Jumaat, 15 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Konti radio Hot FM ‘banjir’ besar

Posted: 15 Nov 2013 09:57 PM PST



 SELEPAS lebih lapan tahun,  penyampai radio Hot FM Mohd. Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan FBI mengucapkan selamat tinggal kepada dunia penyiaran radio selepas beliau menamatkan perkhidmatan di stesen radio No.1 negara, Hot FM pada Jumaat.

Konti radio Hot FM 'banjir' selepas penyampai-penyampai stesen itu datang seawal jam 9 pagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyampai radio terkenal itu.

Penyampai radio berusia 37 tahun itu meletak jawatan secara mengejut dari stesen radio itu pada 24 Oktober.
Beliau membuat pengakuan mengenai peletakan jawatan itu menerusi akaun Twitternya.

Twitternya berbunyi: "Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini pada 24 Oktober 2013."



Pada Jumaat, Faizal mendapat penghormatan terakhir dari teman-teman sepejabat apabila kebanyakkan dari penyampai stesen itu 'turun padang' menghabiskan masa bersama-sama dengannya di konti.

Selain dari teman rapat dan Hot FM AM Krew, Fara Fauzana dan AG, teman-teman lain yang turut serta termasuk Suraya, Ikhwan, Jay, Chad, dan Sharifah Aleya.

Membuka cerita pengalaman bekerja dengan Faizal, ada antara mereka tidak dapat menahan emosi dan mengalirkan air mata akibat tidak tertahan menanggung hiba merasakan kehilangan teman sekerja mereka.

"Bukan senang untuk memastikan keserasian kami menjadi sebati sehinggakan ke mana-mana saya pergi baying-bayang Faizal sentiasa ada.  But don't worry, I will not miss him that much kerana saya percaya yang Faizal akan sering akan berada bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan yang lain," kata Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau yang juga merupakan teman rapat Faizal.

Buat kali terakhir bersiaran, Faizal yang kelihatan berpakaian kemas dengan sut hitam dan tali leher, sempat merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaannya kepada stesen radio, rakan sekerja dan pendengar setia Hot FM.

Pendengar Hot FM yang kebanyakkannya tidak pernah terlepas mendengarkan celoteh dan jenaka Faizal yang ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Selain bersifat komited terhadap kariernya, Faizal yang pernah menyandang Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama enam tahun berturut-turut disenangi kerana kepetahan dan kenakalannya ketika bersiaran.

Ramai peminat tertanya-tanya ke mana halatuju selebriti terkenal itu selepas 'persaraannya'. Namun, Faizal tidak pernah mendedahkan perancangannya selepas meninggalkan stesen itu.

Ketika dihubungi, Faizal berkata yang lapan tahun berkhidmat dengan stesen radio itu bukan satu jangka masa yang singkat untuk bertapak.

"Setiap hari selama lapan tahun saya, Fara dan AG tidak boleh dipisahkan – kami ibarat rakan serumah Kerja kami ialah 'bersembang' dan subjek yang kami bualkan itu kami kongsi bersama-sama dengan pendengar. Ini bukan mudah untuk saya tinggalkan tapi apakan daya kerana saya sudah membuat banyak perancangan untuk masa depan," kata Faizal.

"Sebenarnya, saya mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat saya sendiri iaitu, 'FBI Entertainment Sdn Bhd' yang kini sudah berusia dua bulan," ujarnya lagi.

"Buat pengetahuan umum, saya ini seorang yang all-rounder. Bukan saja radio malah pengacaraan TV pun saya aktif. Jadi, saya rasa lebih baik bagi saya untuk mengmbil langkah untuk keluar dari 'comfort zone' untuk  menimba pengalaman baru," katanya.

Beroperasi di Kota Damansara, Selangor 'FBI Entertainment Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengurusan majlis dan produksi TV yang akan dikendalikannya sendiri.

Ketika ditanya bagaimana perasaannya berada di konti buat kali terakhir, Faizal berkata, 'saya bukannya seorang yang senang menangis. Namun, saya tidak dapat menahan sebak kerana terlalu banyak memori manis ketika berkhidmat di Hot FM," kata Faizal.

Faizal bakal mengembangkan karier televisyennya selepas ini.

Peminat-peminat Faizal bakal menyaksikannya dalam program Apa Saja FBI yang bakal ditayangkan di TV9 dan Anugerah Skrin. Selain dari itu Faizal telah ditawarkan untuk mengacara beberapa rancangan hiburan pada tahun depan.

Pulau Pom Pom TERKINI ...

Posted: 15 Nov 2013 08:34 PM PST

SEMPORNA: All is well on Pulau Pom-Pom as tourists were still coming to the island about 30km from here.

Tourists can be seen snorkelling in the clear shallow waters fronting the island where a Taiwanese man was shot dead while his wife kidnapped by armed men in the wee hours yesterday. 
There also several tourists sun bathing on the beach as a team of policemen stood guard in nearby huts while another team from the forensics unit conducted their investigations in one of five chalets where the shooting took place.
Journalists however were later told to leave the island as it was a private property and only those with prior bookings were allowed.

Chalet where shooting took place.


Read more: 'All is well on Pulau Pom-Pom' - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/all-is-well-on-pulau-pom-pom-1.402606?localLinksEnabled=false&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter#ixzz2kmN7HRm0


Penculikan Semporna: Penjenayah Bukan Kumpulan Militan - Polis
Imej daripada Google Earth yang menunjukkan kedudukan lima chalet atas air yang terletak di Pulau Pom Pom Resort.
SEMPORNA: Polis masih menyiasat sama ada kumpulan penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Taiwan dan penculikan isterinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan termasuk Abu Sayyaf yang beroperasi di selatan Filipina.
Suspek dipercayai mengikat bot mereka di bawah tiang chalet atas air. Sebelum menembak mati seorang pelancong warga Taiwan serta menculik isteri mangsa.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan setakat ini, penceroboh ialah kumpulan penjenayah yang menyerang sebuah villa atas air di Pulau Pom Pom di Semporna, mereka mungkin juga ingin merompak pelancong asing.
"Jenayah seperti itu nampak seperti dilakukan oleh penjenayah dan bukannya dilakukan oleh kumpulan militan bersenjata yang dikenali," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu selepas melawat tempat kejadian dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden yang berlaku pada pukul 1 pagi Jumaat.
Katanya polis percaya isteri mangsa, An Wei Chang yang juga warga Taiwan berusia 58 tahun telah dilarikan oleh kumpulan terbabit ke perairan Semporna.
"Kami percaya mangsa yang dilarikan itu masih hidup," katanya sambil menambah polis sudah menghubungi Pejabat Ekonomi dan kebudayaan Taipei di Malaysia bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Hamza berkata berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percaya penjenayah menggunakan senjata berat.
Kes ini juga tidak ada kaitan dengan insiden pencerobohan dan motif kejadian masih disiasat, katanya.
"Daripada pengalaman kita di Sabah, jenayah dilakukan oleh penjenayah biasa, namun mereka akan menuduh kumpulan lain melakukannya," katanya sambil menambah mereka telah memaklumkan kepada rakan sejawat mereka di Filipina dan usaha mengesan mangsa sedang dijalankan di kawasan perairan Semporna.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
"Semasa kejadian itu seorang pengawal keselamatan di situ mendengar bunyi tembakan dan melaporkan perkara tersebut kepada Pasukan Gerakan Am yang berada kira-kira 800 meter dari tempat kejadian, namun mereka mendapati pintu bilik resort dikunci daripada dalam.
"Saksi menemui mayat mangsa dengan empat kelongsong peluru kosong. Sementara isteri mangsa diculik," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menggesa orang ramai tidak panik atau terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan mengenai insiden berkenaan.
"Kita akan memastikan keselamatan pengunjung dan pelancong yang melawat Sabah terjamin dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya di sini.
Musa berkata beliau juga sudah diberi taklimat oleh ESSCOM berhubung kejadian itu.
"Kita serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan," katanya.
Di PUTRAJAYA, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menghulurkan bantuan dalam kes culik membabitkan pasangan Taiwan itu, jika diperlukan.
Ini kerana Semporna terletak dalam kawasan Esscom dan Esszone, katanya pada sidang akhbar di sini, JUmaat.
Sementara itu, beliau berkata kumpulan pertama ATM yang dihantar ke Filipina bagi membantu mangsa Taufan Haiyan melaporkan bahawa situasi di situ adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan.- mStar

Umno sokong PAS laksana Hudud di Kelantan

Posted: 15 Nov 2013 07:59 PM PST

OLEH MD IZWAN

NOVEMBER 16, 2013
Pemimpin Umno yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menyokong cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan itu berkata, pengumuman tersebut adalah sesuatu yang dinantikan dan sesuai pada masanya, malah Brunei juga sudah mengambil pendekatan sama dengan melaksanakannya.
"Urusan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya, jadi kita kena bersatu  bagi mendaulatkan hukum Allah di negeri ini," kata Ahli Parlimen Ketereh itu seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Rabu lalu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.
Daud bagaimanapun berkata, barisan hakim khas perlu dilantik, menepati dengan tuntutan hukum Hudud sendiri dan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum hukum Hudud ataupun Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 boleh dilaksanakan.
Sejurus pengumuman tersebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyahutnya dengan baik dan berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang diperintah PAS sejak lebih  20 tahun.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan fungsi jawatankuasa yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Kelantan turut berharap kerajaan pusat tidak menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum Hudud di negeri itu nanti.
"Betul, memang dulu kerajaan pusat halang (daripada melaksanakan hukum Hudud). Kita harap kali ini kerajaan pusat beri kerjasama dan perkara lalu tidak akan berulang," katanya.
Pengumuman tersebut dijangka mengundang rasa kurang senang terutama di kalangan masyarakat bukan Islam dalam negara, malah sebelum ini Putrajaya sendiri pernah menghalang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.
Selain itu, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA serta rakan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sebelum ini menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Annuar dipetik berkata, beliau menggesa supaya pihak luar khususnya DAP agar tidak mencampuri urusan di negeri tersebut memandangkan tiada wakil daripada parti tersebut di Kelantan.
"DAP tiada kerusi langsung dalam DUN. Kita tidak kacau urusan hukum di Pulau Pinang atau Selangor.
"Biar Kelantan buat dahulu, kemudian mereka boleh ikut serta," katanya.
Sementara itu, kerajaan negeri Kelantan ketika ini sudah memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014 negeri bagi melaksanakan hukum Hudud. - 16 November 2013.- The Malaysia Insider

Undi saya dapat tak sebanyak anak ayam - Calon BN PRK Sg Limau

Posted: 15 Nov 2013 06:47 AM PST

Pengakuan berterus-terang calon BN PRK Sg Limau yang gagal merampas kerusi DUN Sg Limau daripada PAS dalam PRK yang baru berlalu.
Secara tidak langsung, beliau juga mengakui walaupun berkempen mempergunakan segala kemudahan serta jentera kerajaan, pengundi Sg Limau bukanlah sejahil majoriti pakcik dan makcik Felda yang mudah termakan umpan sekilo gula dan sekampit beras.
Calon BN Sg. Limau: Undi saya dapat, tak sebanyak anak ayam
KUALA LUMPUR - Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen.

Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.

"Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan.

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

"Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya dipetik TMI.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

"Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

"Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN," katanya.
- Malaysia Chronicle

Utusan dah nak mampuih ... mana Umno nak cari RM40juta

Posted: 15 Nov 2013 04:09 AM PST

(Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 15 NOV: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempersoalkan dari punca manakah RM40 juta dana tambahan yang disuntik ke dalam Utusan Melayu (M) Bhd bagi membantu lidah rasmi Umno tersebut.
"Dari mana Umno boleh dapatkan wang sebanyak itu, apakah Umno ini sebuah syarikat besar yang mampu menjana berjuta-juta ringgit setahun?,Johari Abdul
"Perniagaan apa yang Umno buat? kata Johari kepadaKeadilandaily.
Bursa Malaysia dilaporkan pada 13 November lalu menyatakan Umno akan menyuntik RM40 juta dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan 'two-call rights issue (TCRI)'.
Tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8% kepada 53.1%.
Dengan jaminan membeli saham terbitan hak itu, kuasa mengundi Umno meningkat kepada kira-kira 67.2% peningkatan lebih dua peratus dalam tempoh enam bulan.
Menurut Johari, dana suntikan itu perlu didedahkan kerana mewujudkan kesangsian bahawa wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan digunakan bagi tujuan itu,
boikot_utusan_badgeTegasnya sekiranya wang dijana dari GLC umno bagi menyelamatkan akhbar milik mereka, ia sama sekali tidak beretika.
"Saya risau wang GLC yang dimiliki oleh negara akan digunakan bagi tujuan tersebut, Umno tidak boleh sama sekali guna wang dari syarikat milik negara," ujar Johari.
"Kita perlu ingat bahawa syarikat GLC adalah milik negara, bukan milik parti politik yang jadi pemerintah negara" katanya.
Utusan Malaysia dilaporkan dibebani hutang sebanyak RM195 juta pada Oktober 2013 malah pada 2012 akhbar tersebut terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM15. 8 juta.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini dikatakan menyerahkan surat arahan rasmi secara bertulis kepada semua pengarah agensi dan syarikat GLC untuk membeli ruang iklan dalam Utusan bagi membantu akhbar tersebut terus bertahan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56741

Tiada ulasan: