MIMPI SENJA |
- TERKINI - [11pg/19 Nov] : Budak Lelaki Hilang Di Villa Nabila Ditemui
- TERKINI dari Villa Nabila JB - Remaja hilang mungkin disorok makhluk halus
- Rosmah Mansor mengganas kembali ... Anggota kabinet yang menyokongnya tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja
- Seorang maut, 7 cedera nahas dekat Terowong Menora, Ipoh
- Setelah gagal turunkan harga, kini BN nak hadkan pula jangka hayat kereta ...haramjadah betoi la...
- 23 kanak-kanak hilang di Banglo berhantu Villa Nabila JB
TERKINI - [11pg/19 Nov] : Budak Lelaki Hilang Di Villa Nabila Ditemui Posted: 18 Nov 2013 07:00 PM PST JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai. Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini. Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui di sekitar pukul 2 pagi Selasa. "Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi. Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada. "Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini. Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu. Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang. Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua. Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila. Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor. JOHOR BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi. Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat. Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional. "Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi. "Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi. |
TERKINI dari Villa Nabila JB - Remaja hilang mungkin disorok makhluk halus Posted: 18 Nov 2013 05:36 PM PST
SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat. Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu. "Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib. "Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul. "Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan. "Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu," katanya. Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa. "Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun. "Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar," katanya.
Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang. Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila. Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan. Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu. Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini. Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya. "Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila," katanya. Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu. Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu. "Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai," katanya. Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam. Pelbagai versi kehilangan Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu. Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak. Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian. "Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai," katanya. Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang. Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut. Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk. "Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk. "Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa)," katanya. Villa Nabila lokasi misteri Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun. Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu. Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk. Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau. Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal. "Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik. "Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur. Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu," katanya. Orang ramai teruja tinjau lokasi Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar. Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan. Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu. Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan. Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk. Oleh Mohd Nur Hafidz Nordin JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi. Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia. Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu. Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.Kira-kira 11.15 malam tadi, sepasukan peronda dihantar ke tempat kejadian untuk menyuraikan orang ramai yang menceroboh ke kawasan larangan itu. Bagaimanapun, kehadiran anggota polis itu tidak menghalang lebih ramai orang berkunjung ke kawasan persekitaran Villa Nabila. Kenderaan pengunjung yang diletakkan di bahu jalan itu juga mengakibatkan kesesakan hingga dua kilometer di Jalan Skudai menghala Tampoi berikutan pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan untuk melihat orang ramai yang berkumpul di situ. Polis Johor menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) bahawa seramai 23 daripada 30 remaja yang dikatakan memasuki Villa Nabila hilang sejak pagi Sabtu lalu. Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan polis mendapati hanya seorang remaja dilaporkan hilang dan siasatan masih diteruskan bagi memastikan remaja lelaki itu berada di banglo berkenaan atau tidak. Katanya, laporan diterima daripada Norhayati Mohamad, 38, yang mendakwa anak lelakinya Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin. Published: Isnin November 18, 2013 MYT 12:56:00 PM Updated: Isnin November 18, 2013 MYT 1:05:26 PM Laporan 23 Kanak-Kanak Hilang Di Banglo Berhantu, Villa Nabila Tidak Benar - Polis JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut. "Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang. Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki. Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila. Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor. Terdapat beberapa versi bagaimana banglo berusia 40 tahun itu mendapat namanya termasuk kisah pembunuhan keluarga Caucasian kaya yang pernah tinggal di situ. Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut. Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak. JOHOR BARU - There is nothing spooky happening at an abandoned mansion along Jalan Skudai here in Danga Bay, despite rumours flooding social media site, alleging that 23 teenagers went missing. "It is a rumour, nobody is missing after entering the mansion. It is standard operation procedure to investigate any place or places based on reports received," Johor Baru (South) deputy police chief Superintendent Abdul Samad Salleh said. He confirmed that police received a report that a 16-year-old boy, who had left his family's house in Kampung Majidee here on Nov 16, was reported last seen entering the mansion, named Nabila Villa, by self-proclaimed paranormal-activity seekers. Abdul Samad said a missing person report was lodged by the missing boy Mohammad Izzat Izuddin's mother Norhayati Mohammad 38, at 1.15am this morning. The boy's mother, who had checked his whereabouts with his friends, was told that he had gone to the villa. This information somehow leaked and everyone was posting in on their respective facebook pages, and blogs, causing a frenzy. The situation snow-balled, when people saw shamans and bomohs to the location, one of them a self-proclaimed ghost-buster , who hoped to track the boy down, believing that some evil powers were hiding him. Police also upon receiving the report, were despatched to the scene. Seeing the police patrol cars, and a rescue vehicle from the Fire and Rescue Department, prompted passer-by to snap pictures and post it online, claiming that a group of children were missing. At noon, there were about 300 people gathering in front on the abandoned villa, with cars lined up by the road side. Police were also at the scene, manning traffic. 16-year-old Mohammad Izzat Izuddin was reported last seen entering Nabila Villa. JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di sini. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata, kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu. "Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'. "Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di sini, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi terbabit, hari ini. Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini. Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu. Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak. Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini. Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal. Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu. "Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran. "Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," katanya. - Bernama |
Posted: 18 Nov 2013 03:58 PM PST Setelah sekian lama agak menyepikan diri daripada sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat. Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif. Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinkan. Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan. Sehubungan itu, di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu. Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja peranannya. Sebelum ini, terutama pada tahun-tahun pertama dan kedua Najib menjadi Perdana Menteri, isu berkaitan Rosmah begitu hangat menjadi perbualan dan kecaman rakyat. Beliau didapati sering berbelanja mewah, memakai pakaian mahal dan 'bling-bling', memiliki banyak koleksi beg tangan mewah dan kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara menggunakan jet eksekutif kerajaan. Beliau juga mahu dirinya dipanggil First Lady dengan mengadakan persidangan Wanita-wanita Pertama di Kuala Lumpur dan yang paling sensasi ialah cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Dalam beberapa pilihan raya kecil pula, beliau turut berkempen untuk calon BN, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum ini. Bagaimanapun kira-kira setahun sebelum PRU13 pada Mei lalu, Rosmah agak menyepikan diri dan jarang menonjol. Beliau seperti sudah menjadi isteri yang baik, tawaduk dan merendah diri. Program persendiriannya makin jarang dan beliau hanya menjadi peneman kepada Najib dalam lawatan di dalam dan luar negara saja. Perubahan ini mungkin dilakukan kerana Najib dan para punah-sihatnya menyedari bahawa penonjolan Rosmah yang keterlaluan boleh memberi kesan buruk dalam sokongan rakyat kepada Umno dan BN. Kini dengan kembalinya Rosmah kepada watak dan tabiat asalnya iaitu mengadakan lawatan ke luar negara dengan menggunakan jet eksekutif dan perbelanjaan kerajaan, apakah ini merupakan petanda beliau bakal kembali mengganas lagi? Dengan pilihan raya sudah berakhir dan kecaman di Parlimen serta suara bising rakyat tidak akan mengubah apa-apa sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018. Apakah juga selepas ini lebih banyak lagi cerita-cerita sensasi bakal keluar dan lebih banyak penggunaan jet eksekutif dibenarkan kepada isteri Perdana Menteri ini? Melihat kecenderungan ini, rakyat nampaknya kena bersedia menyaksikan lebih banyak cerita-cerita sensasi mengenainya. Bermula dengan menggunakan jet eksekutif sebagai landasan memunculkan dirinya, mungkin lebih banyak cerita mewah dan boros akan muncul selepas ini. Walau apa pun kebimbangan rakyat mengenai isu Rosmah ini, tindakan Najib dan kabinet meluluskan lawatan dan membenarkan isterinya mewakili kerajaan adalah petunjuk jelas bahawa ungkapan kata-kata "berubah sebelum rebah" yang sering dilaungkan sebelum ini hanyalah umpan untuk mengekalkan kuasa dan memperolehi undi semata-mata. Setelah kuasa diperoleh, bukan saja perkataan "berubah" tidak lagi disebut, bahkan janji "rakyat didahulukan", "kami mendengar" dan banyak lagi sebenarnya hanyalah ungkapan-ungkapan manis yang penuh dengan racun saja. Jika sekiranya ketika hampir pilihan raya, kelibat Rosmah diperlahankan sebagai suatu tanda "berubah", seharusnya perkara itu terus dilakukan kerana masing-masing sudah pun menyedari ada yang tidak kena dengannnya, terutama dalam penggunaan jet eksekutif dan perbelanjaan wang rakyat. Lebih-lebih lagi Parlimen juga diberitahu sebelum ini bahawa kerajaan telah membelanjakan hampir RM15 juta untuk petrol jet kerajaan manakala penyelenggaraannya pula menelan belanja lebih RM160 juta. Untuk setiap penerbangan pula, kos petrol saja sebanyak RM470 ribu. Tidak seperti Mahathir, walaupun beliau cukup berkuasa selama 22 tahun pemerintahannya tetapi tidak pernah sekali pun isterinya, Siti Hasmah dibenarkan menggunakan jet eksekutif secara bersendirian. Anak-anaknya pula langsung tidak berpeluang menumpang untuk ke mana-mana. Malangnya di era Najib ini, jet eksekutif tidak ubah seperti bas Tong Fong layaknya. Isterinya kerap kali dibenarkan menggunakannya untuk ke mana-mana, manakala anak-anak dan bakal menantu pun turut sama bermewah menaikinya. Dilaporkan juga kenalan rapat keluarga Perdana Menteri turut ramai yang sudah menumpang. Dalam hal ini, Najib seharusnya insaf bahawa sokongan rakyat kepada Umno dan BN dalam pilihan raya lalu tidak sebesar mana. Sokongan itu pula sebenarnya sangat rapuh dan jika diambil kira beban derita rakyat dalam mengharungi kehidupan dengan kenaikan harga barang, penghapusan subsidi gula, pengenalan cukai GST dan kenaikan cukai pintu oleh DBKL, ditambah lagi dengan cadangan-cadangan pelik oleh kerajaan seperti mahu melarang motorsikal kecil berada di jalan raya dan melupuskan kereta berusia melebihi 12 tahun, sokongan itu bila-bila sahaja boleh berderai. Oleh itu dalam mengurus kerajaan, haruslah ada kewajarannya. Kalau pun Najib tidak berasa malu dengan 51% pengundi yang tidak mengundi BN dalam pilihan raya lalu, sekurang-kurangnya malulah kepada Tuhan yang sentiasa melihat dan menyaksikan begitu banyak kontradiksi antara yang dicakap dan dibuatnya dalam memimpin negara ini. -– shahbudindotcom.blogspot.com, 19 November, 2013. |
Seorang maut, 7 cedera nahas dekat Terowong Menora, Ipoh Posted: 18 Nov 2013 08:18 AM PST IPOH: Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, Isnin. Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad ketika dihubungi berkata kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam perjalanan menghala ke Selatan. "Treler yang membawa muatan siling itu mengalami kerosakan brake dan cuba memperlahankan kenderaannya sebelum menghimpit treler yang membawa muatan bitumen itu dan menyebabkannya (treler bitumen) terbalik dan masuk gaung," katanya. Katanya treler yang membawa muatan siling itu kemudiannya terbabas ke hadapan dan merempuh dua kereta itu. Beliau berkata bapa kepada Ukesparen cedera pada bahagian kepala manakala pemandu treler yang membawa muatan bitumen tidak mengalami sebarang kecederaan. "Kereta Avanza membawa seramai lima penumpang dan seorang daripada mereka Rokiah Awang mengalami patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan. Pemandu kereta Nissan turut mengalami cedera ringan," katanya. Tiga mangsa dihantar ke HRPB manakala empat yang lain menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar. Abdul Ghaffar berkata ekoran kejadian itu, kenderaan dari arah selatan menghala utara bergerak perlahan sepanjang empat kilometer disebabkan pengguna jalan raya mahu melihat kejadian itu. -BERNAMA |
Setelah gagal turunkan harga, kini BN nak hadkan pula jangka hayat kereta ...haramjadah betoi la... Posted: 18 Nov 2013 06:48 AM PST Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja. "Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli (gambar), ahli Parlimen Pandan. Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat. Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan "perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat". Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia. Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang. "Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta. "Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya. Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan. Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13. Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung. "Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi. "Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain. "Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya. Akibatnya, dakwa beliau, harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia. Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu. \Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta. Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya. "Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan. "Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau. – 18 November, 2013.- TMI |
23 kanak-kanak hilang di Banglo berhantu Villa Nabila JB Posted: 18 Nov 2013 01:39 AM PST
SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat. Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu. "Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib. "Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul. "Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan. "Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu," katanya. Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa. "Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun. "Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar," katanya. Published: Isnin November 18, 2013 MYT 12:56:00 PM Updated: Isnin November 18, 2013 MYT 1:05:26 PM Laporan 23 Kanak-Kanak Hilang Di Banglo Berhantu, Villa Nabila Tidak Benar - Polis JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut. "Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang. Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki. Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila. Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor. Terdapat beberapa versi bagaimana banglo berusia 40 tahun itu mendapat namanya termasuk kisah pembunuhan keluarga Caucasian kaya yang pernah tinggal di situ. Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut. Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak. JOHOR BARU - There is nothing spooky happening at an abandoned mansion along Jalan Skudai here in Danga Bay, despite rumours flooding social media site, alleging that 23 teenagers went missing. "It is a rumour, nobody is missing after entering the mansion. It is standard operation procedure to investigate any place or places based on reports received," Johor Baru (South) deputy police chief Superintendent Abdul Samad Salleh said. He confirmed that police received a report that a 16-year-old boy, who had left his family's house in Kampung Majidee here on Nov 16, was reported last seen entering the mansion, named Nabila Villa, by self-proclaimed paranormal-activity seekers. Abdul Samad said a missing person report was lodged by the missing boy Mohammad Izzat Izuddin's mother Norhayati Mohammad 38, at 1.15am this morning. The boy's mother, who had checked his whereabouts with his friends, was told that he had gone to the villa. This information somehow leaked and everyone was posting in on their respective facebook pages, and blogs, causing a frenzy. The situation snow-balled, when people saw shamans and bomohs to the location, one of them a self-proclaimed ghost-buster , who hoped to track the boy down, believing that some evil powers were hiding him. Police also upon receiving the report, were despatched to the scene. Seeing the police patrol cars, and a rescue vehicle from the Fire and Rescue Department, prompted passer-by to snap pictures and post it online, claiming that a group of children were missing. At noon, there were about 300 people gathering in front on the abandoned villa, with cars lined up by the road side. Police were also at the scene, manning traffic. 16-year-old Mohammad Izzat Izuddin was reported last seen entering Nabila Villa. Pix by Mohamad Shahril Badri 16-year-old Mohammad Izzat Izuddin was reported last seen entering Nabila Villa. Pix by Mohamad Shahril Badri JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di sini. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata, kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu. "Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'. "Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di sini, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi terbabit, hari ini. Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini. Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu. Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak. Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini. Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal. Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu. "Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran. "Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan