Khamis, 14 November 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


BERNAS Diswastakan, Syed Mokhtar UNTUNG

Posted: 14 Nov 2013 01:34 AM PST



Pengenalan

Akhir-akhir ini, syarikat yang dahulunya menjadi tarikan pelabur tapi kemudian dibuang-senarai (de-listed) dari pasaran saham lalu diswastakan bagai satu trend. Satu contoh: Blackberry, di mana ia dibuang-senaraikan lalu diswastakan selepas kerugian hampir USD 70 bilion dari nilai asal USD 80 bilion lima tahun lalu.

Senario perniagaan yang semakin mencabar menyukarkan syarikat-syarikat yang tersenarai untuk memberi pulangan yang besar kepada para pelabur; penswastaan memberi peluang kepada pihak pengurusan sesebuah syarikat untuk fokus mengembangkan perniagaan jangka masa panjang.

Di Malaysia, penswastaan sesebuah syarikat sebegini seringkali mempunyai niat yang berbeza: tamak haloba.

Padiberas Nasional Berhad (Bernas) tidak menghadapi masalah serupa Blackberry. Harga saham Bernas sedang meningkat malah nilainya kini hampir tiga kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM 135 juta setiap tahun sejak 2006, dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM 2.1 bilion (2006) ke RM 3.6 bilion (2012).

Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya. Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu-individu yang sangat kaya pastinya mengidamkan syarikat sebegini.

Niat asal

Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi (melalui pengurusan Simpanan Stok Negara dan Skim Harga Subsidi Padi) tapi juga untuk memastikan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas mendapat manfaat dari milikan ekuiti daripada penswastaan tersebut.

Hal ini dibangkitkan Menteri Kewangan pada bulan Disember 1995 dalam jawapan kepada YB Tn Lim Guan Eng di Parlimen, diikuti pembentukan konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd pada Januari 1996. Konsortium tersebut membolehkan lebih dari separuh ekuiti Bernas dimiliki persatuan-persatuan petani (KADA, MADA, NAFAS), nelayan (NEKMAT) dan pekerja Bernas.

Pusingan 1


Hingga hujung 2009, milikan-milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar atas) melalui syarikat-syarikat milik beliau (Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds) mengakibatkan beliau memiliki 53.7% Bernas melalui pengambilalihan oleh Maybank Investment Bank Berhad bernilai RM 526 juta. Purata keuntungan bersih Bernas dianggarkan pada RM164 juta setahun dan hasil meningkat dari RM 3.3 bilion (2009) ke RM 3.6 bilion (2012).

Pusingan 2

Apabila kerajaan memanjangkan mandat Bernas untuk merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Jan 2011 ke 10 Jan 2021, Tan Sri Syed Mokhtar bertambah tamak.

Tawaran pembelian Bernas pada RM 3.70/saham dibuat pada penghujung Feb 2013 melalui syarikat-syarikat lain milik beliau, iaitu other companies namely, Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd. Pengambilalihan ini, yang juga dinasihatkan Maybank Investment Bank Berhad dikatakan bernilai RM 477 juta.

Pada 6 Nov 2013, lembaga pengarah Bernas dinasihat menyahsenaraikan Bernas dari Bursa Malaysia kerana jumlah saham yang dimiliki awam telah jatuh ke 16.31% (iaitu dibawah nilai yang diperlukan untuk penyenaraian iaitu 25%) akibat pengambilalihan sistematik Tan Sri Syed Mokhtar.

Pada Feb 2013, Maybank Research membuat ramalan hasil dan keuntungan Bernas bagi 2013 hingga 2015:

Ini bermakna hasil dianggarkan meningkat hingga RM 3.9 bilion pada 2015 dari RM 3.6 bilion pada 2012. Keuntungan meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa pendek untuk mengurangkan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki Bernas di masa hadapan.

Soalan yang diutarakan

Bagaimana seorang individu dibenarkan memiliki monopoli ke atas beras sebegini, yang mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga di masa hadapan, yang merupakan niat asal penswastaan Bernas?

Kenapa kerajaan telah tersasar dari niat asal penubuhan Bernas, iaitu untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas? Adakah milikan ekuiti mereka ini tidak penting di mata kerajaan, berbanding kepentingan individu-individu maha kaya dan mempunyai "kabel" politik sebegini?

Bagaimanakah pengambilalihan saham Bernas bernilai RM 477 juta, dan jumlah pengambilalihan melalui Tradewinds Plantation dan Bernas bernilai RM1.173 bilion oleh syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar (Perspective lane, Kelana Ventures, Seaport Terminal dan Acara Kreatif) dipermudah Maybank IB? Bagaimana seseorang individu boleh berterusan berjaya mendapatkan pinjaman dari bank yang sama?

Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Tan Sri Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambilalih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021, disebabkan tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum KEADILAN



132,000 Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Imigresen Malaysia

Posted: 14 Nov 2013 12:18 AM PST


[HD] KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa seramai lebih 132,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini dalam senarai hitam pihak imegresen Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pelajaran ll, P.Kamalanathan ketika menjawab soalan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pada sesi soal jawab lisan hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan nilai pinjaman oleh mereka yang disenarai hitam itu adalah sebanyak RM2.11 bilion.

Terdahulu Khalid bertanyakan berapa jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN yang perlu dibayar oleh peminjam dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.

Menjawab soalan itu, Kamalanathan berkata, sehingga 30 September, seramai 1.32 juta peminjam perlu membuat pembayaran dengan nilai pinjaman sebanyak RM9.51 bilion.

Dari jumlah itu, 903,920 peminjam telah membuat bayaran dengan nilai RM4.82 bilion manaka sejumlah RM4.69 bilion lagi adalah jumlah pinjaman yang tertunggak.

Dari jumlah itu juga, sejumlah 435,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik.

Pada soalan tambahannya, Khalid meminta penjelasan timbalan menteri sama ada pihak PTPTN ada meneliti latar belakang peminjam yang disenarai hitam tersebut.

Katanya, tindakan tersebut penting bagi mengetahui punca dan masalah kenapa peminjam gagal membuat bayaran balik.

"Perlu teliti latar belakang mereka, sama ada mereka memang tak nak bayar atau kekangan masalah ekonomi," katanya.

Menjawab soalan itu, timbalan menteri berkata, PTPTN memberi tempoh 16 bulan kepada peminjam sebelum nama mereka disenarai hitam.

Dalam tempoh itu PTPTN ada menghantar surat makluman dan menghubungi pihak peminjam. -14/11/13


P/s: Kasihan penyokong PR. TM pasti kesemua 132 000 ini tidak menyokong BN kerana tidak mungkin penyokong BN gagal membayar PTPTN.




Vui Kong Akhirnya Terlepas daripada Hukuman Gantung

Posted: 14 Nov 2013 12:14 AM PST


[MK] Selepas empat tahun berhempas pulas mengelakkan hukuman mati, Mahkamah Tingi Singapura membuat keputusan yang jarang-jarang berlaku dengan menukar hukuman gantung kepada penjara seumur hidup kepada penyeludup dadah Malaysia Yong Vui Kong.

Peguam M Ravi berkata, Hakim Choo Han Teck berpuas hati dengan kerjasama Yong dengan pihak berkuasa dan penglibatannya dalam penyeludupan dadah hanya sebagai pembawa.

Yong justeru akan dipenjarakan seumur hidup dan 15 kali sebatan, kata peguam hak asasi itu kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Agung pagi ini.

Menurut Ravi, Yong sangat menghargai keputusan itu sehingga melutut di hadap hakim semasa keputusan pendengaran itu dibuat.

Keputusan itu nyata membuatkan aktivis anti hukuman mati yang melobi pembebasannya sejak beberapa tahun lalu menarik nafas lega. Yong, kini 23 tahun, berasal daripada Sabah.

Keputusan mahkamah itu mungkin berhubung kait dengan pembaharuan yang diluluskan dalam parlimen Singapuran November lalu yang menghapuskan hukuman mati untuk beberapa kes penyeludupan dadah dan pembunuhan.

Yong sebelum ini menulis surat-surat daripada dalam penjara untuk tatapan rakyat Malaysia, yang disiarkan dari masa ke semasa diMalaysiakini. 

Beliau antaranya menceritakan kekesalannya terjebak dalam perkara itu dan bagaimana beliau menghabiskan masa dalam penjara dengan mendampingi ajaran agama.

Dalam surat terakhirnya pada Julai 2011, beliau berkata sudah sedia menghadapi hukuman mati dengan aman. -14/11/13


Tiada ulasan: