Rabu, 27 November 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Jadi Mangsa Serakah Ayah Selama 9 Tahun

Posted: 27 Nov 2013 05:00 AM PST

Sekadar hiasan.

Bersabar 13 Tahun Jadi Mangsa Serakah ayah

[HM] Segamat: "Saya terpaksa bersabar selama 13 tahun semata-mata menunggu bapa insaf selain memohon maaf kepada saya demi menutup maruah keluarga," kata suri rumah dikenali sebagai Lee, 25, semalam.

Lee yang berasal dari Buloh Kasap di sini, membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat semalam mendakwa dirogol bapanya beberapa kali sejak dia berusia 12 tahun.

Kata Lee, kejadian pertama berlaku ketika keluarganya menetap di sebuah taman perumahan di Tanjung Gemok, Endau, Mersing pada pertengahan 2000 lalu.

"Saya dirogol oleh bapa pada jam 9 malam ketika ketiadaan anggota keluarga di rumah.

"Sejak itu, bapa yang juga seorang peniaga mengulangi perbuatan sama sehingga saya berusia 21 tahun," katanya.

Menurut Lee, akibat perbuatan bapanya itu, dia mengalami tekanan jiwa kerana setiap kali lelaki terbabit merogolnya, dia dipaksa membayangkan melakukan hubungan kelamin dengan teman lelaki.

Lee berkata, dia terpaksa merahsiakan perkara itu kerana diugut bapa selain mahu menjaga maruah keluarga.

"Dua tahun lalu, saya bertemu jodoh dengan suami.

Kami kemudian berpindah ke Buloh Kasap.

"Saya menceritakan semua kejadian silam itu kepada suami, namun dia tidak menyalahkan saya sebaliknya memberi kata-kata semangat serta perangsang untuk saya melalui fasa kehidupan baru," katanya.

Menurut Lee, dia kemudiannya nekad menceritakan kejadian kepada ibunya yang berusia 50-an, namun wanita berkenaan tidak mempercayainya.

Pada masa sama, barangan peribadinya seperti radio serta perabot juga sudah diletak di luar rumah oleh keluarganya.

"Barangan peribadi berkenaan saya tinggal di rumah keluarga dan ketika mahu mengambilnya baru-baru ini, saya serta suami dapati ia sudah diletak di luar kediaman berkenaan.

"Pada masa sama, bapa juga cuba melanggar saya sebanyak tiga kali selepas saya menemuinya dan mahu dia memohon maaf di atas perbuatan kejamnya itu," katanya.

Menurut Lee, dia juga pernah menelan pil tidur dalam kuantiti besar kerana tertekan dengan perkara terbabit.

Lee juga pernah mengelar tangan kirinya dengan pisau namun sempat diselamatkan suaminya.

"Kesabaran saya sudah hilang dan kerana itu saya melaporkan kejadian yang menimpa saya kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

"Kami menghubungi rakan sejawat di Endau bagi mendapatkan kerjasama mereka menyiasat kes ini," katanya. - 27/11/13



Perhambaan di London: Mangsa Tulis Puisi Derita Dikurung 30 Tahun

Posted: 27 Nov 2013 04:00 AM PST

ROSIE diambil sebagai anak angkat sejak kecil selepas kematian ibu bapa kandungnya.

[HM] London: Wanita berusia 30 tahun yang dikurung sebagai 'hamba' selama tiga dekad pernah menulis ratusan surat dan puisi yang mengimpikan kebebasannya.

Hanya dikenali sebagai Rosie, dia menjelaskan bagaimana menghadapi penderitaan diungkapkan ketika dikurung satu pasangan yang mengambilnya sebagai anak angkat ketika masih bayi.

Kata Rosie, ibu bapa kandungnya meninggal dunia akibat kebakaran.

"Saya umpama seekor lalat yang terperangkap di sarang labah-labah," katanya.


SURAT tulisan tangan Rosie yang meluahkan kesengsaraannya dikurung selama 30 tahun.

Rosie dikurung bagaikan banduan hampir sepanjang hayat bersama wanita rakyat Ireland yang berusia 57 tahun dan wanita warga Malaysia berusia 69 tahun.

Mereka dibebaskan dari sebuah flat di Brixton, selatan London bulan lalu.

Pasangan suspek berusia 67 tahun dari India dan Tanzania didakwa pemimpin kumpulan radikal Marxist berpangkalan di Brixton.

Polis malam semalam cuba mengesan 13 alamat di sekitar London yang disyaki menjadi kediaman pasangan suspek sebelum ini. 

Pendedahan itu dibuat ketika beberapa surat yang meluahkan kesedihan kerana dikurung sebagai banduan dan gambar mangsa termuda itu ditemui. 

Mangsa yang dahagakan kasih sayang menghantar 220 surat dan puisi kepada seorang jirannya, Marius Feneck dan memberitahu lelaki itu bagaimana dia dikurung oleh "penjahat yang bersikap perkauman." 

"Saya mahu kamu tahu kebenarannya. Lelaki ini memang jahat dan membersifat perkauman.

"Saya merayu kepada mereka agar jangan pisahkan kita, tetapi mereka kata, mereka akan menyakiti kamu jika saya tidak berjanji untuk menjauhi kamu. Kemudian mereka mengurung saya di sini, mengunci semua pintu dan tingkap.

"Saya tidak berani untuk melarikan diri kerana saya tahu mereka akan menyakiti kamu jika saya lakukan demikian. Jadi, saya macam lalat yang terperangkap di sarang labah-labah.

"Saya minta maaf atas perbuatan jahat mereka yang mengaku keluarga saya itu. Saya bencikan mereka," katanya. - Agensi - 27/11/13



Ayah Lakukan Sumbang Mahram dengan Anak DIDAKWA di Mahkamah Sesyen

Posted: 26 Nov 2013 11:00 PM PST


Tunduk Didakwa Perkosa

[HM] Kajang: Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia 21 tahun, Oktober lalu.

Tertuduh yang berusia 46 itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Hazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Cheras, jam 3 pagi, 23 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding berjalan, tertuduh hanya tunduk memandang lantai.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siaw Chooi Chin manakala tertuduh diwakili peguam Douglas Yee.

Terdahulu, Siaw membantah jaminan dengan alasan seksyen itu tidak membenarkan tertuduh dijamin.

Bagaimanapun tiada bantahan daripada peguam tertuduh berikutan tertuduh tidak mampu membayar wang jaminan.

Douglas turut memberitahu pihaknya akan mengemukakan representasi berhubung pertuduhan ke atas anak guamnya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan kes. - 27/11/13

Berita awal di sini.


Polis SAHKAN Mangsa Perhambaan di London Siti Aishah Abdul Wahab

Posted: 26 Nov 2013 10:30 PM PST



[TMI] Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar  mengesahkan seorang daripada tiga wanita yang diselamatkan selepas 30 tahun menjadi hamba di London adalah Siti Aishah Abdul Wahab.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat sahkan sama ada masih lagi berstatus warganegara Malaysia atau tidak selepas tidak pulang ke negara ini sejak lebih 30 tahun.

"Sekitar tahun 1970an, dia dikehendaki polis Malaysia kerana terlibat dalam kegiatan komunis. Dia dikesan bergerak di kalangan aktivis pelajar yang ada tendesi gerakan kiri," katanya.

Kamar Mahtum ditemani Hishamudin ke London malam tadi."Bagaimanapun, Siti Aishah lari ke London di mana kita terus mengawasi pergerakan beliau. Oleh kerana United Kingdom mengamalkan kebebasan bersuara, Siti Aishah bergerak di kalangan aktivis pelajar di sana," kata Khalid.

Khalid menjelaskan, "Siti Aishah bukan lagi menjadi buruan polis kerana apa yang dilakukan sudah 30 tahun berlalu, jadi tidak perlulah kita jadikan ia isu lagi sekarang."

Oleh itu katanya, jika Siti Aishah mahu pulang ke Malaysia, dia bebas berbuat demikian kerana polis tidak lagi akan menangkap dia.

Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum berangkat ke London malam tadi bersama aktivis Hishamudin Rais dalam usaha membawa pulang adiknya itu.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan bersama dua lagi wanita di daerah Lambeth selepas didakwa menjadi 'hamba' kepada kumpulan Komunis Mao Tse Tung.

Ia menjadi sorotan besar-besaran media British atas dakwaan menjadi hamba kumpulan Maoist.

Semalam, aktivis Hishamuddin Rais mendedahkan kepada The Malaysian Insider wanita Malaysia menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di London adalah Siti Aishah.

Katanya, Siti Aishah aktif dengan pertubuhan mahasiswa kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth". – 27 November, 2013.


Kes Perhambaan Warga Malaysia di London: Kakak Mangsa Berlepas ke London

Posted: 26 Nov 2013 10:00 PM PST


Kakak Siti Aishah Ikrar Tidak Pulang Selagi Tidak Jumpa Adik

[TMI] Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai terkurung selama 30 tahun di kota London akibat "perhambaan psikologi" berikrar melakukan apa sahaja asalkan dapat bertemu adiknya.

Kamar Mahtum Abdul Wahab yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100 peratus Siti Aishah adalah adiknya, tetapi, naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.

"Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

"Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?" kata Kamar, seorang pesara guru.

"Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita 'the sixth sense.' Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya."

Kamar berkata, apa sahaja yang Siti Aishah lakukan, wanita itu sudah membayar segala kesalahannya.

"Mereka harus bantu saya. Mesti tolong saya," katanya merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di United Kingdom.

"Nak buat apa dia duduk di London. Lebih baik balik sini. Dia pelajar yang pintar. Dia patut lakukan sesuatu untuk negara," katanya sambil menahan sebak.

Katanya, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun adalah wanita Malaysia ditahan oleh pemimpin Komunis ajaran Mao Tse Tung sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.


Buku nota terlekat gambar Siti AIshah antara bekalan Kamar Mahtum ke Kota London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar Britian The Daily Telegraph.


Hishamuddin akan membantu Kamar Mahtum di London dalam usaha bertemu adiknya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.Sementara itu, Hishamuddin Rais yang akan membantu Kamar untuk berurusan di London berkata, mereka masih belum pasti berapa lama akan berada di sana.

"Saya tolong atas dasar kekeluargaan. Saya kenal keluarga Siti Aishah sejak kecil.

"Bahkan, kakaknya adalah guru saya di sekolah. Semasa di London dulu, abangnya pernah datang meminta bantuan untuk cari Siti Aishah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

Perkara ini disahkan Kamar kepada The Daily Telegraph bahawa Siti Aishah hilang sejak 30 tahun lalu di London selepas menyertai kumpulan Maois.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai "Comrade Bala" dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai "Chairman Ara" dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. -27 November, 2013.





Wajah suspek yang mengurung mangsa selama 30 tahun.

Kes Aminulrasyid: Mahkamah Rayuan KEKALKAN Pembebasan Koperal Jenain

Posted: 26 Nov 2013 09:30 PM PST


[BERNAMA] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan mahkamah tinggi melepaskan dan membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan mengakibatkan kematian pelajar sekolah berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, tiga tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Jenain, 50.

Balia memutuskan tiada merit dalam rayuan pendakwaan.

Beliau berkata mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam keputusannya berhubung isu berkaitan niat Jenain untuk mengakibatkan kematian pelajar lelaki itu.

Mahkamah tinggi, ketika membebaskan Jenain pada 2012, memutuskan bahawa Jenain tidak mempunyai niat untuk mengakibatkan kematian Aminulrasyid, sebaliknya menembak kereta yang dipandu remaja itu dengan niat menghentikan kenderaan berkenaan.

Balia berkata daripada 30 tembakan yang dilepaskan, sebutir peluru menembusi kereta itu manakala bakinya mengenai bahagian bawah kenderaan berkenaan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat merupakan dua lagi hakim yang menganggotai panel itu.

Balia berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa mahkamah tinggi dengan sendirinya membuat keputusan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan dalam lingkungan maksud Seksyen 80 Kanun Keseksaan.

"Pihak pembelaan menimbulkan isu ini semasa membuat penghujahannya di mahkamah sesyen dan mahkamah tinggi. Tidak boleh dikatakan bahawa mahkamah tinggi telah terkhilaf dalam penghakimannya. Isu Seksyen 80 bukanlah pembelaan Jenain.

"Mahkamah tinggi dalam keputusannya telah menyebutkannya sepintas lalu dan ia bukanlah teras penghakimannya untuk membenarkan rayuan Jenain," kata Balia.

Pada 13 Sept, 2011, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Jenain selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan itu.

Jenain didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April, 2010.

Pada 5 Dis tahun lepas, mahkamah tinggi meminda keputusan itu dan membebaskan Jenain selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara. Pendakwaan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Di luar mahkamah, Jenain, yang diiringi keluarganya, berkata beliau berterima kasih kepada peguam dan rakan-rakannya kerana sokongan mereka.

Kata Jenain beliau akan kembali bertugas dalam pasukan polis.

Jenain diwakili peguam peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Duzuki Mokhtar dan Wan Saharuddin Wan Ladin mengendalikan pendakwaan. - 27/11/13





Bekas Pemandu SAMAN Pelakon Zahida Rafik

Posted: 26 Nov 2013 08:52 PM PST


[Bernama] Bekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.

Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di ibu negara.

Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'

Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.

Noor Azman turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah itu, beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman selama empat hari.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain. - 27/11/13

SAMAN... Bekas pemandu pelakon Zahida Rafik iaitu Noor Azman Azemi (tengah) memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu terhadap artis wanita itu selepas dia dikatakan menuduh Azman melarikan wang tunai RM200,000 tahun lalu. Noor Azman selaku plaintif ditemani peguam Latheefa Koya (kiri) dan ibu saudaranya yang juga penyanyi Dayangku Intan. - Gambar: CHAN TAK KONG/The Star

Isu GST: MP PR Sekolahkan MP BN

Posted: 26 Nov 2013 08:00 PM PST


'Negara yang laksana GST pun boleh bankrap'

[AA] KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memberi amaran bahawa Malaysia tidak akan terlepas dari menjadi negara bankrap, walaupun dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, GST bukan merupakan suatu 'ubat ajaib' untuk memulihkan keadaan kewangan Negara.

"Siapa kata kalau laksanakan GST negara tidak akan bankrap? Ada juga negara maju seperti Amerika Syarikat dan (bandar) Hong Kong yang tidak ada GST dan tidak bankrap.

"Kalau nak bandingkan dengan Greece, negara itu mempunyai GST sebanyak 21 peratus tapi masih bankrap," katannya semasa satu sidang media di Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian semasa menyangkal kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata pelaksanaan GST perlu kerana Malaysia berisiko menjadi bankrap seperti Greece jika ia terpaksa meminjam lebih banyak wang.

Tony berkata perkara pokok yang akan menentukan samada negara akan menjadi bankrap atau tidak ialah rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan.

"Sekiranya isu-isu pokok ini tidak diselesaikan, isu bankrapsi akan terus menjadi risiko kepada negara dengan pelaksanaan GST ataupun tidak," katanya.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang turut hadir di sidang media itu berkata, tidak kira berapa banyak wang yang telah dimasukkan ke dalam negara melalui GST, risiko kebankrapan masih akan ada sekiranya rasuah tidak dihapuskan.

Rafizi berkata, perdana menteri harus konsisten dengan penilaiannya tentang kedudukan kewangan negara.

"Najib kata negara akan bankrap kalau tiada GST. Tetapi semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kewangan negara berbanding negara lain adalah kukuh dan nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar adalah cukup baik.

"Jadi, apa status kewangan negara sekarang? Adakah negara hendak bankrap atau kewangan negara kukuh?

"Kalau kewangan negara betul-betul kukuh seperti yang dikatakan oleh Ahmad Maslan, maka tidak timbul soal pelaksanaan GST," katanya.

Rafizi berkata, kenyataan yang bertentangan menunjukkan kerajaan sendiri tidak boleh menyembunyikan masalah kewangan dalam negara.

Pada Ahad, Najib telah berkata pelaksanaan GST pada 2015 nanti adalah sebagai usaha mencari sumber tambahan kepada negara dan rakyat yang tidak membayar cukai adalah 'pengkhianat negara'.

Ia berikutan statistik hanya 10 peratus iaitu 1.34 juta pembayar cukai yang membayar cukai daripada jumlah keseluruhan 14 juta pembayar cukai.

"Kalau hasil tidak ada, kita ada pilihan lain... pinjam duit. Kalau kita asyik pinjam, pinjam, pinjam, apa akan jadi?" katanya.

Katanya, jika pinjaman terlalu banyak, ia akan menyebabkan kedudukan rating ekonomi negara menurun dan akhirnya membawa kepada negara yang muflis seperti Greece. - 27/11/13




Remaja 13 Tahun Dicerai Talak 3

Posted: 26 Nov 2013 06:37 PM PST


[AA] KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah. - 27/11/13

Berita awal di sini.



Penduduk Dakwa Diganggu Langsuir

Posted: 26 Nov 2013 06:14 PM PST


[SH] PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.


Rujuk mereka yang layak 

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

"Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

"Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya," katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya 'menangkap hantu' namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,' katanya.


Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

"Saya 'memasungkannya' di satu tempat khusus dan akan 'menghantarnya balik ke tempat asal' selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

"Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai," katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.- 26/11/13


Tiada ulasan: