Selasa, 12 November 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Joemar Pula Sedang Dicari Polis, Pegang Duit Rompakan RM400K

Posted: 12 Nov 2013 01:01 AM PST

Polis buru rakan tembak pegawai Ambank

KUALA LUMPUR - Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ,Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

"Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Khalid juga berkata, polis sudah mengenali identiti sebenar suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi semalam di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.

Mengulas tangkapan lelaki itu, Khalid berkata polis tidak menemui wang rompakan pada suspek.

"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini. Kita juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalan palsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidak boleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.

Sehingga semalam, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.

Dalam kejadian rompakan itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di dalam bilik kebal bank tersebut.

Mangsa yang berkerja 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata Bangsar antara kawasan yang dikenal pasti akan dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan peruntukan telah disediakan dalam Bajet 2014.

"Ini memandangkan Bangsar ketika ini merupakan kawasan tumpuan dan penjenayah memang mengambil kesempatan di kawasan seperti ini dan kita turut meningkatkan kehadiran polis di kawasan ini," katanya. - Bernama


Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli Diedar

Posted: 11 Nov 2013 10:15 PM PST


Kuantan: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi.

Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

"Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya. -hm


Isk.. Isk.. Penjenayah Itu Campak "Pump-Gun" Ke Dalam Longkang...

Posted: 11 Nov 2013 07:05 PM PST


Polis hari ini menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas. Gambar ehsan NST.

Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, kata sumber itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.

Dalam kejadian 23 Okt lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.

Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor. - Bernama

ULASAN GB

Baru pagi semalam GB mempertanyakan begini:

Dan kita tidak pasti samada senjata yang digunakan oleh suspek untuk menembak Norazita di dalam rompakan di AMBANK tersebut telah berjaya dirampas.


Tiba-tiba keluar berita sebelah petang semalam bahawa pump-gun & sekotak peluru telah di temui. Ia dicampak ke dalam longkang oleh si musibat itu.

Kita tak tahu nak cakap apa lagi.

. Mujurlah ia belum/tidak ditemui oleh orang lain.

Cerita dah macam separa-logik, tetapi mujurlah senjata itu telah ditemui oleh polis. Pakar forensik boleh meneruskan siasatannya berdasarkan cap jari yang ada di pump-gun berkenaan.

Walau Ditekan & Ditindas, Ikhwanul Muslimin Semakin Popular & Kukuh

Posted: 11 Nov 2013 04:15 PM PST


Kaherah - Dr. Manshur Abdul Ghafar, seorang pakar undang-undang dari Pusat Pusat pengajian Undang-undang menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin bertambah populer dan kuat akibat dari tekanan yang dialaminya. Hal yang sama telah terjadi dan terbukti sepanjang sejarah jamaah ini.

Menurut Abdul Ghafar, selama 80 tahun Ikhwanul Muslimin juga selalu mendapatkan pukulan hebat yang menyebabkan banyak kalangan mengira sebagai akhir riwayat jamaah ini. Tapi yang terjadi malah sebaliknya, jamaah ini semakin membesar dan meluas.

Dalam wawancara dengan televisi Al-Arabia, Abdul Ghafar menyangkal perkiraan bahwa Ikhwnul Muslimin telah tamat saat ini. Beliau menyatakan bahawa Ikhwan mempunyai dasar sosial yang sangat kuat. Beliau membuktikan bahwa walaupun hampir semua pemimpinnya telah masuk penjara, tapi demonstrasi-demonstrasi menentang kudeta masih saja berlaku setiap hari. Demonstrasi-demonstrasi dilakukan oleh rakyat biasa yang ingin mengungkapkan aspirasinya yang sama dengan Ikhwan.

Menurutnya, jumlah pendukung Ikhwan mungkin saja akan berkurang saat ini. Tapi dapat dipastikan para kader Ikhwan akan tetap memegang sikap dan prinsipnya.

Kerana ideologi tidak mengenal mati. Sejarah membuktikan walaupun pimpinan dan kader pimpinan Ikhwan ditangkap, ditahan, dihukum mati, disita asetnya, dibubarkan dan dilarang organisasinya, tapi mereka tetap bekerja.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apabila sesebuah pertubuhan itu ditekan dan dizalimi, ia bukan bertambah lemah tetapi akan menjadi bertambah kukuh dan padu. Bukankah emas dan permata yang ditenyeh dan digilap itu akan lebih bercahaya dan berkilau?

Tiada ulasan: