Khamis, 14 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


AJK PKR cabang Kota Belud isytihar keluar parti

Posted: 14 Nov 2013 03:53 AM PST

SINAR HARIAN

pkr


KOTA BELUD - Jika hampir dua minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini parti itu ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu hari ini.

Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.

"Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.

"Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang  Kota Belud kehilangan arah tujuan.

"(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu," katanya.

Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu dan tidak bermaya.

Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah. - Bernama

MP berbalas koyak kertas usul di Dewan Rakyat

Posted: 14 Nov 2013 03:41 AM PST

 

 
 
 Jika pagi tadi beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petang tadi menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk 'membalas dendam'.

MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengoyak usul MP Kuantan, Fuziah Salleh yang mencadangkan agar gaji lima orang penasihat bertaraf menteri yang dibayar sebanyak RM27,227 sebulan setiap seorang untuk tempoh setahun, 'diagihkan semula'.

Membentangkan usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), Fuziah berkata ia dimajukan untuk mengelakkan pembaziran Belanjawan 2014 memandangkan lima jawatan itu dilihat sebagai tidak lebih daripada lantikan politik.

Di sebelah pagi, MP Pakatan yang diketuai Azmin Ali (PKR-Gombak) melabelkan usul menggantung Surendran selama enam bulan sebagai 'usul haram'.

Tidak lama kemudian, sebahagian MP Pakatan Rakyat bangkit dan melaung perkataan 'usul haram' berulang-ulang kali.

Pada masa yang sama, sebahagian MP Pakatan yang lain pula menggumpal kertas usul atau mengoyak-ngoyakkannya sewaktu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri membentangkan usul tersebut.

Di sebelah petangnya, sewaktu Fuziah membentangkan usul beliau, Bung Mokhtar bangkit mencelah dan menggesa Fuziah dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

Beliau mendakwa Fuziah membuat kesilapan teknikal dalam menamakan jawatan terperinci lima penasihat yang dimaksudkan dalam usul itu.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan usul itu sebagai "usul haram" seperti dilakukan Azmin di sebelah pagi sebelum mengoyak-ngoyakkan kertas usul.

Beliau kemudian terus menepuk-nepuk meja sambil menjerit "tipu" berulang-ulang kali seorang diri menyebabkan usul Fuziah tergendala seketika untuk dibentangkan.

Lima penasihat bertaraf menteri yang dirujuk Fuziah dalam usulnya adalah Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Johari Baharom, dan Hasbi Habibollah.

Pemilik kereta pengsan jumpa mayat atas bumbung keretanya

Posted: 14 Nov 2013 03:05 AM PST

ANTARA POS.COM
 Post Pic

GEORGETOWN: Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini hari ini.
 
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.
 
"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu," katanya ketika dihubungi.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.
 
Beliau berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut..
 
"Kita sedang mengesan ahli keluarga Liew untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya," katanya.

Siling Hospital Serdang runtuh lagi

Posted: 14 Nov 2013 03:01 AM PST

ANTARA POS.COM


Post Pic



SERDANG: Beberapa kepingan siling runtuh di Hospital Serdang runtuh pagi ini, sekaligus menjadikan insiden ini yang keempat berlaku sejak tiga tahun lalu.

Kali ini, insiden itu berlaku di Unit Rawatan Rapi Neonatal hospital tersebut, lapor Harian Metro, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang dipetik berkata bahawa kejadian itu berlaku pada 1.30 pagi dan melibatkan kawasan di antara lapan hingga 10 kaki lebar.

Pada 30 September lalu, siling wad bersalin runtuh, menyebabkan timbul gesaan supaya Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan jika siling runtuh lagi.

Insiden pertama berlaku pada 30 Januari 2011 di lobi utama, tetapi tidak ada yang tercedera.

Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera apabila berlaku lagi insiden siling runtuh, kali ini di Jabatan Kecemasan pada 13 Ogos 2012.

Menurut bekas MP Serdang Teo Nie Ching, menteri kesihatan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memaklumkan kepadanya bahawa kementerian itu telah memperuntukkan RM800,000 untuk menggantikan kawasan yang luas 250 kaki persegi siling berikutan kejatuhan pertama.

Teo berkata, didapati bahagian siling adalah "longgar dan berbahaya", menyebabkan Kementerian Kerja Raya menyiasat perkara itu.

Hospital Serdang dibuka pada Disember 2005 dan mempunyai 620 katil.

Muktamar PAS: Pilih calon yang berwibawa dan berani 'tegur' komponen Pakatan - Haron Din

Posted: 14 Nov 2013 02:58 AM PST

 Oleh Syed Muaz Syed Putra
Post Pic



BANGI: Perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS diingatkan agar memilih calon yang benar-benar berwibawa serta berintegriti selain berani bersuara 'menegur' komponen Pakatan Rakyat sekiranya dikritik menjelang pemilihan parti 22 November ini.

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, pemimpin yang dipilih juga harus disenangi rakyat kerana parti itu akan menghadapi cabaran getir terutamanya daripada seteru politiknya.

Tegas beliau, PAS memerlukan pemimpin berwibawa untuk membina semula kekuatan parti dengan mendapatkan sokongan pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Oleh itu saya mengharapkan kepimpinan baru yang patut dilihat kesemua perwakilan PAS adalah perlunya satu barisan kepimpinan pusat yang terdiri daripada presiden sehingga keseluruhan anggota yang boleh menangani dan mendepani persoalan-persoalan besar yang timbul terutama sekali oleh parti komponen.

"(Kepimpinan baru) kena berani, boleh buat keputusan, boleh menegur tapi asas yang besar selama-lamamya PAS mesti berada dalam keadaan diterima dalam kesemua lapisan masyarakat bukan sekelompok orang yang kecil sahaja.

"...mesti didokong oleh kesemua bangsa, apa cara pun masih banyak ruang yang boleh kita fikir. Soal Pakatan saya bersetuju dengan dasar Pakatan," katanya dalam temubual eksklusif di kediamannya di Bandar Baru Bangi.

Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulama, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015.

Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan diadakan pada 22 November di Shah Alam nanti.

Kritikan secara terbuka jejaskan kerjasama Pakatan

Haron menambah sebagai gabungan dalam sebuah organisasi adalah tidak wajar apabila anggotanya mengkritik pihak yang lain secara terbuka melalui media termasuk dalam konteks Pakatan yang turut dianggotai PKR dan DAP.

Tegas ulama PAS ini, perkara tersebut akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan anggotanya yang akhir memberi kesan negatif terhadap kerjasama yang dijalinkan itu.

"Kalau sekiranya semakin hari semakin timbul keresahan pemimpin dan pengikut dengan adanya kritikan-kritikan dalaman terutamanya sekali bila parti A kritik parti B yang merupakan komponen secara terbuka dan umum.

"Kemudian parti B kritik parti C secara terbuka dan umum, itu adalah satu tindakan yang kurang sihat," katanya.

Justeru beliau menasihatkan agar perkara tersebut dihentikan dan segala masalah yang timbul harus diselesaikan secara dalaman dan bukan dihebahkan kepada pihak luar.

"Saya menyeru hal seperti ini hendaklah dihentikan dan diselesaikan secara dalaman, maksud saya apa yang tak puas hati dalam perjuangan bersama ini bukan akhbar (media) tempat meluahkan pandangan tapi dalam perjumpaan dalaman atau meja rundingan.

"Itu tempatnya untuk berhempas-pulas membuat keputusan, kalau tak boleh bekerjasama itu juga tempat buat keputusan," katanya.

PAS perlu jadi parti global dan alternatif kepada Umno-BN

Menyentuh corak kepimpinan PAS, Haron berkata ia perlu memenuhi kehendak semasa selain turut dilihat sebagai alternatif kepada parti pemerintah.

"PAS mesti memenuhi kehendak zaman, PAS perlu dilihat parti yang tidak perkauman, parti global dan akhirnya PAS hendaklah dapat dilihat sebuah alternatif politik Malaysia secara umumnya," katanya.

Namun tokoh perubatan Islam mengakui perubahan itu hanya boleh berlaku sekiranya jawatan nombor satu berlaku pertandingan.

"Untuk itu corak kepimpinan yang akan kita lihat terutama sekali kita akan berhadapan dengan satu keputusan perubahan puncak kepimpinan sehingga sampai ke peringkat adanya penentangan dalam pucuk pimpinan iaitu presiden ada pertandingan.

"...yang mana ketika itu kita akan nampak hala tuju yang mungkin ada dua, satu orang yang akan sokong kepimpinan ulama dan satu lagi melihat perlunya ulama ini dicutikan atau direhatkan kejap untuk beri peluang kepada pihak satu lagi," katanya lagi.

Tambah Haron, perubahan itu tidak akan berlaku kali ini memandangkan jawatan Presiden PAS kekal milik Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mula menerajui parti pada 2002.

"Kalau itu ada (berlaku), saya nampak perlu kepada corak baru, perancangan baru untuk bawa PAS ke hadapan.

"Tapi tidak berlaku (perubahan) kali ini kerana pucuk pimpinan iaitu presiden tidak berubah maka dengan sendiri orang nampak umumnya PAS tidak banyak akan berubah sebab pemimpin besar tidak berubah begitu juga pimpinan di bawahnya.

"Yang kedua sesuatu yang boleh kita lihat atas nama keperluan semasa akan bergantung pula pada keadaan orang yang kita bekerjasama," katanya.

ADUN Selangor tiada keluar memorandum baru kecam Khalid - Azmin

Posted: 14 Nov 2013 02:55 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Muhammad Azhar

 
Post Pic



SHAH ALAM: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor tiada mengeluarkan memorandum baru menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, kata Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Mohd Azmin Ali.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR, PAS dan DAP tidak ada menandatangani mana-mana memorandum atau kenyataan baru menyatakan perasaan marah dan ketidakpuasan hati terhadap Khalid.

Sebaliknya, ia dianggap surat layang yang diedarkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan untuk melihat keretakan hubungan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor.

Isi kandungan surat yang 'ditandatangani' oleh 'ADUN PKR, DAP dan PAS' itu menyatakan kekecewaan kerana kononnya tiada perubahan dalam  isu yang dibangkitkan ADUN Pakatan kepada Menteri Besar.

Azmin ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, BBC hanya menandatangani satu memorandum yang bertarikh 7 Oktober dan dihantar kepada Menteri Besar pada 18 Oktober lalu.

"Tak ada, memo kita hanya satu. Memo rasmi BBC bertarikh 7 Oktober dan diserahkan kepada MB pada 18 Oktober. Dan susulan daripada itu satu pertemuan diadakan pada 24 Oktober.

"Saya tak tahu menahu langsung tentang ada dakwaan memo terbaru. Itu tiada kaitan dengan BBC.

"Tak ada, itu saya boleh sahkan tidak ada pertemuan selepas pertemuan pertama," kata Azmin.

Memorandum terbaharu itu turut mendakwa beberapa perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Pakatan Rakyat tidak diambil kira, lebih-lebih mengenai belanjawan negeri yang akan dibentangkan pada sidang DUN 19 November ini.

"Saya tak mahu buat sebarang andaian, kerana sidang DUN hanya akan bermula 19 November depan. Seperti saya katakan, kita tunggu dan lihat pembentangan belanjawan kerajaan negeri pada minggu depan, dan hasil dari pembentangan itu kita masih ada ruang untuk beri pandangan atas nama BBC," jelasnya.

Azmin diminta mengulas isu pengedaran surat layang yang berlegar dalam aplikasi 'WhatsApp' telefon pintar sejak semalam kononnya Khalid berdepan kemarahan ADUN Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari pula berkata, perbincangan antara wakil ADUN Pakatan bersama Menteri Besar memang ada berlangsung tetapi ia dilakukan dalam keadaan baik dan tidak beremosi.

"Sejak dahulu, BBC sentiasa berusaha membawa isu atau masalah untuk diambil perhatian dan tindakan oleh kerajaan negeri dan Menteri Besar, sepertimana yang dinyatakan dalam setengah bahagian isi kandungan surat.

"Bagaimanapun, saya tidak pasti asal usul surat itu ditulis serta apa tujuannya diedar sebagai surat layang," kata Amirudin.

Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San, pula tidak menolak kemungkinan surat berkenaan ditulis bagi memecah belah perpaduan di kalangan kepimpinan negeri.

"DAP tidak pernah mengeluarkan atau merestui penulisan surat berkenaan dan jelas ia dibuat di luar pengetahuan DAP Selangor," kata Weng San dalam balasan 'WhatsApp'nya yang dipetik sebuah portal berita.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman pula berkata, Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan pendekatan perbincangan dua hala dalam membawa  cadangan atau penambahbaikan dalam pelbagai isu.

"Sama ada kita duduk berbincang mengenai cadangan atau kita hantar surat secara berhemah ke pejabat Menteri Besar. Tiada langsung surat layang diedar melalui internet dan sebagainya," katanya.

Husam Berjaya Kekalkan Injunksi Halang Parpukari Tabur Fitnah

Posted: 14 Nov 2013 02:50 AM PST


Naib Presiden PAS berjaya kekal injuksi terhadap penulis blog Parpukari

KELAB GREENBOC

 
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berjaya mengekalkan perintah injuksi Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada April lalu terhadap penulis blog Parpukari agar tidak terus melemparkan kenyataan fitnah kepada Husam.

Panel tiga hakim Makamah Rayuan Putrajaya diketuai Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan penulis blog itu atau nama sebenarnya Mohamad Salim Iskandar membayar RM5,000 kepada Husam.

Husam berjaya mengekalkan injuksi terhadap Mohamad Salim, 40, daripada terus menerbitkan artikel fitnah bertajuk "Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!" pada Februari tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Yazid Mustafa memerintahkan injuksi tersebut ke atas Mohamad Salim.

Perbicaraan saman Husam terhadap penulis blog Parpukari itu akan didengar pada Januari tahun hadapan.

Husam memfailkan saman terhadap Parpukari dan menamakan Mohamad Salim sebagai pemilik blog.

Katanya, penulis blog itu telah memaparkan gambarnya memiliki hubungan dengan wanita yang bukan isterinya.

Mohamad Salim turut mendakwa Husam sebagai parasit dalam PAS yang kemudiannya ditepis Husam dengan mendakwa artikel itu satu penipuan dan fitnah bertujuan untuk memburuk-burukkannya sebagai pemimpin PAS.


Husam dalam injuksinya meminta ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk bernilai RM5 juta.

Mohamad Salim dalam pembelaannya menafikan dia memiliki dan menulis di blog itu.

Husam diwakili peguam Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim Zaki sementara Mohamad Salim diwakili Parvinder Kaur Sandhu. -TMI

ULASAN GB

Selepas papagomo, padijantan, kini parpukari.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Dan di dalam satu ulasan GB yang lain GB telah nukilkan

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno.... mereka pasti binasa

UPSR 2013: Kebanyakan Negeri Catat Peningkatan

Posted: 14 Nov 2013 02:47 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kebanyakan negeri mencatatkan keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang diumumkan pada Khamis dengan menunjukkan peningkatan dalam jumlah dan peratusan murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Selain Sarawak, negeri yang mencatat peningkatan ialah Terengganu dan Pulau Pinang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak mencatatkan penurunan.

Di KUALA LUMPUR, seramai 2,108 calon mendapat gred A bagi semua mata pelajaran yang mencatatkan penurunan 0.5 peratus berbanding 2,467 calon tahun lepas, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Abdullah Mad Yunus.

"Beberapa mata pelajaran mencatatkan penurunan antaranya Matematik, Sains, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil selain 495 calon daripada 21,403 mendapat keputusan gagal," katanya.

Beliau berkata keputusan tahun ini mencatatkan peningkatan dalam jumlah murid yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya C bagi semua mata pelajaran kepada 14,791 orang berbanding 13,797 orang tahun lepas.

Di KUCHING, 1,916 daripada 42,904 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A iaitu peningkatan sebanyak 0.09 peratus berbanding tahun lalu, kata Pengarah Pendidikan negeri Datuk Abdillah Adam.

"SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching mencatat calon paling ramai memperoleh A dalam semua mata pelajaran iaitu 61 orang," katanya.

Di GEORGE TOWN, sebanyak 2,722 atau 11.6 peratus dari 23,562 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

Beliau berkata keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.11 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,752 murid daripada 26,370 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

"Pada keseluruhannya, sebanyak 15,996 murid atau 68.55 peratus mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam keseluruhan mata pelajaran dan jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 peratus berbanding 17,904 murid tahun lepas," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,039 daripada 21,701 calon cemerlang dengan memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan kepada 14 peratus berbanding 13.22 peratus tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Chalok Model Khas, Setiu pula merupakan sekolah terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.14 apabila tujuh daripada sepuluh calonnya mendapat 5A.

Di IPOH, sebanyak 3,249 atau 8.49 peratus daripada 38, 248 murid yang menduduki UPSR di Perak lulus cemerlang dengan memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri Muhammat Roli Hassan berkata berkata peratusan calon yang mencapai tahap penguasaan minimum (A,B,C) bagi semua mata pelajaran menurun daripada 63.77 peratus pada tahun ini, berbanding 65.10 peratus tahun lepas.

"Sekolah yang paling banyak calon memperolehi A dalam semua mata pelajaran ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent, Ipoh (66 calon), Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Choy (45), Sekolah Kebangsaan Marian Convent (41), Sekolah Kebangsaan Tasik Damai (32) dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (35)," katanya. - BERNAMA

Kadar Asid Dalam Air Laut Meningkat Ke Tahap Yang Belum Pernah Disaksikan Oleh Dunia

Posted: 14 Nov 2013 02:45 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
LONDON: Kandungan air laut di seluruh dunia telah menyaksikan peningkatan asid dalam kadar yang tidak pernah disaksikan dalam tempoh 300 juta tahun sehingga boleh menjadikannya masam.

BBC memetik para saintis sebagai berkata, pengasidan boleh meningkat sehingga 170 peratus menjelang tahun 2100.

Dalam kondisi ini, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada spesies hidupan laut tidak akan dapat bertahan lagi dan akan pupus dari muka bumi.

Para saintis yang terlibat dalam kajian ini merumuskan, manusia yang menghasilkan karbon dioksida atau CO2 sebagai punca kepada peningkatan paras asid dalam kandungan air laut.

Hasil kajian itu akan dibentangkan dalam persidangan global mengenai iklim di Poland minggu depan.

Jumlah manusia yang semakin bertambah telah menyumbang kepada pengaliran 24 juta tan CO2 ke dalam lautan setiap hari.

Pertambahan begitu banyak karbon ke dalam air laut telah mengubah tindak balas kimia di dalam air.
Apatah lagi sejak bermulanya revolusi industri kadar asid di dalam air laut telah bertambah sebanyak 26 peratus lagi.

Fakta ini diakui oleh Prof Jean-Pierre Gattuso, dari CNRS, iaitu agensi penyelidikan kebangsaan Perancis.

"Kadar peningkatan asid di dalam air laut kini telah mencapai ke satu tahap yang tidak pernah disaksikan oleh dunia dalam tempoh 300 juta tahun," ujarnya.

Dan apa yang membimbangkan mereka ialah peningkatan ini akan menjejaskan kebanyakan hidupan laut khususnya terumbu karang.

Laut secara semulajadi menyerap hampir separuh daripada lebihan CO2 yang terdapat di ruang atmosfera.

Buat masa ini, kesan sampingan pertambahan kadar asid di dalam air lautan paling terjejas di kawasan Artik dan Antartika.

Ini kerana, lautan yang sejuk menyerap lebih banyak CO2 dan akibatnya peningkatan kadar asid akan bertambah.

Para saintis khuatir menjelang 2020, 10 peratus daripada Lautan Artik tidak akan mampu menampung kehidupan kepada spesies yang memiliki cengkerang yang terbina dari kalsium karbonat.

Dan menjelang 2100, keseluruhan Lautan Artik akan menjadi persekitaran yang terancam untuk hidupan laut.

Ini menurut saintis akan mengancam keseluruhan rantaian pemakanan hidupan liar.

Siput dan hidupan cengkerang yang lain menjadi makanan ikan, paus dan juga burung.

Jika spesies ini pupus di Lautan Artik bayangkan bagaimanakah ia akan mengancam rantaian pemakanan hidupan liar yang lain.

Pemilihan Pemuda Umno Rompin tidak sah

Posted: 13 Nov 2013 10:46 PM PST


Mohamad Sahfri  
 
Mohamad Sahfri



ROMPIN – Pemilihan bagi jawatan kuasa Pemuda Umno Rompin bakal diadakan semula 16 November ini kerana terdapat masalah teknikal dalam pengendalian pemilihan tempoh hari.

Pemilihan semula itu diarahkan Pengerusi Pemilihan Umno Pusat, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali selepas persidangan jawatankuasa mendapati wujud kes dalam bantahan yang dibuat perwakilan.

Setiausaha Umno Bahagian Rompin, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain berkata, keputusan pemilihan tempoh hari bagi jawatan kuasa Pemuda Umno Rompin secara automatik terbatal.

"Pemilihan semula sayap Umno ini dilakukan kerana terdapat isu teknikal iaitu masalah dalam proses pengendalian pemilihan ketika itu.

"Selain itu, terdapat juga bantahan dibuat perwakilan yang bertanding dan pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat mendapati wujud kes dalam bantahan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Pemilihan Pemuda Umno Rompin di Dewan Uniten, Muadzam Shah pada 12 Oktober lalu, menyaksikan pertembungan sengit dua penjuru antara penyandang Ketua Pemuda, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dengan Datuk Mohd Johari Hussain.

Johari yang merupakan  Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang merangkap Adun Tioman tewas kepada Sahfri dengan perbezaan enam undi sahaja.

Dalam pada itu, Wan Kadri berkata, Umno Bahagian Rompin kini dalam proses memaklumkan kepada perwakilan dan calon bertanding mengenai pemilihan semula.

Sementara itu, Mohamad Sahfri menganggap pemilihan Pemuda Umno itu yang diadakan sebelum ini sudah berjalan dengan baik dan sempurna.

Menurutnya, demokrasi telah dilaksanakan sebaik mungkin dan tidak perlu terikut dengan rentak pembangkang yang cuba untuk menghancurkan perpaduan dalam Umno.

"Sikap mementingkan diri sendiri dan hasad dengki di kalangan ahli perlu dijauhi  ahli Umno.

"Oleh itu, saya berharap Umno akan terus dianggap sebagai parti yang membela rakyat dan saya bersedia untuk bertanding semula," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Yusmizan Md Yunus yang sebelum ini memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Rompin menewaskan Mohd Azrul Ali juga menyatakan kesediaan untuk bertanding semula jika diarahkan.

Menurut Yusmizan, beliau akan patuh kepada arahan Jawatankuasa Pemilihan Umno Pusat yang mahukan pemilihan semula diadakan.

"Jawatankuasa berkenaan telah menyiasat dan hasilnya mendapati wujud masalah dalam pemilihan baru-baru ini.

"Walaupun saya sudah menang, jika benar berlaku ketirisan maka saya sedia untuk bertanding semula," katanya.

Isu bilal, imam dipecat: Kariah mahu kepastian

Posted: 13 Nov 2013 10:32 PM PST


Isu bilal, imam dipecat: Kariah mahu kepastian  
Bekas Bilal I, Mohamad Kasim Shariff (kiri) bersama Ismail (dua, kiri) dan beberapa ahli jawatankuasa bertindak bersama serta bekas Bilal II, Muhmmad Yasser A Rashid menghantar bantahan di Pusat Islam Iskandar, semalam.


JOHOR BAHRU - Susulan pemecatan seorang imam dan tindakan menamatkan perkhidmatan tiga bilal Masjid Taman Perling,  satu bantahan rasmi dihantar kepada Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Serahan bantahan itu dikemukakan Jawatankuasa Kariah (bertindak) masjid tersebut bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang dikenakan ke atas imam dan tiga bilal terlibat.

Pengerusinya, Ismail Dahwan berkata, bantahan tersebut dihantar bagi mendapatkan campur tangan dan keputusan jelas isu tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Mutalip.

Menurutnya, antara isi kandungan yang dikemukakan ialah pemecatan ini dilihat tidak dibuat mengikut peraturan dan undang-undang (enakmen) bahkan tidak disebut dengan jelas jenis kesalahan yang menyebabkan individu ini diberhentikan serta-merta.

"Kami juga mengemukakan beberapa perkara lain susulan pemecatan ini sebagai sokongan dan tindakan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya dan kebenaran.

"Dalam bantahan ini, kami turut melontarkan pandangan ke atas Jawatankuasa Majlis untuk kebaikan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Bantahan tersebut turut dihantar kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ahli Parlimen Pulai, Pengarah Jabatan Agama Johor, Pegawai Daerah Johor Bahru, Kadi Daerah Johor Bahru dan Pengerusi Jawatankuasa  Masjid Perling.

Antara kandungan lain yang dikemukakan ialah Imam yang terlibat, Muhammad Yusuf Baharuddin, dilantik oleh MAINJ berasaskan tauliah yang dimiliki mengikut klausa 100(1)(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003.

Selain Muhhammad Yusuf turut memiliki tauliah imam yang ditetapkan bertugas di masjid tersebut di mana pelantikan jawatannya boleh ditamatkan dengan notis bertulis dari MAINJ klausa 102(1) Enakmen dan MAINJ tidak menurunkan kuasa kepada Pengerusi Masjid bagi urusan pelantikan ataupun menamatkan perkhidmatan pegawai masjid.

Turut disentuh, sebagai penambahbaikan pengurusan masjid tersebut, Ismail berkata, tugas imam dan bilal sepatutnya tertakluk kepada kawalan MAINJ sahaja bukan di bawah Jawatankuasa Masjid (klausa 103 enakmen); pegawai dan jawatankuasa
masjid sepatutnya memikul amanah dan tanggungjawab mentadbir, mengurus dan mengelola dalam keadaan baik (Klausa 104(2)(a)(b)(c) enakmen).

Antara lain, Koperasi Masjid Taman Perling, sepatutnya diasingkan daripada mencampuri pengurusan masjid, aturcara mengurus wang tabung masjid atau sumber pendapatan daripada jemaah sepatutnya sudah disediakan bagi kegunaan jawatankuasa masjid yang menguruskannya.

Surat bantahan tersebut turut dikepilkan tandatangan 166 individu yang tidak bersetuju atas tindakan yang diambil.

Umno Kalabakan kemuka 14 surat tindakan

Posted: 13 Nov 2013 10:30 PM PST

SINAR HARIAN

Datuk Abdul Ghapur Salleh  
 
Datuk Abdul Ghapur Salleh


TAWAU - Umno Kalabakan akan mengemukakan surat bagi tindakan ke atas 14 anggota jawatankuasa Wanita Umno bahagian itu yang melepaskan jawatan pada 15 Oktober untuk menghadapi jawatankuasa disiplin parti.

Ketua Bahagiannya Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Umno Kalabakan berpendapat mereka yang terbabit perlu dihadapkan ke jawatankuasa disiplin demi kebaikan parti.

"Umno Kalabakan akan mengemukakan perkara ini kepada jawatankuasa disiplin parti. Semua yang terlibat perlu dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita sebelum memulakan mesyuarat kali pertama Umno bahagian itu di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan mesyuarat khas pemilihan Wanita Umno Kalabakan akan diadakan Sabtu ini bagi mengisi 14 kekosongan anggota jawatankuasanya.

Ghapur berkata mesyuarat pada Sabtu ini akan diadakan di SK Kukusan di sini bermula pukul 8  pagi dan pemilihan itu tidak perlu diragukan kerana ia adalah sah.

"Ahli wanita dinasihatkan agar hadir pada mesyuarat Sabtu ini bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan termasuk tindakan disiplin," katanya.

Justeru itu, katanya, badan perhubungan Umno negeri dan jawatankuasa pemilihan Umno negeri diminta memantau perjalanan pemilihan itu.

Wanita Umno Kalabakan menjadi tumpuan apabila 14 AJK pergerakan itu meletak jawatan beberapa hari selepas pemilihan atas alasan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan tersebut.

Dalam pemilihan itu, penyandang Ketua Wanita Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat tewas kepada Naib Ketuanya Cahaya Sulaiman. - Bernama

RM75 juta untuk mengurus Esscom

Posted: 13 Nov 2013 10:26 PM PST

SINAR HARIAN


Datuk Seri Shahidan Kassim  
Datuk Seri Shahidan Kassim


KUALA LUMPUR - Peruntukan RM75 juta kerajaan bagi Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) adalah khusus untuk perbelanjaan mengurus, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.
  
Dalam Bajet 2014, kerajaan menyediakan peruntukan tersebut bagi memantapkan lagi operasi Esscom.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata peruntukan itu tidak termasuk untuk membina rumah di kawasan penempatan semula.
  
Katanya urusan pembinaan rumah di penempatan semula itu akan diuruskan oleh Jabatan Perumahan Negara, dan Esscom hanya mencadangkan tempat yang bersesuaian untuk membina rumah.
  
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut).

Mohamad Imran ingin mengetahui berapa banyak peruntukan disediakan untuk membina rumah (penempatan semula) sebagaimana dirancangkan kerajaan.
  
Sementara itu, menjawab soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam), Shahidan berkata sehingga kini kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk merobohkan kawasan perkampungan air di Parlimen Silam.
  
"Sebarang keputusan yang dibuat kerajaan berhubung perkara itu akan mengambil kira pelbagai aspek seperti kesejahteraan, keselesaan, kemudahan infrastruktur dan kesesuaian penempatan baharu," katanya.
  
Datu Nasrun ingin mengetahui berkenaan keputusan dibuat Esscom untuk merobohkan kawasan perkampungan air di Parlimen Silam dan adakah kerajaan mengkaji kesan perubahan demografi penduduk selepas berpindah. - Bernama

Penarikan Husam tanding timbalan presiden satu rahmat untuk Kelantan

Posted: 13 Nov 2013 10:21 PM PST

MSO


Pengelakan Husam Musa untuk tidak bertembung dengan 'saing' senegerinya Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) bagi merebut jawatan timbalan presiden Pas yang akan dilangsungkan minggu depan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap ahli dan penyokong Pas Kelantan.

Nik Amar mendapat laluan.
Keputusan Husam itu tidak boleh dilihat ia sebagai sebuah takdir, tetapi perlu diamatinya dengan penuh kejernihan dan menggali akan akar hikmahnya. Bagi pemerhati tindakan Husam itu satu pengorbanan kecil yang perlu dinilai dan diucapkan terima kasih kepadanya, terutama oleh Nik Amar.

Dalam hal ini walaupun agak kekok untuk Husam berbuat demikian tetapi beliau telah meletakkan sesuatu yang sangat bernilai untuk Pas Kelantan dan negerinya.

Mereka (orang Pas) yang sayang kepada kerajaan Pas Kelantan dan ingin melihat kerajaan itu berusia panjang kena mengalu-alukan langkah Husam itu tanpa menempelkan dengan berbagai konotasi huduh dan jahat bertujuan mengejeknya.

Kandati pun cara Husam itu ada elemen-elemen politik tetapi ia boleh disaringkan untuk kebaikan Pas Kelantan. Bak kata orang sebusuk mana daging selagi tak haram ia boleh dimakan. Nik Amar perlu mengambil kesempatan ini. Adalah malang kalau ada yang melemparkan kata-kata Husam telah takut dan bimbang dengan kekalahan maka beliau menarik diri.

Tidak timbul perkara itu dan tidak perlu diungkitkan untuk terus memperkecil-kecilkan Husam. Soal kalah menang akan ditentukan oleh perwakilan dan jawabannya hanya ada dalam tangan Tuhan. Tetapi dari sudut mata saya, langkah Husam itu adalah demi kebaikan Pas khasnya Pas Kelantan dan Pas Malaysia amnya maka ia perlu dihargai sebaik mungkin. Sayanglah, kalau tikar yang sudah 'ditaja' anyamannya oleh Husam jika tidak dianyam sampai sudah.

Seperti mana diumumkan untuk menarik diri dari pencalonan jawatan timbalan presiden itu, beliau melihat maslahat parti lebih penting dari dirinya sendiri. Walaupun beliau dilihat sebahagian aset penting untuk Pas Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 kelak, tetapi Husam tentu ada pandangan lain yang lebih perlu diutamakan. Tentulah dia meletakkan kemenangan Pas lebih utama dari jawatan untuknya. Yang perlu diteruskan perjuangan bukan mengejar kedudukan.

Makanya tindakan Husam itu jangan dipertikaikan, dan penyokong Husam juga kena rela dengan apa yang diputuskan. Seorang pemimpin yang baik dan ikhlas tidak akan berbuat sesuatu demi kepentingan parti dan perjuangan bukan untuk diri sendiri. Tindakan sebegitulah yang boleh dijadikan timbang tara dalam memilih pemimpin.

Apa yang dapat dan patut dirumuskan apabila Husam tidak ikut sama bertanding jawatan itu, seolah-olah Husam memberi laluan kepada Nik Amar. Beliau menghantar Nik Amar ke jawatan itu. Keadaan ini kena faham tidak payah menunggu ianya dilakukan dengan badan. Language politik harus difahami.

Dari konteks negeri Kelantan begitulah yang harus dilihat. Husam tidak merasa rugi dengan tindakan itu malah bangga kerana saingnya menjadi galang ganti. Inilah politik ada kelas. Makanya para penyokong kedua pihak tidak perlu membuat tafsiran dari luar apa yang ada, kerana terjahan-terjahan beremosi ia akan merumitkan lagi keadaan. Masanya juga untuk para penyokong kedua-dua tokoh Pas Kelantan itu melakukan gejatan senjata atau pun merihatkan Facebook.

Kalau semua pihak waras, pertembungan dapat dielakkan perbalahan dikendurkan dan jurang perbezaan menjadi sempit. Semua perwakilan Kelantan boleh memberi undi kepada Husam untuk jawatan naib presiden. Begitu juga boleh diberikan undi kepada Nik Amar untuk jawatan timbalan presiden. Tidak ada (clash) pertembungan di antara penyokong kedua-dua tokoh itu di sini. Kedua-dua untung dan kedua-dua tidak rugi besar.

Tafsiran lain yang boleh dilakukan apa yang berlaku itu juga adalah sebagai ujian sejauh mana kebijaksanaan ahli Pas Kelantan mencorak masa depan Pas sekurang-kurang dalam setahun dua ini. Kalah atau menang kedua-dua tokoh itu akan memberi jawaban terhadap sejauh mana kelincahan silat politik orang Pas Kelantan.

Persefahaman yang dibuat secara kebetulan (takdir) itu hendaklah dijadikan momentum menjernihkan semula keadaan politik Pas di Kelantan yang agak mengeruh sejak ke belakangan ini. Ambillah kesempatan ini sebaik mungkin sebelum terlambat. Dan adalah sesuatu yang diyesali dan merugikan kalau kesempatan ini tidak digunakan kerana bukan mudah untuk mewujudkan senario persefahaman begitu. Apa-apa yang diperlukan didalam dunia ialah cetusan atau isbab.

Dalam perkara ini orang yang patut mengambil kesempatan ialah Menteri Besar Ahmad Yaakub. Beliau harus menggunakan atau pun mengolah takdir ini untuk melendikkan Pas Kelantan. Beliau perlu berbuat sesuatu dari keadaan ini demi Pas Kelantan. Beliau perlu ubati hati-hati yang luka dan terluka dan salah satu penawar ialah apa yang dikatakan ini.

Ahmad tidak boleh jadi saudagar kapal saja yang hanya akan bertanya soal untung. Tetapi dia juga kena ambil tahu soal ombak dan gelombang serta mempedulikan keadaan kapten dan anak-anak kapal. Beliau kena insaf kalau kapal karam disebabkan pergaduhan atau dilambung ombak yang akan menanggung rugi besar ialah beliau sang saudagar kapal.

Untuk tujuan ini atas kapasitinya sebagai timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan beliau boleh panggil para perwakilan Pas dari seluruh kawasan di Kelantan membuat persefahaman atas nawaitu untuk keharmonian bersama.

Batal saman NFC beri kekuatan gempur rasuah

Posted: 13 Nov 2013 10:18 PM PST

Oleh : Mohd Ezli Mashut



SHAH ALAM  : Individu mengamalkan rasuah serta penyelewengan diberi amaran untuk tidak semberono mengancam menyaman pihak yang membongkar aktiviti mereka kerana tindakan itu adalah untuk keadilan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilam (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, berkata tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil menggugurkan saman RM100 juta terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi kekuatan kepada semua pihak untuk terus menggempur gejala rasuah yang membarah di negara ini.
azmizam luar pc 01 
Katanya, individu daripada parti atau badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang tampil membongkar aktiviti penyalahgunaan kuasa serta rasuah mempunyai maklumat mencukupi dan prosedur yang betul sebelum membuat tindakan berkenaan.

"Sekiranya undang-undang dijalankan dengan jujur, maka tiada individu yang kebal boleh terhindar daripada dibawa ke pengadilan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib AMK Pusat, berkata perkara itu jelas menunjukkan segala penat lelah dua pemimpin PKR berkenaan dibantu daya penggerak parti, NGO dan rakyat untuk membongkar penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) mendapat kemenangan yang lebih besar.

"Justeru, tidak perlu wujud istilah takut terutama kepada anak muda seluruh tanaha ir yang masih terus cekal memperjuangkan pentadbiran egara yang lebih baik," katanya.-NFN-

Zuraida : Batal saman, skandal NFC terus dibongkar

Posted: 13 Nov 2013 10:14 PM PST

Oleh : Afeeqa Afeera



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyifatkan keputusan Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap beliau dan Rafizi Ramli akan memudahkan mereka terus membongkar salah laku dalam isu projek National Feedlot Corporation (NFC).

zuraidah

Beliau berkata, rakyat masih tertunggu-tunggu faedah daripada projek penuh kontroversi itu yang gagal diselesaikan pihak kerajaan pusat meskipun berulang kali diasak mengenai perkara itu.

Katanya, ia dikuatkan lagi dengan kenyataan kerajaan pusat sebelum ini yang mengesahkan rundingan bersama sebuah syarikat dari luar negara untuk mengambil alih projek itu menemui jalan buntu.

"Kami akan terus memastikan usaha pemulihan ke atas projek ini dapat dilakukan kerana wang yang digunakan perlu dikembalikan untuk mengusahakan projek ini berikutan kegagalan kerajaan berbuat demikian.

"Rakyat masih menunggu faedah terhadap projek ini yang tertangguh sekian lama dan selaku ahli Parlimen, saya dan Rafizi akan meneruskan usaha itu," katanya.

Kes saman Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung isu NFC.

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera tanpa sebarang syarat.-EZY

PSRA 2013 : pelajar lulus meningkat kepada 85.6 peratus

Posted: 13 Nov 2013 10:03 PM PST

OLEH : NAZLI IBRAHIM



SHAH ALAM : Pelajar lulus dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor meningkat kepada 85.6 peratus daripada 36,077 calon pada 2013 berbanding tahun sebelumnya 81.7 peratus.

Jais-elektrik

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin, berkata keputusan itu meningkat sebanyak 3.9 peratus dengan keputusan kelulusan berdasarkan subjek turut menunjukkan peningkatan dalam semua subjek.

"Calon yang memperolehi gred Mumtaz turut meningkat 1 peratus, Jayyid Jiddan 2.7 peratus dan Jayyid juga 1 peratus," kata Marzuki ketika mengumumkan keputusan itu.

Kata beliau, bagi kategori sekolah rendah agama (SRA) cemerlang, Sekolah Rendah Agama Tebuk Murfad diumumkan sekolah cemerlang dengan kelulusan 100 peratus.

Sekolah Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, Klang yang memperolehi kelulusan 96.1 peratus pula merupakan sekolah cemerlang bagi kategori SRA Integrasi.

Bagi kategori Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) pula dimenangi KAFA Integrasi Nur Addin, Taman Putra dengan kelulusan 100 peratus.

Manakala bagi kategori swasta dimenangi Sri Irsyadiyah, Gombak juga memperolehi 100 peratus.
Daerah Hulu Langat pula diumumkan mencatat kelulusan tertinggi dengan 86.8 peratus, diikuti Sepang (86.7 peratus) dan ketiga daerah Klang dengan 86.4 peratus.

Hadiah dan sijil disampaikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali.-EZY

MySikap, belanja RM200 juta tidak berbaloi

Posted: 13 Nov 2013 10:00 PM PST

OLEH : NORHAYATI UMOR



KUALA LUMPUR : Kerajaan Pusat seharusnya tidak membelanjakan dana yang besar bagi memperuntukkan sistem yang tidak efesien seperti sistem MySikap apabila kos bernilai hampir RM200 juta digunakan JPJ di seluruh negara.

rafizi TI 01

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata ia kerana besar kemungkinan sistem itu akan dihentikan perlaksanaannya dan merugikan rakyat sekiranya sistem baru itu diperkenalkan bagi mengantikan sistem sedia ada.

Katanya, sudah menjadi trend, Kerajaan Pusat membelanjakan jumlah besar dalam memperkenalkan sistem baru tanpa mengambil kira pandangan pakar mahupun kakitangan.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melaksanakan sistem baru itu bermula 1 November lalu.

Katanya, ia sepatutnya dibuat secara berperingkat dan bukan secara mendadak sehingga menyusahkan orang ramai.

Bagaimanapun, sistem terbaru itu dikatakan melambatkan operasi di JPJ antaranya pembaharuan lesen kereta dan lesen memandu menjadi lambat.

"Ini nampaknya sering terjadi dalam sistem kerajaan. Begitu juga ketika ini sistem penilaian berasaskan sekolah.

"Yang mana sistem itu dibuat tidak mengambil kira maklum balas daripada perunding dan pakar perisian, tidak juga mengambil kira padangan guru, ini juga berlaku dengan sistem MySikap.

"Oleh sebab itu, banyak sistem yang dibuat oleh Kerajaan sekarang menelan belanja yang besar, sedangkan ia tidak memudahkan orang ramai malah menyusahkan," katanya ketika ditemui Selangor Kini di Lobi Parlimen, di sini.

Rafizi berkata, banyak sistem sebelum ini di peringkat kerajaan dibuat tanpa penilaian telus dan baik yang menyebabkan terdapat kepincangan meluas dan kos yang ditanggung mahal.

"Ia bukan masalah yang berlaku pada satu atau dua projek sahaja, setiap sistem yang dibuat ini, mahal tetapi tidak memudahkan pengguna.

"Kita minta supaya kesilapan-kesilapan itu tidak berulang," katanya.

Jabatan Imigresen Malaysia pernah menggunakan sistem ini sebelum ini tetapi dihentikan kerana disifatkan tidak praktikal ketika berurusan dengan orang ramai.-EZY

MySikap RM200 juta satu lagi projek pembaziran BN

Posted: 13 Nov 2013 09:58 PM PST

Oleh : Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM  : Kegagalan sistem MySikap bagi menangani masalah kebanjiran pengguna berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu lagi bukti projek pembaziran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata beliau kesal dengan kegagalan sistem berharga RM200 juta itu berfungsi dengan sempurna sehingga menyusahkan pengguna.

"Kita berharap JPJ memperbaiki sistem yang menjadi rungutan apabila kaunter di seluruh negeri tidak dapat memberikan khidmat dengan baik dengan sempurna.

"Seharusnya, JPJ perlu memperhalusi keberkesanannya sebelum memperkenalkan sistem MySikap ini," katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, semalam.

Media turut melaporlan portal MySikap menghadapi masalah menangani kapasiti beban besar daripada pengguna yang menggunakan sistem itu yang menyebabkan masalah teknikal menjejaskan berjuta pengguna dan mengikut rekod Malaysia mempunyai kira-kira 14 juta pemandu dan 24 juta kenderaan didaftarkan di bawah JPJ.

Yahya berkata, kerajaan perlu bertegas mengambil tindakan mendenda syarikat kontraktor yang dilantik mengendalikan operasi MySikap.

"Apa yang berlaku menyusahkan penggunadan kita mengharapkan supaya kerajaan pusat bertindak dengan menamatkan khidmat mereka dan melantik kontraktor lain. Pengguna yang berhadapan dengan masalah itu perlu memberikan komen dan aduan secara terus kepada laman sesawang JPJ dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

yahya saari batik songkok 01

"Berikan aduan yang dihadapi di semua kaunter JPJ seluruh negara supaya tindakan segera dapat diambil kerajaan," katanya.

Komen pengguna Facebook, Iean Nizar, berkata, kerajaan harus mengkaji secara menyeluruh dan menyediakan pelan keselamatan sebelum MySikap diperkenalkan.

"Perlu ada pelan kecemasan A, B, C, D jika perlu bila berlaku 'server breakdown' dan sebagainya, bukan bila sudah laksana dan dijalankan secara menyeluruh baru ada pelan kitu. Sebab utama adalah MySikap membabitkan ramai pihak daripada pelanggan hingga pejabat JPJ sendiri," katanya.-NFN-

Dewan Rakyat kecoh, Surendran digantung 6 bulan

Posted: 13 Nov 2013 09:54 PM PST

Oleh : NORHAYATI UMOR


KUALA LUMPUR : Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) membantah usul Ahli Parlimen, Padang Serai, N Surendran selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Pemimpin PR mula bangun selepas usul itu dibentangkan seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri

20130623_PKR_Padang_Serai_N_Surendran

Pemimpin PR bangun mula menjerit 'tarik balik' berulang kali.

Antara yang bangun membantah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan beberapa pemimpin lain.

Kekecohan itu berlangsung sudah berlangsung selama satu jam dan Azmin turut mencadangkan usul untuk mengantung Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Usul gantung Surendran selama enam bulan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong kerana idak mengikut Peraturan Mesyuarat dan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang DiPertua Dewan sebagai speaker yang bias dan mengeluarkan fakta tidak benar.-NFN-

Umno akan suntik RM40j dalam Utusan Melayu

Posted: 13 Nov 2013 04:20 PM PST



dikemaskini Umno akan menyuntik sekurang-kurangnya RM40 juta pelaburan dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan 'two-call rights issue (TCRI)'.

Menurut satu makluman kepada Bursa Malaysia lewat semalam, ini akan melonjakkan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.

Bagaimanapun, Umno telahpun memberi perjanjian untuk mengambil semua terbitan hak yang tidak diambil oleh pemegang saham lain.

Jika ini berlaku, pegangan Umno dalam Utusan Melayu boleh melonjak setinggi 67.2 peratus.

Menurut Kod Pengambilalihan dan Penggabungan 2010, kenaikan pegangan sebanyak dua peratus akan membawa kepada tawaran pengambilalihan mandatori untuk semua saham dalam Utusan Melayu yang belum dimiliki Umno.

NONEBagaimanapun, Umno memohon kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk
mendapat satu pengecualian, supaya ia boleh menyokong usaha Utusan Melayu untuk mengumpul dana tanpa menanggung kos faedah selanjutnya.

Terbitan hak adalah satu tawaran oleh sesebuah syarikat kepada pemegang sahamnya untuk membeli saham tambahan (juga dikenali sebagai saham hak), seimbang dengan setiap saham yang sudah dimiliki pemegang saham.

Terbitan TCRI selalunya berlaku apabila sesebuah syarikat menerbitkan saham pada harga di bawah nilai tara, seperti yang dihasratkan oleh Utusan Melayu.

Dalam TCRI, pemegang saham sedia ada akan membayar sebahagian daripada harga terbitan, dan bakinya akan dibiayai daripada pendapatan tersimpan atau rizab syarikat.

Dalam kes ini, Umno akan membayar 68 sen atas permohonan, dengan baki 32 sen sesaham direkodkan dalam perakaunan (accounting entry) tanpa melibatkan wang.

Ia akan menggunakan dana itu sebagai modal kerja dan untuk membiayai perbelanjaan modal (menaik taraf kemudahan percetakan di Bangi), membayar balik pinjaman bank dan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan terbitan hak.

'Mahkamah Syariah K'tan mampu urus hudud'

Posted: 13 Nov 2013 04:17 PM PST

MALAYSIA KINI
 
 
 
Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri itu.
  
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
  
"Insya-Allah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di Kota Bharu hari ini.
  
Perasmian kompleks berharga RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
  
Pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Islam itu.

Bagaimanapun sehingga kini pelaksanaannya tidak dapat dilaksanakan
termasuk disebabkan ia mendapat tentangan daripada rakan sekutu mereka iaitu DAP.
  
Sementara itu, Daud berkata tidak ada kes tertunggak melibatkan pelbagai kes umat Islam di Mahkamah Syariah di negeri ini dan itu dianggap satu kejayaan.
  
"Kami berjaya menyelesaikannya sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun daripada kes itu berjalan. Ini kerana kami mempunyai kelengkapan termasuk hakim yang mencukupi," katanya.- Bernama

Laporan 'gugat kestabilan': NST akan mohon maaf

Posted: 13 Nov 2013 04:06 PM PST

 

 

Hari ini dianggap sebagai kejayaan untuk kewartawanan yang bertanggungjawab apabila harian arus perdana New Straits Times (NST) terpaksa tunduk kepada tuntutan empat NGO untuk meminta maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

Permohonan maaf itu sebahagian daripada syarat ditetapkan oleh gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 2.0, kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre, untuk menggugurkan pertuduhan mereka.

NST juga bersetuju membayar RM120,000 kepada empat pihak itu, untuk laporan lebih setahun lalu yang mendakwa badan-badan itu terlibat dalam rancangan menggugat kestabilan kerajaan BN.

bersih tribunal ambiga 220913"Kerosakan telah berlaku pada masa itu... Saya harap perkara ini tidak menjadi tabiat NST untuk menulis laporan palsu dan kemudian minta maaf selepas itu," kata pengerusi bersama BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan (kiri) kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Permohonan maaf bukan penghujungnya. Kami mahu melihat kewartawanan yang bertanggungjawab."

NST bersetuju menyiarkan permohonan maaf pada halaman 3 akhbar itu dalam tempoh 14 hari, kecuali Sabtu.

Ia juga akan menarik balik laporan itu dalam portal atas taliannya dan menyiarkan permohonan maaf yang sama.

Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong bersetuju menarik balik saman itu selepas bertemu dengan peguam kedua-dua pihak.

Laporan NST di muka depan pada 21 September tahun lalu menuduh BERSIH dan NGO lain merancang konspirasi untuk menggugat kestabilan kerajaan BN.

MP: Tak adil stereotaip belia Cina dengan K-Pop

Posted: 13 Nov 2013 03:44 PM PST

 

 

Seorang MP Pakatan menyelar tindakan kerajaan yang didakwa membuat tanggapan stereotaip dengan menganjurkan konsert K-Pop untuk menarik penyertaan anak muda dari masyarakat Cina ke program seperti Hari Belia 2012.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang mencelah semasa ucapan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata langkah tersebut tidak adil kerana menganggap golongan anak muda terbabit hanya berminat dengan hiburan K-Pop.

Beliau sebaliknya secara sinis mencadangkan agar kerajaan menganjurkan perhimpunan seperti BERSIH yang mendapat sambutan golongan anak muda.

"Kalau nak tarik orang muda, belia Melayu dan Cina sama-sama, anjurkan BERSIH 3 atau BERSIH 4.

"Tak perlu perempuan pakai baju sedikit ini (artis K-Pop) untuk tarik orang muda," kata Khalid.

Khairy ketika membahaskan Belanjawan 2014 peringkat dasar sebelum bagaimanapun menepis usikan itu dan berkata kerajaan tidak akan menggalakkan golongan belia mencetuskan kekacauan dan "memukul polis".

Dalam ucapannya, Khairy menjelaskan bahawa penganjuran konsert K-Pop diadakan selepas melihat sambutan menggalakkan dari golongan belia Cina ke acara berkenaan.

"Pada tahun 2010 dan 2011 kita tak nampak penglibatan dari ramai orang terutamanya belia Cina.

"Apabila kita anjurkan konsert K-pop, beribu-ribu belia Cina hadir ke sana bersama kita," katanya.

Reformasi penyelamat masa depan

Posted: 13 Nov 2013 03:37 PM PST



Oleh Nurul Izzah


Mac 2010 masih lagi segar dalam kenangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (NEM); sebuah rancangan pengurusan ekonomi negara yang memberikan sebuah jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.

Pengenalan NEM merupakan bukti kerajaan bukan sahaja menyedari ekonomi Malaysia rosak, malah, mereka juga mengetahui cara-cara menyelesaikannya.

Sayang seribu kali sayang, harapan rakyat untuk melihat Malaysia lebih sejahtera punah dengan satu lagi program diperkenalkan pada tahun sama, iaitu Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menggantikan NEM.

ETP secara amnya cuma memperkenalkan kembali sistem ekonomi berasaskan kroni era 90-an, dengan projek-projek mega yang belum tentu akan memberi manfaat kepada rakyat secara amnya.

ETP tidak akan berjaya menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia, kerana masalah ini  memerlukan reformasi ekonomi melalui penstrukturan radikal dan bukan transformasi kosmetik.

Agenda reformasi ekonomi dapat diperjelaskan menggunakan Prinsip 5D Decentralisation, Divestment, Diversification, Discipline (Fiscal)  dan Democratisation:

Decentralisation (Pengagihan semula kuasa serta sumber)

Kerajaan perlu mengagihkan semula kuasa dan sumber-sumber yang ada kepada peringkat lebih rendah seperti kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Perkongsian hasil cukai dengan nisbah 60:40 antara kerajaan Pusat dengan negeri akan dapat merangsang aktiviti-aktiviti dan pertumbuhan ekonomi setempat untuk berlaku dengan lebih pantas.

Divestment (Penyahmilikan saham)

Kerajaan harus melepaskan atau mengurangkan pegangan saham kerajaan kepada sektor swasta, dengan menjual syarikat berkait kerajaan (GLC) kepada pihak pengurusan atau staf syarikat tersebut. Ini akan menaikkan produktiviti, inovasi dan seterusnya keuntungan syarikat tersebut.

Diversification (Mempelbagaikan sumber ekonomi)

Malaysia berkembang dari pertanian ke industri pengilangan dalam era 80-an dan ke sektor perkhidmatan dalam era 90-an. Seterusnya kita mestilah berusaha untuk mengembangkan lagi kepada sektor sains kehidupan dan teknologi nano. Fokus mestilah diberikan kepada pelaburan sektor swasta dalam pembinaan modal insan serta penyelidikan dan pembangunan, bukannya dalam pembangunan infrastruktur fizikal.

Kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Malaysia juga kaya dengan sumber asli biodiversiti yang berpotensi untuk memberikan hasil yang lumayan.

Discipline (Disiplin fiskal)

Perkara utama yang mesti ditumpukan kerajaan ialah pelaksanaan disiplin fiskal  sebagai usaha untuk mencapai bajet seimbang, sebagai persediaan menghadapi krisis kewangan. Kerajaan perlu mensasarkan untuk mengurangkan defisit bajet kita dari 4% ke 2%. Disiplin dan sebuah azam politik yang jitu juga diperlukan untuk mengurangkan hutang kebangsaan termasuk contingent liabilities dari 65% KDNK ke 40% KDNK.

Sebagai langkah awal untuk merakyatkan ekonomi, kerajaan wajib melaksanakan konsep Bajet Terbuka yang menjadikan proses merangka bajet lebih telus dan terbuka serta inklusif bukan sahaja untuk rakyat tetapi Parlimen juga. Segala maklumat, perbincangan dan laporan-laporan prestasi bajet secara berkala di awal, pertengahan dan penghujung pelaksanaan bajet diumumkan secara terbuka.

Democratisation (Pendemokrasian)

Rakyat wajib menuntut reformasi demokrasi bermula dengan membersihkan proses pilihan raya agar telus dan adil. Reformasi sistem Parlimen- termasuk penubuhan jawatankuasa tetap Parlimen memantau semua kementerian termasuk penggubalan dasar dan akta-akta, serta peluang mengusulkan perundangan oleh pembangkang agar prinsip pemisahan kuasa untuk fungsi timbang-tara pentadbiran berjalan lancar. Badan kehakiman mesti bebas dan berdikari. Kebebasan media sebagai saluran suara
rakyat mesti diwujudkan.

Menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi sesudah lebih 40 tahun barah dibiarkan menular ke setiap rongga penjanaan ekonomi negara. Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.