Sabtu, 30 November 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Antara keras dan lembik

Posted: 29 Nov 2013 10:31 PM PST


Barangkali ada yang setuju dengan label penulis, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat musyidul Am PAS dan matan menteri besar Kelantan itu "keras".

Dan Menteri besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaakub  "lembik". sebab itu tidak sampai satu tahun menerajui negeri itu sudah boleh berjumpa secara rasmi dengan perdana menteri.

Pertemuan tersebut membuat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut besar kerana sepanjang 22 tahun dia jadi menteri besar tidak semudah sepertimana yang berlaku dua tiga hari lepas.

Penulis yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras dan tidak mudah masuk perangkap yang telah, sedang dan akan dipasang untuk jadi mangsa.

Oleh kerana Datuk Ahmad Yaakub menteri besar Kelantan yang baru ini lembik dan mudah masuk perangkap yang dipasang.

Atau dengan kata Antara Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Datuk Ahmad Yaakub berbeza pendapat bukan sahaja dalam arena politik malah mereka berbza pendapat dalam fiqh Islam.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpegang bahawa suara wanita adalah aurat sehingga perempuan tidak dibenar menyertai musabaqah Al Quran anjuran kerajaan persekutuan.

Sebaik sahaja menteri besar Kelantan bertukar tangan kepada Datuk Ahmad Yaakub perempuan sudah boleh menyertai musabaqah Al Quran.

Bermakna Ahmad Yaakub berpegang dan fahaman kepada pendapat ulamak bahawa suara perempuan bukan aurat.

Penulis difahamkan ramai orang PAS tidak seuju dengan pegangan Nik Abdul Aziz dan setuju dengan pegangan Ahmad Yaakub dalam isu yang berbangkit.

Pada hemat penulis ini punca kerajaan persekutuan yang di terajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak menjemput menteri besar Kelantan baru itu berjumpa di Putrajaya dua tiga lepas.


Lebih lebih lagi  Ahmad Yaakub berbanding dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat lembik dan tidak keras serta mudah berurusan untuk menyelesaikan isu isu yang tertunggak Antara kerajaan negeri dan persekutuan selama 20 tahun lebih itu.


Tiada ulasan: