Kelab Greenboc |
- Mazlan Aliman Menang Lagi, MP Sekijang Buat Permohonan Maaf Kerana Memfinah
- [IKTIBAR] Mayat Tak Reput Walau Sudah 40 Tahun Dikembumikan
- Ramai Mahu Pembunuh Norazita Dihukum Tembak Sampai Mati
- [BERGAMBAR] Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak
- [GAMBAR & VIDEO] Ini Dia Gambar Suspek Kes Ambank, Direman 7 Hari -updated
Mazlan Aliman Menang Lagi, MP Sekijang Buat Permohonan Maaf Kerana Memfinah Posted: 11 Nov 2013 01:03 AM PST MP Sekijang mohon maaf kepada Mazlan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abdul Manap (kanan) hari ini membuat permohonan maaf di mahkamah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (kiri). Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang dan seorang lagi defendan iaitu Ketua Penerangan MBFM Kelantan Wan Zawawi Wan Zain membuat permohonan maaf di hadapan Hakim Rusila Yup setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Mereka menarik balik kenyataan yang menuduh Mazlan Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3. Mereka menuduh juga Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000. Selain menarik balik kenyataan tersebut, mereka juga bersetuju untuk membayar ganti jumlah dalam jumlah yang akan ditentukan kemudian. Kenyataan itu dikeluarkan Anuar ketika berucap di hadapan Wisma Felda, Jalan Semarak, dekat sini, pada 28 Disember tahun lalu. Ekoran kenyataan itu, Mazlan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu dan perbicaraannya bermula hari ini. "Saya sangat berasa malu dengan tuduhan tersebut sebab itu saya kemukakan saman. "Tapi hari ini nama baik dan reputasi saya dibersihkan di mahkamah dan saya sangat bersyukur dengan keputusan ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah ialah 354 peneroka menyaman Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana menipu bawah (KPG) dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit. Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka itu pada 22 September 2002 melalui peguam Wan Rohimi Wan Daud. Sambil mengucapkan terima kasih kepada peguamnya Harris Abdullah, Mazlan berkata beliau langsung tidak berniat hendak bermusuh dengan MBFM sebaliknya mengalu-alukan sebarang kerjasama yang boleh menambah baik kehidupan peneroka Felda. "Saya harap dengan keputusan mahkamah ini saya dan Majlis Felda boleh duduk semeja membincangkan isu-isu Felda. "Bagi saya musuh yang sebenar ialah mereka yang mengambil kesempatan ke atas peneroka. "Kenapa ada di kalangan anak-anak peneroka menjadi mangsa kepada sikap piahk yang mementingkan poket mereka ini? "Saya mahu duduk semeja berbincang mengenai isu-isu Felda dengan MBFM mengenai isu rumah generasi kedua, pemilikan tanah dan sebagainya," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Mazlan juga menyifatkan kemenangan hari ini sebagai kejayaan berganda selepas menang saman malu bernilai RM380,000 ke atas kerajaan pada 25 Oktober lalu. Mahkamah Tinggi Pahang memutuskan kerajaan perlu membayar ganti rugi am RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, ganti rugi kos RM20,000 dan faedah penghakiman ke atas RM350,000 sebanyak lapan peratus bermula dari tarikh saman dimulakan pada 18 Ogos 2010. "Saya anggap kejayaan hari ini sebagai kejayaan yang sangat besar bagi saya dan Anak dan saya merakamkan penghargaan kepada peguam Harris dan Wan Rohimi serta rakan-rakan seperjuangan," katanya. -HD |
[IKTIBAR] Mayat Tak Reput Walau Sudah 40 Tahun Dikembumikan Posted: 11 Nov 2013 12:05 AM PST Segamat – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini kelmarin terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna. Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara lapan hingga 11 tahun lalu. Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun itu. Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik. "Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini. "Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput," katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang baharu dan bersih. Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua kilometer dari tapak lama. Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja tersebut dijalankan. Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu. "Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup," jelasnya. -kosmo ----------------------- Masih elok selepas 40 tahun SEGAMAT – Allahyarham Mohd. Said Ahmad yang jenazahnya masih sempurna selepas kuburnya digali kelmarin bukan sahaja seorang yang warak semasa hayatnya malah tidak pernah lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang. Anak Allahyarham, Jaafar Mohd Said, 78, berkata, sepanjang hayatnya, dia mendapati ayahnya yang sangat penyabar itu tidak pernah marah walaupun dia merupakan penghulu Mukim Gemereh. Malah kata beliau, ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1970-an ketika berusia 78 tahun, suka menolong orang yang dalam kesusahan. Menurutnya, sifat tersebut diwarisi oleh abangnya, Yusuf yang kemudiannya mengambil alih jawatan Penghulu Mukim Gemereh daripada bapa mereka. Yusuf kemudian meninggal dunia ketika berusia 63 tahun, tujuh tahun lalu. "Apa yang boleh saya perkatakan ialah kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah warak dan taat kepada ajaran agama. "Mereka selalu membaca al-Quran setiap kali ada masa terluang," katanya ketika ditemui di sini semalam. -kosmo
|
Ramai Mahu Pembunuh Norazita Dihukum Tembak Sampai Mati Posted: 10 Nov 2013 08:05 PM PST Berita penangkapan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial. Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka. Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan. Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut. Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook, Twitter dan laman astroawani.com: Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita. Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau. Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu. Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka. -astro awani
ULASAN GB Jika sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi bahawa lebih baik suspek penjenayah ditembak sebelum siasatan, namun ia tidak berlaku di dalam kes di atas sekalipun sudah ada bukti (rakaman cctv) jenayah telah berlaku. Tiada sebarang pergelutan yang berlaku semasa penangkapan dibuat semalam. Tidak sama seperti kes-kes jenayah lain dimana penjenayah-penjenayah biasanya akan melakukan serangbalas. Dan kita tidak pasti samada senjata yang digunakan oleh suspek untuk menembak Norazita di dalam rompakan di AMBANK tersebut telah berjaya dirampas. Namun jika benar polis sudah mengubah taktik untuk tidak menembak dahulu suspek tetapi menyerahkan pengadilan dan hukuman kepada pihak mahkamah yang menentukannya, kita rasakan ia adalah patut dan terpuji. Apa-apa pun kita berharap pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap suspek dan membuktikan jenayah telah dilakukan dan seterusnya penjenayah menerima hukuman yang setimpal. |
[BERGAMBAR] Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Posted: 10 Nov 2013 04:25 PM PST Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek meninggal dunia hari ini selepas ditembak oleh penjenayah dirumahnya sekitar jam 2 petang tadi, menambahkan lagi beberapa siri pembunuhan bersenjata yang sudah berlaku sebelum ini. Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Indera Mahkota, tiga suspek berpakaian jubah telah datang ke rumahnya sebelum kemudiannya menembak mangsa. Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan ketika ini. Dalam pada itu, sumber memberitahu kepada The Malaysian Insider mangsa meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan. Selain itu sumber juga memberitahu mangsa ketika ini sedang terlibat dalam tiga kes besar, iaitu melibatkan kes ajaran sesat Tuhan Haron, kes ajaran Syiah dan juga operasi kelab malam. Bernama melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. Selain itu, laporan tersebut juga menyebut ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa. -TMI
|
[GAMBAR & VIDEO] Ini Dia Gambar Suspek Kes Ambank, Direman 7 Hari -updated Posted: 10 Nov 2013 05:31 AM PST Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Beliau direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Pengawal keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Subang Jaya bulan lalu dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi mendapatkan tahanan reman, hari ini. Polis menahan pengawal keselamatan yang melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini. Suspek dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan kerjasama mereka dalam kes ini. "Pada jam 7 pagi hari ini, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan AmBank. "Pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan," kata Hadi dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media sebentar tadi. Dalam kejadian menyayat hati pada 23 Oktober itu, Norazita, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan pada 6.20 petang, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan