DUNIACACAMARBA |
- Presiden PAS: "Tiada Islam liberal, Islam ortodoks dalam PAS"
- Rakyat Sengaja Tidak Bayar Cukai Digelar Pengkhianat, Pemimpin Khianat Duit Rakyat...
- Bekas Suami Dramatis Wan Nur Azlin Meninggal Dunia
- Anak Tokoh Korporat Bakar Diri, Cinta Didakwa Jadi Punca
- Utusan Malaysia: Kemenangan Mat Sabu Kemenangan PKR dan DAP
Presiden PAS: "Tiada Islam liberal, Islam ortodoks dalam PAS" Posted: 24 Nov 2013 04:20 AM PST [MK] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS. Beliau mendakwa, tuduhan seperti itu ditimbulkan oleh Umno, sedangkan kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah. "Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas. "Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam. Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat. "Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah mempunyai pelbagai kepakaran," kata beliau yang mengumpamakan perjuangan dan penyatuan PAS sebagai sekumpulan kelasi bersama meredah gelombang dalam satu bahtera. Katanya setiap anak kapal tersebut berperanan membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat. "Kadang-kadang saya bimbang org kita mabuk dgn gelombang. mabuk jgn sampai terjun bahtera. "Ada yang terjun tetapi tak selamat walau dia Ulama," kata beliau merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin yang keluar dari parti tersebut sebelum ini. Dalam sidang medianya selepas itu, Hadi turut menepis tanggapan bahawa kepimpinan baru PAS gagal dikuasai kumpulan ulama. Katanya, golongan ulama membentuk jumlah paling besar dalam saf kepimpinan parti Islam itu. "Sembilan orang ahli jawatankuasa PAS pusat yang berpendidikan agama, yang bakinya tu campur dengan doktor, jurutera, aktivis. Ulama yang terbesar sembilan orang. "Yang penting bukan nama ulama, tapi peranan ulama. Kita tak mahu kalau ulama seperti (ulama) Umno. Dia tak ada peranan, tak ada erti. (Yang penting) bukan jumlahnya," katanya ketika ditanya. Antaranya pemimpin ulama yang dipilih ke jawatankuasa PAS Pusat semalam termasuk Idris Ahmad, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Nasrudin Hasan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Mahfudz Mohamed, Nuridah Salleh dan Dr Riduan Mohd Nor. -24/11/13 | ||
Rakyat Sengaja Tidak Bayar Cukai Digelar Pengkhianat, Pemimpin Khianat Duit Rakyat... Posted: 24 Nov 2013 04:01 AM PST Mengelak bayar cukai perbuatan khianat, kata Najib [Bernama] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara. "Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat. "Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara. "Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju," katanya. Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur. "Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan dalam sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara di mana kampung-kampung tradisional, bandar-bandar kecil bertukar wajah. "Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini. "Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini," katanya. Najib turut membidas pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara termasuklah ada ketikanya menentang pelaksanaan GST tetapi kemudian menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan. "Kita tadbir negara mestilah ada `sense of responsibility', kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna," katanya. Mengenai agenda pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ia menjadi agenda nasional bagi memastikan kelompok Bumiputera dapat berkongsi kekayaan negara secara adil dan saksama. Seminar sehari yang dianjurkan Sekretariat Pena itu bertujuan memberi kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera. -24/11/13 P/s: Sebelum ini orang Felda yang tidak sokong kerajaan digelar haram jadah, hari ini Najib menyatakan bahawa orang yang sengaja tidak membayar cukai sebagai pengkhianat. Jika begitu, pemimpin yang membazirkan, menyeleweng, meratah duit rakyat layak digelar HARAM JADAH. | ||
Bekas Suami Dramatis Wan Nur Azlin Meninggal Dunia Posted: 23 Nov 2013 07:48 PM PST [HM] Kuala Lumpur: Bekas suami dramatis Wan Nur Azlin, Mohd Yazli Yaacob, 43, meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, jam 9 malam kelmarin. Pelakon itu ketika dihubungi masih terkejut dengan pemergian Yazli kerana ketika bergelar suami isteri, bekas suaminya tidak pernah menunjukkan tanda mengalami masalah kesihatan. "Pada jam 5 pagi (kelmarin), bekas suami mengadu sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Namun disebabkan keadaannya makin kritikal, pihak hospital terus membawanya ke IJN. "Anak masih tidak mampu menerima berita kematian ayah mereka, terutama anak perempuan, Dania Camelia yang sangat rapat dengan arwah," kata dramatis itu yang turut berada di samping arwah ketika menghembuskan nafas terakhir dikelilingi ahli keluarga lain. Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 10 pagi semalam di kampung ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun, Perak. Dramatis yang baru tampil dengan drama bersiri Mencintaimu memohon sesiapa yang mengenali arwah bekas suami supaya menghalalkan makan minum dan hutang selama hidup. Pasangan itu disahkan bercerai pada Mac lalu dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8. - 24/11/13 P/s: Takziah. | ||
Anak Tokoh Korporat Bakar Diri, Cinta Didakwa Jadi Punca Posted: 23 Nov 2013 07:03 PM PST
Cinta Punca Bakar Diri [HM] Kuala Lumpur: Angkara cinta dipercayai menjadi punca seorang lelaki yang juga anak seorang tokoh korporat membakar diri di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia 20 tahun terbabit dikatakan baru tiba di rumahnya selepas keluar berjumpa rakan sebelum meminta minyak petrol daripada bapanya dan masuk ke dalam biliknya. Sumber berkata, pelajar jurusan ekonomi dari sebuah universiti luar negara itu membakar diri di bahagian balkoni biliknya menggunakan minyak petrol itu sebelum ditemui ibunya dalam keadaan rentung lebih 80 peratus. "Sebelum kejadian, mangsa berjumpa rakan dan berlaku pergaduhan. Mangsa disyaki mempunyai hubungan dengan seorang penari kelab malam. Wanita terbabit disyaki mengandung anak hasil hubungan mereka. "Wanita terbabit menyuruh mangsa bertanggungjawab, namun mangsa enggan. Wanita itu memberitahu seorang rakan mereka yang dipercayai mengugut mangsa supaya bertanggungjawab," katanya. Menurut sumber, hubungan terbabit menyebabkan mangsa mengalami tekanan lalu bertindak nekad membunuh diri dengan membakar dirinya. Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 4 pagi ketika bangun daripada tidur dan melihat asap dari balkoni bilik anak lelakinya. Sumber berkata, ibu mangsa masuk ke dalam bilik mangsa dan terkejut melihat anak lelakinya rentung. Berikutan itu, bapa mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum menghubungi polis untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - 24/11/13 | ||
Utusan Malaysia: Kemenangan Mat Sabu Kemenangan PKR dan DAP Posted: 23 Nov 2013 06:41 PM PST [TMI] Kejayaan Mohamad Sabu (gambar) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu terhadap parti Islam itu. Kolumnis Awang Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu. "Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR. "Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau," tulis Awang Selamat yang merupakan nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel bertajuk, "Tanda aras PAS" tanpa menamakan pemimpin DAP itu. Menurut Awang Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu. "Selagi Mat Sabu membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar," tulisnya lagi. "Semoga ahli-ahli PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu." Menurut Awang Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan. "Suatu hari kelak beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu kerana itulah tanda aras dalam PAS," tulis Awang Selamat membuat spekulasi Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu hari nanti. "Dengan Presiden PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan." Menjelang Muktamar PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus "berkempen" bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka tandingi pada pemilihan kali ini. Akan tetapi ini mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka sandang. Dalam keputusan pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 490 undi. Ini menjadikan Mohamad menang dengan majoriti 98 undi. – 24 November, 2013. P/s: Walaupun nampak reda dengan kemenangan Mat Sabu di muka depan, di dalam lain ceritanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan