Khamis, 21 November 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Keputusan] Pemegang Jawatan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Dewan Muslimat PAS Sesi 2013-2015...

Posted: 21 Nov 2013 06:54 AM PST


Suhaizan Dipilih Ketua Pemuda PAS

[HD] PETALING JAYA: Suhaizan Kaiat (gambar) yang mendapat 320 undi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2013-2015, sementara Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai timbalannya diumumkan sebentar tadi.

Suhaizan Kaia

Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif yang masing-masing mendapat 304 dan 7 undi.

Khalil mendapat 355 undi sementara Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula 282 undi.


Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendapat 411 undi dipilih sebagai Naib Ketua manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.

Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih sebagaimana di bawah:

1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan DPPM, Zulqarnain Lukman.- 21/11/13


Penyandang kekal jawatan tertinggi Dewan Muslimat

Siti Zailah Mohd Yusoff

[SH] SHAH ALAM - Penyandang Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berjaya mengekalkan kedudukannya menewaskan lawan tunggalnya Nuridah Salleh dalam pemilihan sayap Pas itu, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Asmuni Awi berkata, Siti Zailah mendapat undi sebanyak 468 undi, manakala Nuridah sebanyak 108 undi.

"Justeru dengan ini saya mengumumkan Zailah layak menjawat jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas bagi penggal ini," katanya ketika membuat pengumuman keputusan itu semalam.

Semalam seramai 665 perwakilan telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi dewan berkenaan bagi penggal 2013-2015.

Beliau berkata, bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan juga dimenangi penyandang sebelum ini, Dr Siti Mariah Mahmud dengan undian 429 mengalahkan pesaing tunggal Dr Najihatusalehah Amat yang mendapat undi 229.

"Sementara penyandang Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Mumtaz Mat Nawi mendapat undi (457) mengalahkan Dr Rosni Adam (201).

"Saya turut mengumumkan 12 Ahli Jawatankuasa Tetap yang mendapat undi tertinggi," katanya.

Tambahnya, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan Norhashimah Deraman kekal jawatan itu dengan 387 undi berbanding dua lagi calon Nor Azlin Md Samsudin 208 undi dan Saadiah Abu Bakar 5

"Justeru secara automatik Nor Azlin layak menduduki kerusi Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat Pas yang tiada pencalonan sebelum ini setelah memperoleh undi kedua tertinggi dalam pemilihan pengerusi tetap," katanya. - 21/11/13






[PANAS] Bekas Pesakit Dakwa Temukan Penawar HIV/AIDS

Posted: 21 Nov 2013 06:30 AM PST

Tuan Mohamad (kanan) menunjukkan herba yang digunakannya bagi menghasilkan penawar AIDS/HIV.

[SH] MACHANG - Setelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit berbahaya itu tahun lalu.

Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.

"Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.

"Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.

Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.

Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.

Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.

"Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.

"Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal," katanya.

Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.

"Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya. Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.

"Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis," jelasnya.

Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.

Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.

"Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu," katanya.- 21/11/13


Petanda Mat Sabu TEWAS Jawatan Timbalan Presiden....???

Posted: 21 Nov 2013 05:14 AM PST

Mat Sabu Tidak Dapat Hadir Muktamar PAS Esok, Mahkamah Teruskan Kes Saman SPR

[TMI] Mohammad Sabu kecewa kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuannya untuk menangguhkan perbicaraan berhubung kes saman fitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri Muktamar PAS ke-59 yang akan dirasmikan di Shah Alam esok.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, seharusnya mahkamah bertimbang rasa kerana kedudukan beliau sebagai orang nombor dua parti Islam itu dan muktamar yang hanya diadakan setahun sekali.

"Saya tidak berani kata ada unsur sabotaj atau tidak kerana ia melibatkan keputusan mahkamah.

"Namun saya kecewa kerana mahkamah langsung tidak mempertimbangkan rayuan tersebut," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Bagaimanapun, Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan tetap menghadiri muktamar itu sebaik sahaja perbicaraan tersebut selesai.

Menurut Mohamad, keputusan mahkamah itu menyebabkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS tidak dapat hadir ke muktamar.

Pada 5 Mac lepas, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memfailkan saman fitnah terhadap artikel di akhbar milik PAS Harakah.

Wan Ahamd menamakan lima defendan dalam samannya termasuk Mohamad.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilapor dan diterbitkan akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemuramah oleh penulis artikel itu pada 29 Januari lepas.

Wan Ahmad berkata reputasinya terjejas selain menuduh kesemua defendan dengan sengaja menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya sebagai Timbalan Presiden SPR.

Mohamad akan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS dan akan dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muktamar PAS ke-59 itu akan bermula secara rasminya esok. – 21 November, 2013.


P/s: Saspens!

TM berharap Brader Mat Sabu akan menang jawatan Timbalan Presiden seterusnya memperkukuh hubungan PAS dengan PR dan mendekatkan lagi masyarakat pelbagai kaum kepada PAS, di samping terus melawan UMNO selagi parti sekular itu tidak menerima Islam sebenar-benarnya.




Fitnah terbaru geng sokong ulama


Baca di sini.




[PANAS] Dewan Ulama Pas Pusat Mahu Ulama Isi Jawatan Presiden, Timbalan, Naib

Posted: 21 Nov 2013 04:59 AM PST


[MK] Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menerima usul tanpa bahas yang mendesak PAS Pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada ulama.

Desakan yang dibuat oleh Urusan Ulama PAS Kuala Nerus, Terengganu itu supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu.

Berdasarkan usul yang diedarkan kepada perwakilan, usul kawasan itu telah dibawa dan diluluskan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu.

Menyedari kepimpinanan ulama menjadi tonggak kepada PAS yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS pada 1982, maka menjadi tanggungjawab kepada parti untuk mempastikan kelangsungan kepimpinan ulama supaya difahami dan dihayati oleh seluruh ahli-ahli PAS.

"Supaya tidak timbul kecelaruan dalam pemikiran kita berhubung dengan kepimpinan di peringkat tinggi iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden, maka Dewan Ulama PAS Terengganu yang bersidang mendesak PAS Pusat memasukkan satu fasal yang memperuntukkan presiden, timbalan presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang naib presiden terdiri dari ulama," usul itu dipetik.

Sementara itu, DUPP juga menerima usul tanpa bahas iaitu menerima dan melaksanakan semua laoan resolusi Multaqa Ulama Semalaysia pada 14 September lalu "untuk tujuan pengukuhan" Dewan Ulama PAS pusat, PAS dan Pakatan Rakyat.

Usul tersebut dikemukakan oleh Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan.

'Karpal tak sempat belajar lagi'

Dalam sidang media kemudiannya, Harun berkata pihaknya menyerahkan kepada keputusan muktamar penuh berhubung cadangan memilih jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurangnya naib presiden di kalangan ulama.

"Terserah kepada muktamar (untuk meluluskan). Itu cadangan. Kalau diterima tanpa bahas lagi bagus," katanya.

Bagaimanapun, katanya, gabung jalin antara ulama dan profesional dalam parti perlu dikekalkan kerana ia merupakan rahsia kekuatan parti Islam itu selama ini.

"Kita bukan nak kepada jawatan, tetapi prinsip dan dasarnya nak kepada ulama... Golongan profesional pun kita perlu kerana ia rahsia kekuatan dan pengukuhan parti dari parti semasa ke semasa," katanya.

Diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa mencadangkan pertubuhan berteraskan agama dan bangsa termasuk PAS dibatalkan, Harun berkata beliau "tidak berdukacita" dengan kenyataan itu kerana Karpal "masih tidak memahami Islam".

"Kita bertahaluf (bekerjasama) dengan DAP dan PKR ini untuk mendakwah mereka supaya mereka memahami Islam.

"Tahaluf ini baru lagi, Karpal tak sempat belajar lagi nak Islam.

"Jadi kita maaflah... Lawan orang jahil, rosak kita," katanya sampai membaca sepotong pepatah dalam bahasa Arab.- 21/11/13

Usul berkaitan di sini.

P/s: Steady Bang Mat Sabu, steady golongan dicap profesional.

Pesanan untuk Perwakilan PAS: Jika mahu memilih pemimpin yang tidak mesra PR, tidak popular dalam kalangan masyarakat majmuk, tidak agresif di peringkat nasional, mudah dipengaruhi isu bangsa, mudah terpengaruh dengan permainan politik musuh, hanya kerana dilabel ulama, maka tunggulah PRU14 nanti untuk melihat kesannya.

Rasanya orang ramai yang di luar PAS tidak kisah apa-apapun title pemimpin yang dipilih sama ada ulama atau profesional asalkan pemimpin itu islamik, berkemampuan, dan diterima umum. Jika benar jawatan itu mahu diisi oleh golongan yang dilabel ulama, maka orang itu wajib memiliki ciri dan karisma TGNA. Tiada sesiapa pun akan membantah jika orang yang mahu diangkat itu mempunyai ciri seperti TGNA. Soalnya, pada waktu dan ketika ini adakah mana-mana pemimpin yang dilabel ulama itu memiliki aura seperti TGNA?

Jika mahu golongan ulama memegang semua jawatan tertinggi PAS, maka eloklah DUPP melahirkan lebih banyak pemimpin ulama yang dihormati dan disegani seperti TGNA. Sosok tubuh ikon PAS itu bukan sahaja dihormati orang Islam, malah dikagumi masyarakat berbilang bangsa di negara ini.





Harun Taib: "..Enakmen Jenayah Syariah II tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan boleh dilaksanakan di Kelantan"

Posted: 20 Nov 2013 10:42 PM PST


Syariah: PAS Telah Tunai Kewajipan, Tahniah Brunei

[HD] SHAH ALAM: PAS telah menjalankan kewajipannya yang diarahkan oleh Allah apabila telah menjadikan undang-undang jenayah Islam sebagai sebahagian daripada undang-undang negeri di Kelantan pada tahun 1993 menerusi Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Terengganu pada tahun 2003 menerusi Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003. 

Demikian ditegaskan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ustaz Harun Taib dalam ucaptama pada muktamar tahunan dewan itu kali ke-52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.

Teks beliau dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar yang bertemakan 'Ulama Haraki Menangani Fasad Mengisi Kemenangan'.

Tambahnya, tinggal lagi kewajipan kerajaan pusat untuk memberikan laluan mudah bagi kedua-dua kerajaan ini melaksanakannya. 

"Sejak 1992 lagi saya menegaskan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan boleh dilaksanakan di Kelantan," ujarnya.

Justeru, DUPP menggesa negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat juga berusaha mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu.

Sehubungan itu, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada kerajaan Brunei Darussalam yang telah mewartakan undang-undang jenayah Islam sebagai undang-undang negara baru-baru ini. 

"Kita berdoa agar Allah berikan kekuatan kepada mereka dalam berhadapan dengan tekanan masyarakat antarabangsa yang sudah tentu tidak menyenangi undang-undang jenayah Islam," ujarnya.

Beliau berkata, sangat memalukan apabila Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dalam keadaan majoriti rakyatnya adalah muslim sehingga kini masih berdolak-dalih dan tidak berusaha melaksanakan kewajipan yang diarahkan oleh Allah ini.

Maka, kata beliau menjadi kewajipan Ulamak Haraki untuk kehadapan membicarakan kewajipan masyarakat Islam menerima dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam yang terbukti berjaya menjaga kehormatan nyawa dan harta benda manusia. 

Katanya, seminar dan kolokium menjelaskan kebaikan dan keadilan Islam menerusi Hudud dan Qisas perlu dipergiatkan hingga akhirnya bukan sahaja masyarakat Islam sedar kewajipan mereka malah bukan Islam juga menyedari bahawa mereka juga perlu menerima kebaikan undang-undang Islam ini.

Beliau menambah, amat malang kerajaan dilihat masih belum bersedia untuk kembali kepada undang-undang jenayah Islam merangkumi Hudud dan Qisas termasuk juga diyat dalam menghadapi situasi jenayah berat yang mengancam keselamatan nyawa dan harta benda. - 21/11/13


P/s: Pertama, rata-rata pakar undang-undang dan penganalisis politik berpendapat enakmen ini tidak boleh dilaksanakan kerana halangan Perlembagaan. Tiba-tiba Harun Taib mendakwa enakmen ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan boleh dilaksanakan.

Selidik dahulu sebelum berkata kerana kenyataan ini boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin ulama PAS. Jika enakmen itu tiada masalah dengan Perlembagaan, maka sudah tentu TGNA sudah melaksanakannya di Kelantan dan tidak timbul soal ugutan kerajaan pusat.

Kedua, jika boleh dilaksanakan mengapa Harun Taib tidak melaksanakan enakmen itu di Terengganu sebelum ini?




Tiada ulasan: