Kelab Greenboc |
- [GAMBAR & VIDEO] Taufan Terkuat Di Dunia Landa Filipina, 10,000 Dikhuatiri Terkorban
- [TERKINI] Pengawal Kesalamatan Yang Bunuh Pegawai AMBANK Telah Diberkas
- TV Mesir Laporkan Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital
[GAMBAR & VIDEO] Taufan Terkuat Di Dunia Landa Filipina, 10,000 Dikhuatiri Terkorban Posted: 10 Nov 2013 12:10 AM PST Manila: Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi kelmarin dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca. Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi kelmarin waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis. Presiden Benigno Aquino seblum ini memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina. "Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katanya dalam pengumuman di stesen televisyen. "Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya. Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki. Lebih 125,000 penduduk di kawasan berisiko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina. Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai. Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup. Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP
|
[TERKINI] Pengawal Kesalamatan Yang Bunuh Pegawai AMBANK Telah Diberkas Posted: 09 Nov 2013 09:20 PM PST Kuala Lumpur: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu. Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut. -astroawani |
TV Mesir Laporkan Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital Posted: 09 Nov 2013 05:05 PM PST Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital. Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, "Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital." Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut: Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti. Kemungkinan kedua, seperti yang disampaikan Amru Farrag, pengarah pejabat berita Rassd, bahwa As-Sisi menghilang kerana nasihat dari badan perhubungan awam Amerika yang dikontrak Mesir untuk mengangkat imejnya. As-Sisi setelah ini akan kembali muncul dengan performa dan pengaruh yang baru. Kemungkinan ketiga, As-Sisi menghilang dengan tujuan atas perintah Amerika agar Adli Mansur dan Bablawi (presiden dan perdana menteri kudeta) muncul ke ruang awam dan seakan mempunyai peranan memerintah, bukan sekadar boneka yang dipertontonkan. Kemungkinan keempat, menurut Syafiq, pengumuman sakitnya ini adalah untuk menjadi mukaddimah pengumuman berikutnya tentang dirinya telah meninggal. Ini membenarkan dugaan yang sering muncul beberapa hari ini bahawa As-Sisi terkena tembakan di pangkalan laut di Iskandariah, dua minggu yang lalu. Atau kerana keracunan makanan dan ubat-ubatan seperti yang dikatakan sumber Aljazeera, sejarawan Muhammad Jawadi. Saat ini, kemungkinan As-Sisi dalam keadaan kritikal kerana television Al-Farain sampai meminta rakyat Mesir mendoakan untuk kesembuhannya. ULASAN GB Samada Al-Sisi benar-benar sakit atau buat-buat sakit dengan alasan-alasan di atas, apa yang nyata, kehidupan Al-Sisi sekarang sudah tidak tenteram dan tidak aman. Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Yang zalim dan kejam lambat-laun akan tetap terima balasannya. Apatah lagi dengan doa keluarga golongan mukmin yang menjadi mangsa pembantaiannya termasuk juga doa Dr.Mursi yang telah dikhianati dan digulingkan dari kerusi Presidennya. Tiada hijab doa orang dizalimi dengan Allah... mafhum hadith. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan