Ahad, 10 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Shahrizat tarik balik saman RM100j pada Rafizi dan Zuraida

Posted: 10 Nov 2013 08:54 PM PST

Shahrizat tarik balik saman RM100j pada Rafizi

Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.

Shahrizat Gugur Saman RM 100 JUTA: Semangat Keadilan Untuk Rakyat

Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera
11 November 2013
ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR
Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menganggap tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang menggugurkan saman bernilai RM 100 juta kepada Ketua Wanita PKR , YB Puan Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategi PKR, YB Tuan Rafizi Ramli sebagai bukti semangat keadilan untuk rakyat.
Perkara ini jelas menunjukkan segala penat lelah dua pemimpin PKR ini dibantu oleh daya penggerak parti, badan NGO dan rakyat untuk membongkar penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) mendapat kemenangan yang lebih besar.
Skandal NFC sebelum ini, mengakibatkan Shahrizat Jalil digantikan dari kerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta tidak mendapat peluang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 walaupun kemudian mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno.Ini menunjukkan cuma Umno masih berkompromi dengan penyelewangan kuasa dan rasuah.
AMK Selangor percaya pengguguran saman ini, sebagai satu amaran kepada mana-mana individu yang mengamalkan rasuah serta penyelewengan untuk tidak semberono mengancam untuk menyaman pihak yang membongkar aktiviti mereka kerana segalanya yang dilakukan adalah untuk keadilan rakyat.
Individu dari parti, atau NGO ataupun rakyat perseorangan yang tampil membongkar aktiviti penyalahgunaan kuasa serta rasuah selalunya mempunyai maklumat mencukupi dan prosedur yang betul sebelum membuat tindakan.
AMK Selangor juga yakin, peristiwa ini memberi kekuatan kepada semua pihak untuk terus menggempur gejala rasuah yang membarah, dan yakin sekiranya undang-undang dijalankan dengan jujur, maka tiada individu yang kebal dari dihadapkan ke pengadilan.
Justeru, tidak perlu wujud istilah takut terutama kepada anak muda seluruh tanahair yang masih terus cekal memperjuangkan tatakelola negara yang lebih baik. Keadilan untuk rakyat mesti terus dilaksanakan.
REFORMASI
Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Artis : Alfatihah... Ahmad Busu meninggal dunia

Posted: 10 Nov 2013 09:38 AM PST

Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.
PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.
"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.- mStar

Tiada ulasan: