih undi oleh Umno Bahagian Lembah Pantai. Lebih dari itu seorang bekas ketua cawangan Umno di Lembah Pantai, Asat Ahmad turut mendakwa terdapat pengedaran senarai "chai" atau barisan calon pilihan. Asat membuat laporan mengenai salah laku dalam pemilihan itu pada 31 Oktober lalu. Asat berkata salinan surat aduan tersebut juga telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Read More / Baca Lagi >> |
PPSMI, PBS: Umno-BN tak puas huru-harakan sistem pendidikan negara..!! Posted: 18 Nov 2013 07:02 PM PST Kali ini kita ingin menyentuh isu pendidikan termasuklah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicadangkan agar dihidupkan kembali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang 'membingungkan' warga pendidik. Pelaksanaan PBS yang dimulai dengan murid tingkatan satu pada 2011 yang bermatlamat melahirkan modal insan holistik serta seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi dilihat baik bagi menggantikan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan tetapi dalam menjayakannya terlalu banyak kerja-kerja pengkeranian yang perlu dilakukan oleh guru dan dengan sistem komputer kementerian yang kurang efisien dan kurang membantu, menyebabkan warga pendidik begitu tertekan. Mengenai PPSMI, dulu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran (kini Pendidikan), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hanya dimansuhkan sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016 manakala di sekolah menengah pada 2021. Kini Dr Mahathir ghairah mahu 'menghidupkannya kembali'. Read More / Baca Lagi >> |
Rosmah Mansor kembali ‘mengganas’ Posted: 18 Nov 2013 06:00 PM PST Setelah sekian lama agak menyepikan diri daripada sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat. Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif. Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinkan. Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan. Sehubungan itu, di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu. Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja peranannya. Beliau juga mahu dirinya dipanggil First Lady dengan mengadakan persidangan Wanita-wanita Pertama di Kuala Lumpur dan yang paling sensasi ialah cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Dalam beberapa pilihan raya kecil pula, beliau turut berkempen untuk calon BN, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum ini. Bagaimanapun kira-kira setahun sebelum PRU13 pada Mei lalu, Rosmah agak menyepikan diri dan jarang menonjol. Beliau seperti sudah menjadi isteri yang baik, tawaduk dan merendah diri. Program persendiriannya makin jarang dan beliau hanya menjadi peneman kepada Najib dalam lawatan di dalam dan luar negara saja. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar 59: Antara bersama Pakatan atau kaji balik hubungan, kata penganalisis Posted: 18 Nov 2013 05:57 PM PST Para penganalisis dan pemerhati sepakat, pertandingan dalam PAS kali ini adalah antara memperkuatkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) atau mengkaji semula hubungan itu. Inilah yang boleh dilihat daripada trend kempen yang sedang hangat berlangsung dalam PAS sekarang menjelang muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini di Shah Alam. "Berdasarkan trend yang ada, saya rasa golongan yang mahu PAS lebih rapat dengan PR akan lebih diterima berbanding dengan golongan yang mahu ia dikaji semula," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Abu Bakar kepada The Malaysian Insider. Namun, kebanyakan pemimpin dan perwakilan PAS dijangka akan menolak idea ini berdasarkan fakta bahawa hubungan dengan PR banyak memberikan manafaat kepada mereka. Namun begitu, menurut Hisomuddin, ia berbeza dengan trend kempen yang berlaku dalam Pemuda PAS. Beliau menjangkakan, pemilihan dalam Dewan Pemuda PAS akan lebih dipengaruhi oleh kumpulan iaitu antara kumpulan pro ulama yang dikira konservatif dan kumpulan bukan ulama yang dikira lebih progresif dan dipengaruhi oleh profesional dalam PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Shahidan dedah sebab Najib tak guna penerbangan MAS Posted: 18 Nov 2013 05:55 PM PST Kerana nak pertahankan tindakan isteri Perdana Menteri yang menggunakan Jet Kerajaan dalam lawatannya ke Qatar baru-baru ini, Shahidan berkata lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara. Kepentingan apa bendanya entahlah, sedangkan kita tahu hanya menteri boleh mewakili Malaysia dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain. Selain itu Shahidan juga mendedahkan sebab Najib tidak menggunakan penerbangan MAS.. Katanya tak ada kelas.... |
Ejen Amerika di pejabat Peguam Negara: Hanipa cadang tiga penyelesaian Posted: 18 Nov 2013 05:51 PM PST Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) memberikan tiga cadangan untuk kerajaan membersihkan nama ekoran dakwaan adanya ejen CIA di Pejabat Peguam Negara. Pertama, beliau mahu perkara itu disiasat oleh satu Suruhanjaya Diraja jika ia dakwaan yang benar. Kedua, beliau menggesa penafian itu dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail jika dakwaan itu tidak benar. Hanipa menyatakan perkara ini ketika mengulas jawapan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang menafikan kewujudan ejen CIA di Pejabat Peguam Negara. "Adalah dimaklumkan Jabatan Peguam Negara menafikan adanya ejen CIA di pejabat tersebut," kata Nancy semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Penduduk KL bersatu bantah kenaikan kadar cukai taksiran DBKL Posted: 18 Nov 2013 05:50 PM PST Sekurang-kurangnya 30 persatuan penduduk di Kuala Lumpur akan bersatu untuk menentang cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar cukai taksiran yang dilihat terlalu tinggi. Wakil persatuan penduduk Bukit Bandaraya, Bangsar Baru, Lucky Garden dan Bangsar Park akan bertemu hari ini untuk membincang cadangan menghimpunkan sekurang-kurangnya 30 persatuan seumpama itu di Kuala Lumpur. Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Datuk Mumtaz Ali berkata, kali terakhir mereka berkumpul adalah ketika membincangkan Draf Pelan Bandaraya KL 2020, dimana mereka telah membentuk persefahaman di kalangan 30 persatuan penduduk untuk mendengar pandangan mereka. Beliau juga sedang merancang untuk menyediakan contoh surat bantahan untuk digunakan oleh semua penduduk yang terlibat bagi membolehkan mereka membuat bantahan secara individu. Semalam, ahli parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur meminta penduduk Kuala Lumpur agar membantah cadangan kenaikan kadar taksiran itu dengan menghantar surat bantahan sebelum 17 Disember. DBKL sudah mula menghantar notis kepada pemilik rumah dan bangunan di Kuala Lumpur bagi memaklumkan cadangan kenaikan cukai taksiran antara 100 % hingga 1000% atau lebih. Notis itu bagaimanapun menyebut, jika ada bantahan terhadapnya, ia hendaklah dibuat sebelum 17 Disember. "Kami mahu penduduk membuat bantahan secara individu. Kami akan kumpulkan surat-surat ini dan akan digabung bersama dengan bantahan daripada persatuan sebelum dihantar. "Kami buat begini bagi memastikan bantahan kami tidak ditolak dengan alasan tidak banyak bantahan yang mereka terima," jelas Mumtaz. Read More / Baca Lagi >> |
Marking the second anniversary of a day of bloodshed in Egypt Posted: 18 Nov 2013 05:46 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan