DUNIACACAMARBA |
- Ahmad Busu "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" Meninggal Dunia
- Suspek Bunuh Pegawai AMBANK Sembunyi di Rumah Kosong
- [PANAS] Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak di Depan Rumah
- Penjenayah Larikan KEMALUAN Lelaki
- Blogger Mesra UMNO dan Utusan Malaysia Sokong Mohd Amar Sebagai Timbalan Presiden PAS, Siapa Pilihan Perwakilan PAS?
- PKFZ Rugi RM12.5 bilion, AG Buat Tidak Kisah?
- Hilang DARA di Hotel Bajet
- GST Ibarat Pukat Tunda - Raja Kamarul Bahrin
- Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Meninggal Dunia
- [Video] Perompak dan Pembunuh Pegawai AMBANK Berjaya Diberkas
Ahmad Busu "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" Meninggal Dunia Posted: 10 Nov 2013 05:02 AM PST | ||||
Suspek Bunuh Pegawai AMBANK Sembunyi di Rumah Kosong Posted: 10 Nov 2013 04:50 AM PST [Bernama] KUALA LUMPUR: Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor. "Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas. "Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya. Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi Ahad. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau pada Ahad, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis. Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan. Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. - 10/11/13 | ||||
[PANAS] Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak di Depan Rumah Posted: 09 Nov 2013 11:51 PM PST
[Mstar] KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback. Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam. P/s: Takziah. Kemas Kini:
Kematian Ketua Penguat Kuasa Jaip Bermotif Bunuh [Bernama] KUANTAN - Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu. Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya. "Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari ini. Zakaria berkata dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. "Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya. Zakaria berkata, polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain. - 10/11/13 | ||||
Penjenayah Larikan KEMALUAN Lelaki Posted: 09 Nov 2013 11:30 PM PST
[HM] Los Angeles: Empat orang didakwa menculik, menyeksa dan mengerat kemaluan seorang pemilik tempat penyimpanan ganja perubatan bagi memaksa mangsa mendedahkan tempat simpanan perniagaan dadahnya. Tertuduh percaya mangsa menyembunyikan sejumlah besar wangnya di kawasan terpencil padang pasir. Bagaimanapun penjenayah terbabit tidak menyangka bahawa mereka tersilap menilai mangsa kerana lelaki terbabit bukanlah pengedar dadah, sebaliknya cuma ahli perniagaan yang menjalankan perkhidmatan penyimpanan ganja berlesen. Dua daripada suspek, Ryan Anthony Kevorkian, 34, dan Naomi Josette Kevorkian, 33, ditahan di Fresno, tengah California semalam, sehari selepas defendan ketiga Hossein Nayeri, 34, ditahan di Republik Czech. Pihak berkuasa berkata, pada awalnya Hossein melarikan diri dari AS ke Iran selama beberapa bulan tetapi ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ketika cuba melawat keluarganya di Sepanyol. Kyle Shirakawa Handley, 34, dalang yang dituduh dalam kes penculikan itu sudah ditahan sejurus selepas insiden tersilap mangsa itu berlaku Oktober lalu. Setiap suspek didakwa atas tuduhan menculik, melakukan kekacauan, penyeksaan dan mencuri dengan hukuman tambahan kerana menyebabkan kecederaan parah pada tubuh. Semua mereka ditahan tanpa dibenar diikat jamin dan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan. Mangsa - yang dirahsiakan identitinya oleh pihak berkuasa - adalah pemilik tempat penyimpanan ganja sah yang mewah di California. Ganja itu disimpan untuk tujuan perubatan. Mangsa terselamat daripada dicacatkan tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama. Polis berkata, suspek melarikan diri bersama potongan kemaluan mangsa supaya ia tidak dapat disambung semula. Menurut polis, rancangan penculikan itu dibuat selepas mangsa membawa beberapa penanam ganja yang menjadi pembekal kepada tempat penyimpanannya, termasuk Handley untuk percutian mewah hujung minggu ke Las Vegas. - Reuters - 10/11/13 Baca lanjut di sini. | ||||
Posted: 09 Nov 2013 08:46 PM PST Mengapa blogger mesra UMNO dan Utusan "menyokong" Nasharuddin Mat Isa, Harun Taib, Hassan Ali, dan kini Nik Amar? Sudah pasti sokongan yang diberikan itu bukan secara kebetulan. Mengapa blogger mesra UMNO dan akhbar yang juga suara UMNO itu tidak lantang menyokong Mat Sabu dan beberapa individu lain? Satu daripada sebabnya kerana Mat Sabu dan individu yang dianggap sekelompok dengannya merupakan penentang tegar UMNO dan kelompok yang menyokong UMNO dari dalam PAS. Dalam satu kenyataan Mat Sabu pernah berkata "Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, kutampar tangan mereka." Bagi TM seperti yang dikongsikan dalam FB baru-baru ini, hubungan PAS dengan PR mungkin hambar jika Mat Sabu tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Hal ini dilihat berdasarkan keupayaan dan kesediaannya menjadi jambatan untuk mengukuhkan hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP. Malah Mat Sabu dilihat lebih "mesra" dengan pimpinan utama PR. Beliau juga turut dilihat secara jelas oleh rakyat Malaysia mewakili PAS dalam pelbagai isu nasional yang membabitkan kepentingan negara dan rakyat. Pernah anda melihat calon lawannya sepentas dan seiring dengan pimpinan PR dalam pelbagai isu nasional? Malah calon lawannya juga antara tokoh yang lantang meminta PAS mengkaji hubungan dengan Pakatan Rakyat. Selain itu, populariti Mat Sabu dalam kalangan rakyat berbilang bangsa menjadi bonus kepada PAS untuk meraih sokongan bukan Melayu dan melebarkan moto parti itu, iaitu PAS For All yang kini sudah mula diterima oleh masyarakat bukan Islam. Tanpa tokoh yang dianggap golongan bukan ulama dalam PAS, sudah pasti agenda itu sukar direalisasikan kerana sebelum ini hanya TGNA mewakili golongan ulama dilihat mendapat penghormatan dan sokongan yang meluas daripada masyarakat bukan Islam di negara ini. Isu lain yang perlu diberi perhatian ialah beban tugas yang ditanggung oleh bakal Timbalan Presiden PAS untuk sesi 2013-2015. Sudah tentu orang yang wajar memegang jawatan itu tidak menjawat banyak tugas rasmi yang akan mengehadkan kemampuannya membantu Presiden mengemudi PAS untuk berdepan PRU14 nanti. Siapa pula pilihan perwakilan PAS kerana merekalah yang akan membuat pilihan? -DCM Berkaitan: [TMI] Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu. Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS. "Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi 'lebai malang' melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang. "Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu," kata beliau dalam tulisannya dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini. Zulkiflee turut menjangkakan penyandang Mohamad atau "Mat Sabu" walaupun dianggap sebagai ayam sabung PAS bakal berdepan cabaran sengit terutama selepas popularitinya semakin menurun akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. "Kali ini, Mat Sabu dilihat memasuki gelanggang dalam keadaan 'badan penuh kecederaan' dan paling ketara beliau sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum. "Ini belum lagi mengambil kira bagaimana populariti beliau dikatakan semakin menurun," katanya. Selain itu, Zulkiflee juga menegaskan golongan ulama dalam PAS sudah bersatu berbanding dalam pemilihan lalu. "Kali ini seolah-olah sudah ada kesepakatan oleh golongan ulama untuk meletakkan seorang calon sahaja. "Keadaan itu berbeza dengan pemilihan 2011, apabila dua calon ulama bertanding iaitu penyandang Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesudahannya ia menyebabkan undi ulama berpecah dan Mat Sabu 'ditabal' menjadi Timbalan Presiden dengan majoriti 21 undi," katanya. Di samping itu, Mohd Amar pada pandangan Zulkiflee adalah individu paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan penting itu kerana pengalaman politiknya dalam membantu PAS mempertahankan Kelantan serta mempunyai latar belakang agama sesuai dengan imej Islam parti tersebut. "Biarpun tewas dalam pemilihan lalu bagi jawatan naib presiden namun kejayaannya membantu PAS mempertahankan pemerintahan di Kelantan banyak meningkatkan popularitinya. "Apatah lagi, beliau dilihat pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan sentiasa tegas apabila berhadapan dengan sesuatu isu biarpun ia dicetuskan oleh sekutu PAS sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya lagi. Selepas tarikh penamaan calon ditutup 8 November baru-baru ini, jawatan timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad dengan Mohd Amar. Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS apabila beliau tidak dicabar yang menjadikan perebutan jawatan timbalan presiden hangat selain naib presiden parti Islam itu. – 10 November, 2013. | ||||
PKFZ Rugi RM12.5 bilion, AG Buat Tidak Kisah? Posted: 09 Nov 2013 08:34 PM PST [HD] KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat membingungkan. PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN? Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian. Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang. "Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula," sindirnya. Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan. "Apakah ia disebabkan kes ini satu kes yang lemah sejak permulaan perbicaraan, atau ada kelemahan di dalam kes pendakwaan oleh JPN sendiri? Jika kes ini lemah sejak mula, mengapa perlu membuat dakwaan? Jika ini kerana kelemahan, maka yang perlu ditanya ialah apakah kelemahan tersebut," tegasnya lagi. Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berpendapat rayuan sepatutnya telah difailkan, namun beliau mempertegaskan bahawa ia adalah hak JPN untuk menentukannya. "Tetapi Peguam Negara perlu memberikan penjelasan. Perkara ini tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja. Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ," Karpal dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider. Dr Ling, 70, dibebaskan pada 25 Oktober lalu setelah mahkamah mendapati berliau tidak bersalah atas dakwaan menipu dan sengaja tidak memaklumkan maklumat kepada kerajaan persekutuan dalam kes PKFZ. Beliau dituduh sengaja tidak mendedahkan dan menipu kabinet bahawa terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah. Tarikh tutup rayuan ialah pada Jumaat lepas, 8 November 2013. Kes ini menarik perhatian ramai apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudi tampil memberi keterangan bagi Dr Ling. - 10/11/13 Berita berkaitan di sini. | ||||
Posted: 09 Nov 2013 08:00 PM PST
[SH] DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih. Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila gadis berusia 19 terbabit menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri. Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan. Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi. Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut. Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai pekerja swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yang juga dari Kelantan, malah mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama. Akibat perbuatan terkutuk itu, pasangan terbabit akhirnya ditahan bagi siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Turut dirampas, coli dan seluar dalam wanita itu untuk dijadikan bahan kes dalam prosiding pendakwaan pada awal Disember nanti. - 10/11/13 | ||||
GST Ibarat Pukat Tunda - Raja Kamarul Bahrin Posted: 09 Nov 2013 07:30 PM PST [SH] KUALA TERENGGANU - Perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan bermula April 2015, ibarat pukat tunda kerana dilihat akan memberikan kesan kepada semua kerana melibatkan 'ikan kecil' dan 'ikan besar'. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana tidak adil untuk 'ikan kecil' yang tidak berpeluang menikmati kehidupan yang lebih lama. "Jika benar kerajaan ingin teruskan, saya ingin cadangkan, pukat tunda itu diganti dengan pukat jerut. Ini sebab pukat jerut ini saiz lubang pukatnya ada besar dan ada yang sederhana. "Supaya 'ikan kecil' terlepas dan dapat hidup lebih lama serta membesar, supaya orang miskin dikecualikan dan orang biasa terlepas daripada cukai. Sekarang, hanya sebahagian kecil rakyat yang bayar cukai," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini. Melalui GST, katanya, semua orang terpaksa membayar cukai. Kata beliau, kerajaan tidak boleh mengelirukan rakyat dengan membuat perbandingan dengan GST di Singapura. Katanya, Singapura mulakan GST mereka dengan kadar tiga peratus dan mengambil masa sembilan tahun untuk naik satu peratus lagi. Selepas itu, ia mengambil masa selama empat tahun lagi untuk sampai kepada tujuh peratus, iaitu jangka masa 13 tahun daripada tiga peratus untuk sampai kepada tujuh peratus, sedangkan negara ini bermula dengan enam peratus. "Sepatutnya Malaysia pandai belajar. Singapura negara maju, Malaysia negara membangun. "Tahap kemiskinan rakyat jauh berbeza, tetapi Singapura lebih prihatin kepada rakyat dan publisiti meluas bertahun-tahun diadakan sebelum GST dikenakan," katanya. Katanya, Islam adalah sistem yang paling adil. Cukai melalui zakat dan harta perniagaan dikenakan untuk mereka yang berada sahaja dan mesti cukup haul, iaitu setahun sekurang-kurangnya simpanan. Orang berada sahaja dikenakan dan kadarnya hanya 2.5 peratus. "Islam menuntut pemerintah menjual aset dan harta sendiri sebelum rakyat dikenakan cukai bebanan yang terlalu tinggi," katanya. - 9/11/13 | ||||
Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Meninggal Dunia Posted: 09 Nov 2013 06:35 PM PST [Bernama] KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Alhijrah, Datuk Bukhari Che Muda meninggal dunia akibat penyakit barah pada 6.08 pagi di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Petaling Jaya. Allahyarham berusia 56 tahun. Jenazah beliau dibawa ke kediamannya di No 6, Jalan Hablur Satu, Seksyen 7, Shah Alam. Pegawai Perhubungan Awam TV Alhijrah Irwan Abdul Rahman berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Negeri di Shah Alam untuk solat jenazah pada 12 tengah hari sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Beliau berkata Allahyarham dihantar ke SJMC tengah malam tadi berikutan keadaannya yang tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital itu, awal pagi tadi. Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan meninggalkan isteri Datin Suriati Daud, 52, dan empat anak berusia antara 12 hingga 17 tahun. Allahyarham telah menceburi bidang penyiaran lebih 25 tahun dengan memegang pelbagai jawatan strategik di peringkat pengurusan di TV3 dan TV9. Beliau menamatkan pengajian ijazah dalam bidang penyiaran di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan memperoleh Executive MBA dari Beme University of Applied Sciences, Switzerland dan Cambridge International Diploma in Management. Memulakan kerjayanya sebagai wartawan di Berita Harian pada 1982, Allahyarham kemudian menyertai stesen TV3 pada 1984 dengan tanggungjawab menubuhkan operasi Bilik Berita. Apabila Media Prima Berhad melancarkan TV9 pada 1996, Allahyarham ditugaskan mengetuai stesen baharu itu untuk memperkenalkan kepada masyarakat penjenamaan dan kandungan TV yang disasarkan kepada penonton Melayu pelbagai lapisan umur. Allahyarham juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi TV9 sebelum memegang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah.-- 10/11/13 P/s: Takziah. | ||||
[Video] Perompak dan Pembunuh Pegawai AMBANK Berjaya Diberkas Posted: 09 Nov 2013 06:29 PM PST [AA] Kuala Lumpur: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu. Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut. -10/11/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan