Rabu, 27 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malaysia Bakal Bankrap Jika BN Terus Memerintah Negara

Posted: 27 Nov 2013 05:30 AM PST


KELAB GREENBOC


Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

"GST ini bukannya 'miracle cure', ia tidak bermakna dengan laksanakan GST negara tidak akan bankrap.

"Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST. Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap.

"Jadi, isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksana GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli pula meminta Najib lebih konsisten membuat penilaian kewangan negara.

"Saya pelik, bagaimana Najib boleh katakan kita akan menghadapi masalah bankrap, sedangkan semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan betapa kukuhnya kewangan negara berbanding dengan negara lain. Ini bercanggah.

"Ahmad Maslan ketika diminta menjawab mengenai kadar hutang negara, beliau mengatakan kita tidak ada masalah, negara masih lagi kaya dan beliau sertakan senarai negara yang kononnya lebih teruk daripada Malaysia. Malaysia saja paling baik.

"Kita mahukan jawapan konsisten daripada beliau, adakah kita sedang menghampiri bankrap atau kewangan kita sememangnya kukuh? Kalau betul-betul kukuh maka tidak timbul soal pelaksanaan GST kerana mengikut Najib GST ini diperlukan apabila negara nak bankrap," tegasnya.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula mempertikai tindakan Najib yang kononnya mahu menyelamatkan kewangan negara tapi dalam masa sama mengamalkan pembaziran dengan menggunakan wang negara dalam rangka lawatan peribadi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur baru-baru ini.

"Apa guna bercakap soal kewangan negara jika pada masa sama boleh guna jet peribadi untuk menghantar 'First Lady', Rosmah Mansor ke luar negara menggunakan wang negara.

"Bercakap soal pelaksanaan GST yang kononnya akan menyebabkan negara bankrap jika tidak dilaksanakan, ini tidak masuk akal kerana pada masa sama guna wang negara untuk lawatan Rosmah.

"Saya setuju dengan Tony dan Rafizi, laksana GST bukan jalan penyelesaiannya, apa yang terbaik sebenarnya adalah 'good governance', iaitu bagaimana menguruskan kewangan negara dengan cara yang sepatutnya," katanya. -Roketkini


LIHAT VIDEO DI SINI

Dr Rani disenangi bukan Melayu walau perjuang politik Islam

Posted: 27 Nov 2013 05:24 AM PST

Oleh Hafizan Taib


DR ABDUL RANI OSMAN menempuh pelbagai cabaran sejak terpilih sebagai wakil rakyat Meru pada 2008 tetapi beliau menjadikannya sebagai penguat semangat untuk terus berjuang demi perubahan politik.

Pembabitan Pesuruhjaya PAS Selangor itu dalam politik menerusi PAS sejak 1999 bukan untuk mengangkat diri  tetapi menjurus kepada memperjuang politik berlandas Islam.

"Saya masuk PAS, sertai politik bukan untuk jadi calon, tidak pernah terfikirpun. Perjuangan menegakkan Islam itu menyeluruh dan bukan setakat sembahyang.

"Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan dan pentadbiran serta perlu dipraktikkan pemimpin demi kemakmuran rakyat," katanya yang pernah tewas pada pilihan raya pada 2004 di DUN Meru.

Biarpun menghadapi masalah di peringkat awal sebagai Adun tetapi beliau cekal dan terus mencurah khidmat bakti tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau gembira lantaran segenap lapisan masyarakat di DUN Meru menerima kehadirannya dengan baik termasuk dari pemimpin dan penyokong parti lawan.

"Orang Cina dan India juga begitu dengan saya pernah diundang ke rumah ibadah mereka dan berbicara soal agama dengan baik," katanya.

IMG_2763

Selaku Adun, Dr Rani mengenal pasti banjir sebagai antara masalah utama di DUN Meru tetapi yakin, lebih 70 peratus masalah banjir dapat diatasi melalui pelbagai usaha sejak lima tahun lalu.

Beliau berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang berusaha memastikan banjir dapat ditangani dengan berkesan.

"Antaranya menaik taraf longkang dan parit serta membina saliran konkrit melibatkan perumahan awam dan kawasan komersial," katanya.

Selain itu, masalah jalan raya berlubang dan tidak rata di kebanyakan kampung juga diselesaikan melalui pelbagai kerja baik pulih.

Dalam membangunkan ekonomi rakyat pula, Dr Rani mendapati program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) banyak memberi manfaat kepada rakyat yang selama ini tidak diabai kerajaan BN.

"Mereka menikmati pelbagai skim seperti Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Skim Usia Mesra Emas (SMUE), Skim Kesihatan Wanita dan banyak lagi.

7

"PTRS bukan setakat orang Melayu tetapi Cina, India dan bangsa lain juga turut serta kerana mereka juga bukan dari keluarga yang berkemampuan.

"Begitu juga Jom Shopping, ramai peserta SMUE gembira kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendapat kemudahan macam ini," katanya.

Dr Rani menyifatkan pendekatan Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu wajar dipuji kerana rakyat memerlukan pemerintah yang mengutamakan rakyat.

Beliau berpendapat program seperti itu sepatutnya diperkenal lama dulu – ketika BN masih memegang tampok pemerintahan di Selangor.

Sungguh sibuk berbakti  dan sukar memperuntuk masa bersama keluarga, Dr Rani Osman tidak menganggap ia sebagai penghalang, bahkan ia mengerat lagi hubungan antara mereka.
ran 
 "Saya akui berubah sangat-sangat bila bergelar wakil rakyat. Sekarang jarang dapat bersama keluarga kerana masa banyak dihabiskan di luar.

"Sungguhpun begitu, sokongan terutama isteri serta anak dan adik beradik menguatkan saya untuk terus menjalankan amanah rakyat," katanya.

Jika berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga, Dr Rani akan membawa mereka menikmati hidangan  bersama-sama selain berkongsi kisah menarik.

"Dulu saya aktif dalam badminton dan bola sepak. Saya memang bagus dalam permainan bola sepak dan pernah mewakili universiti ketika di Mesir.

"Dengan anak-anak pula, saya gemar bermain ping pong untuk menguji kebolehan masing-masing," katanya kini banyak menghabiskan masa terluang dengan membaca.

BIODATA
Umor : 55 Tahun
Tarikh Lahir : 14 April 1958
Tempat Lahir : Pelabuhan Kelang, Klang.
Kelulusan : M.B.Ch.B. (Ijazah Dalam Bidang Perubatan) Universiti Tanta, Mesir.
Email : abdulrani58@yahoo.com
Keluarga : berumahtangga dan mempunyai lima anak, seorang menantu dan seorang cucu.

Pengalaman bekerja :
- Pernah bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kesihatan Kecil Puchong, Selangor.
- Pernah mengetuai Rombongan Perubatan Jemaah Haji Malaysia di Madinah Saudi Arabia.
- Kini bertugas di klinik persendirian, Klinik Fitrah, Meru.

Jawatan Pilitik :
- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru
- Pesuruhjaya Pas Selangor

Waran tangkap terhadap blogger Papagomo

Posted: 27 Nov 2013 05:13 AM PST


MALAYSIA KINI
 
 
 
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.

MB, ADUN S'gor dapat kenaikan gaji mulai 1 Jan

Posted: 27 Nov 2013 05:07 AM PST

 

 
 
 
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini.

Persidangan DUN bersambung esok.-Bernama

Kenaikan cukai taksiran DBKL ditangguhkan

Posted: 27 Nov 2013 05:05 AM PST

 

 
VIDEO l 2:23 minit


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan mengumumkan penangguhan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memberi laluan kepada bantahan orang ramai didengari dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan.

"Kita tangguh usul (menaikkan cukai), dengan (mengambil kira) bantahan dari Januari hingga Mac.

"Tarikh pelaksanaan (kenaikan) belum ditetapkan," katanya di Dewan Rakyat petang tadi.
Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kenaikan cukai tersebut yang sebahagiannya mencecah sehingga 300 peratus pada asalnya bakal dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan.

Namun, anggota Parlimen pembangkang Kuala Lumpur membantah langkah tersebut yang dakwa mereka dilakukan tanpa notis mencukupi dan berlaku secara mendadak.

DBKL dalam penjelasan mereka menerusi menteri wilayah persekutuan berkata kenaikan itu wajar memandangkan tiada sebarang kenaikan cukai taksiran dilakukan sepanjang 21 tahun yang lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa sehingga Khamis lepas, DBKL menerima sebanyak 2,500 bantahan yang akan diteliti oleh panel yang dilantik DBKL.
   
Terdahulu, isu kenaikan cukai pintu bagi Kuala Lumpur mendominasi sesi perbahasan peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan apabila majoriti wakil rakyat dari Wilayah Persekutuan membantah kadar baru itu, yang disifatkan mereka sebagai keterlaluan dan bakal menyusahkan penduduk warga kota.
   
Mengenai dakwaan bahawa kadar baharu itu seolah-olah cuba menindas rakyat kerana hanya di semak selepas 21 tahun, Loga Bala berkata jika dilaksana, cadangan itu sebenarnya turut mengambil kira keperluan khusus seperti membina parkir, bukannya untuk menindas penghuni kota.
   
Beliau juga menarik perhatian bahawa cadangan kenaikan taksiran DBKL sebenarnya tidak melibatkan kadar cukai taksiran pintu pada peratusannya, sebaliknya yang diambil kira ialah nilai taksiran sewa tahunan yang tidak disemak sejak 21 tahun lepas.
   
"Oleh itu, saya harap pihak Yang Berhormat faham bahawa maksud kenaikan adalah bukan dari segi kadar taksiran tetapi pada nilai sewa tahunan," katanya.

Sementara itu dalam pertemuan tertutup dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib di Menara DBKL hari ini, semua Ketua Bahagian Umno Wilayah Persekutuan memohon DBKL mempertimbangkan kadar kenaikan yang tidak membebankan warga kota terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
   
Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata beliau memohon supaya kenaikan itu tidak dilakukan secara drastik, sebaliknya dibuat dalam kadar kecil iaitu antara lima atau 10 peratus supaya jumlah baru tidak membebankan golongan sasar.
   
"Kadar 10 peratus amat memadai kerana jika mengambil contoh seorang pemilik rumah membayar RM200 pada tahun lalu, tahun ini mungkin mereka hanya perlu bayar antara RM220 atau RM230.
   
"Jika jumlah itu dibahagikan dengan 12 bulan, ia kira-kira RM2 sebulan. Tetapi jika tahun lepas bayar RM200 dan tahun hadapan RM600, kenaikan itu memang sangat dirasai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan itu.
   
Johari juga mencadangkan sistem 'dua-hala' dipraktiskan selepas kenaikan itu dikuat kuasa iaitu DBKL akan memastikan semua kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik, selari dengan wang yang dibayar rakyat.
   
"DBKL mungkin boleh menghantar brosur untuk memaklumkan kerja yang dilakukan seperti membaiki jalan berlubang, lampu jalan diperbaiki, longkang tersumbat yang dibetulkan dan sebagainya supaya rakyat nampak bagaimana wang cukai dibelanjakan," katanya.
   
Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula mencadangkan supaya rebat diberikan kepada pemilik rumah kos rendah yang tidak menyewakan rumah itu, sebagai 'reward' kerana tidak membiarkan rumah itu didiami orang lain.
   
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata adalah tidak wajar untuk DBKL menaikkan kadar cukai secara mendadak selepas kadar itu kekal selama 21 tahun memandangkan 'sebahagian kesilapan itu datang daripada DBKL'.
   
"DBKL bertanggungjawab untuk mengatur cara dan tempoh kenaikkan cukai. Mereka tidak boleh menaikkan secara mendadak kerana tidak semua warga kota terdiri daripada golongan senang," katanya.
   
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut hadir pada perjumpaan itu memberi jaminan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Parlimen Malaysia terpalit noda – Lim Kit Siang

Posted: 27 Nov 2013 05:01 AM PST

Oleh : Lim Kit Siang


Dua kejadian di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 14 November 2013, yang lalu membuatkan Parlimen Malaysia terpalit noda – semuanya kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kejadian pertama berlaku dalam sesi pagi apabila Barisan Nasional dengan tidak mempedulikan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman telah menggunakan kelebihan kerusinya di Parlimen untuk meluluskan usul luar biasa, tidak wajar, dan "haram" untuk menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran selama enam bulan kerana memperjuangkan kuil Sri Muneswarar Kaliyamman di Kuala Lumpur yang telah berusia 101 tahun.

Usul untuk menggantung Surendran itu melanggar Peraturan Mesyuarat dan kelaziman Parlimen sekurang-kurangnya menurut empat asas.

Peraturan Mesyuarat 27 (3) menyebut: "Kecuali sebagaimana yang disyaratkan dalam Peraturan Mesyuarat 43 dan perenggan (5) dalam Peraturan Mesyuarat 86 dan 26(1), apa-apa usul hendaklah dikeluarkan pemberitahu tidak kurang daripada empat belas hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu dengan nama Menteri.

Maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu."

Memandangkan kekecualian yang disebutkan dalam Peraturan Mesyuarat 43, 86, dan 26 terpakai untuk kes ini, usul menteri untuk menggantung Surendran memerlukan "tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu."

Penggantungan Surendran selama enam bulan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman parlimen menurut empat asas berikut:

1. Ia tidak mematuhi peraturan yang menetapkan "pemberitahu satu hari" untuk usul menteri, kerana jika "satu hari" ditafsirkan sebagai "24 jam" maka usul terbabit hanya boleh dibahaskan selepas jam 6 petang hari Khamis, memandangkan notis telah diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen selepas jam 6 petang hari Rabu.

2. Tiada "kepentingan umum" yang mengharuskan usul itu dibahaskan selepas notis satu hari diberikan dan bukannya selepas notis tujuh hari. Malah, sehingga sekarang tiada menteri mampu menjelaskan "faedah orang ramai" yang bagaimana memestikan perbahasan dan keputusan dibuat dengan segera tanpa mematuhi peraturan berkenaan "pemberitahu tujuh hari" – apatahlagi untuk memutuskannya tanpa mematuhi notis satu hari.

3. Pertembungan kepentingan yang jelas kerana Tuan Yang di Pertua yang telah membenarkan usul menteri berkenaan dibahaskan tanpa notis tujuh hari terbabit dalam persoalan yang dipertikaikan, memandangkan usul tersebut mendakwa Surendran "menghina" Speaker.

4. Prosedur yang sepatutnya diikuti dalam kes ini ialah merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana ia membabitkan "kuasa serta hak dan keistimewaan Dewan", dan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan perlu menyiasat dan mengemukakan laporan kepada Dewan berkenaan dakwaan yang dibuat terhadap Surendran.

Kenyataan oleh Pengerusi bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan perintah Speaker boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43 untuk mengusulkan supaya keputusan terbabit disemak semula menerusi notis tidak lebih dua hari sama sekali tidak bermakna kerana dalam sejarah Parlimen Malaysia usul sedemikian tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam Dewan. Peraturan tersebut tidak lebih seperti "abjad-abjad mati" yang tidak lagi diamalkan.

Kerana itulah tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat peduli untuk memanfaatkan Peraturan Mesyuarat 43 ketika di waktu pagi hari berkenaan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara tidak benar telah mengarahkan Surendran untuk keluar dari Dewan atas alasan beliau masih digantung.

Ini bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 44 (2) yang dengan jelas menyebut bahawa apabila Speaker belum menentukan tempoh penggantungan seseorang Ahli Parlimen, "tempoh tersebut hendaklah disifatkan sebagai selama dua hari termasuk hari kejadian berkenaan."

Penggantungan Surendran dibuat pada pagi Selasa, 12 November 2013, dan Speaker tidak menyebut tempoh penggantungan, maka tempoh penggantungannya adalah selama dua hari bermula pada hari Selasa – iaitu "hari kejadian berkenaan" – dan Rabu serta tidak lagi berkuatkuasa pada hari Khamis itu! Bermakna, tindakan Speaker mengusir Surendran keluar dewan pada pagi Khamis itu adalah salah dan bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat.

Sebuah akhbar (New Straits Times) mendakwa Ahli Parlimen DAP/PR bagi Puchong, Gobind Singh Deo, dan saya telah menghalau Pandikar Amin dari Dewan kerana kami telah turut menuntut penjelasan atas tindakan mengarahkan Surendran keluar dari Dewan pada pagi itu.

Laporan itu sama sekali tidak berasas dan tidak lebih daripada khayalan wartawan terbabit, dan ia menunjukkan betapa rendahnya piawaian profesional dalam negara ini dalam pelbagai bidang kerjaya – termasuk media massa – walaupun telah lebih setengah kurun negara kita merdeka.

Saya bersama-sama beberapa pemimpin PR yang lain – termasuk Azmin Ali (PKR/PR Gombak) dan Mahfuz Omar (PAS/PR Pokok Sena) telah menyarankan kepada Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee agar menangguhkan persidangan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang saksama bagi merungkai kebuntuan dan mententeramkan Dewan, sama ada dalam bentuk pemberian notis tujuh hari untuk usul terbabit, atau merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, atau membenarkan usul menurut Peraturan Mesyuarat 43 untuk menyemak semula keputusan Pengerusi dibahaskan .

Tetapi berlawanan dengan kelaziman parlimen, Timbalan Speaker telah enggan menangguhkan persidangan untuk memberikan "tempoh bertenang" bagi membolehkan kesepakatan dibuat oleh kedua-dua pihak dalam Dewan bagi mengatasi kebuntuan.

Sebaliknya Dewan dan negara telah disajikan dengan adegan lawak jenaka apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukry telah membacakan ucapan usul terbabit walaupun tiada siapa dapat mendengar walau pun sepatah kata daripada beliau, memandangkan ucapannya telah tenggelam sepenuhnya dalam kegamatan Dewan.

Adegan itu disambung dengan sesi undian yang juga merupakan lawak jenaka kerana tiada Ahli Parlimen, sama ada dari BN atau PR, dapat mendengar apa yang telah diusulkan oleh menteri itu.

Kerana itulah Ahli-ahli Parlimen PR enggan mengambil bahagian dalam pengundian, kerana bagi mereka usul tersebut bukan saja luar biasa dan tidak wajar, malah ia juga adalah "usul haram".

Dalam keadaan keadilan telah dinafikan serta prosedur dan kelaziman parlimen telah diabaikan inilah beberapa Ahli Parlimen PR telah melepaskan rasa marah dan kecewa mereka secara beremosi dengan mengoyakkan kertas usul berwarna hijau itu.

Pimpinan PR di Parlimen tidak menyetujui tindakan mengoyak kertas usul itu kerana ia berlaku secara mendadak justeru Ahli-ahli Parlimen PR merasa kecewa apabila keadilan dinafikan serta peraturan mesyuarat dan kelaziman parlimen pula diabaikan dalam meluluskan usul untuk menggantung Surendran selama enam bulan. Cara penggantungan ini dibuat menjadikan Parlimen Malaysia sebagai mahkamah kanggaru dan bahan jenaka dunia.

Kejadian kedua yang memalit noda pada Parlimen Malaysia berlaku pada tengahari Khamis apabila persidangan parlimen disabotaj menerusi tindakan membalas dendam berikutan apa yang terjadi di pagi itu. Tindakan balas ini tiada kena mengena dengan keadilan, integriti prosedur parlimen atau hak rakyat.

Ahli-ahli Parlimen BN, diketuai oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin, telah menjalankan konspirasi untuk menimbulkan kekecohan, membawa kepada perbuatan mengoyak usul Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan Fuziah Salleh untuk memotong gaji lima penasihat khas Jabatan Perdana Menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom, dan Hasbi Habibollah, kerana mereka mendakwa usul beliau adalah "usul haram" berikutan satu kesilapan fakta dalam ucapan beliau.

Jika Ahli Parlimen BN menganggap usul Fuziah adalah "usul haram", mereka sepatutnya mencontohi tindakan Ahli-ahli Parlimen PR di sebelah pagi yang telah menolak untuk mengambil bahagian dalam pengundian – dan membenarkan Ahli-ahli Parlimen PR menyokong usul itu.

Tetapi tujuan mereka berlainan, iaitu untuk mensabotaj persidangan parlimen dengan tidak membenarkan usul Fuziah dibahaskan.

Atas sebab itulah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas waktu makan tengahari telah mengemukakan usul supaya Dewan bersurai lebih awal, iaitu sebaik saja usul Fuziah diketepikan, dan bukannya pada jam 5.30 petang seperti kebiasaan – ini adalah bukti jelas bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah mengetahui dan membenarkan tindakan sabotaj ke atas usul Fuziah.

Dua kejadian yang berpunca daripada Ahli-ahli Parlimen BN dalam Parlimen Malaysia ini menunjukkan sikap kebudak-budakan mereka yang sanggup mengambil tindakan kasar untuk membalas dendam terhadap Ahli-ahli Parlimen PR tanpa mempedulikan soal salah atau benar sesuatu isu dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

Jelas bahawa ini bukan langkah ke arah membentuk sebuah Parlimen bertaraf dunia!
* Lim Kit Siang adalah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah

Kenaikan cukai 300%: BN guna DBKL untuk balas dendam kepada rakyat

Posted: 27 Nov 2013 03:55 AM PST

Oleh Azmir Hj Mustafa


Belum pun lagi mencapai tempoh setahun dalam pembentukan kerajaan Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13, warga Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan satu lagi 'bala' yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, iaitu dengan kenaikan cukai pintu sebanyak 300 peratus.

Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan (SAMM Wilayah) membantah sekeras-kerasnya akan kenaikan cukai ini secara mendadak dan tidak masuk akal. Warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.

logo SAMM3

 SAMM menyifatkan tindakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu sebanyak 300 peratus adalah satu siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang PRU-13.

Adalah diingatkan bahawa pihak Datuk Bandar dan DBKL tidak wajar sewenang-wenangnya menaikkan cukai pintu. Apakah benar ia rasional hanya kerana untuk menaikkan nilai hartanah di Kuala Lumpur?

Sedangkan sebelum ini nilai harta tanah di Kuala Lumpur sememangnya telah meningkat tanpa kenaikkan cukai taksiran.

Pendapatan DBKL juga dilihat cukup besar jumlahnya dan tetap meningkat walaupun cukai taksiran berada pada kadar yang sama selama 21 tahun. Peningkatan jumlah pendapatan sebanyak RM511 juta kepada RM 1.69 billion dari tahun 2010 adalah cukup memberangsangkan, ia tanpa kenaikkan cukai pintu. 

Malah DBKL turut menyatakan dalam buku Bajet 2013 bahawa prestasi hasil ini akan meningkat bagi tahun kewangan 2012. Tidak cukupkah sumbangan warga kota setakat hari ini?

Justeru, SAMM melihat cadangan DBKL untuk menaikkan cukai taksiran 300% adalah keterlaluan dan hasrat seperti ini harus dilupakan. 

dbkl_logo 

Sebaliknya DBKL harus menumpukan usaha penuh bagi mengutip hasil-hasil yang tertunggak seperti tunggakan cukai taksiran, tunggakan sewa perumahan dan sewaan gerai penjaja. Kenaikan kadar cukai pintu yang tidak seimbang dengan prestasi keselamatan dan perkhidmatan yang ala kadar adalah satu bentuk penganiayaan.

Ternyata, Menteri Wilayah cuba menyembunyikan tindakan khianat mereka atas nama 'pembangunan'. Tidak ada satu pun alasan yang boleh mewajarkan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga cukai pintu terhadap rakyat di mana-mana wilayah sekalipun. 

Bagi SAMM, sebelum bercakap tentang pembangunan, kerajaan perlu terlebih dahulu membangunkan nilai amanah dalam pentadbiran dan pengurusan dana negara yang semakin tiris
Sekali lagi SAMM Wilayah mencabar kerajaan agar berhenti menghkianati rakyat! Perlu diingat, tidak ada kenaikan cukai tanpa pilihanraya kerajaan tempatan. Wang cukai juga dibazirkan tanpa pertanggungjawapan kepada rakyat.

Hentikan kenaikan cukai pintu atau rakyat tidak akan teragak-agak menghumban DBKL keluar dari 'pintu' pentadbiran!

* Azmir ialah Penyelaras Negeri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan

Anwar : Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah

Posted: 27 Nov 2013 03:53 AM PST

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) membantah penolakan kerajaan terhadap usul mengecam pengintipan Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura ke atas Malaysia.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sikap kerajaan yang selalu berlembut dalam isu terbabit menunjukkan kelemahan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

anwar white

"Kita tidak setuju dengan cara kerajaan yang terlalu lemah. Saya ulangi sifat kerajaan yang lembik menangani isu ini seperti mana saya nyatakan minggu lepas.

"Kita bantah isu yang serius menyentuh kepentingan, keselamatan dan maruah negara yang boleh ditolak sewenang-wenangnya," kata Anwar kepada Keadilan Daily, di sini, hari ini.

Usul tergempar yang dibentangkan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin semalam ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan tidak perlu dibincangkan dalam kadar segera.

Usul itu dibentangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan tiga negara terbabit yang didakwa bekerjasama untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet negara bagi mengintip Kerajaan Malaysia dan pemimpin negara.

Shamsul ketika membacakan usul berkenaan berkata, akhbar Australia iaitu Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan, terdapat risikan ke atas Malaysia oleh Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia seperti didedahkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden.

"Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRC Handelsblad, Singapura juga didedahkan turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan '5-Eves' yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.

"Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan bahawa Singapura adalah rakan kepada Agensi Perisikan Elektronik Australia iaitu "Defence Signals Directorate" untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 yang juga kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik Kerajaan Singapura.

"Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di bawah asas utama kepada perhubungan ini adalah kepercayaan sesama negara, tetapi aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka," kata Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR.

Katanya, Malaysia perlu mencontohi tindakan tegas pimpinan Brazil, Jerman dan Indonesia yang membantah pengintipan antaranya menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.

"Kecaman keras daripada Dewan ini perlu bagi memberi tekanan kepada tiga negara itu. Mesej jelas dan tegas perlu dizahirkan rakyat Malaysia kepada mereka.

"Kegagalan kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk mengeluarkan pendirian tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku," katanya.-NFN-

MB umum 1/2 bulan gaji untuk kakitangan Kerajaan Selangor

Posted: 27 Nov 2013 03:44 AM PST

Oleh Nazli Ibrahim


SHAH ALAM :  Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan Selangor.

Membuat pengumuman itu pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, beliau berkata bayaran akan dibuat pada Januari 2014 melibatkan sejumlah RM14,821,252 kepada 15,643 kakitangan.

DNS

Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang), berkata pemberian bonus itu ekoran hasil usaha keras kakitangan awam sehingga berjaya mengutip hasil melebihi unjuran Kerajaan Negeri.

"Hasil negeri yang dikutip setakat 27 November 2013 berjumlah RM1,899,018,572 dan jumlah ini 16 peratus lebih dari yang dianggar.

"Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada kakitangan negeri yang berusaha keras untuk Selangor. Dan, dengan ini, saya mengumumkan setengah bulan bonus kepada semua 15,643 kakitangan Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna pada 2013, kakitangan Kerajaan Negeri mendapat satu setengah bulan termasuk bonus Hari Raya satu bulan yang kita beri pada sambutan Aidilfitri tahun ini," katanya.

Beliau turut mengingatkan kakitangan awam di Selangor supaya secara beransur-ansur menerima konsep kenaikan gaji dan pemberian bonus berdasarkan kecemerlangan prestasi.- FZL

MP bangkitkan kembali isu kem terbengkalai RM256j

Posted: 26 Nov 2013 03:51 PM PST


 
VIDEO l 3:57 minit

 
Anggota parlimen pembangkang hari ini membangkitkan semula isu kontrak pembinaan kompleks kem tentera RM256 juta di Skudai, Johor yang terbengkalai selepas 16 tahun kontrak dimeterai.

NONEMembangkitkan penemuan laporan audit negara sebelum ini, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membangkitkan perkara itu kerana bimbang masalah berkaitan menyebabkan kem itu terpaksa dipindahkan.

"Saya tak tahu apa akan jadi sekarang jika pemilik baru tanah itu minta kem-kem itu untuk keluar dari tanah itu.

"Mereka bukan ada kem baru pun," katanya pada sidang media di perkarangan Parlimen hari ini.

Menghuraikan masalah itu, bekas naib presiden PAS itu berkata, tanah yang diberikan sebagai imbuhan kepada konsortium pemaju itu digadaikan kepada sebuah syarikat kewangan.

Kem yang sepatutnya dikenali sebagai kompleks briged ketujuh, sepatutnya menjadi penempatan baru untuk anggota tentera dari Tebrau, Majidee dan kem Kluang.

Menurut Mahfuz, Kementerian Pertahanan pada tahun 1997 memeterai kontrak dengan konsortium itu dan menganugerahkan tanah yang menjadi tapak kem Majidee dan Tebrau sebagai ganti kepada pembinaan kompleks baru itu.

Namun, dakwanya, konsortium itu yang menghadapi masalah kewangan memajakkan tanah tersebut untuk mendapat pinjaman berjumlah RM465 juta yang akhirnya tidak juga digunakan untuk menyiapkan kompleks itu.

MP: Greece ada GST, dan mereka muflis

Posted: 26 Nov 2013 03:41 PM PST

 

 
VIDEO l 4:51 minit 


Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi penawar untuk menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemuflisan, kata tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat.

Mereka mendesak perdana menteri menjelaskan kedudukan kewangan negara dan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan yang selesa.

Gesaan itu dibuat oleh Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Najib dilaporkan berkata, negara akan muflis jika GST tidak dilaksanakan.

NONENamun, pada masa sama di Parlimen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kedudukan kewangan negara masih lagi kukuh.

"GST tidak akan menyembuhkan segala-galanya. Hong Kong dan US tiada GST, tetapi mereka tidak muflis.

"Sepanyol dan Greece ada GST namun mereka menanggung kemuflisan," kata Pua (kanan).

Sementara itu, Rafizi menggesa perdana menteri agar lebih tekal dalam menilai kedudukan kewangan negara pada satu-satu masa.

"Semalam kata negara hendak bankrap, tapi timbalannya pula kata semuanya bagus-bagus sahaja," katanya.

NONE"Masalah sebenar kita bukan GST, tetapi adalah kegagalan Najib membanteras rasuah dan merancakkan ekonomi," tambahnya.

Khalid (kiri) pula menegaskan yang pendapatan daripada hasil petroleum negara meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam masa setahun.

Menurutnya, harga petroleum pada tahun 2003 adalah AS$20 setong dan kini ia melebihi AS$100 setong membolehkan pendapatan dari hasil minyak meningkat daripada AS$11 bilion kepada AS$60 bilion sekarang ini.

Bekas guru percaya adiknya jadi hamba di London

Posted: 26 Nov 2013 03:37 PM PST

SINAR HARIAN

Bekas guru percaya kakaknya jadi hamba di London  
 
Siti Aishah Abdul Wahab - Foto Ihsan The Telegraph oleh Dean Nelson
 
 
SHAH ALAM - Sebuah keluarga di Negeri Sembilan mengesahkan wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah anggota keluarga mereka yang hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen, Kamar Mautum Abdul Wahab dari Jelebu berkata, beliau yakin adiknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Kehilangan Aishah katanya menyebabkan keluarganya berasa cukup sedih. Malah ujar Kamar, ibunya telah meninggalkan wasiat supaya Aishah  dijejaki.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya dipetik The Daily Telegraph.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwel untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

Tiada ulasan: