DUNIACACAMARBA |
- Artis Peluk Islam Palsu Timbulkan Kemarahan FPI
- Remaja 15 Tahun Jadi Hamba Seks Kekasih
- Duagaan Suami dari Lombok
Artis Peluk Islam Palsu Timbulkan Kemarahan FPI Posted: 17 Nov 2013 09:26 PM PST [HM]Jakarta: Seorang aktor drama Indonesia menimbulkan kemarahan Barisan Pembela Islam (FPI) kerana laporan palsu pemelukan Islamnya. Jonas Rivanno Wattimena dilapor memeluk Islam di Masjid An Nur di Depok, Jawa Barat awal tahun ini. Majlis Ulamak Indonesia (MUI) turut didakwa mengesahkan laporan itu dengan mengeluarkan dokumen rasmi mengisytihar berita itu. Namun Jonas yang beragama Kristian sejak lahir menafikan dakwaan itu 30 Oktober lalu. Menurut Jonas, khabar angin itu menyebabkan keluarganya sedih dan memaksanya membuat kenyataan rasmi di Kota Wisata, Cibubur, Jakarta Timur. "Upacara mengucap syahadah itu tidak pernah berlaku. Saya masih menganut Kristian," katanya kepada akhbar Tempo. Tunangnya Asmirandah Zantman beragama Islam dan didakwa menjadi saksi upacara itu turut menafikan majlis itu berlangsung. Mereka berdua dijadual melangsungkan perkahwinan Januari depan. Penafian itu menimbulkan kemarahan FPI yang menuntut aktor itu memohon maaf secara terbuka. "Saya harap tiada siapa mempermainkan agama," kata Ketua FPI Cawangan Depok Idrus Al Gadri. "Isu ini berkatian fahaman agama dan mungkin berbahaya. Kami menuntut Jonas memohon maaf kerana menipu atau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendakwa dia menipu," kata Idrus. Keluarga pelakon berusia 26 tahun itu menghubungi FPI dengan harapan tindakan undang-undang itu tidak diteruskan. "Kami tetap mahu Jonas memohon maaf kerana dia menyakiti hati orang Islam," kata Idrus lagi. Jika bersalah Jonas boleh dihukum penjara maksimum lima tahun. Bagaimanapun polis Depok enggan melancarkan siasatan. - Agensi -18/11/13 | ||
Remaja 15 Tahun Jadi Hamba Seks Kekasih Posted: 17 Nov 2013 07:27 PM PST [HM] BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu. Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini. Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan. Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas. "Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya. "Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya," katanya. Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya. Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin. Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya. "Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya," katanya. Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini. Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa. - 18/11/13 | ||
Posted: 17 Nov 2013 05:56 PM PST
[HM] Rawang: Kerap dihebahkan mengenai pemuda dari Lombok, Indonesia menculik dan melarikan wanita negara ini, namun lain halnya dengan seorang lelaki dari daerah berkenaan apabila isterinya pula didakwa dilarikan lelaki warga Pakistan. Yusdi Putra, 42, dari Bukit Beruntung, dekat sini mendakwa isterinya, Siti Rohani Abdul Rasid, 36, wanita warga tempatan yang dikahwini sembilan tahun lalu, menghilangkan diri bersama teman lelakinya itu, sejak tiga bulan lalu. Menurutnya, dia sedih dan kecewa dengan tindakan isterinya yang tergamak meninggalkan tiga anak berusia satu hingga lima tahun yang kini sering mengalami masalah kesihatan akibat rindukan ibu mereka. Yusdi berkata, dia begitu mengharapkan isterinya pulang dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak mereka, Yusfarhani, 5; Yusmayusaini, 4 dan Yusfaizal Nofal, setahun. "Sedih bila saya melihat anak-anak. Setiap hari mereka melihat gambar ibu mereka dan berharap dia segera pulang. -18/11/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan