Selasa, 19 November 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


dah jadi barua tonggeng buntut untuk najib dan rosmah...kini kata pelantikannya sebagai duta tabur fitnah ke indonesia bukan imbuhan politik...bro??...lu ingat rakyat semuanya bodoh macam lu ka..????

Posted: 19 Nov 2013 07:51 AM PST

Zahrain Mohamed Hashim (gambar) berkata pengalaman beliau sebagai ahli perniagaan, ahli korporat dan ahli politik merupakan aset cukup berharga bagi membantu tugas barunya sebagai Duta Besar Malaysia di indonesia.

Sambil menolak anggapan banyak pihak di Malaysia kononnya pelantikan beliau merupakan imbuhan politik, Zahrain yang secara rasmi menjalankan tugas sebagai Duta Besar mulai hari ini, berkata tugas itu merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang penuh dengan cabaran.

"Pelantikan saya tidak harus dipersoalkan sebab saya percaya dalam membuat keputusan untuk menghantar saya sebagai Duta Besar di sini, saya yakin dan percaya banyak perkara telah diambil kira oleh kerajaan.

"Menjadi seorang Duta Besar ini bukan hanya apa yang disebut 'wine and roses' (kegembiraan atau kebanggaan).. .kita mesti lakukan (tugas) dengan penuh tawaduk sebab kita di negara orang dan kita ingin mendapat kepercayaan daripada rakyat negara itu," katanya dalam satu temu bual di Jakarta.

Zahrain, bekas anggota Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang dari parti PKR yang kemudiannya keluar parti dan menjadi anggota Parlimen Bebas pada penggal Parlimen sebelum ini, pada petang ini menyerahkan watikah tauliah pelantikannya sebagai Duta Besar kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, di Istana Merdeka.

Beliau pada 2 Oktober lalu menerima watikah tauliah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Zahrain, sebelum ini juga merupakan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd dan juga penaung kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang, PertubuhanPembangunan dan Kebajikan Rakyat Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam.

Duta Besar Malaysia itu berkata beliau yakin pengalamannya sebagai ahli perniagaan, ahli korporat dan ahli politik menjadi nilai tambah kepada beliau dalam menggalas cabaran barunya sebagai seorang diplomat.

"Dalam bidang diplomasi ini, bukan hanya protokol yang kita bincang, tetapi banyak perkara berkenaan dengan perniagaan, pelaburan, perdagangan dan hubungan," katanya.

Zahrain meminta semua pihak agar jangan hanya melihat latar belakang beliau sebagai ahli politik tetapi semua pengalaman dalam bidang-bidang yang beliau telah ceburi itu yang akan banyak membantunya dalam bidang diplomatik.

"Saya tidak menafikan bahawa saya orang baru, tapi saya mendapat sokongan, dorongan staf yang saya telah berkenalan di Kedutaan Besar dan rakan-rakan di Wisma Putra yang telah memberi tunjuk ajar dan tips yang baik, untuk saya berkhidmat sebagai seorang diplomat," katanya.

Mengenai hubungan dua hala, Zahrain menyifatkan hubungan erat yang sedia terjalin antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah sungguh mesra.

Namun beliau tidak menafikan bahawa isu remeh temeh memang berlaku kerana Malaysia dan Indonesia berkongsi banyak perkara seperti persamaan dari segi bahasa, budaya dan agama serta sempadan bersama, tetapi apa yang lebih penting ialah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah itu dengan cara yang terbaik.

Beliau kini membuat persiapan untuk acara perundingan tahunan Malaysia-Indonesia, yang telah dipersetujui pada 19 Disember di Bogor apabila Najib dan Yudhoyono akan sekali lagi berpeluang duduk semeja berbincang isu-isu yang masih tertunggak antara kedua-dua negara.

Satu daripada perkara penting akan dilihat oleh kedua-dua negara ialah usaha meningkatkan jumlah perdagangan, dengan Malaysia dan Indonesia telah menetapkan sasaran untuk mencapai angka AS$30 bilion menjelang tahun 2015.

Jumlah perdagangan dua hala pada tahun lalu ialah AS$20 bilion dan pada tahun ini dijangka mencapai AS$21 bilion.

Dalam usaha untuk menambah jumlah perdagangan dan meningkatkan jumlah pelaburan dua hala itu, Zahrain berkata beliau akan bekerjasama dengan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur untuk memantapkan jaringan supaya hubungan erat antara kedua-dua negara bukan hanya di peringkat pegawai kerajaan atau menteri kabinet, malah juga di peringkat ahli perniagaan.

Satu lagi bidang yang akan diberikan tumpuan oleh Zahrain ialah pelancongan kerana pada hari ini Indonesia sudah menjadi pelanggan Malaysia yang ketiga terbesar selepas Singapura dan China dan sehubungan itu usaha sedang digiatkan untuk menarik lebih ramai pengunjung dari Indonesia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Untuk tujuan itu, usaha sedang dibuat untuk menambah jumlah penerbangan dari beberapa bandar utama di Indonesia dan Malaysia termasuk usaha syarikat Malaysia Airlines (MAS) menambah hak pendaratan di Surabaya dan Yogyakarta.

MAS pada masa ini hanya terbang ke Jakarta, Bali dan Medan, manakala Firefly terbang ke Aceh, Medan, Pekan Baru dan Batam, destinasi yang lain adalah oleh syarikat penerbangan AirAsia.

Tidak kurang pentingnya juga, kata Zahrain ialah tumpuan beliau kepada usaha meningkatkan lagi hubungan media antara kedua-dua negara kerana beliau berpendapat media merupakan rakan kongsi penting dalam soal hubungan dua hala.

Ini kerana objektifnya adalah sama iaitu untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan benar kepada pembaca atau masyarakat, bagi mengelakkan sesuatu berita itu diputarbelitkan dan untuk tujuan itu beliau bersedia untuk bercakap kepada media terutamanya bila ada isu yang timbul.

Beliau juga berharap tidak ada pihak datang ke Indonesia untuk memfitnah dan memburukkan Malaysia dan menasihatkan mereka yang ada hasrat sedemikian supaya tidak melakukannya, terutamanya bagi mengelakkan perbuatan itu sampai ke tahap mereka boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada negara

 

 

penyapu sial

 

 

Bukan imbuhan politik?....Orang percaya ke?.....Kalau bukan imbuhan politik..."No Way" nak dapat jadi Duta Besar tu?.....Itulah imbuhan dari Najib selepas jadi alat BN menghentam Anwar Ibrahim & PR.....this bastard Got BIG lubang to CARI MAKAN loh!

DBKL jadi perompak .....penduduk KL mula lancarkan bantahan...!!!

Posted: 18 Nov 2013 09:31 PM PST

juara keseluruhan merompak  penduduk KL....

 

Sekurang-kurangnya 30 persatuan penduduk di Kuala Lumpur akan bersatu untuk menentang cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar cukai taksiran yang dilihat terlalu tinggi.

Wakil persatuan penduduk Bukit Bandaraya, Bangsar Baru, Lucky Garden dan Bangsar Park akan bertemu hari ini untuk membincang cadangan menghimpunkan sekurang-kurangnya 30 persatuan seumpama itu di Kuala Lumpur.

Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Datuk Mumtaz Ali berkata, kali terakhir mereka berkumpul adalah ketika membincangkan Draf Pelan Bandaraya KL 2020, dimana mereka telah membentuk persefahaman di kalangan 30 persatuan penduduk untuk mendengar pandangan mereka.

"Dalam mesyuarat esok (Selasa), kita akan berbincang kemungkinan bergabung tenaga dengan mereka semula bagi memastikan suara kita berkesan," kata Mumtaz

Beliau juga sedang merancang untuk menyediakan contoh surat bantahan untuk digunakan oleh semua penduduk yang terlibat bagi membolehkan mereka membuat bantahan secara individu.

Semalam, ahli parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur meminta penduduk Kuala Lumpur agar membantah cadangan kenaikan kadar taksiran itu dengan menghantar surat bantahan sebelum 17 Disember.

DBKL sudah mula menghantar notis kepada pemilik rumah dan bangunan di Kuala Lumpur bagi memaklumkan cadangan kenaikan cukai taksiran antara 100 % hingga 1000% atau lebih.

Notis itu bagaimanapun menyebut, jika ada bantahan terhadapnya, ia hendaklah dibuat sebelum 17 Disember.

"Kami mahu penduduk membuat bantahan secara individu. Kami akan kumpulkan surat-surat ini dan akan digabung bersama dengan bantahan daripada persatuan sebelum dihantar.

"Kami buat begini bagi memastikan bantahan kami tidak ditolak dengan alasan tidak banyak bantahan yang mereka terima," jelas Mumtaz.

Beliau juga memaklumkan, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyertai majlis makan malam anjuran persatuan penduduk Bangsar Baru Sabtu lalu dalam ucapan ringkasnya telah berkata akan melihat bantahan itu.

"Menteri telah menjelaskan isu kenaikan cukai taksiran itu kerana ia menjadi isu hangat kini dan berjanji akan melihat jika ada bantahan mengenainya," kata Mumtaz.

Menurut Mumtaz, ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang turut menyertai majlis itu juga berjanji akan membawa isu ini ke parlimen.

Beliau menambah, apabila contoh surat bantahan itu selesai, ia akan dikongsikan dengan semua yang terlibat dengan harapan semua mereka akan menghantar bantahan itu.

Setiausaha persatuan penduduk Bangsar Baru Prem Kumar Nair pula berkata, mesyuarat hari ini juga akan membincangkan memorandum yang akan mereka hantar kepada Tengku Adnan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

"Kami akan berbincang bagaimana untuk membantah cadangan ini secara bersama. Kami adalah pihak yang terlibat dan kita akan meminta justifikasi kepada cadangan kenaikan ini daripada pihak yang mengendalikannya," kata Prem kepada The Malaysian Insider.

Tengku Adnan sebelum ini mempertahankan cadangan itu dengan berkata ia dilakukan kerana tidak ada kenaikan sejak 21 tahun lalu.

Katanya, penduduk mempunyai masa sehingga 17 Disember untuk menyampaikan maklum balas kerana ia bukan keputusan akhir lagi dan menambah kerajaan akan mempertimbangkan bantahan dan berbincang cara untuk menyelesaikannya dengan pendekatan yang boleh diterima semua pihak.

Dalam sidang media semalam Nurul Izzah berkata, kadar baru itu tidak boleh diterima sama sekali dan alasannya sangat mengarut.

"Alasan kadar taksiran tidak naik selama 21 tahun tidak cukup baik. Jika kenaikan hendak dibuat ia hendaklah secara perlahan-lahan bukan serentak begini," katanya.

"Ia akan membebankan mereka yang menyewa rumah di KL. Pemilik pula terpaksa menaikkan kadar sewanya kerana cukai taksiran ini."

Naib Presiden PKR itu berkata, kenaikan itu tidak boleh diterima kerana perkhidmatan DBKL menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong menyokongnya dengan berkata, harga gula dan minyak juga telah meningkat.

"Kos kehidupan sedang meningkat, macam mana rakyat hendak menghadapi semua ini," katanya

 

 

penyapu sial

 

 

DBKL dari dulu sampai lanie x habis habis menyusahkan penduduk KL...dah la kehidupan makin terhimpit dengan kos sara hidup semakin meningkat di tambah lagi dengan kesesakan keadaan sekeliling di sana menambahkan lagi penderitaan hidup penduduk kl...dulu setakat samun sana sini kini dah jadi perompak di siang hari...melampau tu...macam tak cukup di beri makan oleh kerajaan UMNO-BN...wajar kita tentang tindakan yang mencekik darah rakyat...!!!!

punca shahidan kassim bela BINI NAJIB perabih duit rakyat terbongkar...tengok gambar nie....

Posted: 18 Nov 2013 09:17 PM PST

BODEK MAUT SHAHIDAN KASSIM....PATUT LAH SOKONG SEGALA AKTIVITI HARAM BINI NAJIB.....BAZIR DUIT RAKYAT TAK PE  YA....KAH KAH KAH

Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara baru-baru ini serta menegaskan rakyat patut berbangga atas jemputan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut berkata, lawatan itu adalah jemputan rasmi dan isteri Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawabnya sepanjang lawatan tersebut.

"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri Perdana Menteri, rakyat Malaysia patut berbangga.

"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau telah menjalankan tanggungjawabnya," kata Shahidan dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Shahidan menegaskan proses meluluskan lawatan tersebut telah dijalankan secara telus dan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan terlebih dahulu.

"Ia telah dilakukan secara telus, dipohon kepada kabinet dan kemudiaannya diluluskan," katanya lagi.

Apabila ditanya sama ada lawatan tersebut menguntungkan dan memberi manfaat kepada negara, Shahidan berkata hasil lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum selepas ini.

"Apa yang saya boleh katakan ialah lawatan ini menguntungkan dan sangat positif.

"Tentang hasil daripada lawatan tersebut, saya akan bentangkan kemudian," katanya lagi.

 

 

penyapu sial

 

 

penyamun tentu bela perompak sekapal...tak kan semua orang tak tau...nak bela tu berpada pada lah...duit rakyat yang jadi mangsa bukan duit kamu....kah kah kah

Lawatan atas jemputan memang bagus tapi kos perbelanjaan lawatan tu jangan membazir dan hasil lawatan mesti ada nilai dan kesan baik utk negara. Itu yg dipertikaikan oleh rakyat. Jgn kerana isteri PM pergi atas jemputan peribadi dianggap sebgai urusan kerajaan dan guna wang rakyat secara rakus dan membazir.

Tiada ulasan: