GoMalaysian |
Erdogan: Saya tidak akan hormat tentera Posted: 24 Nov 2013 06:35 PM PST Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, Ankara tidak akan menghormati pemerintah tentera Mesir malah menyifatkannya sebagai kehadiran duta Mesir di Turki sebagai 'tetamu tidak di undang'. "Saya tidak akan menghormati individu yang menggunakan kuasa untuk memberi arahan melalui rampasan kuasa tentera," katanya dipetik dari laporan Al Arabiya. Kelmarin, Kaherah meminta duta Turki Huseyin Avni Botsali meninggalkan Mesir dan perkara sama turut dilakukan terhadap duta Mesir ke Turki. Perkara itu tercetus selepas Erdogan dengan lantang mengutuk tindakan rampasan kuasa di Mesir ketika berucap dalam mesyuarat Persaudaraan Islam Antarabangsa. Sebelum ini, beliau menjalin kerjasama dengan Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi termasuk dalam usaha pembangunan ekonomi dan politik. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan