MIMPI SENJA |
- Utusan Malaysia kini promosi Mat Sabu
- Inilah Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli
- Kerajaan BN Perak akan tumbang - lebih 2 Adun Perak “berbulu” dengan Zambry
Utusan Malaysia kini promosi Mat Sabu Posted: 11 Nov 2013 10:07 PM PST Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu. Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?, didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia. "Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja. "Mat Sabu pernah menjadi Ketua Pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini manakala Mohd Amar pula tewas dua kali dalam percubaan untuk menjadi Naib Presiden. "Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS". Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman. Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan. "Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden. "Apatah lagi menurut satu sumber, Mat Sabu dikatakan mendapat pencalonan melebihi Mohd Amar bagi jawatan Timbalan Presiden," kata Zulkiflee. Perubahan sokongan Utusan Malaysia daripada Mohd Amar kepada Mat Sabu dilihat sebagai "reverse psychology" untuk memastikan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memenangi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS. Ini kerana jika dilihat sejak pilihan raya umum 2008, akhbar milik Umno itu konsisten dalam mengasak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP. Ini selari dengan pandangan golongan ulama dalam PAS yang mahu kerjasama politik dengan PR dikaji semula terutama dengan PKR. Utusan Malaysia dalam laporan beritanya sebelum ini sering menggelar Mohamad sebagai golongan Anwarinas - merujuk kepada pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sementara Mohd Amar pula diangkat sebagai wakil golongan ulama yang dikatakan bakal memperkukuh dasar Islam dalam parti itu. Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutama dengan PKR. "Amat wajar tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun. Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar. Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya selepas tiada pencabar. Pemilihan PAS bagi 2013 akan diadakan dari 22 hingga 24 November ini di Shah Alam, Selangor.- 12 November, 2013. |
Inilah Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli Posted: 11 Nov 2013 06:55 PM PST KUANTAN: Polis Pahang pada Selasa mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa. "Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media di sini, Selasa. Dalam kejadian 1.55 petang Ahad lalu, Ahmad Rafli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. Mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih. Media melaporkan Ahmad Rafli ketika ini sedang mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta satu ajaran sesat yang dikenali sebagai, 'Tuhan Harun'. KUALA LUMPUR 12 Okt - Polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik bermotifkan dendam dan rasa tidak puas hati. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menasihatkan 31 pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' agar menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan. "Kita akan mengesan semua individu diperlukan bagi membantu siasatan termasuk 31 pengikut ajaran Tuhan Harun dan mereka dinasihatkan menyerah diri bagi membantu siasatan. Polis mengambil serius dan bimbang jika kumpulan ajaran sesat itu boleh bertukar menjadi kumpulan militan dan polis sentiasa memantau perkara itu," katanya ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, semalam. Menurutnya, polis akan melihat daripada semua sudut siasatan kes berkenaan untuk melihat jika mangsa mempunyai musuh atau sebaliknya dan pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut. Sementara itu, polis hari ini mengedarkan fotofit seorang suspek utama kes tembak seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Indera Mahkota 2, kelmarin. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berharap menerusi fotofit itu orang ramai dapat membantu polis dalam mengesan suspek dan seterusnya menyelesaikan kes tersebut. |
Kerajaan BN Perak akan tumbang - lebih 2 Adun Perak “berbulu” dengan Zambry Posted: 11 Nov 2013 04:03 AM PST Walaupun Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan isu kemungkinan dua Adun dari negeri itu akan melompat parti merupakan hanya khabar angin dan mainan politik semata-mata, wajah beliau yang dilihat kurang ceria sejak kebelakangan ini mungkin menggambarkan hakikat sebenarnya gelora politik yang sedang berlaku di negeri itu. Mulutnya mungkin berkata tiada apa-apa tetapi gambaran suram pada wajahnya yang disedari oleh ramai orang kebelakangan ini seperti menunjukkan kemungkinan itu ada kebenarannya. Zambry ketika ini seperti sedang menghadapi tekanan daripada kelompok tertentu serta dalam misi menyelesaikan masalah yang jika gagal diselesaikan dengan baik, bakal menyebabkan kerajaan BN Perak tumbang dan digantikan dengan Pakatan Rakyat. Beberapa maklumat yang diperolehi daripada Perak juga mengakui kejadian melompat parti oleh Adun BN Perak memang tidak mustahil kerana ketika ini semakin ramai yang tidak puas hati dan sedang "berbulu" dengan Menteri Besar Perak itu. Dua hari lalu, dilaporkan melalui laman Twitter bahawa dua Adun BN Perak bakal melompat parti menyertai Pakatan Rakyat dan mereka berkenaan sudah pun mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Meskipun tidak disebut nama dua Adun berkenaan, adalah dilaporkan mereka itu adalah Adun senior di Perak. Mereka dikatakan kecewa kerana tidak diberi kedudukan dan jawatan dalam kerajaan negeri, selain Zambry juga didakwa tidak lagi memberi perhatian dan semakin kurang meminta nasihat daripada pemimpin lama sama ada dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri mahu pun parti. Sikap ini nyata berbeza ketika mula-mula menjadi Menteri Besar Perak dahulu di mana Zambry ketika itu sering meminta nasihat dan pandangan daripada mereka, tetapi selepas PRU 13 lalu perkara itu tidak lagi dilakukannya dan ini menyebabkan mereka rasa tidak lagi dihargai. Zambry ketika mengulas mengenai isu itu hanya menyifatkannya sebagai khabar angin dan mainan politik semata-mata serta tidak perlu dilayan. "Macam-macam mainan sedang ditimbulkan, ada juga dakwaan mengatakan saya bertemu dengan Adun Pakatan Rakyat dan membawa mereka menyertai BN. Semua ini tak perlu dilayan," katanya. Dalam pilihan raya umum lalu, BN Perak memenangi 31 kerusi DUN manakala PR memenangi 28 kerusi. Sekiranya dua ADUN BN melompat kepada PR, ia akan menyebabkan kerajaan BN tumbang dan PR kembali menjadi kerajaan dengan kedudukan 30-29. Jika ini berlaku, ia akan mengulangi peristiwa tahun 2009 di mana kerajaan PR di Perak yang diketuai oleh Nizar Jamaluddin ketika itu tumbang berikutan tindakan tiga Adun mengisytiharkan diri mereka sebagai Adun Bebas yang menyokong BN. Tidak dinafikan bahawa sejak akhir-akhir ini rungutan di kalangan ahli dan pemimpin Umno Perak terhadap kepimpinan Zambry semakin kuat kedengaran. Selain ada Adun yang kecewa dan kecil hati kerana tidak diberi tempat dan kedudukan dalam kerajaan, terdapat pemimpin lama dan senior pula berasa hati kerana mereka semakin dipinggirkan. Sementara itu, terdapat juga pemimpin Umno yang kecewa dengan Zambry kerana beliau dikatakan semakin mengutamakan kroni berbanding memberi keutamaan kepada pemimpin Umno sendiri sejak kebelakangan ini. Selain dua Adun yang dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Anwar itu, maklumat lain pula memberitahu sebenarnya terdapat lebih daripada dua Adun BN di Perak yang berpotensi melompat parti dan meninggalkan BN sekarang ini. Semuanya, kata maklumat itu, begitu kecewa dengan cara pentadbiran Zambry dan ingin bertindak demikian bagi memberi pengajaran kepada Menteri Besar Perak itu. Beberapa hari sebelum isu lompat parti melibatkan dua Adun ini muncul, Zambry disedari kelihatan tidak ceria dan walaupun beliau mengatakan ia hanya khabar angin dan tidak perlu dilayan, hakikatnya ramai ahli dan pemimpin Umno serta rakyat Perak tahu pergolakan dan masalah yang sedang berlaku sekarang di negeri yang kaya dengan kayu balak itu. Sama ada lompat parti ini akan berlaku atau tidak dan kerajaan negeri BN dapat dikekalkan atau sebaliknya, ia sebenarnya terpulang kepada budi bicara dan kebijaksanaan Zambry menanganinya. Jika beliau terus keras hati, degil dan tidak mahu bertolak-ansur, kebarangkalian tumbangnya kerajaan negeri seperti mana yang berlaku pada 2009 lalu amat tinggi sekali. Bagaimanapun, seorang pemimpin veteran Perak ketika ditanyakan isu lompat parti ini langsung tidak menunjukkan rasa terkejut dan hairan jika ia berlaku dalam waktu yang terdekat ini. "Dah dapatnya cara haram, tumbangnya pun cara haram juga," katanya dengan sinis. – shahbudindotcom.blogspot.com, 11 November, 2013. Lompat parti: Pas Perak saran Zambry lapor polis SHAH ALAM – Pas Perak menyarankan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat laporan polis bagi menafikan 'khabar angin' yang mengatakan ada Adun BN negeri itu yang akan melompat parti jika benar ianya palsu dan tidak benar. Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, khabar angin tersebut merupakan satu perkembangan tidak sihat dan boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik serta ekonomi Perak sepertimana tragedi 'rampasan kuasa' yang berlaku pada tahun 2009. "Sebagai sebuah pakatan yang berintegriti, PR Perak sudah pasti tidak akan mengulangi sejarah hitam tersebut. "Pihak BN Perak juga tidak perlu menafikan pilihan rakyat dengan mencadangkan pembubaran Dun supaya pemerintahan negeri ini tidak dibina di atas dasar pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Perak. "Bagi kami juga, ianya merupakan perkembangan politik yang sudah dijangka berikutan kedudukan kerusi Dun Perak yang tidak memberikan kemenangan 'mutlak dan selesa' kepada BN Perak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Minggu lalu, satu komen di akaun Twitter milik @rumahghuntoh mendakwa terdapat dua wakil rakyat BN negeri itu mengadakan pertemuan sulit bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Komen itu berbunyi, "Prtmuan (pertemuan) sulit 2 YB BN Perak untk (untuk) melmpat (melompat) prti (parti) di Pmtg (Permatang) Pauh berlaku kelmarin..." Respons terhadap penyebaran Twitter itu, Zambry berkata, perkara sedemikian bukanlah satu isu baru kerana pernah ditimbulkan sejak 2009 lalu. Menurut Zambry lagi, BN Perak mempunyai misi lebih penting daripada memikirkan perkara seumpama itu dan lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. "Bagi kita, itu perkara biasa. Ada juga ura-ura yang mengatakan ada Adun daripada pembangkang pula yang menemui saya. Apa pun bagi saya, yang penting, kurangkanlah politik dan mula 'bekerja' bagi membangunkan negeri," katanya. Sementara itu, tambah Ahmad Nuri, apa yang berlaku adalah pengajaran kepada mana-mana parti agar memastikan semua calon yang akan bertanding pada PRU adalah benar-benar bersih dan berpegang kuat kepada dasar serta prinsip parti mereka sahaja. Tambahnya lagi, sidang Dun Perak pada 25 November ini nanti amat dinanti-nantikan oleh banyak pihak jika benar ada usul tidak percaya kepada Menteri Besar yang akan dibentangkan. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan