Ahad, 24 November 2013

dollah yankee

dollah yankee


Mi no spik inglish? who say?!

Posted: 24 Nov 2013 04:39 AM PST



dollah yankee -
tuu diaa...mau ternga-nga mulut-mulut macai-macai umno sampai lalat boleh masuk bila dengar Mat Sabu cakap orang putih...BARU DEPA TAUUU..!!!

Mat Sabu belum bangun tidur dah kena 'attack'

Posted: 24 Nov 2013 01:30 AM PST



Awang Selamat nie dia macam pak lawak atau 'clown' dalam mana-mana sesuatu pertunjukan sarkis. Jadi kepada mereka-mereka yang merupakan penyokong-penyokong barisan Pakatan Rakyat terutama yang tinggal jauh di kawasan-kawasan kampung yang masih lagi membaca 'paper' utusan malaysia sebab dah tak ada benda lain yang nak dibaca, jangan lah ambil pot dengan komentar-komentar dan tulisan dia yang dilontarkan dalam kolum lidah pengarang berhubung dengan muktamar pas yang ke-59 dan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dan lain-lain orang yang menang jawatan.

UMNO/BN yang penuh dengan 'taik' dia bukan tak nampak, tapi dia tak mau tengok, dia pun bukan lah tak mau tengok tetapi dia dilarang tengok dan kalau dia tengok juga betapa lucahnya umno, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa olih pak-pak menteri umno dan bini-bini mereka, silap haribulan mata awang selamat akan dikorek..korek..korek..  

Tak boleh nak salahkan dia juga sebab dia memang 'barua' umno dan periuk nasi serta mulut dia di masak dan di suap olih umno. Kalau kita pun duduk dalam kasut dia, kita pun akan melakukan kerja yang sama seperti yang diarahkan olih pihak-pihak yang berkenaan. Tak kira lah apa pun, yang penting sekarang ialah umno melalui 'barua' nya telah mula rasa tak senang duduk dengan kemenangan Abang Mat Sabu kita sebagai Timbalan Presiden PAS.

Dan mulai hari ini umno juga akan bermati-matian menggandakan usaha mereka untuk mencari jalan, idea, model dan modal baru untuk memecah belahkan kesepakatan dalam PAS serta kerjasama sesama mereka dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin olih Anwar Ibrahim.

Bisik-bisik Awang Selamat ...
Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR. Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131124/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2lXXzDIKJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

dollah yankee -
umno tambah 'qhaplah' ialah bila resolusi Mat Sabu nak demo besar-besaran nak bantah TPPA dan GST telah diluluskan.

Tiada ulasan: