Khamis, 21 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Plagiat : Teresa gesa tindakan ke atas Ridhuan Tee

Posted: 21 Nov 2013 02:54 AM PST

Oleh : AFIX REDZUAN


KUALA LUMPUR  – Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digesa mengambil tindakan plagiat terhadap pensyarah, Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Senator Dr Ariffin Omar dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
TERESA KOK
Teresa berkata, beliau kesal dengan tindakan kementerian dan UPNM kerana tidak mengambil berat berkenaan aduan yang dibuat Ketua Pemuda MIC, Vel Paari, pada 8 Mac lalu dan dalam ucapan beliau ketika sesi Dewan Rakyat, pada 7 November lalu.

"Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi serta universiti perlu mementingkan kualiti, prestasi akademik juga tindak tanduk pensyarah di universiti tempatan.

"Selain itu, pihak bertanggungjawab perlu mengambil berat segala aduan terhadap anggota akademik tidak berkualiti dan berperangai tidak betul di institusi pengajian tinggi tempatan khususnya universiti awam," katanya.

Teresa mendedahkan bukti plagiat Ridhuan Tee dalam kertas projek bahasa Inggeris untuk memenuhi 'Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK4), Kumpulan Pensyarah Gred DS 51 Siri 1/2010, pada 24 Mei hingga 4 Jun 2010′

Ridhuan Tee

Ridhuan Tee didapati menyalin artikel asal Dr Airil Yasreen Mohd Yassin dalam laman sesawangnya 'Airil Semetok' termasuk kesalahan tatabahasa dalam artikel berkenaan dan difahamkan tulisan itu menyumbang kepada kenaikan pangkat beliau daripada pensyarah kanan kepada Profesor Madya di UPNM.

Sementara itu, Senator Dr Ariffin yang juga bekas pensyarah UPNM menyatakan beliau pernah mengajukan soalan berkenaan plagiat di Dewan Negara.

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dalam jawapannya memaklumkan, mereka memandang serius perkara berkenaan selain terdapat peruntukan pelucutan ijazah atas salah laku plagiat dan penipuan akademik di bawah Seksyen 73, Perlembagaan Universiti.

Selain itu, peruntukan hukuman kepada sesiapa melakukan kesalahan yang boleh mencemarkan nama universiti termasuk plagiat dan penipuan penyelidikan di bawah Kaedah Tatatertib Pelajar dan Akta Badan Badan Berkanun (Tatatertib dan Surchaj) 2000.-NFN-

Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat puji Belanjawan Selangor

Posted: 21 Nov 2013 02:52 AM PST

 SELANGOR KINI

SHAH ALAM : Belanjawan Selangor 2014 disifatkan sebagai prihatin apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan peruntukan RM5.5 juta untuk pemuliharaan alam sekitar dan sumber alam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan RM45 juta secara keseluruhan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor yang turut menjalankan program yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

"Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang mengutamakan alam sekitar dalam belanjawan yang dibentangkan khususnya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor," katanya yang dipetik daripada Harakah Daily, semalam.
Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Zulkifli berkata, perkara itu berbeza dengan Bajet 2014 kerajaan pusat yang tidak mesra alam sekitar.

"Hak rakyat untuk dapat air yang bersih tidak ada dan ia amat mengecewakan kerana bajet itu tidak mesra alam sekitar dan tidak memikirkan generasi akan datang.

"Kita banyak sumber air tetapi masih ada masalah dalam bekalan air sebab penyelenggaraan yang tidak cekap," katanya.

Beliau berkata, bencana banjir kilat di Lembah Bertam Cameron Highlands akhir bulan lalu bukti kerajaan tidak menitik beratkan keselamatan alam sekitar.

"Kes empangan di Cameron Highlands belum ada penyelesaian. Sungai tidak di perdalamkan dan pembuangan sisa, penerokaan bukit, pokok ditebang sesuka hati menyebabkan perkara ini memerlukan pemerhatian kerajaan," katanya.

Abdul Khalid turut mengumumkan jumlah itu termasuk RM21.2 juta bagi pengurusan banjir, RM4.45 juta (pengurusan lembangan), RM2.49 juta (pengurusan saliran mesra alam), RM2.15 juta (pengurusan pantai) dan RM1.4 juta (pengurusan sumber air dan hidrologi).-NFN-

SPRM kena ambil tindakan kepada Muhyiddin, kata Jingga 13

Posted: 21 Nov 2013 02:42 AM PST

 
Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009. 




PETALING JAYA: Jingga 13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salahlaku guna kuasa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam meluluskan kebenaran menggunakan jet peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar.

Menurut Ketua Koordinatornya, Faris Musa, timbul rasa kurang senang rakyat apabila Rosmah telah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang telah diluluskan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan  tersebut yang ternyata adalah bersifat peribadi

"Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 kerana telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Katanya lagi, penjelasan Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Azalina Othman bahawa Rosmah telah menggunakan jet peribadi bagi menghadiri ke Persidangan Wanita di Qatar bukan di atas kapasiti mewakili kerajaan tetapi merupakan jemputan peribadi.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin seharus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Rosmah dijemput menghadiri persidangan tersebut di atas kapisiti peribadi dan bukannya di atas jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia.

"Sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi," katanya.

Tambahnya lagi, SPRM perlu bertindak secara profesional dan adil.

"Tindakan Muhyiddin sewajarnya diambil satu tindakan yang tegas kerana beliau adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan ianya boleh menjadi satu contoh yang tidak baik kepada kakitangan kerajaan," ujarnya lagi.

Kerajaan batal jangka hayat kenderaan 12 tahun

Posted: 21 Nov 2013 12:34 AM PST

OLEH EILEEN NG






















Putrajaya membatalkan hasrat untuk menetapkan had 12 tahun untuk kenderaan selepas menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang dan pemilik kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan cadangan itu.

"Saya mahu tegaskan, kami tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan jangka hayat kenderaan untuk dilupuskan kerana kita tidak mahu menyusahkan orang ramai," katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru).

Cadangan itu dibantah keras oleh Sim dan rakan satu partinya Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mendakwa, ini adalah percubaan Putrajaya untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April 2015.

Rafizi berkata, sebelum ini cadangan tersebut timbul pada ketika cukai eksais masih lagi tinggi sementara Darrell Leiking (PKR-Penampang) mendakwa masalah keselamatan harus diambil kira sebelum memperkenalkan polisi seperti itu.

Pemilik kenderaan yang kebanyakannya mengambil pinjaman sewa beli selama sembilan tahun untuk membeli kenderaan kerana cukai eksais terlalu tinggi turut membantah cadangan itu.

Cadangan itu timbul selepas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Datuk Dr Wong Shaw Voon, berkata kereta melebihi tempoh 12 tahun tidak selamat berada di atas jalan raya.

Putrajaya mendedahkan lebih 22 juta kenderaan kini berada di atas jalan raya dengan lima juta daripadanya melebihi 10 tahun.

Abdul Aziz berkata, langkah sudah diambil untuk menurunkan harga cukai jalan bagi kenderaan yang mempunyai kapasiti enjin rendah.

Katanya, pengguna kenderaan di bawah 1,000cc hanya membayar RM20 bagi cukai jalan sementara mereka yang menggunakan kenderaan di antara 1,400cc dan 1,600cc hanya perlu membayar RM90.
"Sebarang penurunan lagi hanya akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan," katanya.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen kemudian, Abdul Aziz mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan polisi itu buat masa ini.
"Ini tidak benar. Itu hanyalah spekulasi pembangkang," katanya.

Ketika ditanya apakah kerajaan akan memperkenalkannya pada masa akan datang Abdul Aziz berkata: "Terpulang kepada rakyat." –

Umum tarikh kahwin?

Posted: 21 Nov 2013 12:27 AM PST


Umum tarikh kahwin?


TEKA-teki mengenai majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal terjawab dan pasangan ini sudah bersedia untuk mendedahkan tarikh perkahwinan mereka pada umum.

Akui Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, pengumuman tarikh perkahwinan itu akan dilakukan dalam satu sidang media pada 25 November ini di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam.

"Sidang media itu dibuat bagi mengumumkan hari bahagia saya yang selama ini dinanti-nantikan.

"Malah, ia juga dibuat bagi menjelaskan mengenai semua perkara yang melibatkan hari bahagia saya termasuklah berkaitan penajaan.

"Pada hari itu nanti, tanyalah semuanya, kami akan menjawabnya," katanya ketika dihubungi Zass.

Mengimbas kembali detik hubungan cinta mereka, kedua-duanya lebih gemar bermain tarik tali pada awalnya, namun mereka dilihat semakin intim menjelang awal tahun ini.

Malah, satu majlis merisik telah diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu yang mana Che Ta telah menerima sebentuk cincin berlian dan sirih junjung dari Zain.

Kini, pasangan popular itu sibuk melakukan persiapan perkahwinan dan sehingga kini sudah berhabis lebih RM200,000 termasuklah mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan di Bali, Indonesia dan London, United Kingdom.

Perkahwinan ini adalah kali kedua buat Che Ta. Sebelum ini, pelakon Kiah Pekasam itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang MAS.

Hasil perkahwinan itu, pelakon kelahiran Kedah ini telah dikurniakan dua orang putera, Ammar Effendi dan Aniq Ezzra.

Isu intipan Amerika: Belum ada PM selembik Najib – Anwar

Posted: 21 Nov 2013 12:20 AM PST

Oleh Norasikin Samsi


KUALA LUMPUR: Najib Razak merupakan Perdana Menteri (PM) paling 'lembik' di dunia kerana gagal bertegas dalam isu intipan Amerika dan Australia ke atas negara, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sebagai pemimpin negara, Najib perlu segera menunjukkan pendirian dan ketegasan berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan membisu tanpa sebarang tindakan.

anwar-parlimen

Katanya, kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan kepimpinan negara tidak konsisten dalam isu tersebut.

"Semalam (Kerajaan) Indonesia tarik semua Duta Besar Indonesia dari Australia kerana pengintipan terhadap Presiden Indonesia.

"Maka Presiden wanita mempunyai keberanian lebih tegas daripada Perdana Menteri Malaysia. Sampai sekarang berminggu-minggu (Kerajaan Malaysia) keluar kenyataan 'lembik'," kata Anwar merujuk Presiden Jerman, Angela Merkel yang berani bertegas dalam soal berkenaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh turut membidas Najib yang sehingga sekarang takut untuk menjawab pendedahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara.

"(Sebelum ini) Tun Dr Mahathir memanggil perjumpaan bangkitkan soal dua CIA operaters. Cuma jawapan PM – tidak ada bukti, tidak ada apa-apa. (Kena) Siasat, kalau tak benar beritahu Dr Mahathir itu tidak benar. Tidak boleh ketepikan (isu ini). Peguam Negara memang kontroversi kedudukannya.

Yang takut sangat kenapa? Ini bukan perkara kecil," katanya pada perbahasan Dewan Rakyat hari ini .
Justeru, kata beliau, kerajaan perlu serius dan konsisten menegaskan pendirian Malaysia dalam isu ini.

"Tak boleh samakan jika saya berucap di Washington ataupun PM berucap atau bekas PM dulu yang berucap dan menegur beberapa dasar Malaysia ataupun pemimpin Amerika yang berucap dan memberi pandangan dan teguran. Ini berbeza dengan pengintipan. Apa kosistennya (Kerajaan Malaysia)?.

"Kita perlu konsisten soal pengintipan terhadap pimpinan dan Kerajaan Malaysia yang belum dibuat kenyataan tegas melainkan Menteri Luar nasihat 'lain kali jangan buat macam itu'. Boleh ke orang (asing) sabotaj negara kita dan kita (hanya) jawab ringan. Setakat saya tak tahu, belum ada negara selembik ini dalam sikap terhadap (intipan) Amerika dan Australia," kata Anwar.

Intipan: Halang kapal perang Amerika masuk Malaysia – Tian Chua

Posted: 21 Nov 2013 12:17 AM PST

Oleh Norasikin Samsi


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak Kerajaan Persekutuan menghalang kemasukan kapal perang Amerika Syarikat (AS) ekoran intipan negara itu terhadap Malaysia.

Katanya, kerajaan juga perlu menghentikan segala kerjasama termasuk menggantung rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA) dan dengan ketenteraan AS kerana bimbang ancaman kepada keselamatan rakyat dan negara.

"Kita desak kerajaan menyatakan ketegasan bahawa kedaulatan kita tidak boleh diancam sebegitu.
"Menghentikan segala kerjasama ketenteraan atau menghalang lawatan kapal perang ke pelabuhan-pelabuhan Malaysia sehingga Amerika setuju untuk tidak lagi mengintip dan mencerobohi kedaulatan negara," katanya membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat, semalam.
PESAWAT
 Terbaru, kapal induk AS, USS George Washington dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor ketika Malaysia dintip negara itu, seperti didedah akhbar Suara Keadilan 12 November lalu.

Sebelum itu, pada 31 Oktober lalu, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden bahawa risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Ekoran itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat segera mencela perbuatan itu, manakala pentadbiran Perdana Menteri hanya menghantar nota bantahan ke kedutaan AS dan Australia setelah didesak Pakatan berkali-kali.

"Kenapa Kementerian Luar Negeri sangat berlembut dalam hal ini. Bagaimana kerajaan boleh kata intipan tersebut tidak menjejaskan hubungan dua hala kalau kedaulatan dan keselamatan kita dicerobohi," kata Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN.

"Saya harap isu ini dapat dijelaskan selain penegasan dari Kementerian," kata beliau lagi sambil menggesa Kerajaan Malaysia mencontohi Jerman yang menentang keras setelah mengetahui Presiden negara itu, Angela Merkel diintip.

Untuk rekod, pada 8 Mac 2011, kapal 'The USS Blue Ridge', Armada Ketujuh dalam Tentera Laut AS, pernah singgah di Port  Klang Cruise Center (PCKK), kononnya bagi meningkatkan hubungan ketenteraan dengan Malaysia.

Sebelum ini, kapal USS George Washington pernah berlabuh di Pelabuhan Klang pada 7 Oktober tahun lalu.

Liwat II: Shafie kekal ketuai pendakwaan

Posted: 21 Nov 2013 12:15 AM PST


Liwat II: Shafie kekal ketuai pendakwaan


SHAH ALAM – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melucutkan kelayakan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjangkakan keputusan itu.

Melalui laman mikro Twitternya, Anwar berkata, "Mahkamah Persekutuan: Seperti dijangka mengekalkan perlantikn ShafieAbdullah (yang selama ini dikenali sebagai Peguam Umno) pendakwa (dalam rayuan terhadap saya).

Ogos lalu, pasukan peguam yang mewakili Anwar memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.

Hanya 5 didakwa jenayah rasuah, SPRM takut siasat ahli politik

Posted: 21 Nov 2013 12:10 AM PST

Oleh Norasikin Samsi


KUALA LUMPUR: Kemampuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa hanya lima ahli politik yang terlibat jenayah rasuah dalam tempoh empat tahun bukti agensi itu takut untuk menyiasat kegiatan rasuah di kalangan ahli politik, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. 

Statistik itu diperolehi Rafizi dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan semalam bahawa sembilan orang ahli politik ditangkap dan lima orang telah didakwa di mahkamah.

Kata Rafizi, keengganan SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan jumlah siasatan yang dibuka terhadap ahli politik dan jumlah kertas siasatan yang dihantar kepada Peguam Negara menunjukkan SPRM tidak serius memerangi rasuah di kalangan ahli politik.

"Soalan yang saya ajukan cuba mengesahkan bahawa SPRM ada melakukan siasatan terhadap ahli-ahli politik tetapi kertas pendakwaan ditolak oleh Peguam Negara.

"Oleh itu, statistik berapa siasatan yang ditolak oleh Peguam Negara adalah penting untuk mengesahkan dakwaan SPRM selama ini bahawa Peguam Negaralah yang bertanggungjawab melindungi SPRM," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ekoran itu, beliau  merumuskan bahawa SPRM turut sama melindungi ahli politik yang rasuah seperti mana Peguam Negara.

"Lebih merunsingkan adalah bilangan ahli politik yang disiasat dan didakwa kerana dalam tempoh hampir empat tahun, hanya lima orang didakwa iaitu bersamaan seorang ahli politik setahun. Sedangkan masyarakat berpendapat ahli politik adalah golongan yang paling kuat mengambil rasuah di samping pegawai penguatkuasa undang-undang," kata Rafizi lagi.

Beliau juga yakin lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang yang didakwa di mahkamah dalam tempoh yang sama berbanding ahli politik.

Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya

Posted: 21 Nov 2013 12:06 AM PST

Oleh Norasikin Samsi


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada Perdana Menteri Bangladesh menyatakan kononnya Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 rakyat negara itu mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Bajet lalu mengelirukan Dewan Rakyat dengan berkata, Pakatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.

Anwar

"Najib sebenarnya mengelirukan Dewan. Kita dah jelaskan dan kita buat semakan sama ada wujud atau tidak kenyataan begini.

"Dalam semakan kita tidak ada. Kita hanya temui tiga fakta berhubung isu penipuan pengundi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menjelaskan, semakan Pakatan Rakyat mendapati pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.

Kedua katanya, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa terdapat 62,000 pengundi yang diragui didaftar sebagai pemilih.

Seterusnya Anwar merujuk kenyataan beliau selepas pengundian awal dengan bukti nama, kad pengenalan dan status kewarganegaraan.

"Warganegara tersebut termasuk India, Bangladesh, Filipina, Indonesia. Soalan saya bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh dibawa masuk sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis.

"Tetapi sekarang ini, dia (Najib) lemparkan (tuduhan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan tidak ada pengundi Bangladesh mengundi di negara ini.

"Mana PM Bangladesh tahu. Ini urusan dalam Malaysia dan patut dipantau oleh SPR. SPR memang terbukti berat sebelah, tidak wibawa, tidak dipercayai lagi," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perkara ini diberitahu Najib kepada Sheikh Hasina, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh itu di negara tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jumlah 40,000 warga Bangladesh seperti didakwa Najib itu sebenarnya merupakan ciptaan blogger Umno.

"Siapa yang kata 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger Umno. Kenyatan kita memang ada pengundi luar dan kita buktikan dengan nama dan warganegara dalam senarai pemilih dengan merujuk kenyataan SPR. Perkara ini sekarang disahkan dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) tentang nama-nama yang dikemukakan untuk pertimbangan SPR," katanya.

Tegas Anwar, perkara itu perlu diserahkan kepada pasukan bebas atau dibawa kepada RCI, bukan dicanang seperti dilakukan Najib.

Undian Pemuda PAS Bermula, Jawatan Timbalan Jadi Tumpuan

Posted: 20 Nov 2013 11:59 PM PST




Calon bagi jawatan Ketua Pemuda PAS dari kiri Zulhasmi Sariff, Suhaizan Kaiyat dan Kamarulzaman Muhammadd di Mutkamar Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya pada Khamis. -Foto: ROHAIZAT 
MD DARUS/THE STAR
 
 
PETALING JAYA: Proses pemilihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat bermula kira-kira pukul 11.15 pagi membabitkan seramai 673 perwakilan. Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-54 kali ini menyaksikan kesemua jawatan tertinggi sayap PAS itu dipertandingkan apabila penyandang pada sesi lalu tidak mempertahankan kedudukan masing-masing.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dan timbalannya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengumumkan melepaskan jawatan masing-masing dan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Manakala penyandang Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob turut tidak akan mempertahankan jawatannya apabila berhasrat bertanding jawatan timbalan ketua.

Bagi jawatan ketua pemuda, pemilihan kali ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Kamarulzaman Muhammad; Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan peguam PAS, Zulhazmi Sharif.

 
Muhammad Khalil Abdul Hadi 
 
Sementara itu bagi jawatan timbalan dan naib ketua, masing-masing menyaksikan saingan satu lawan satu.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda menyaksikan Ketua Pemuda PAS Marang, Muhammad Khalil Abdul Hadi mencabar Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua Pemuda menyaksikan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin, menentang peguam PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Berdasarkan ketiga-tiga jawatan tertinggi yang dipertandingkan itu, jawatan timbalan ketua dilihat lebih mencuri tumpan apabila membabitkan wakil tunggal kumpulan ulama menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini.

Pada pemilihan ini, enam daripada tujuh yang dicalonkan bertanding bagi mengisi jawatan ketua, timbalan ketua dan naib ketua mempunyai latar belakang dalam bidang profesional.

Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob

Wakil tunggal kumpulan ulama yang mencuba nasib bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS ialah Muhammad Khalil yang juga merupakan anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jawatankuasa Pemilihan PAS menjangkakan keputusan bagi Dewan Pemuda PAS akan hanya diumumkan lewat malam khamis.

BERIKUT SENARAI CALON DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat 1. Kamarulzaman Muhammad (Ketua Pemuda PAS Putrajaya)
2. Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Johor)
3. Zulhazmi Sharif (Peguam Pas)

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat 1. Muhammad Khalil Abdul Hadi
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat 1. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi
2. Mohd Khairul Nizam Khairuddin

Mayat Pelancong Warga Taiwan Yang Ditembak Mati Kumpulan Bersenjata Dibakar Hari Ini

Posted: 20 Nov 2013 11:56 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
TAWAU: Mayat pelancong warga Taiwan Hsu Li Min yang ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom-Pom, Semporna Jumaat lepas dibakar hari ini.

Upacara pembakaran mayat dilakukan di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di sini kira-kira 12 tengah hari.

Sebelum upacara itu, mayat Li Min, 57, dibawa ke Tokong Cher Sia Kok Moral Uplitting Society di sini untuk upacara keagamaan.

Abang mangsa, Hsu Li Ren berkata pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi bantuan kepada keluarganya.

"Dalam masa tiga hari di sini kami telah menerima banyak bantuan terutamanya dari kerajaan Malaysia. Kami juga berterima kasih kerana dibenarkan melakukan upacara pembakaran mayat adik saya di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada upacara keagamaan itu.

Pada 15 November lepas, Li Min dijumpai mati di dalam sebuah bilik di pulau peranginan itu dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. -BERNAMA

Dewan Ulama: Pas parti paling relevan

Posted: 20 Nov 2013 11:53 PM PST


Datuk Ahmad Yakob  
 
Datuk Ahmad Yakob


SHAH ALAM - Di sebalik gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk membatalkan pendaftaran Pas, Dewan Ulama Pas pula menyeru pemimpin PR supaya menerima Islam sebagai dasar pemerintah.

Timbalan Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas adalah parti yang paling sesuai dengan keadaan semasa.

Menurutnya, Pas juga sesuai dalam keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama kerana ia berteraskan Islam yang melangkaui batas perkauman.

"Pemimpin PR yang mencadangkan pendaftaran Pas dibatalkan kerana ia berasaskan agama... bahawasanya Pas adalah parti yang paling sesuai dengan keadaan semasa dalam keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama kerana Islam diturunkan ALLAH kepada manusia yang berbilang bangsa.

"Kerana itu saya menyeru pemimpin pakatan PR supaya menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negara," katanya pada persidangan Dewan Ulama Pas kali ke-52 hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Tahaaluf Siyaasi merupakan jalan terbaik dalam memperkenalkan Islam kepada bukan Islam.

"Islam adalah penyelesaian terbaik dalam permasalahan manusia," ujarnya.

Kakitangan Awam di Malaysia Terlalu Tinggi. 92% Mahu Bilangan Penjawat Awam Dikurangkan! Apa Kata Anda?

Posted: 20 Nov 2013 11:51 PM PST




Penjawat Awam Malaysia



Malaysia terus menduduki ranking tertinggi melibatkan jumlah kakitangan awam di Rantau pasifik meninggalkan jauh negara jiran-jiran yang lain termusuklah Singapore, Filipina, Thailand. Nisbah…

 

Nisbah Kakitangan Awam VS Penduduk Negara :

  • Kakitangan awam Malaysia : 4.68%
  • Kakitangan awam Indonesia : 1.79%
  • Kakitangan awam Filipina : 1.8%
  • Kakitangan awam Singapura : 1.4%
Satu Kajian yang telah dilakukan oleh Vistage Malaysia Sdn. Bhd – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) melalui Indeks Keyakinan CEO menunjukkan :

Penjawat Awam Curi Tulang
  • Daripada 332 Ketua Pegawai Eksekutif, sejumlah 304 CEO bersamaan 92% merasakan jumlah kakitangan awam di Malaysia adalah terlalu tinggi.
  • Manakala hanya 28 CEO mengatakan jumlah kakitangan awam adalah munasabah
  • 70.8% @ 801,871 orang kakitangan awam di Malaysia bukan siswazah

 

Menjadikan Kakitangan Awam di Malaysia Lebih Efisen?

Kami tiada masalah dengan jumlah kakitangan awam di Malaysia setakat ini, tetapi yang Berita Semasa amat tekankan adalah isu non graduate ini mencapai 70% dalam sektor awam?

Penjawat Awam Ponteng 

Berita Semasa berharap selepas ini kerajaan perlu mengurangkan pengambilan non graduate selepas ini, ditambah dengan lambakan graduan di Malaysia yang tidak mempunyai kerja ketika ini mencecah puluhan ribu setiap tahun.

Sebenarnya, untuk menjadi negara maju, harga tinggi yang perlu rakyat Malaysia bayar untuk kos operasi sektor awam mestilah dibalas dengan perkhidmatan sektor awam yang terbaik sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada pakar-pakar perunding luar yang bernilai berpuluh juta ringgit setiap tahun.
  • Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan selepas ini, minimum kelulusan Diploma sahaja yang boleh berkerja dalam sektor awam.
  • Tiada lagi lulusan SPM atau PMR selepas ini. Setuju atau tidak?
  • Sekurang-kurangnya jawatan kerani perlu mempunyai kelulusan Diploma yang mungkin boleh dilaksanakan pada masa akan datang secara beransur-ansur
  • Mansuh & gabungkan jabatan @ kementerian yang tidak perlu
Sepatutnya, jumlah kakitangan berkadarlangsung dengan peratus kecekapan.
  • Kuantiti kakitangan = kualiti kerja
  • % pertambahan kakitangan = % peningkatan kecekapan bekerja
Ini perkara asas dalam "Analisis Peningkatan Kecekapatan Organisasi". Apa pendapat dan saranan anda pula mengenai hasil kajian terbaru  ini terhadap kakitangan awam di Malaysia?

Miros, Apakah Kemalangan Ini Disebabkan Jangkahayat Kereta Lebih 12 Tahun?

Posted: 20 Nov 2013 11:46 PM PST


KELAB GREENBOC
 
 
Melaka: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.

"Kecederaan datuk seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.

"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit.

Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini.

Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka.

Suami isteri maut Proton Exora langgar tembok

TANGKAK - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh tembok di Km9.5 Lebuh Raya Air Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Parit Fajar, Kesang di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 4 petang itu menyebabkan Dharil Yusof, 42, mati di tempat kejadian manakala isterinya Roslina Mahmod, 40, mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superitendan Mohd Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ketika kejadian, Roslina dan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Kesang di sini, tidak jauh dari tempat kejadian.

Kereta Proton Exora yang dipandu Roslina dikatakan hilang kawalan dan merempuh tembok tepi jalan menyebabkan kereta itu remuk dan kedua-dua mereka tersepit di tempat duduk mereka.

Pasangan itu meninggalkan empat orang anak berusia antara empat hingga 15 tahun.
- Bernama

Penculikan di Semporna: Mangsa Perlukan Bekalan Ubat Secara Berkala

Posted: 20 Nov 2013 11:40 PM PST




PETALING JAYA: Abang sulung, Chang An Wei, 58 tahun telah menyediakan bekalan ubat-ubatan untuk adiknya yang sedang sakit selepas dia diculik di resort Pulau Pom Pom, Sabah, Jumaat lalu.

Richard Chang (atau Chang Da Gong), bagaimanapun berkata, dia masih memikirkan cara bagaimana untuk memberikan ubat berkenaan kepada adiknya yang diculik oleh kumpulan bersenjata.

"Dia memang mempunyai masalah kesihatan selama ini," katanya kepada TV Cti pada Rabu.

Pada ketika ini, Richard berada di Sabah bersama abang iparnya Hsu Li Ren dan dua sepupu mereka untuk menuntut mayat suami Chang, Hsu Li Min serta mengetahui lebih lanjut di mana Chang disembunyikan.

Li Min ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata di villa atas air pada pukul 1 pagi sementara isterinya, Chang diculik oleh kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf.
Difahamkan Chang dibawa lari ke salah sebuah pulau di Tawi Tawi, yang terletak di selatan Filipina.

Sementara itu, Pengarah Biro Siasatan Jenayah Taiwan, Lin De-Hua berkata mereka telah menghantar dua pegawai polis bahagian risikan ke Filipina pada Isnin untuk bekerjasama dengan pihak polis Filipina dalam menyelesaikan kes penculikan tersebut.

Beliau berkata mereka telah menghubungi pihak Kementerian Keadilan Taiwan berhubung isu berkenaan dan telah meminta jabatan pendakwa raya Taipie untuk terlibat secara langsung dalam proses siasatan.

Menurut laporan media Taiwan, wakil Kementerian Luar Taiwan telah bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri, Biro Keselamatan Nasional dan Pengawal Pantai untuk berbincang mengenai misi untuk menyelamatkan tebusan.

"Ini satu kes pembunuhan dan culik melibatkan sempadan tiga negara. Keutamaan kami ialah untuk memastikan tebusan dapat dibebaskan dalam keadaan selamat," kata Lin seperti yang dipetik daripada laporan oleh Agensi Berita Sentral.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada pihaknya menerima panggilan telefon meminta wang tebusan, dia berkata mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai panggilan berkenaan dan siasatan yang sedang dijalankan demi menjamin keselamatan Chang.

Pemuda PAS Doa Guan Eng Peluk Islam

Posted: 20 Nov 2013 11:39 PM PST




PETALING JAYA: Pemuda PAS mendoakan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memeluk Islam hasil daripada 'tahaluf siyasi' yang dijalinkan kedua-dua parti berkenaan dalam pakatan pembangkang.

Exco Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib berkata, kerjasama politik antara PAS dan DAP merupakan platform terbaik untuk mengembangkan dakwah dikalangan orang bukan Islam yang bersama dengan parti itu.

"Impian saya suatu hari nanti Lim Guan Eng akan mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika menggulung sesi pembentangan laporan dan penyata kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat di muktamar tahunan sayap itu ke-54 pada Khamis.

Afnan yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO itu berkata demikian bagi menjawab isu berkaitan usaha pentarbiahan terhadap bukan Islam yang perlu dipetingkatkan oleh Dewan Pemuda PAS.

Terdahulu perwakilan Pemuda PAS Tebrau, Shamsul Bakri menegur kepimpinan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan gagal memainkan peranan mereka apabila dilihat mengabaikan penyokong bukan Islam parti itu khususnya membabitkan kebajikan kumpulan berkenaan.

Menurutnya Pemuda PAS perlu mendekatkan diri dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai ahli bukan Islam termasuk bagi menyebarkan ajaran Islam kepada kumpulan itu.

PKR persoal mana Hospital Siburan?

Posted: 20 Nov 2013 11:33 PM PST

 
Janji itu dibuat oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika beliau mengadakan lawatan ke Klinik Desa Siburan yang mana katanya kerajaan mahu membina hospital baru yang lebih besar dan moden.




KUCHING: PKR Sarawak mempersoal projek pembinaan Hospital Siburan yang diumumkan pada tahun 2011 tetapi belum jadi kenyataan sampai sekarang.

Menurut jurucakapnya, Voon Shiak Ni, projek itu dijanjikan pada April 2011 dengan kos sebanyak RM22 juta.

"Janji itu dibuat oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika beliau mengadakan lawatan ke Klinik Desa Siburan yang mana katanya kerajaan mahu membina hospital baru yang lebih besar dan moden," dakwa beliau.

Beliau berharap kerajaan perlu memberi perhatian kepada projek ini yang sudah tertangguh sejak 2011.

"Sehingga kini, tiada tanda pembinaan dilakukan untuk membina Hospital Siburan yang baru," tegas beliau dalam sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Beliau juga mendakwa Pembantu Menteri Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil turut membuat janji yang sama ketika mengiringi Liow melawat Klinik Desa Siburan.

"Klinik Siburan yang ada sekarang masih menggunakan papan sejak bertahun-tahun lamanya. Ia dibina pada 30 tahun lepas dan akibat pertambahan penduduk klinik itu menjadi sesak," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Voon meminta penjelasan status projek itu sedangkan ia sudah dijanjikan oleh Dr Jerip dan Liow sendiri.

42 projek rumah terbengkalai siap

Posted: 20 Nov 2013 11:30 PM PST

 
Kerajaan negeri turut memperkenalkan beberapa dasar baru bagi memastikan pelaksanaan projek terbengkalai tidak berulang lagi




SHAH ALAM: 42 buah projek dari keseluruhan 140 projek perumahan terbengkalai di negeri Selangor telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri bermula dari Mac 2008 hingga akhir Oktober 2013.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad, dari keseluruhan 42 projek, separuh daripadanya adalah projek yang tidak berlesen.

"Walaupun bidang kuasa kerajaan negeri terhad dalam memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, dari Mac 2008 sehingga 31 Oktober 2013 Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 42 projek terbengkalai yang melibatkan 19,958 unit," katanya apabila menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik-PKR Yaakob Sapari.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri turut memperkenalkan beberapa dasar baru bagi memastikan pelaksanaan projek terbengkalai tidak berulang lagi

"Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan KPKT telah meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) melalui pemantauan 6 bulan sekali di mana pemaju di wajib menghantar Borang 7F untuk memaklumkan status terkini kedudukan projek yang sedang dibina," kata beliau.

Beliau menambah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu memantau secara dekat Jadual Kedua Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang menghendaki pemaju untuk mengemukakan borang-borang A, B, C, D dan E kepada PBT.

"Salinan borang-borang tersebut perlu dikemukakan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi tujuan pemantauan. Dengan mengemukakan salinan-salinan borang tersebut, LPHS akan dapat mengenal pasti sekiranya berlaku masalah terhadap sesebuah projek dan tindakan awal akan dapat dijalankan," katanya lagi.

Tambah ADUN Cempaka itu lagi, pemaju turut dikehendaki berdaftar dengan LPHS sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kebenaran merancang diluluskan oleh PBT.

"Selain dari itu mereka turut dikehendaki mengemukakan laporan status projek berserta jadual kerja bagi setiap projek pembangunan di Selangor bagi tujuan pemantauan dan setiap projek dijalankan mengikut jadual.

Dengan sistem pendaftaran pemaju ini, LPHS juga akan bertindak sebagai 'one stop centre' di mana semua maklumat dikumpulkan dan diedarkan kepada PBT dan KPKT sebagai sistem amaran awalan sekiranya berlaku projek terbengkalai," katanya sambil menambah lawatan ke tapak projek akan dijalankan dari masa ke semasa bersama pihak perunding projek dan PBT sekiranya projek tersebut menunjukkan ciri-ciri projek akan bermasalah.

Menurut beliau, konsep 'Bina dan Jual' sedang dilaksanakan dengan lebih meluas demi melindungi rakyat daripada dianiaya oleh pemaju.

"Melalui konsep ini masalah projek terbengkalai tidak akan berulang," katanya

Ibrahim Ali jadi bahan jenaka di Sabah?

Posted: 20 Nov 2013 11:28 PM PST

 
Penangan Presiden Perkasa ini sememangnya menjadi satu 'fenomena' di Sabah, mungkin lebih kepada fenomena negatif.




KOTA KINABALU:Pelbagai reaksi diberikan orang ramai apabila sebut nama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di hadapan mereka. Ada yang ketawa, ada yang marah, ada yang benci dan ada yang meluat.

Ibrahim Ali adalah seperti resipi ikan goreng empat perisa yang tidak menjadi kerana terlebih pedas atau garam. Yang pasti, ramai di Sabah yang tidak gembira atau senang hati tiap kali berbicara mengenainya.

Sejak kredibilitinya menjadi bahan jenaka pelayar laman siber selepas gagal menunaikan janji membawa ribuan ahli Perkasa membantah perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur, dia terus menjadi hidangan sampingan untuk diketawa dan dikutuk warga netizen dalam Facebook.

Penangan Presiden Perkasa ini sememangnya menjadi satu 'fenomena' di Sabah, mungkin lebih kepada fenomena negatif kerana ia mencabar keamanan dan perpaduan penduduk berbilang kaum di negeri ini dengan membawa elemen perkauman yang ekstrem.

Setiap hari buka saja Facebook, mukanya pasti ada 'menghiasi wall' dan paling menarik wajah dan setiap kata-katanya dikarikaturkan dalam pelbagai rupa. Paling banyak wajahnya disamakan dengan katak siap dengan kapsyen "adakah mulut kita berbeza", merujuk kepada gambar seekor katak dengan mulutnya ternganga luas.

Suara katak sumbang, sumbang jugalah mesej yang dibawa oleh Ibrahim.

Terbaru, dengan berita Presiden Perkasa ini mahu datang ke Sabah, pereka grafik melukis beliau disepak dan dan digigit oleh peta negeri Sabah yang dilukis wajah seperti anjing dengan kapsyen 'kau tidak dialu-alukan di sini".

Lukisan itu memang melucukan, satirikal dan sinis. Ada gambarnya yang diedit menjadi wajah dinosar dengan kapsyen "…me eat Bibles". Ia merujuk kepada kenyataannya dulu yang mahu membakar alKitab penganut Kristian sebagai tindak balasnya terhadap kedegilan orang bukan Islam yang mahu menggunakaan perkataan Allah dalam penerbitan, termasuk dalam Bible.

Ibrahim Ali sepatutnya berkunjung ke Kota Kinabalu pada 23 November ini untuk acara Perkasa cawangan Sabah. Namun ramai pihak sudah menyuarakan bantahan beliau menjejakkan kaki di negeri ini. Beliau juga dilaporkan mahu datang ke Sarawak tetapi sudah dibantah awal-awal oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri.

Pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud tidak mahu Perkasa berada di Sarawak. Seorang menteri negeri yang juga ahli Pesaka Bumiputera Bersatu itu (PBB) berkata, mereka tidak senang dengan niat Perkasa yang mahu datang di bumi kenyalang untuk mendapatkan sokongan terhadap agendanya.

Perkasa sebelum ini mendedahkan ia ada 45,000 ahli di Sabah dan mendakwa organisasi itu "bukan rasis" tetapi mahu menjaga hak-hak Bumiputera.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah tidak yakin dan berkata, kumpulan itu bersifat radikal dan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Sarawak.

"Perkasa tidak dialu-alukan di Sarawak. Ini juga terpakai kepada pertubuhan-pertubuhan lain yang menggalakkan pandangan Perkasa. Kita tidak mahu menjadi satu lagi Yugoslavia," katanya merujuk kepada perpecahan di negara barat iu akibat isu bangsa dan agama.

Abdul Karim berkata, Perkasa perlu tahu bahawa pandangan ekstrim mereka tidak didokong oleh pelbagai kaum Malaysia yang masih percaya kepada sikap bertoleransi.

Netizen Facebook tidak mahu ketinggalan dalam membantah lawatan Ibrahim di Sabah dan Sarawak.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gabungan Bomoh Se-Borneo menghantar gambar hitam putih gambar alat-alat untuk membomoh dengan kapsyen "kiram sudah kena…mungkin lepas ni …yang baik terhadap kita, kita balas dengan jutaan kebaikan, yang jahat kita hadiahkan 'sepiring' mantera…"

Penduduk Sabah dan Sarawak bersatu dalam hal berkaitan dengan Ibrahim Ali. Mereka bimbang perpaduan dan tolak ansur yang tinggi di kalangan pelbagai kaum di Borneo ini akan terjejas jika membenarkan Ibrahim menyembur racun perkauman dan menghina pegangan agama bukan Islam dengan sesuka hati.

Bantahan terus diterima. Ibrahim dianggap sebagai 'Bapa segala perkauman" yang amat dibenci oleh rakyat Sabah dan Sarawak kerana pandangannya lebih memperjuangkan kaum Melayu dan memandang rendah kaum lain.

Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau, Paul Kadau menggesa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya menghalang kedatangan Presiden Perkasa itu di negeri ini.

Sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah 'Allah' dan tidak setuju penggunaan kalimah itu digunakan dalam alkitab menjadi sebab kenapa beliau harus diharamkan datang ke Sabah, katanya.
"Kami tidak mahu beliau datang ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci membenci, Ibrahim lantang bersuara tanpa menghormati sensiviti agama dan budaya rakyat lain.
"Musa Aman sila senarai hitamkan Ibrahim Ali daripada masuk ke Sabah kerana beliau pencetus kerosakan perpaduan rakyat,Jangan biarkan orang ini membangkitkan isu perkauman di Borneo," demikian rungutan ramai orang.
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pernah menggunakan kuasanya menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar daripada menghadiri sambutan Pesta Kaamatan di Penampang pada Mei lalu, maka ramai mengharapkan beliau melakukan perkara yang sama demi kebaikan penduduk negeri ini.
Sementara itu di Sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam, Adun Sri Tanjung, Chan Foong Hin, menggesa Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertindak menghalang kemasukan Presiden pelampau Perkasa, Ibrahim Ali ke Sabah.
Beliau berkata, sebagai Huguan Siou (pemimpin agung) kaum daripada Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah, beliau sepatutnya lebih banyak bersuara menghalang Ibrahim daripada memasuki Sabah.
"Kita semua tahu yang ini adalah Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang pelampau yang akan menyebabkan keharmonian dan gangguan awam (dengan kenyataan dan tindakan beliau). Oleh itu, Pairin sebagai pemimpin tertinggi orang KDM, perlu memastikan bahawa Ibrahim tidak menjejakkan kaki di Sabah," katanya.
Kegagalan berbuat demikian akan menggambarkan pemimpin di negeri ini bersekongkol dan setuju dengan ideologi negatif yang dibawa Ibrahim, katanya.

Rafizi: Had jangka hayat kereta muslihat kutip cukai

Posted: 20 Nov 2013 04:04 PM PST

 


 
VIDEO l 3:27 minit


MP Pandan Rafizi Ramli mengesyaki bahawa rancangan untuk mengehadkan penggunaan kereta selama 12 tahun sebagai helah untuk mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) melalui jual beli kereta yang lebih kerap.

Sedangkan, tiada penemuan saintifik atau empiris yang menunjukkan sebahagian besar kemalangan jalan raya yang berlaku disebabkan oleh kenderaan berusia lebih 12 tahun.

NONE"Setiap urusniaga pembelian dan penjualan kereta - baru atau terpakai - akan dikenakan GST, maka lebih kerap rakyat bertukar kereta lebih banyaklah GST yang akan dikutip," katanya.

Menurutnya, apabila GST dilaksanakan kelak kerajaan akan mengutip cukai sebanyak kira-kira RM4,000 untuk setiap kereta yang dibeli.

Dengan pelaksanaan had jangka hayat kereta itu pula, kira-kira 2 ke 3 juta rakyat Malaysia akan terpaksa menukar kereta mereka sekaligus.

MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang turut hadir pada sidang media itu memberi amaran yang polisi itu bakal menjadikan kereta sebagai satu barangan yang sukar dimiliki seperti rumah.

"Bayangkan pinjaman untuk membeli kereta adalah selama sembilan tahun, kereta itu akan jadi percuma untuk tiga tahun dan kemudian kita perlu menukar kereta lagi.

"Kita akan selamanya dibebani dengan hutang," kata Sim.

'Tuhan Harun' ditahan di Tangkak

Posted: 20 Nov 2013 04:01 PM PST

MALAYSIA KINI
 
 
 
Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor petang ini.
  
Harun dikehendaki polis kerana gagal hadir sebanyak dua kali ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi pengurusan kesnya.
  
Harun, 47, juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malik 10 November lalu.
  
Harun dan wanita yang menemaninya yang berusia dalam lingkungan 30-an, ditangkap di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada jam 3.30 petang.
  
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan 40-an pada pukul 3.20 petang, di Jalan Hospital, Tangkak.
  
Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat Kuantan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat 'Tuhan Harun' dan gerakan syiah.
  
Harun menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah.
  
Kesemua pertuduhan itu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai 'tuhan' April lalu.
  
Tertuduh yang tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.

Harun bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah rendah syariah pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas dan kemudian 13 November lalu.
  
Ekoran itu, Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.
  
Dua hari kemudian, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap berkuatkuasa pada 16 November lepas terhadap enam pengikut kumpulan ajaran sesat itu selepas mereka gagal hadir di perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.
  
Mereka ialah Husin Ismail, 43; Pius Anahong @ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40; Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, dan Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28.  - Bernama

1. Mahkamah keluar waran tangkap 'Tuhan Harun'
2. Waran tangkap 'Tuhan Harun' jika gagal kerjasama

Menteri kesihatan cedera dalam kemalangan

Posted: 20 Nov 2013 04:00 PM PST

MALAYIA KINI
 
 
 
dikemaskini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam ini.
   
Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.
   
"Kecederaan Datuk Seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.
   
"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di Melaka malam ini.
   
Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit.
   
Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November di neger itu.
   
Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.
   
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka. Bernama

Mohd Sabu: 'Senyuman Umno beracun dan berbisa'

Posted: 20 Nov 2013 03:58 PM PST

 

 

dikemaskini Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu meminta ahli parti itu agar tidak tergoda dengan 'senyuman' yang diberikan oleh Umno.

pas youth agmSebaliknya, Mohamad mengingatkan pemimpin pelapisnya mengenai  pengkhianatan yang dilakukan tatkala ia bekerjasama dengan PAS satu masa lalu.

"Jangan tergoda senyuman Umno, senyuman beracun dan berbisa"

"Umno bila kuat menindas kita, bila lemah baru mengenyit mata," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) di Dewan Sivik MBPJ malam ini.

Mohamad menyatakan sebaliknya perlu untuk meneruskan tahalul siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai bakal kerajaan akan datang.

"Mengenyit mata ku tak balas, melampai tangan, ku tepis tangan itu," ujar beliau diiringi dengan deraian tawa hadirin.

Pertahan alam sekitar
 
Sementara itu, Mohamad juga mahu PAS ke depan dalam memperjuangkan isu semasa seperti pencemaran alam bagi menangkis stigma parti tersebut yang menjurus pada perjuangan agama semata.

pas youth agm 2Beliau memberi contoh kumpulan pencinta alam antarabangsa 'Greenpeace' dan Kaum Tionghua yang sanggup bermatian dan bersusah payah mempertahankan alam sekitar.

"Kita lihat siapa yang ke depan dalam isu seperti Lynas dan Bukit Merah. Sepatutnya PAS yang menjuarai isu tersebut kerana menjaga alam dari dirosakkan merupakan kewajipan dalam Islam," katanya.

Tingkat kerjasama Pemuda Pakatan

Sebelum itu Mantan ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan menegaskan perlunya peningkatan kerjasama pembangkang khususnya membabitkan sayap pemuda Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kerjasama masih dilihat dilihat goyah dan tidak sehaluan hingga boleh menjejaskan hubungan antara parti komponen pembangkang tersebut.

"Sehingga setakat hari ini, pemuda Pakatan Rakyat masih belum dilihat sederap dan selangkah walaupun menghayun kaki dan tangan bergerak ke arah yang sama," katanya dalam ucaptama terakhir beliau.

Muslimat pelu contohi kebijaksanaan Ratu Balqis

Posted: 20 Nov 2013 03:53 PM PST

Saidah Hairan,
 

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berharap Muslimat PAS menjadikan contoh Ratu Balqis sebagai model kepimpinan wanita yang berjaya memimpin kerajaan disamping taat dengan perintah Allah SWT.

Menurut beliau, kebijaksanaan dalam mentadbir kerajaan bukan sahaja perlu dicontohi oleh Muslimat tetapi seluruh negeri dan negara yang memerintah.

Katanya, Balqis ternyata dapat menguasai perjalanan kerajaan dengan cekap serta mempunyai pandangan dan perhitungan politik yang tajam.

"Saya bawa kisah Balqis ini untuk merangsang generasi Muslimat di era cabaran masa kini, untuk bangkit bersedia, tangkas dna berkebolehan membawa panji-panji Islam," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.

Beliau berkata, pilihan raya umum ke-13 membuktikan kejayaan PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya apabila PAS berjaya mencapai prestasi setinggi 35 peratus daripada jumlah yang ditandingi.

Katanya, Pakatan Rakyat kini mempunyai 89 kerusi di dewan Rakyat dan perlu membentuk kerajaan dengan penambahan 23 kerusi menjadikan 112 kerusi.

"Daripada 133 kerusi Parlimen yang diperolehi BN hanya 43 kerusi iaitu satu majoriti kecil. Ini bermakna BN sedang menunggu saat untuk goyang. Kerusi BN kini berada di hujung tanduk," katanya.

Tambah beliau, kekuatan Umno-BN hanya kerana sokongan jentera kerajaan dan jika tiada kuasa dan kekayaan Umno-BN akan musnah.

Justeru tegasnya, menjadi tanggungjawab besar setiap ahli PAS khususnya Muslimat mencari jalan untuk mendapatkan kemenangan di semua kerusi yang ditandingi.

Dalam ucapan itu beliau turut menyentuh tentang kejayaan PAS menyertai Pakatan Rakyat yang berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen dan dewan undangan negeri.

"Kita dapat menguasai negeri-negeri di mana BN dapat ditumbangkan buat pertama kali dan mengekalkan kejayaan memerintah Kelantan," tegasnya.

Bagi Selangor tambah beliau, pencapaian PAS pada pilihan raya umum ke-13 adalah yang terbaik sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 daripada lapan kerusi pada PRU ke-12 menjadi 15 kerusi.

"Ini membuktikan bahawa rakyat negeri Selangor telah menerima parti lain selain Umno-BN untuk mewakili mereka," katanya.

Menurut beliau, selain pencapaian politik dalam gabungan Pakatan Rakyat, PAS turut berjaya melebar luaskan dakwah di kalangan orang bukan Islam.

Tiada ulasan: