DUNIACACAMARBA |
- Umno Didakwa Tipu Melayu dalam Isu Kalimah Allah, PAS Gesa Tarik Balik Tuduhan
- Marina Mahathir Tuntut ISMA Tarik Kenyataan Atau...
- Gambar ANJING Kempen Keji Pemilihan PAS
- Penganalisis: Mat Sabu 10 Tahun ke Hadapan Berbanding dengan Mohd Amar
- Shahrizat Tarik Balik Saman RM100j terhadap Rafizi & Zuraida
- Mat Sabu Bantu Presiden PAS Lebar Pengaruh PAS
Umno Didakwa Tipu Melayu dalam Isu Kalimah Allah, PAS Gesa Tarik Balik Tuduhan Posted: 11 Nov 2013 04:53 AM PST [TMI] PAS mendakwa pemimpin politik Umno telah menipu masyarakat Melayu dalam isu kalimah Allah apabila mereka sendiri membenarkan penggunaannya di kalangan masyarakat Kristian. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan masyarakat Melayu telah diperbodohkan oleh Umno yang menggunakan isu penggunaan kalimah Allah sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya umum ke-13 lalu. "Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau juga mendesak pemimpin Umno menarik balik kenyataan yang menghentam PAS dalam pendirian melibatkan penggunaan kalimah Allah. "Apa isunya sebelum ini apabila kerajaan menuduh pihak PAS sedangkan kerajaan sendiri membenarkan? "Pendirian kerajaan sebelum ini bukan berasaskan agama tetapi berasaskan sentimen politik untuk menghangatkan suasana politik... kerajaan BN (Barisan Nasional) perlu tarik balik semua kenyataan yang memburukkan PAS kerana kerajaan sendiri membenarkan kalimah Allah," kata beliau lagi. Mahfuz sebelum itu bertikam lidah dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila mengeluarkan kenyataan bercanggah apabila bertegas kalimah Allah hanya ekslusif untuk penganut Islam tetapi pada masa sama Kabinet pula membenarkan penggunaan kalimah suci tersebut di Sabah dan Sarawak. "Jadi memang betullah keputusan kabinet yang YB (Jamil Khir) juga anggota Kabinet bersetuju membenarkan kalimah Allah digunakan orang Kristian," kata Mahfuz semasa di dalam Dewan Rakyat apabila Jamil Khir menegaskan keputusan tersebut diambil berlandaskan 10 Penyelesaian yang telah dipersetujui sebelum ini. Isu berkaitan penggunaan kalimah Allah tercetus sejak 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald menggunakan kalimah berkenaan dalam penerbitan mingguan berbahasa Melayu mereka bagi kegunaan penganut Katolik. Mahkamah Rayuan memutuskan Herald dilarang menggunakan perkataan berkenaan. Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kongres ke-28 Parti Bersatu Sabah berkata, penganut Kristian di Malaysia Timur boleh meneruskan penggunaan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya. Katanya, Putrajaya akan menghormati penyelesaian 10 perkara yang dimeterai pada 2011 iaitu gereja Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan kalimah Allah dan menggesa semua pihak tidak mempolitikkannya kerana ia akan menjadi ancaman memudaratkan diri sendiri. Namun, baru-baru ini semasa perutusan sempena sambutan Maal Hijrahnya, Najib berkata akan tetap mempertahankan kalimah Allah demi bangsa, agama, dan negara. Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrahnya, Najib berkata, ketegasan itu bagaimanapun dibuat secara berhemah melalui konsep Wasatiyyah yang menjadi asas kemakmuran Malaysia. "Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta. "Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah," katanya dalam perutusan berkenaan yang boleh didapati di laman web www.1malaysia.com.my. – 11 November, 2013. |
Marina Mahathir Tuntut ISMA Tarik Kenyataan Atau... Posted: 11 Nov 2013 04:46 AM PST Marina Mahu ISMA Tarik Balik Kenyataan [SH] SHAH ALAM - Datin Paduka Marina Mahathir menuntut Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan pemegang jawatan tertinggi pertubuhan itu menarik balik tuduhan ke atasnya yang mengatakan beliau adalah 'dalang' di sebalik tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango). Menurut Marina, selain menarik balik kenyataan itu, beliau turut menuntut Isma menarik balik tuduhan sama dari semua media massa dan media online mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan serta-merta. "Walaupun saya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (Sis) yang juga di antara 54 NGO dalam Comango namun, saya langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan tersebut. "Saya menganggap kata-kata palsu dalam risalah Isma ini memberi gambaran yang amat buruk mengenai diri saya dan mencemarkan nama baik saya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Pada 8 November, Isma dilaporkan telah mengedarkan 70,000 risalah di masjid-masjid di seluruh negara yang mendakwa Marina sebagai salah seorang 'dalang' di belakang gabungan NGO yang dikenali sebagai Comango. Menurut Isma, risalah-risalah itu bertujuan menjelaskan kepada seluruh umat Islam bahawa tuntutan Comango telah mengancam kedudukan Islam di Malaysia yang didalangi tokoh-tokoh liberal dan 54 NGO anti Islam. Isma mendakwa, antara dalang dalam isu Comango ini ialah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan termasuk Marina sendiri. Tambah Marina, beliau juga memandang berat penerbitan semula risalah Isma di media cetak ataupun online dan menganggap tindakan ini sebagai turut mencemar nama baiknya. "Saya juga meminta semua media massa menarik balik penerbitan risalah ini atau saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbitan tersebut," tambahnya lagi. Sebelum ini, media melaporkan, Comango menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland, 24 Oktober lalu. Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini. Sementara itu, pada setiap empat setengah tahun, kumpulan kerja UPR dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB akan menilai rekod hak asasi manusia kesemua 193 negara anggota PBB. - 11/11/13 |
Gambar ANJING Kempen Keji Pemilihan PAS Posted: 11 Nov 2013 04:40 AM PST [MK] Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan PAS diumumkan Sabtu lalu, bermula kempen memburuk-burukkan calon di alam maya, antaranya dengan menggambarkan seorang calon ketua Pemuda sebagai anjing. Kempen di laman Facebook "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" itu antaranya dilapor memuat naik gambar ketiga-tiga calon Ketua Pemuda PAS, dengan seorang daripada mereka Zulhazmi Shariff berwajah anjing. Manakala dua lagi pesaing Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar, lapor Sinar Harian. Zulhazmim, aktivis anti saman ekor PAS itu dilihat sebagai calonunderdog berbanding Suhaizan dan Kamaruzaman. Ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu menyifatkan perkembangan itu sebagai kempen paling keji pernah dilihatnya dalam tempoh 28 tahun beliau menyertai PAS. "Jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga Pemuda PAS dengan saraf tahap 'macai' dan out of date(ketinggalan zaman) begini sama ada (perang) saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati," katanya. Gambar sudah dibuang Menulis di Facebook, Nasrudin menegaskan keperluan bersaing atas semangat "berlumba-lumba membuat kebaikan" kerana perwakilan menilai prestasi setiap calon. Sementara itu, Sinar turut melaporkan Pemilik akaun tersebut memuat naik beberapa mesej yang didakwa daripada bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan bekas pesuruhjaya Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali "Jika anjing-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali. "Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP... maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian," tulisan itu dipetik. Pemilik akaun turut mendakwa Suhaizan menjadi kambing hitam golongan "liberal" untuk memecahkan undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas. Tulisan itu juga menyifatkan "satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam". Pemilihan PAS membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk garis panduan, antaranya dilarang mengeluarkan kenyataan dalam pelbagai bentuk yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tinjauan Malaysiakini ke Facebook itu sebentar tadi mendapati gambar dan tulisan berkaitan sudah dibuang. -11/11/13 P/s: Tak semestinya troper UNMO, boleh jadi troper PAS. |
Penganalisis: Mat Sabu 10 Tahun ke Hadapan Berbanding dengan Mohd Amar Posted: 11 Nov 2013 12:01 AM PST [TMI] Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai kelebihan 10 tahun ke hadapan daripada segi politik berbanding pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi perebutan jawatan kedua tertinggi parti Islam itu, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Kebangsaan (MPN), Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Dr Shamsul berkata, pengalamannya dalam perjuangan parti serta kepimpinan yang sangat luas menyebabkan nama Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu lebih dikenali masyarakat. "Mungkin kerana sikapnya yang suka turun padang, bersalam dengan orang ramai, bagi seminar dan forum menjadikan beliau lebih menonjol. "Namanya juga sering disebut berbanding Mohd Amar. Mungkin Mohd Amar hanya terkenal di Kelantan," katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian. Katanya, sekiranya Mohd Amar terpilih pada Muktamar PAS ke-59 yang berlangsung pada 22 hingga 24 November ini, mungkin kerana kesinambungan sebagai wakil daripada golongan ulama. "Pastinya orang Kelantan akan berkempen untuk mengangkatnya dan mencari jalan supaya pemimpin baru ini meneruskan perjuangan PAS. "Selain itu, mungkin mahu membawa perubahan dalam pucuk pimpinan parti dengan kehadiran orang muda menjadi batu loncatan Mohd Amar untuk mengambil alih jawatan tersebut," katanya. Shamsul berkata, Mohamad bukan calang-calang orang kerana beliau masih berjaya memimpin parti walaupun kalah bertanding di Parlimen Pendang, Kedah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul. "PAS tidak menghukum beliau dengan kekalahan itu, sebaliknya mungkin diberi mandat baru. Daripada segi kepimpinan dan popularitinya itulah menjadi pengukur kepadanya terus mengekalkan jawatan timbalan presiden pada muktamar nanti," katanya. Mengulas mengenai kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tiada pencabar, Shamsul berkata, pengalaman pemimpin itu dalam selok-belok parti dan kerajaan membantunya terus kekal. "Pemimpin lain dilihat tidak bersedia lagi menggalas tugas sekiranya berada pada kedudukannya itu yang boleh disamakan dengan menteri-menteri di peringkat kerajaan. "Sekiranya PAS memerintah Malaysia, Hadi akan menjadi Perdana Menterinya," katanya. Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan PAS kali ini apabila calon lain yang layak iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya akan bertanding merebut jawatan naib presiden. Kemenangan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS pada 22 November ini akan menentukan masa depan parti Islam itu terutamanya sama ada terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau keluar daripada gabungan itu. Mohamad dilihat sebagai mewakili kumpulan yang mahukan PAS terus bersama PR manakala Mohd Amar pula dilihat sebaliknya. – 11 November, 2013. |
Shahrizat Tarik Balik Saman RM100j terhadap Rafizi & Zuraida Posted: 10 Nov 2013 10:19 PM PST [MK] Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar. Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah. Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu. Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam. Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida . "Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin. "Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee. -11/11/13 Berkaitan: Saya akan terus siasat, cari penanggungjawaban – Rafizi [KD] KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli tekad akan terus menyiasat untuk mencari penanggungjawaban terhadap skandal penyelewengan RM250 juta dana projek National Feedlot Corporation (NFC). "Saya akan terus menyiasat dan mencari kebertanggungjawaban isu NFC ini walaupun selepas kes saman ini digugurkan," kata Rafizi. Beliau mengulas pembatalan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut. Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini. Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung pendedahan mereka mengenai projek NFC. Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berhubung satu ucapan didakwa berbaur fitnah yang diujarkan bekas menteri tersebut. Jelas Rafizi sebelum ini, langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat NFC yang diusahakan keluarga menteri itu terus dibawa ke mahkamah. Saman balas itu diambil kerana khuatir pihak plantif mungkin mengambil keputusan melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan. -11/11/13 |
Mat Sabu Bantu Presiden PAS Lebar Pengaruh PAS Posted: 10 Nov 2013 10:12 PM PST [HD] KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS. Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya. "Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi. "Secara tidak langsung, ia membawa pengaruh PAS ke dalam masyarakat supaya mereka terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Bahkan katanya, usaha menarik orang Melayu untuk terus menyokong PAS disifatkan sebagai kerja yang berterusan. Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan Ke-59 yang akan berlangsung pada 22 November ini menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden PAS. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah bertanding jawatan itu selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musan dan Salahuddin Ayub menarik diri bertanding jawatan itu. - 11/11/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan