RAKYAT MARHAEN |
- Bila UMNO@BN dah pakai undang2 rimba, itulah hasilnya... !!!
- Nasihat dan Muslihat..!!
- Cukup-cukuplah Tun, tak usahlah sebut-sebut lagi PPSMI ..!!
- Gagasan saran Agama Islam, Pendidikan Moral wajib lulus SPM..!!
- Ahli perniagaan bakal dedah terma penyelesaian kes belasah Ahmad Zahid..!!
- Pengundi Sg Limau bukan macam pengundi di Felda... yang boleh dijual beli...!!!
- JAKIM ambil berat pasal Internet jee, yang kat dalam TV dok dedah sana dedah sini apa cerita..??
- Dari mana UMNO rembat duit RM40 juta untuk bantu Utusan?
- Yang aneh dan lucu dalam kempen Sungai Limau
- UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau
- PRK Sg Limau: Calon BN Sendiri Dedahkan FAMA Disalahguna Beri Berlori Anak Ayam Semasa Kempen
- Kebijaksanaan politik orang Cina di Sungai Limau
- K-Pop fiasco: Who are the culprits?
- Pakatan desak potong elaun Duta Khas RM28,000 sebulan
- Pasti, Unit Amal aset berharga PAS
- Hala tuju PAS Selangor depani politik negara
- Tarik profesional muda kukuh Pemuda PAS - Zamri
- Muktamar 59: 'PAS perlu kekalkan status quo'
- NGO Bantah TPPA: US pushing for extreme medical patenting
- Cukai pintu naik: Majoriti penghuni bandaraya tak puas hati dengan DBKL
- MB : Perantara bebas tentukan jumlah bayaran pengambilalihan air Selangor
- BUNG MOKHTAR DAN RAKAN BOLEH MENANGIS BILA BACA TWEET IMAM MUDA NI...!!!
- Perisik di pejabat AG, SAMM lapor polis seluruh negara
- NGO: 'Nambikei' Najib pecah di Sri Lanka
- Yang Dipertua Dewan....
Bila UMNO@BN dah pakai undang2 rimba, itulah hasilnya... !!! Posted: 15 Nov 2013 03:35 PM PST Sidang Dewan macam 'pasar borong' kata Ahmad Maslan... Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berharap apa yang berlaku dalam sesi Dewan Rakyat semalam tidak berulang di masa depan apabila penyokong kerajaan dan pembangkang bergaduh untuk tempoh satu jam akibat tidak berpuas hati dengan sesuatu isu. "Semua anggota Parlimen mesti mengikut peraturan mesyuarat…kejadian semalam seperti mengoyakkan kertas usul dan menjerit-jerit tidak sepatutnya berlaku. Ahmad berkata apa yang berlaku semalam seumpama sebuah "pasar borong" yang hanya membuang masa sahaja.-fmt En.Maslan ooi, Macam mana tak jadi seperti 'pasar borong' apabila hampa yang memerintah menggunakan undang2 rimba dan tak ikut SOP dewan ketika meluluskan sesuatu usul. Tambah2 lagi pihak hampa pakai redah saja macam pengawai2 DBKL muncul awal pagi untuk merobohkan kuil di Jalan P.Ramlee baru2 ini. Kalaulah hampa dah berlagak macam samseng,hang ingat depa di sebelah sana nak dok diam kah? Hang pikiaq mai Che Lan ooi... Trained in the Land of The Spycatcher... It's a black day for our parliament. Yesterday, our colleague the MP for Padang Serai( corrected- I always state Bagan) was suspended for 6 months. Presently there is a growing agitation for parliament to censure Nurulizzah, MP for Lembah Pantai. Our public's attention is diverted by side issues strategically timed to be aired by UMNO warlords. The nation ought to be engrossed over the 2014 Budget as it explains how the government wants to use the RM264-billion outlay. How it's going to handle almost RM700 billion public debt (including contingent liabilities and guarantees to GLCs). We must not lose sight of the BN salivating over the prospects of having more money through GST. A second our attention is diverted, their thieving hands are on the dough. Instead, UMNO warlords are calling for Nurulizzah's censure because she exposed that our PDRM stationed 30 special branch officers in London. The business of government lies within the purview of parliament. As a Member of Parliament, Nurul Izzah has the right to question the business of government- in this case, the placement of 30 SB officers in London. In response, the government ought to explain the reason and purpose for stationing the intelligence officers there; is it for the purpose of learning new skills in counter intelligence, are they there for reason of compassionate leave for a much deserved R&R after spying diligently over opposition MPs or what?Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 15 Nov 2013 03:28 PM PST Quran 2: 143 menyebut apa yang selalu dilaungkan oleh presiden UMNO- ummatan–wasatho….wasathiyah tunggak perpaduan ummah atau demikiannya. Saya pun tidak berapa melayani pengayatan slogan demikian- kerana itulah kerja UMNO yakni membuat slogan. Bukanya dia orang nak ikut tapi hanya hendak mengikat minda orang Melayu. Apatah lagi obsesi Najib sekarang ialah mencipta slogan demi slogan. Agak nya kerana penciptaan slogan inilah, maka PM menggaji consultant dan berbelanja RM7.2 billion semenjak 2008. Ayat Quran tersebut dengan terang menyebut Allah menjadikan umat Islam( bukan umat UMNO) sebagai umat pertengahan supaya menjadi contoh teladan. Dalam bahasa Inggeris kalau kita baca tarjemahan Quran oleh Abdullah Yusuf Ali umpamanya, umat pertengahan ini adalah people of the golden mean yang menjadi contoh teladan oleh kaum lain. Dan untuk melayakkan diri menjadi puak yang boleh dijadikan kayu ukuran, umat Islam pula merujuk perbuatan nya dan diadili akhirnya oleh risalah Nabi Muhamad. Nyatalah untuk menjadi puak golden mean, umat Islam mesti mendekati dirimereka dengan prinsip2 Islam barulah layak dijadikan contoh teladan. Tak perlulah kita mendalami tuntutan ini- kita hanya menghadkan diskusi kita kepada perkara yang UMNO hendakkan rakyat mengikutnya. Ambil misalnya teladan belanja berhemah dan belanja mengikut kemampuan. Dalam hal ini, kerajaan PM dan PM sendiri gagal dengan teruk. Sejak belasan tahun, kerajaan belanja melebihi kemampuan. Kita ada defisit bajet puluhan tahun. Masaalah kita bukan dengan pendapatan- sebab ekonomi kita berkembang pada kadar yang baik. Read More / Baca Lagi >> |
Cukup-cukuplah Tun, tak usahlah sebut-sebut lagi PPSMI ..!! Posted: 15 Nov 2013 03:25 PM PST Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh dan sarat dengan 'contradictions' dalam hidupnya. Beliau berubah pandangan kepada sesuatu hal mengikut waktu dan senarionya. Sekarang tidak berhenti lagi beliau meminta PPSMI di laksanakan kembali untuk menambah kemahiran murid dan pelajar dalam bahasa Inggeris. Itu sebabnya medium yang terbaik bagi beliau ialah dengan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kalau tidak Dr Mahathir siapa yang bertanggungjawab melemahkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan murid dan pelajar sekolah selama ini. Bukankah segala-galanya berubah semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran sejurus beliau di terima kembali ke dalam UMNO pada tahun 1974 dahulu? Dulunya setiap kawasan dan daerah ada sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris dan saya bersekolah dalam salah sebuah sekolah itu. Tetapi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran beliau mengutamakan politik dan kononnya dengan menukar semua sekolah untuk menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya, maka sejak itu bahasa Inggeris sudah tidak lagi menjadi bahasa pengantar di dalam sistem pelajaran sekolah sehinggalah keperingkat universiti. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri satu generasi yang pandai dan menguasai bahasa Inggeris telah tiada kerana mereka sudah berada dalam zaman persaraan. Sekolah-sekolah di penuhi dengan guru-guru yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan selepas itu pula Dr Mahathir menumpukan usahanya untuk mengembali bahasa Inggeris ke sekolah melalui pembelajaran dalam subjek Matematik dan Sains. Read More / Baca Lagi >> |
Gagasan saran Agama Islam, Pendidikan Moral wajib lulus SPM..!! Posted: 15 Nov 2013 03:21 PM PST Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyarankan agar Kementerian Pendidikan menjadikan Agama Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad berkata sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan mengambil langkah itu bagi melahirkan modal insan berkualiti sekali gus mampu menghadapi masa depan yang lebih mencabar, terutama dalam hal berkaitan agama, akidah dan moral. "Cabaran itu termasuk anasir Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), Shia, ajaran songsang dan sebagainya yang kini menjadi ancaman serius terhadap masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Ahli perniagaan bakal dedah terma penyelesaian kes belasah Ahmad Zahid..!! Posted: 15 Nov 2013 03:20 PM PST Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini. Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu. Peguam Amir Bazli, Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil peguam kedua-dua pihak. Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon. Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam. Read More / Baca Lagi >> |
Pengundi Sg Limau bukan macam pengundi di Felda... yang boleh dijual beli...!!! Posted: 15 Nov 2013 07:48 AM PST (Pengundi Sg Limau Bukan Anak Ayam Seperti Yang UMNO@BN Nilaikan) Pengakuan berterus-terang calon BN PRK Sg Limau yang gagal merampas kerusi DUN Sg Limau daripada PAS dalam PRK yang baru berlalu. Secara tidak langsung, beliau juga mengakui walaupun berkempen mempergunakan segala kemudahan serta jentera kerajaan, pengundi Sg Limau bukanlah sejahil majoriti pakcik dan makcik Felda yang mudah termakan umpan sekilo gula dan sekampit beras. |
JAKIM ambil berat pasal Internet jee, yang kat dalam TV dok dedah sana dedah sini apa cerita..?? Posted: 15 Nov 2013 07:44 AM PST ( Sex, Separuh Bogel, Ganas, Sesat,Anti Islam Halal Dalam TV Malaysia.. JAKIM Buat Ape!!) Dulu Umno tak dapat jangkakan dengan ledakan maklumat melalui internet ini. Setelah pengaruh dan kuasa Umno semakin berkurangan perlulah melakukan sekatan internet bagi menyekat suara rakyat. Itu sifar mudahnya.. jadi Umno gunalah segala jentera kerajaan bagi menghalalkan tindakan mereka. Umno.. rakyat makin pandai, jangan cuba memperbodohkan kami. JAKIM.. hang bekerja untuk agama atau Umno ni? Read More / Baca Lagi >> |
Dari mana UMNO rembat duit RM40 juta untuk bantu Utusan? Posted: 15 Nov 2013 05:23 AM PST KUALA LUMPUR 15 NOV: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempersoalkan dari punca manakah RM40 juta dana tambahan yang disuntik ke dalam Utusan Melayu (M) Bhd bagi membantu lidah rasmi Umno tersebut. "Dari mana Umno boleh dapatkan wang sebanyak itu, apakah Umno ini sebuah syarikat besar yang mampu menjana berjuta-juta ringgit setahun?, "Perniagaan apa yang Umno buat? kata Johari kepada Keadilandaily. Bursa Malaysia dilaporkan pada 13 November lalu menyatakan Umno akan menyuntik RM40 juta dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan 'two-call rights issue (TCRI)'. Tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8% kepada 53.1%. Dengan jaminan membeli saham terbitan hak itu, kuasa mengundi Umno meningkat kepada kira-kira 67.2% peningkatan lebih dua peratus dalam tempoh enam bulan. Menurut Johari, dana suntikan itu perlu didedahkan kerana mewujudkan kesangsian bahawa wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan digunakan bagi tujuan itu, Read More / Baca Lagi >> |
Yang aneh dan lucu dalam kempen Sungai Limau Posted: 15 Nov 2013 04:51 AM PST OLEH Subky Latif Apakah yang TPM Muhyidin kata dan maksud bajet berhubung gula dalam kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, tanggapan umum mengenainya ialah gula yang murah dan mudah mendapatnya boleh menyebabkan ramai rakyat hilang kedua kaki. Maka orang terasa ia menyentuh kejadian yang menimpa Almarhum Tan Sri Azizan Razak yang selepas tamat perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Kedah hilang kedua kaki gara-gara penyakit kencing manisnya. Komplikasi itu membawa maut kepadanya dan PRK itu diadakan kerana mautnya. Sama ada ia dimaksudkan atau tidak dimaksudkan, apabila dalam situasi berkabung di Sungai Limau, disentuh tentang gula, kencing manis, risiko hilang kaki, maka akan ingat Adun lima penggal Sungai Limau itu. Kita tak boleh marah keluarganya tersinggung dan tidak boleh salahkan orang terasa ia menyindir orang tertentu apabila hal itu disebut. Gula jadi mahal berkupang-kupang dari Bajet 2014 tiada kena mengena dengan menyelamatkan kaki rakyat, tetapi adalah kerana kerajaan tidak tertanggung beban sabsidi, yang mengikut Menteri Idris Jala lebih setahun lalu, beban sabsidi yang banyak menyebabkan risiko negara muflis menjelang tahun 2020. TPM tahu hal itu, lalu mengapa gatal sentuh tentang gula menyebabkan kaki boleh hilang di tempat dan masa ada orang hilang kaki? Read More / Baca Lagi >> |
UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau Posted: 15 Nov 2013 04:47 AM PST KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau. Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat. "Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan. Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno." ujar Dr Shaharuddin. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Sg Limau: Calon BN Sendiri Dedahkan FAMA Disalahguna Beri Berlori Anak Ayam Semasa Kempen Posted: 15 Nov 2013 04:45 AM PST Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri. "Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. "Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu. "Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya dipetik TMI. Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu. |
Kebijaksanaan politik orang Cina di Sungai Limau Posted: 15 Nov 2013 04:42 AM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYA DAHULU sokongan masyarakat Cina terhadap parti politik kerajaan atau pembangkang dikaitkan dengan teori pendulum. Dalam kaedah sains pendulum adalah berkaitan ayunan bandul, silih berganti ke kiri dan ke kanan. Pada PRU 1969 undi Cina berpihak pada pembangkang.Sejak itu ia bertukar silih berganti untuk pembangkang dan parti pemerintah. Namun mulai PRU 1995 sokongan majoriti masyarakat Cina terhadap BN selaku pemerintah berlanjutan ke PRU 1999 dan 2004. Mereka mempunyai sebab yang konkrit mengapa memberikan sokongan padu terhadap BN, semuanya demi survival bangsa Cina. Sebelum PRU 1995 Setiausaha Agung DAP pada masa itu Lim Kit Siang sudah membayangkan bahawa DAP akan kalah teruk. Pemimpin PAS, Mohamad Sabu bertanya beliau, mengapa? Jawab Kit Siang, "Sebahagian besar tuntutan orang-orang Cina sejak merdeka telah ditunaikan oleh Dr Mahathir (Mohamad)." Daripada tuntutan jawatan menteri-menteri kanan dalam Kabinet, dasar meritokrasi dalam banyak bidang hinggalah pendemokrasian pendidikan – semuanya ditunaikan oleh Mahathir. Menjelang PRU 2008 masyarakat Cina merasa keperitan dalam ekonomi berbanding sebelumnya, maka sokongan berpindah kepada pembangkang yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mereka mengulangi sokongan untuk Pakatan pada PRU 2013, tetapi kali ini bukan kerana memenuhi kehendak rasis sebaliknya mahukan kerajaan alternatif. Masyarakat Cina datang ke Tanah Melayu di zaman penjajah, hanya untuk bekerja di lombong bijih timah. Mereka mahu lari daripada kesengsaraan hidup di tanah besar China yang sering dilanda malapetaka. Hari ini mereka menguasai ekonomi Malaysia, dipermudahkan melalui kebijaksanaan berpolitik. Mereka menukar nilai untuk kepentingan dan survival bangsa yang lebih besar. Saya menyorot kebijaksanaan masyarakat Cina menggunakan kuasa undi sebagai alat tawar menawar demi kebaikan mereka lantaran tertarik dengan perkembangan terbaru sikap politik orang Cina khusus dalam PRK Sungai Limau. Read More / Baca Lagi >> |
K-Pop fiasco: Who are the culprits? Posted: 15 Nov 2013 04:42 AM PST Expose the firms that broke their promise, says Gerakan Youth. Speaking to FMT, Gerakan Youth chief Tan Keng Liang said taxpayers should not have had to foot the RM1.6 million bill. "We should reveal the names of the companies involved," he said. "There must be accountability. The sponsors must answer to the people." According to the 2012 Auditor-General's Report, taxpayer funds were used to pay for the concert, which featured the South Korean groups U-Kiss, Teen-Top and Dal Shabet. Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin earlier this week explained that the government had been forced to fork out the RM1.6 million because several sponsors pulled out at the last minute. Tan said Khairy should not be blamed for the fiasco because the concert was held before he became Youth and Sports Minister. "The previous minister should be questioned instead of him," he said. Khairy's predecessor, Ahmad Shabery Cheek, claimed last year that the ministry received RM20 million from domestic and foreign corporate sponsors for the event. Tan added, however, that he supported the idea of using K-Pop concerts as a gimmick for attracting youths to national events. |
Pakatan desak potong elaun Duta Khas RM28,000 sebulan Posted: 15 Nov 2013 04:40 AM PST SHAH ALAM 15 NOV : Kerajaan pusat wajar memotong elaun duta khas Malaysia ke luar negara yang tidak membawa sebarang faedah dan impak besar kepada Malaysia sejak mereka dilantik, pada tahun 2010. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata mereka ialah tiga bekas menteri, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Penasihat khas kepada Perdana Menteri dan Duta Khas ke Amerika Syarikat), Datuk Seri Ong Ka Ting (Duta Khas ke Republik Rakyat China) dan Datuk Seri S. Samy Vellu (Duta Khas ke India and India Selatan dalam bahagian infrastruktur). Katanya, duta khas diberi gaji dan elaun RM 27,227.20 sebulan, menjadikan jumlah setahun yang diterima mereka ialah RM980,179.20, selain turut menerima semua keistimewaan dan elaun yang dinikmati menteri kabinet lain. "Kedutaan Amerika Syarikat, China dan India lengkap dengan pelbagai perkhidmatan dan hubungan Malaysia dengan negara terbabit stabil serta cukup untuk duta berkenaan menjalankan tugas dengan baik juga profesional. Read More / Baca Lagi >> |
Pasti, Unit Amal aset berharga PAS Posted: 15 Nov 2013 04:38 AM PST TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua ahli PAS di setiap peringkat supaya menghargai dan menjaga pasukan Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebaik mungkin kerana ia merupakan aset penting kepada PAS. Menurutnya, sejarah membuktikan masyarakat mula 'celik mata' terhadap PAS selepas mengenali pengorbanan pasukan Unit Amal dan menyukai sistem pendidikan dan pendekatan yang diguna pakai di Pasti. Justeru itu, kejayaan PAS hari ini ada kaitan dengan keaktifan Unit Amal dan Pasti kerana ada setengah pihak mengenali keduanya dahulu sebelum berjinak dengan PAS. "Jagailah pasukan Unit Amal dan Pasti dengan baik, jangan hampakan rakyat yang telah menaruh harapan terhadapnya. Unit Amal dan PASTI merupakan aset PAS yang berharga," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan 25 tahun Pasti Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang, Tasek Gelugor baru-baru ini. Unit Amal dan Pasti katanya, bukan sahaja terkenal di kalangan orang Islam ataupun penyokong PAS, malah kini sudah menjadi buah mulut masyarakat termasuk bukan Islam kerana sumbangan besar kedua-duanya. "Ini bererti nama PAS sudah melekat di hati rakyat maka situasi sebegini harus dijagai sebaik mungkin agar tidak berlaku masalah yang akhirnya menjejaskan nama PAS itu sendiri," katanya. |
Hala tuju PAS Selangor depani politik negara Posted: 15 Nov 2013 04:37 AM PST SHAH ALAM: PAS Selangor akan memberi tumpuan mengenai hala tuju PAS sebagai parti politik Islam yang kukuh dan berperanan penting dalam mendepani politik arus perdana dalam ijtimak yang akan diadakan, Ahad ini. Read More / Baca Lagi >>Menurut Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Othman, perkara itu perlu ditekankan kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang akan menyertai ijtimak itu nanti. Katanya, ini kerana senario dalam PAS sekarang berlaku tuduhan atau melabel individu atau kumpulan tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi pimpinan. Beliau berkata, sikap melabel pimpinan dengan kelompok tertentu itu sebenarnya hasutan daripada pihak luar tetapi tanpa disedari ahli PAS sendiri yang membawa masuk ke dalam parti. "Dalam ijtimak nanti kita hendak bagi tahu pimpinan cawangan, kawasan dan negeri supaya jangan bergaduh antara kita kerana ia akan merugikan parti," katanya kepada Harakahdaily. Tambah beliau, menjelang pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS kempen memang boleh dilakukan tetapi biar secara sihat dan jangan ada sikap memburuk-burukkan calon lain. |
Tarik profesional muda kukuh Pemuda PAS - Zamri Posted: 15 Nov 2013 04:36 AM PST KUALA LUMPUR: Menarik serta menggembleng lebih ramai tenaga muda profesional daripada pelbagai latar belakang bersama menjiwai perjuangan murni PAS menjadi salah satu agenda utama Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) sekiranya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam Muktamar PAS nanti. Read More / Baca Lagi >>Beliau yang merupakan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) berkata, buah fikiran dan tenaga mereka ini amat diperlukan dalam Dewan Pemuda PAS berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan masing-masing. "Selalu kita dengar mereka yang profesional ini cenderung kepada PKR dan DAP, dan kali ini kita akan pecahkan dan cuba tarik lebih ramai golongan muda berprofesional untuk memperkuatkan lagi Pemuda PAS," tambahnya. Namun katanya, perkara paling penting adalah memasyarakatkan Pemuda PAS dengan isu-isu dan permasalahan yang membelenggu rakyat. Katanya, Pemuda PAS perlu sentiasa cakna dan ke depan untuk membela rakyat dan merasai denyut nadi rakyat di pelbagai peringkat dan golongan. "Tidak harus ada sikap eksklusif tetapi perlu sentiasa bersikap responsif dengan persekitaran semasa," katanya kepada Harakahdaily. Zamri juga bercita-cita mahu menjadikan Pemuda PAS sentiasa relevan dengan persekitaran anak muda yakni mereka harus bersikap terbuka dan meraikan kepelbagaian sikap dan perbezaan pendapat dengan hujah dan pendekatan yang matang serta bersifat kontemporari. |
Muktamar 59: 'PAS perlu kekalkan status quo' Posted: 15 Nov 2013 04:35 AM PST PAS perlu mengekalkan pemimpin sedia ada sebagai tanda protes terhadap budaya fitnah dan adu domba yang cuba dibawa sebuah golongan dalam parti Islam itu, kata timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor. Read More / Baca Lagi >>Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Khalid Samad berkata, usaha "golongan muda" itu walaupun bersandarkan slogan "perubahan dan menyelamat", ia sebaliknya merosakkan PAS dari dalam. "Tolak melalui 'kekal', cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau. "Kekal budaya politik bersih dan sihat dan kekal saf pimpinan yang sedia ada," katanya yang juga anggota Parlimen Shah Alam. Menulis dalam blognya semalam, Khalid juga menolak pandangan bahawa jawatan timbalan presiden mestilah seorang ulama kerana ia hanya pandangan bukan ketetapan. Katanya, berdasarkan Kertas Mesyuarat Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pusat PAS yang dibentangkan Murysidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, jelas dinyatakan bahawa jawatan tertinggi parti sebagai "pelaksana". "Saya hormati pandangan itu tetapi 'patik mohon derhaka' dalam pemilihan timbalan presiden PAS," katanya. Pemimpin nilai tambah |
NGO Bantah TPPA: US pushing for extreme medical patenting Posted: 15 Nov 2013 04:31 AM PST |
Cukai pintu naik: Majoriti penghuni bandaraya tak puas hati dengan DBKL Posted: 15 Nov 2013 04:29 AM PST |
MB : Perantara bebas tentukan jumlah bayaran pengambilalihan air Selangor Posted: 15 Nov 2013 04:29 AM PST |
BUNG MOKHTAR DAN RAKAN BOLEH MENANGIS BILA BACA TWEET IMAM MUDA NI...!!! Posted: 15 Nov 2013 03:24 AM PST |
Perisik di pejabat AG, SAMM lapor polis seluruh negara Posted: 15 Nov 2013 03:22 AM PST KUALA LUMPUR 15 NOV: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) menggesa supaya segala aktiviti yang melibatkan Pejabat Peguam Negara (AG) perlu dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal siasat. Gesaan tersebut dibuat ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat dua ejen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini. "Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir(Mohamad) yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin dipengaruhi agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG. "Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan," kata pengarah propaganda SAMM Edy Noor Reduan (gambar). Katanya, SAMM tidak menolak kemungkinan kecelaruan dan musibah yang berlaku melibatkan pemalsuan bukti dalam kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengintipan menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. "Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas. Namun apakah mungkin ia diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat? soalnya. Read More / Baca Lagi >> |
NGO: 'Nambikei' Najib pecah di Sri Lanka Posted: 15 Nov 2013 03:20 AM PST Seorang pemimpin perniagaan percaya bahawa Datuk Seri Najib Razak menderita amnesia pasca pilihan raya yang membuatkan beliau lupa bahawa beliau perdana menteri untuk seluruh rakyat Malaysia. Telahan Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar (kiri) itu disimpulkan berdasarkan keputusan perdana menteri untuk hadir ke mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Sri Lanka. Turut menjadi mangsa kritikannya, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang dicadangkannya untuk meletakkan jawatan berhubung perkara itu. "Orang Tamil mewakili 70 peratus daripada masyarakat India di Malaysia dan perdana menteri masih tidak memberi perhatian kepada gesaan memulaukan mesyuarat itu di Sri Lanka. "Orang Tamil dibunuh beramai-ramai di Sri Lanka... ini langkah penghapusan kaum. Najib harus lebih sensitif dan menghormati perasaan masyarakat Tamil. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 15 Nov 2013 03:18 AM PST Izmil AmriTuan Speaker, point of order. Saya mohon izin laluan untuk minta penjelasan. Gombak dan Tanjung Karang boleh sambung bergaduh di luar. Tanjung Karang boleh balik ternak udang. Saya tak kisah. Tapi ini saya kena tanya. Boleh atau tidak Dewan yang mulia ini memecat Tuan Speaker? Ya sabar, jangan menjerit dulu, Tanjung Karang. Awak dengar dulu ni saya nak baca point of order ni. Aturan Mesyuarat ni, hormatlah. Duduk dulu. Perkara 3 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan bahawa, "Bila-bila jawatan Tuan Yang Dipertua itu kosong, baik dengan sebab dibubarkan Parlimen atau dengan lain-lain sebab, maka majlis, sebaik-baik cukup bilang ahlinya, hendaklah memilih Tuan Yang Dipertua". Saya nak ingatkan Dewan yang mulia ini bahawa kerusi speaker ini adalah kerusi yang diputuskan melalui undian dan kepercayaan Ahli Dewan. Tuan Speaker berperanan sebagai 'pengadil' antara blok kerajaan dan pembangkang. Tuan Speaker bukan kerajaan, dan bukan juga pembangkang; jadi Speaker tidak boleh berat sebelah. Sikap berat sebelah Speaker adalah penghinaan bukan setakat kepada institusi Yang Diertua, malah merupakan suatu penghinaan kepada institusi Parlimen yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong. Malah tidak salah sekiranya kita mengatakan bahawa Speaker Dewan bukannya entiti yang berdiri paling tinggi dalam institusi Parlimen, jadi harus hormat prinsip-prinsip asas keadilan ketimbang menghina Yang di-Pertuan Agong dengan bertindak secara bias dan tidak adil. Ya Kinabatangan, 'ketimbang' tu maksudnya 'berbanding'. Duduk dulu, bagi saya habis. Tuan Speaker, Peraturan mesyuarat ini pula harus dibaca bersama Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan; dan dalam soal Speaker Dewan ini, kita juga kena baca Perkara 57. Undang-undang nampaknya tidak membuat sebarang peruntukan terhadap keadaan sekiranya Yang Dipertua Dewan tidak lagi layak menjadi Yang Dipertua dan tidak boleh mengawal Dewan. Ini sesuatu yang amat pelik bagi saya. Perdana Menteri pun boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong. Tapi Yang Dipertua Dewan seakan-akan makhluk yang tidak boleh disentuh. Ini pelik sekali. Yang ada cuma Peraturan 99. Apa dia peraturan 99 ini? "Keputusan Tuan Yang Dipertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang Dipertua; Tuan Yang Dipertua, dari satu masa ke satu masa, boleh mengeluarkan petua berkenaan dengan perkara itu. Ya, Kinabatangan; saya pun keliru apa bendanya 'petua-petua' ini. Jadi saya rujuk juga versi bahasa Inggeris. Versi dalam bahasa Inggeris saya menemukan bahawa kalimat 'petua' diterjemah sebagai 'ruling'. Ini bukan petua, tapi keputusan. Jadinya Speaker Dewan ini berkuasa betul. Siapa yang disayangi Speaker memang beruntung. Tetapi saya mahu bangkitkan soal kebolehan Ahli Dewan untuk mengemukakan usul bagi menentang keputusan Speaker. Ini juga wajar dibaca bersekali dengan Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa "Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri." Bererti Dewan yang mulia ini adalah entiti yang mentadbir diri sendiri atau 'self governing', dengan izin. Tuan Speaker, Saya sungguh-sungguh mahu minta penjelasan. Adakah Tuan Yang Dipertua ini institusi kebal yang tidak boleh disemak imbang, atau adakah Tuan Speaker juga Ahli Dewan Rakyat seperti ahli Yang Berhormat yang lain? Apa sebabnya tidak ada peruntukan undang-undang atau peraturan untuk 'impeach' Tuan Speaker; atau adakah saya saja yang rabun tak nampak peruntukan itu? |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan