Isnin, 18 November 2013

Addin

Addin


Gambar Sambutan 'Dingin' Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Nov 2013 08:37 AM PST


Beginilah pemandangan yang berjaya di rakam semalam sempena Kuliyah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Dataran Hamas, Jasin Melaka malam tadi 17hb November 2013.

Rakaman gambar-gambar ini kalau nak jumpa terbit di Utusan dan Berita Harian memang payah.

Lihat saja dengan mata kepala sendiri betapa sambuta yang cukup hangat dan memberangsangkan diberikan oleh penduduk Jasin, Melaka kepada program Ustaz Azhar Idrus ini.

Jasin, Melaka yang cukup terkenal sebagai salah satu daerah kubu paling UMNO kuat tidak mustahil bakal jatuh ke tangan PAS/PR dalam masa terdekat jika di ambil kira sambutan yang di berikan penduduk tempatan malam tadi.

Apabila rakyat mulai dekat dengan ceramah-ceramah agama menandakan hayat UMNO sudah tidak begitu lama.








Iklan C (ii)


NGO Islam Isytihar Perang

Posted: 18 Nov 2013 02:24 AM PST

Badan bukan kerajaan Jalur Tiga (Jati) mengisytiharkan perang kepada Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) kerana percubaan mereka menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) dan memperjuangkan kebebasan untuk murtad di atas nama hak asasi manusia.

Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata Comango bersikap "kurang ajar" apabila cuba untuk meminda Undang-undang Syariah negara ini yang merupakan salah satu komponen Islam.

"Sudah jelas tuntutan Comango merupakan satu tindakan jenayah dan khianat kepada negara. Sebab itu kita harus isytihar perang kepada mereka. Malaysia tidak perlu 'pejuang' seperti mereka," kata Hasan.

Katanya Jati akan akan memberikan penjelasan kepada orang ramai dengan bantuan majlis agama dan NGO lain tentang bahaya tuntutan Comango.

"Tuntutan mereka bukan sahaja ditujukan kepada orang-orang Islam dan Melayu akan tetapi ia juga bakal mengubah kehidupan 28 juta rakyat Malaysia," kata Hasan dan menambah sudah terdapat tanda perpecahan dalam negara.

Hasan turut menggesa orang ramai melawan Comango dan pada masa sama, bertanya sendiri pada diri mereka jika isu itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan, enakmen negeri dan visi pendiri-pendiri negara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bulan lalu turut mempersoalkan tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) di dalam proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang membuat aduan terhadap kerajaan Malaysia di Geneva atas nama hak asasi manusia.

Jakim melalui khutbah Jumaat mereka mengingatkan hadirin pada 24 Oktober, Malaysia akan dinilai dalam UPR di Majlis Hak Asasi Manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Berdasarkan daripada maklumat yang diterima terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh Comango jelas akan menggugat kedaulatan Islam di negara ini.

"Di antaranya ialah tuntutan hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, bisexual, transgender, intersex, queerperson (LGBTIQ), mempertikaikan peruntukan tertentu dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang didakwa mendiskriminasi wanita Islam, dakwaan diskriminasi terhadap pengikut Syiah, bantahan pengharaman bahan-bahan penerbitan yang menyalahi hukum Syarak dan lain-lain.

"Persoalan yang timbul di sini apakah tujuan gabungan NGO tersebut membuat pelbagai aduan dan tuntutan sedemikian di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva?" soal Jakim melalui khutbah bertajuk Menangani Konsep Kebebasan. ~tmi



Iklan C (ii)



Kepala Presiden Kelab Putera 1Malaysia Bocor

Posted: 18 Nov 2013 01:21 AM PST

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di Filipina, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. ~bernama





Iklan C (ii)


Akibat Beraksi Seperti Beruk.. Kena Belasah Di Twitter

Posted: 18 Nov 2013 12:48 AM PST


Bertindak mengoyakkan usul PR di persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui menerima "serangan" bertali arus daripada penyokong parti pembangkang itu.

Menerusi komen di laman mikro Twitternya hari ini, beliau berkata, kritikan yang diterima memang "pedas" kerana tidak bersetuju dengan tindakannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) itu berkata, walaupun menerima serangan tersebut, ia tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.

"Serangan hebat yang bertali arus seperti hujan lebat dari cyber trooper dan pengikut-pengikut PR...tidak melemahkan saya dan ia nya memberi kekuatan kepada saya," katanya.

Memetik laporan media, sesi petang sidang Dewan Rakyat Khamis lalu tegang apabila ahli Parlimen BN mengoyak kertas usul yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.

Bung bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.

Majoriti ahli Parlimen BN bangun dan menjerit "usul haram" beramai-ramai dan kemudiannya menyaksikan usul berkenaan ditolak untuk dibahaskan. ~sh

Wajah Terbaru Suspek Utama Kes Bunuh Pegawai Ambank

Posted: 17 Nov 2013 06:00 PM PST


Inilah wajah terkini dan terbaru suspek utama kes menembak mati Pegawai Operasi AmBank Cawangan Subang Jaya Puan Norazita Abu Talib yang dirakam semalam ketika muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan wajah sugul, kering dan tidak bermaya langsung.

Dia kelihatan memakai baju lokap berwarna jingga di bawa ke Mahkamah Majistret untuk sambungan reman selama 7 hari lagi sehingga 23hb November 2013.

Suspek menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu di tahan di Tanjung Belungkur, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10hb November 2013 yang lalu selepas berjaya menyembunyikan diri selama lebih kurang 19 hari di rumah dan bangunan kosong sekitar Johor.


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah pun mengesahkan identiti sebenar suspek sebagai Laode Ardina Laode Rasila berumur 35 tahun berasal dari Sulawesi, Indonesia.




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: