Ahad, 10 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKFZ rugi RM12.5 bilion, AG buat tak kisah?

Posted: 10 Nov 2013 01:29 AM PST

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat membingungkan.

PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN?

Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian.

Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang.

"Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula," sindirnya.

Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan.

"Apakah ia disebabkan kes ini satu kes yang lemah sejak permulaan perbicaraan, atau ada kelemahan di dalam kes pendakwaan oleh JPN sendiri? Jika kes ini lemah sejak mula, mengapa perlu membuat dakwaan? Jika ini kerana kelemahan, maka yang perlu ditanya ialah apakah kelemahan tersebut," tegasnya lagi.

Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berpendapat rayuan sepatutnya telah difailkan, namun beliau mempertegaskan bahawa ia adalah hak JPN untuk menentukannya.

"Tetapi Peguam Negara perlu memberikan penjelasan. Perkara ini  tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja. Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ," Karpal dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.

Dr Ling, 70, dibebaskan pada 25 Oktober lalu setelah mahkamah mendapati berliau tidak bersalah atas dakwaan menipu dan sengaja tidak memaklumkan maklumat kepada kerajaan persekutuan dalam kes PKFZ.

Beliau dituduh sengaja tidak mendedahkan dan menipu kabinet bahawa terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.

Tarikh tutup rayuan ialah pada Jumaat lepas, 8 November 2013.

Kes ini menarik perhatian ramai apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudi tampil memberi keterangan bagi Dr Ling.

[GAMBAR & VIDEO] Taufan Terkuat Di Dunia Landa Filipina, 10,000 Dikhuatiri Terkorban

Posted: 10 Nov 2013 01:14 AM PST


KELAB GREENBOC


Manila: Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi kelmarin dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi kelmarin waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.

Presiden Benigno Aquino seblum ini memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.

"Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katanya dalam pengumuman di stesen televisyen.

"Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya.

Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki.

Lebih 125,000 penduduk di kawasan berisiko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.

Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai.

Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup.

Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP


Lebih 100 mayat bergelimpangan


MANILA - FILIPINA. Lebih 100 mayat bergelimpangan di jalan raya di Tacloban selepas taufan terkuat di dunia yang membawa angin kencang berkelajuan 315 kilometer sejam membadai wilayah Leyte, menurut pihak berkuasa, hari ini.

Timbalan Pengarah Penerbangan Awam Filipina, John Andrews memaklumkan ratusan penduduk juga cedera di wilayah itu yang dilaporkan paling teruk terjejas.

"Angka kematian mungkin meningkat berikutan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan," katanya pada laporan AFP.

Dalam perkembangan lain, lebih 100,000 penduduk kampung di Vietnam diarah berpindah ke pusat penempatan sementara selepas Haiyan dijangka membadai negara itu, awal pagi esok.

Media tempatan melaporkan kebanyakan sekolah di kawasan dataran rendah di tengah Danang dan wilayah Quang Ngai telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Taufan Haiyan: Lebih 10,000 Dikhuatiri Terkorban di Filipina


TACLOBAN (Filipina): Taufan terkuat di dunia yang memusnahkan seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad, sekali gus menjadikan ia bencana semula jadi paling dasyat yang pernah direkodkan negara itu.

Angka korban terbaru akibat Taufan Haiyan dikeluarkan ketika Amerika Syarikat berjanji menyalurkan bantuan tentera dalam usaha membantu mencari mangsa yang masih hilang dan beberapa kawasan yang terputus bekalan makanan sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Wilayah Leyte, Elmer Soria berkata lebih 10,000 dipercayai terkorban di wilayah paling teruk terjejas itu.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan gabenor dan berdasarkan anggaran kerajaan, pada mulanya terdapat 10,000 mangsa terbunuh. Kira-kira 70 hingga 80 peratus rumah dan struktur bangunan di sepanjang jalan musnah akibat taufan," kata Soria.



LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI

Wanita ditemui mati di lorong pejalan kaki

Posted: 10 Nov 2013 01:08 AM PST

 

 

Seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia ditemui mati di lorong pejalan kaki, berhadapan stesen Petronas di Jalan Bangsar, semalam.

Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Juhiriyah, 40-an, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui kawasan itu tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati sejak empat hari lepas.

"Polis menemui beg tangan mangsa berhampiran mayat itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- Bernama

Anwar: Najib belum jawab dakwaan skandal kait AG

Posted: 10 Nov 2013 12:45 AM PST


MALAYSIA KINI
    

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang masih berdiam diri dengan laporan yang mendakwa peguam negara mendapatkan khidmat ejen perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

"Dakwaan terbaur oleh Tun Dr Mahathir Moahamd bahawa Pejabat Peguam Negara menggaji dua ejen CIA adalah amat mengejutkan dan memerlukan respon segera dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan itu timbul susulan laporan yang mendedahkan jaringan perisik perisikan global oleh Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara lain di bumi Malaysia.

"Namun perdana menteri sehingga hari ini masih berdiam diri, pendedahan terbaru ini tidak lain dari satu perkara yang amat memalukan dan penuh skandal," katanya lagi.

Ketua umum PKR itu mengulas laporan dalam laman The Malaysian Insider berhubung satu pertemuan yang didakwa berlangusng di antara Mahathir dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Dr Mahathir juga dikatakan telah menekan Gani dan memanggil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk satu pertemuan.

"Dalam mesyuarat itu, Dr Mahathir mendakwa Pejabat Peguam Negara mengupah dua orang ejen CIA. Ahmad Zahid bersetuju untuk menyiasat dakwaan itu," lapor laman tersebut pada hari Rabu lalu, memetik kenyataan sumber yang tidak dinamakan.

Anwar juga berkata Gani perlu memberi penjelasan kepada umum berhubung perkara itu dan juga dakwaan lain mengenai "aktivisi haram dan bersifat konspirasi" yang dikaitkan dengan Pejabat Peguam Negara.

Ia turut melibatkan laporan polis yang dibuat oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

Anwar juga berkata, Gani sepatutnya digantung perkhidmatan sekiranya terus gagal untuk menadikan dakwaan salah laku berkenaan.

Tambahnya, perdana menteri tidak harus mengabaikan tuntutan umum untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan tesebut.

Pguam Negara pula tidak sepatutnya dibiarkan untuk berkhidmat apabila timbul dakwaan seperti itu, katanya lagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak Depan Rumah

Posted: 10 Nov 2013 12:39 AM PST

MSTAR ONLINE
 

KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.- BERNAMA

Suspek bunuh pekerja Ambank berjaya ditangkap

Posted: 10 Nov 2013 12:37 AM PST

Harakahdaily,




KUALA LUMPUR: Suspek bunuh pekerja Ambank dalam tragedi rompakan nekad di cawangan bank tersebut di Subang Jaya baru-baru ini berjaya diberkas polis di Johor Bharu, pagi ini, umum Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej pesanan twitternya.

Menurut Abu Bakar, suspek tersebut ditangkap pasukan 'Ops Cantas Bukit Aman'.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu polis (dalam membanteras jenayah).

Dalam kejadian di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya 23 Oktober lalu, pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, berada bersama suspek serta empat lagi kakitangan bank di bilik kebal untuk menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.

Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

GLC mengiklan di Utusan satu pembaziran

Posted: 10 Nov 2013 12:31 AM PST

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, yang mengarahkan 35 syarikat berkait kerajaan (GLC) utama negara menambah iklan di akhbar-akhbar milik Umno termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian membuktikan GLC-GLC utama negara tidak mahu membazir.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, hal ini jelas apabila dilihat penurunan jumlah edaran akhbar-akhbar tersebut yang menjunam dari 203,704 (2005) ke 130,463 (2012) iaitu penurunan 36% bagi Berita Harian dan dari 213,445 (2005) ke 178,211 (2012) iaitu penurunan 16.5% bagi Utusan Malaysia (1).

Katanya, ditambah pula laporan Consumer & Media View oleh Nielsen yang menyatakan Utusan Malaysia khususnya menyaksikan jumlah pembaca berkurangan 8.6% menjelang PRU13 (2), dan persepsi yang timbul akibat kekalahan demi kekalahan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah berkait fitnah yang disebar akhbar tersebut.

"Maka mengiklan di akhbar yang jumlah edaran dan pembacanya menurun bukanlah sesuatu yang strategik, terutama bagi GLC-GLC utama negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, realiti hari ini yang sukar difahami Ahmad dan Umno ialah para pembaca letih dan muak disuap propaganda dan fitnah Umno.

Katanya, mereka ingin membaca berita dari semua sudut, mencakupi suara semua pihak.

"Peningkatan mendadak 60% trafik ke laman web politik menjelang PRU13 membuktikan rakyat Malaysia mendahagakan maklumat dan berita yang lebih seimbang, yang jelas sama sekali tidak boleh diperolehi dari akhbar-akhbar milik Umno," katanya.

Maka, katanya tindakan GLC utama negara tidak mengiklan di Utusan Malaysia dan Berita Harian boleh dilihat sebagai satu langkah mengelak pembaziran.

Justeru, tegasnya PKR menyokong segala bentuk usaha untuk membanteras pembaziran, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan wang ringgit rakyat.

Katanya, Ahmad bahkan Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu mengambil iktibar GLC enggan mengiklan kerana isi kandungan akhbar milik Umno tidak disenangi pembaca.

"Oleh itu, laksanakan reformasi tulen dan menyeluruh di akhbar-akhbar ini sebelum meminta GLC mengiklan," katanya lagi.

Sudah Tiba Masa Penggunaan Internet Ditapis - Tun Mahathir

Posted: 10 Nov 2013 12:29 AM PST

MSTAR ONLINE

 
BANGI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya untuk isi kandungan Internet ditapis memandangkan ramai yang menyalahgunakan kemudahan itu.

Dr Mahathir berkata ini kerana, melalui Internet penyebaran fitnah, berita palsu dan bahan lucah tersebar dengan pantasnya tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

"Jika dahulu kanak-kanak serta masyarakat muda tidak berpeluang melihat gambar serta video lucah tetapi dengan adanya Internet mereka dapat melihat di mana sahaja," katanya dalam ucapan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke-16 di sini, Ahad.

Beliau berkata jika dahulu penyebaran gambar lucah hanya boleh dilihat melalui akhbar dan majalah dari luar negara, namun kemasukannya boleh disekat tidak seperti Internet yang digunakan berleluasa.

Tambah beliau penyebaran bahan lucah juga menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak serta meningkatnya kes rogol dan jenayah lain. Dr Mahathir juga tidak menafikan terdapat segelintir individu yang menggunakan Internet untuk belajar melakukan jenayah berat seperti membunuh serta merompak.

"Tidak dapat dinafikan bahawa akses kepada bahan lucah menyumbang perlakuan pelbagai jenayah yang dulunya tidak berlaku, kebanyakan gambar dan video yang tersebar juga memaparkan mengenai keganasan yang melampau dan ia mempengaruhi masyarakat," katanya.

Beliau berkata faktor ini juga boleh menyebabkan kestabilan dan keselamatan negara terancam, dengan memberikan contoh terdapat negara maju yang sistem keselamatan telah diceroboh akibat kebebasan berinternet.

Menurut beliau, walaupun semasa di peringkat awal penggunaan Internet kerajaan berjanji tidak akan menyekat penggunaannya, namun kini keadaan telah berubah dan penggunaan Internet berkembang dengan meluas. -BERNAMA

Wajarkan pimpinan PAS hanya dari kalangan ulama?

Posted: 10 Nov 2013 12:24 AM PST

Oleh: Pengerusi Tetap Muktamar

Jika PAS menyertai pilihan raya kerana suka-suka, lebih baik PAS menjadi NGO seperti Abim, Ikram atau mungkin menjadi seperti tabligh.





PAS adalah sebuah parti politik yang bercita-cita untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Itulah matlamat utama kenapa PAS menyertai pilihan raya. Jika PAS menyertai pilihan raya kerana suka-suka dan tidak meletakkan matlamat kemenangan yang jelas, lebih baik PAS menjadi NGO seperti Abim, Ikram atau mungkin menjadi seperti tabligh.

Apabila jelas cita-cita menyertai pilihan raya, PAS mesti memahami bagaimana kuasa pemerintahan yang diidam-idamkan itu berjalan dan apakah struktur yang menggerakkan sebuah kerajaan. Dari situlah, PAS mesti menyediakan dirinya agar mampu dan dilihat mampu untuk memikul amanah, iaitu menyediakan pemimpin-pemimpin parti bagi menghadapi cabaran mengurus sebuah kerajaan. Barisan kepemimpinan dan kompetensi sebuah parti itu sendiri akan mencerminkan sejauh mana parti itu bersedia memimpin sebuah negara.

Kerajaan sebuah negara bukan hanya mengurus bab agama sahaja, bukan fokus pada hukum jenayah sahaja. Mari kita lihat secara kasar apakah skop kerja sebuah kerajaan.

Kerajaan Malaysia hari ini mempunyai 22 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini mewakili portfolio tertentu. Di bawah setiap kementerian terdapat berpuluh-puluh agensi, jabatan, institusi, suruhanjaya, majlis, perbadanan, syarikat, pusat pembangunan dan penyelidikan, lembaga, akademi, yayasan, bahagian dan unit.

Contohnya di bawah Kementerian Kesihatan, bidang-bidang yang dinaungi oleh kementerian ini termasuk amalan perubatan, peranti perubatan, kejururawatan, kualiti makanan, pergigian, pembangunan kesihatan, pendidikan kesihatan, latihan, khidmat farmasi, perubatan tradisional, sains kesihatan, kejuruteraan perubatan, telekesihatan, psikologi, perubatan dan kesihatan kanak-kanak, pengawalan fatmaseutikal kebangsaan, 104 buah hospital kerajaan, jabatan kesihatan negeri-negeri dan pejabat kesihatan daerah-daerah.

Pentadbiran sebuah negara juga terlalu luas skopnya, tidak hanya tertumpu kepada bidang keagamaan sahaja. Antara sektor-sektor lain yang termasuk dalam skop pentadbiran kerajaan ialah:

Maritim, undang-undang, istiadat dan raja-raja, perlembagaan, kabinet kerajaan, hartanah, institut integriti, majlis agama Islam, guaman, kehakiman, mahkamah sivil dan syariah, kemajuan Islam, demokrasi dan parlimen, perangkaan, perpaduan negara, intergrasi nasional, wakaf zakat dan haji, kemajuan wilayah dan luar bandar, keselamatan negara, perancang ekonomi, kemahiran belia, pembangunan sukan, pembangunan belia, imegresen, pertubuhan, pendaftaran negara, penjara, polis, tentera, kemajuan desa, kemajuan orang asli, perladangan dan perlombongan.

Pembangunan infrastruktur, lembaga arkitek, kejuruteraan, juruukur, industri berat dan sederhana, pertahanan awam, penyelamat dan bomba, kerajaan tempatan, perumahan, pengurusan sisa pepejal, kastam, bank negara, bursa saham, perakaunan, lembaga hasil, struktur percukaian, struktur subsidi, perancangan ekonomi, pertumbuhan ekonomi, pengawalan hutang negara, dasar fiskal, perolehan, zakat, pensyarikatan, penerangan, penyiaran, perfileman, pemberitaan, komunikasi, multimedia, media sosial, hubungan antarabangsa, diplomasi, kedutaan, dasar luar negara, ekonomi serantau, pendidikan tinggi, akreditasi, matrikulasi, 47 kolej komuniti, 27 politeknik, 20 IPTA dan lebih 400 IPTS, pinjaman pendidikan, penyelidikan dan pembangunan, pengantarabangsaan, pembangunan kurikulum, pendidikan khas dan OKU.

Bahasa, kepustakaan, penterjemahan, industri perbukuan, dasar dan falsafah pendidikan, perguruan, sekolah, pendidikan asas, pelancongan, arkeologi, pembangunan wanita, kebajikan, pembangunan keluarga, automotif, keselamatan jalan raya, penerbangan awam, keretapi, pengangkutan laut, pelabuhan, keusahawanan, import eksport antarabangsa, pelaburan, industri halal, perdagangan luar, perusahaan kecil dan sederhana, produktiviti negara, francais, koperasi, harta intelek, tribunal pengguna, angkatan tentera darat laut udara, penyelidikan dan pembangunan ketenteraan.

Dasar dan panduan

Agrikultur, penyelidikan pertanian, pengairan dan saliran, perikanan, veterinar, permasaran pertanian, hub halal, perladangan, botani, komoditi, industri perkayuan, pembalakan, agensi angkasa, agensi nuklear, bioteknologi, farmaseutikal, nutraseutikal, meterologi, tenaga atom, sains dan teknologi, komersialisasi teknologi, pembudayaan sains dan teknologi, sumber asli, alam sekitar,
perhutanan, tanah dan ukur, pencemaran alam sekitar, teknologi hijau, zoologi, perhilitan, tanah dan galian, mineral, geosains, pengairan dan saliran, taman laut, pemetaan, tenaga boleh diperbaharui, pemeliharaan dan pemuliharaan flora fauna, kesatuan sekerja, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia, pengangguran, penggajian, perkeso, bekalan air, pembentungan, tenaga, minyak dan gas, industri hiliran dan huluan, pemprosesan bahan bakar, penerokaan dan pemampanan sumber tenaga.

Segala dasar, panduan dan sistem untuk sektor-sektor ini berfungsi adalah berpandukan perlembagaan dan akta-akta yang telah diluluskan di Parlimen.

Walaupun PTM menyenaraikan semua sektor ini, bukanlah bermaksud pemimpin PAS perlu menguasai secara terperinci semua bidang ini. Tetapi, dalam membentuk pasukan kepemimpinan parti, PAS perlu menyedari bahawa isu-isu yang berlaku dalam negara ini tidak hanya tertumpu terhadap isu agama yang khusus sahaja, tetapi juga merangkumi bidang dan disiplin ilmu yang pelbagai. Justeru PAS juga perlu memiliki pemimpin yang merupakan ahli dalam bidang lain terutama ekonomi dan undang-undang.

Meskipun terdapat beribu-ribu pegawai kerajaan yang ahli dalam bidang tertentu dan bekerja menguruskan sektor-sektor itu, namun sebagai sebuah parti politik yang ingin memerintah Malaysia, wakil-wakil yang dihantar ke Parlimen juga mesti terdiri daripada pelbagai latar belakang kepakaran, bukan hanya dipenuhi oleh ustaz-ustaz yang berlatar belakang pengajian agama. Kerana untuk membahaskan isu-isu dan akta-akta baru bagi mengurus tadbir sektor-sektor tertentu dalam negara, memerlukan ahli-ahli yang pakar dalam bidang tersebut.

Menyedari hakikat bahawa perjalanan sebuah negara ini merangkumi pelbagai sektor dan kepakaran, para ulama yang berada di dalam PAS mestilah lebih kompeten untuk menanggapi pelbagai isu ini.
Meskipun latar belakang mereka adalah pengajian agama dan syariat, di sinilah peranan mereka untuk mengintegrasi pelbagai bidang dengan ilmu mereka demi memastikan pentadbiran negara dipandu oleh prinsip-prinsip syarak.

Contohnya apakah panduan syarak berkaitan pembahagian hasil mahsul sesebuah negeri, hak anak yatim, ibu tunggal dan OKU. Demikian juga dalam wacanan ekonomi dan pasaran dalam negara, apakah panduan Islam dalam pengurusan tender, ekonomi pasaran bebas, monopoli, fiqh aulawiyyat dalam pengurusan polisi fiskal. Atau mungkin dalam isu pemeliharaan alam sekitar, pencemaran sungai, penyuburan budaya ilmu, dan sebagainya.

Ulama bukan hanya bercakap soal kewajipan hukum hudud atau kempen solat dan bayar zakat, atau isu melantik pemimpin bukan Islam. Tetapi peranan ulama itu merangkumi persoalan panduan dalam segala sektor pentadbiran dengan cara mengkaji, menyediakan kertas kerja, membentang dan berbahas berkenaan polisi-polisi pentadbiran kerajaan. Para ulama perlu membongkar semula tamadun Islam yang berusia ratusan tahun seperti Turki Uthmaniyyah. Mengkaji dan mengimport dasar-dasar dan polisi mereka dalam hal ekonomi, sosial, politik, kemajmukan kaum dan agama, ketenteraan dan undang-undang sehingga kerajaan Islam mampu berdiri selama beberapa ratus tahun.

Untuk mengintegrasi semua sektor-sektor ini dengan asas ilmu syariah dan pengajian Islam, memerlukan ulama dan ustaz yang mampu menguasai isu-isu semasa, asas ilmu ekonomi, undang-undang, sains sosial, falsafah dan sebagainya. Kita memerlukan ulama yang luas bahan bacaannya merangkumi pelbagai bidang ilmu dan yang menguasai Bahasa Inggeris kerana banyak bahan kajian dan perbincangan diterbitkan dalam bahasa itu. Sudah tiba masanya PAS mengangkat pemimpin pelbagai bidang (menguasai bidang agama dan bidang-bidang lain).

Adakah PAS sedang bergerak ke arah itu, atau sebahagian individu dalam PAS sedang mengundur ke belakang dengan kerja-kerja mencantas pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai kebolehan pelbagai bidang ini?

Rencana ini dipeik dari thecybersniper.blogspot.com

Kemiskinan bandar tidak mengenal bangsa

Posted: 10 Nov 2013 12:19 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Perangkaan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah keseluruhan isirumah tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805.




PETALING JAYA:  Kemiskinan tidak mengenal kaum dan agama. Tetapi jika bandar-bandar besar masih ramai golongan miskin ia sesuatu yang malang.

Namun kenyataannya kemiskinan bandar tidak menenal bangsa dan agama.

Menurut perangkaan yang diberikan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah keseluruhan isirumah  tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805.

Manakala jumlah isi rumah miskin pula ialah 108,000. Isi rumah miskin tegar di Sabah ialah 8,457  dan di Sarawak ialah 1,801. Bagi isi rumah miskin  pula Sabah mencatatkan jumlah terbesar iaitu 42,400 diikuti oleh Sarawak 12600.

Dalam kata lain, jumalh isi rumah miskin tegar  di Malaysia Timur ialah 10, 258 iaitu 64.9%, manakala isirumah miskin bagi kedua-dua negeri tersebut ialah 55, 000 iaitu 51.11%.

Daripada perkiraan itu, jumlah keseluruhan isi rumah miskin tegar di Semenanjung Malaysia ialah 5, 547dan  jumlah  isi rumah miskin pula ialah 53, 000. Satistik-statistik ini membuktikan bahawa sebahagian besar daripada golongan berpendapatan rendah adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang terbanyak di Semenanjung Malaysia ialah Negeri Kelantan iaitu 1, 048 dan 8, 800 masing-masing.

Mengikut Unit Perancang Ekonomi (EPU), pendapatan garis kemiskinan pada tahun 2009 bagi setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia adalah RM763 untuk dianggap 'miskin'; manakala di Sarawak RM912 dan di Sabah RM1048.

Apa pun kemiskinan di bandar  lebih perit dan lebih terasa bebanding di kampung dan kawasan pendalaman.

Warga emas maut ditikam cucu

Posted: 09 Nov 2013 04:10 PM PST

Norsiah Marshidi  
 
Norsiah Marshidi

IPOH – Akibat tertekan dengan masalah dialaminya, seorang penjawat awam hilang pertimbangan dan menikam neneknya sendiri di sebuah rumah di Gunung Rapat di sini, 26 Oktober lalu.

Sumber polis berkata, ketika kejadian pada jam 4 petang itu, lelaki berkenaan mengamuk dan memukul bapa saudaranya dengan kuali serta menampar anak saudara lelaki berusia 10 tahun.

"Bapa saudaranya sempat meminta pertolongan daripada jiran berhampiran, namun sebaik sahaja dia kembali ke rumah, dia melihat ibunya terbaring berlumuran darah.

Suspek pula melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya.

Sumber itu berkata, selepas melakukan perbuatan kejam itu, lelaki berusia 29 tahun terbabit berkeliaran di pekan berhampiran dan mencabul seorang wanita di atas motosikal berhampiran lampu isyarat di Jalan Sultan Azlan Shah.

"Suspek bertindak berani menghampiri wanita terbabit dan terus memeluk serta mencium mangsa. Dia turut mengacau pengguna jalan raya lain," katanya.

Beliau berkata, pemuda yang dipercayai mengambil dadah berlebihan itu turut memecahkan cermin dua kereta pelanggan di pekarangan parkir sebuah kompleks beli belah, tidak jauh dari lokasi kejadian

Menurutnya, lelaki tersebut juga mencederakan seorang pengawal keselamatan yang cuba menahannya dan meminta wang dari pekerja farmasi berhampiran serta mencederakannya sebelum berjaya ditahan.

Menurut sumber itu lagi, nenek suspek, Norsiah Marshidi, 77, meninggal dunia selepas 13 hari ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Difahamkan, suspek tertekan selepas bercerai dengan isterinya dan datang ke rumah neneknya.

Suspek kini ditahan polis dan dituduh atas pelbagai kesalahan antaranya melibatkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dengan niat mencabul kehormatan.

Peruntukan hampir RM1 juta hadapi banjir di T'ganu

Posted: 09 Nov 2013 04:07 PM PST

 

 
 
Kerajaan persekutuan dan negeri memperuntukkan hampir RM1 juta sebagai persediaan menghadapi bencana banjir di negeri ini pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Mohd Mahdi Musa berkata jumlah itu tidak termasuk bekalan bahan mentah untuk memasak makanan bagi mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan.

"Terengganu telah mewujudkan 118 pangkalan hadapan dan 437 pusat pemindahan banjir yang dijangka mampu memuatkan sehingga 63,172 orang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau depoh simpanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menempatkan barang-barang bantuan banjir di Pulau Kerengga di Marang hari ini.

Mohd Mahdi berkata kira-kira 100 jenis barangan keperluan harian disediakan bagi menampung keperluan mangsa banjir, antaranya kit peralatan membersihkan diri seperti ubat gigi, berus gigi dan sabun, tikar, selimut, pakaian dan bahan makanan kering.

Sementara itu, di BESUT, seramai 606 anggota dari Jabatan Kesihatan dan sukarelawan JKM negeri diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi banjir tahun ini.

Bilangan itu terdiri daripada 384 anggota Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui penubuhan 96 pasukan khas dan 222 anggota sukarelawan JKM, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman dan Pengarah JKM Negeri Zuhaimi Omar.-Bernama

Usaha pisah Pas, PR tak mungkin berjaya

Posted: 09 Nov 2013 03:57 PM PST

GOKINA MORGANAN
Karpal Singh

GEORGETOWN - Cadangan agar Umno dan Pas bergabung adalah satu usaha yang mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata,  ia juga adalah usaha Umno untuk memisahkan Pas daripada PR.

"Umno cuba memisahkan Pas dari PR. Ia bukan perkara baru yang dilakukan Umno, malah ia sudah berlaku bagi tempoh yang lama tetapi tidak  berjaya.

"Saya percaya, Pas adalah satu parti yang kuat menentang cubaan daripada Umno itu," katanya, pada sidang media sebuah kedai kopi, di Air Itam.

Karpal berkata demikian mengulas cadangan Umno Pulau Pinang agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjalankan kajian peringkat akar umbi Umno dan Pas untuk bergabung demi kepentingan orang Islam di negara ini.

Semalam, Ketua Penerangannya, Datuk Shabudin Yahya berkata, sudah sampai masanya ahli kedua-dua parti dbiarkan untuk menentukan  sama ada ia perlu bergabung atau sebaliknya.

Ia perlu sebagai cara menggantikan kaedah perbincangan peringkat  pemimpin kedua-dua parti yang diadakan sebelum ini tetapi tidak pernah mencapai aoa-apa keputusan.
Karpal berkata, cadangan Umno itu tidak akan mengancam kerjasama antara Pas, PKR dan DAP.
"Kerjasama dalam PR masih erat, malah cadangan Umno ajak Pas bergabung adalah tidak revelan," katanya.

Mampukah Mat Sabu dapat sokongan ulama?

Posted: 09 Nov 2013 03:55 PM PST

 

 

Jika disoroti dua kali percubaan Mohamad Sabu merebut jawatan timbalan presiden - 2009 dan 2011 - beliau berdepan pertembungan tiga penjuru. Percubaan kali pertamanya gagal tetapi menang pada penggal berikutnya.

NONEKegagalan persaingan kali pertama dengan Nasharudin Mat Isa - yang mewakili kumpulan proulama - kerana pepecahan sokongannya dengan Datuk Husam Musa yang turut menawarkan diri bertanding jawatan itu, mewakili kumpulan profesional.

Bagaimanapun percubaan aktivis PAS itu bagi kali kedua berjaya, selepas sokongan penyandangnya Nasharuddin dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpecah.

Namun, dalam pemilihan PAS kali ini, Mohamad berdepan dengan situasi jauh berbeza apabila beliau dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam persaingan dua penjuru.

Sudah pasti, kedua-dua calon khususnya Mohamad berdepan risiko untuk mempertahankan jawatannya kerana akan berdepan saingan sengit, apatah lagi sokongan kumpulan proulama dilihat padu pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam 22 November depan.

Mampukah tokoh mesra dipanggil 'Abang Mat' ini mampu mempertahankan jawatan yang disandangnya di kala beliau berdepan dengan kumpulan proulama - yang menjadi teras kekuatan PAS sejak dahulu lagi?
NONEAtau sediakah Mohd Amar menggunakan sepenuhnya keupayaan sebagai pemimpin berpendidikan agama dan pengalamannya sebagai bekas exco kerajaan negeri Kelantan untuk menyaingi jawatan sekaligus mengembali penguasaan ulama itu bagi jawatan itu?

Di atas kertas, Mohamad dilihat berpeluang mempertahankan jawatannya berbanding Mohd Amar memandangkan bekas tahanan ISA itu dilihat sebagai pemimpin nasional yang telah dikenali dan sentiasa mendapat perhatian umum termasuk perwakilan.

Jika diukur daripada sudut populariti, Mohamad yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' lebih dikenali oleh perwakilan berbanding Mohd Amar, berdasarkan kemunculan mereka dalam ruang politik yang lebih besar.

Mohamad antara pemimpin boleh 'menarik khalayak' khususnya ketika beliau mengetuai perhimpunan besar. Malah ceramahnya sentiasa mendapat perhatian dengan celoteh dan kelantangannya.

Disenangi anak muda, bukan Islam 

Perwatakannya yang disenangi golongan muda dan bukan Islam termasuk sebagai jambatan menghubungkan PAS dengan Pakatan Rakyat dan NGO, antara kelebihan kepadanya.

NONEMohd Amar pula lebih dikenali di peringkat negeri dan dilihat tidak menonjol sebagai pemimpin PAS di peringkat nasional berbanding dengan pemimpin PAS yang lain khususnya untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Walaupun sebelum ini pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat, ada pihak yang masih tidak mengenali timbalan menteri besar Kelantan itu dengan lebih rapat berbanding Mohamad.

Persepsi 'kurang senang' juga mungkin timbul di kalangan perwakilan di mana sepatutnya beliau merebut jawatan naib presiden terlebih dahulu, berbanding jawatan timbalan presiden, sekalipun beliau dicalonkan bagi jawatan itu.

Ini kerana, PAS sendiri tidak mentarbiyah ahli dan pendokongnya berebut-rebut jawatan dan sentiasa menginsafi bahawa amanah kepimpinan merupakan satu beban yang berat.

NONEWalaupun masih belum teruji sepenuhnya pengalaman mentadir kerajaan negeri, tetapi memegang jawatan timbalan menteri besar dan pernah menjadi exco kerajaan negeri sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Mohd Amar.

Umum masih mengingati keputusan pemilihan 2011 menyaksikan Mohamad menang tipis dengan 420 undi berbanding Tuan Ibrahim (399) dan bekas timbalan presiden Nasharudin (224).

Mohamad menang tipis 21 undi sahaja dengan Tuan Ibrahim. Jika dicampurkan jumlah undi Tuan Ibrahim dan Nasharuddin - dilihat mewakili kumpulan proulama - Mohamad tewas dengan majoriti agak tinggi.

pas muktamar 55 agm 050609 07Oleh itu, sudah mula kedengaran cakap-cakap, jika Tuan Ibrahim melawan Mohamad, kemungkinan besar, pemimpin yang pernah ditahan ISA itu berdepan laluan sukar untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden buat kali kedua.

Ini disebabkan Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mendapat pencalonan terbanyak di peringkat kawasan dan sudah pasti kemenangan pasti memihak kepada bekas pensyarah bagi jawatan teersebut.

Apabila dilihat tiada pepecahan sokongan ulama kali ini, mampukah Mohamad 'mencuri' sokongan perwakilan dan kumpulan proulama pada pemilihan kali ini untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Ia bakal terjawab pada 22 November ini.

Kenyataan Media Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 8 November 2013 di Kuala Lumpur

Posted: 09 Nov 2013 03:52 PM PST

karpal

Kenyataan Media Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 8 November 2013 di Kuala Lumpur


Saya agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadap saya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan saya yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya. Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini.

Terence Netto telah benar-benar termakan dengan putar belit Utusan Malaysia bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya; yang kemuncaknya menyifatkan saya sebagai seorang yang cuai serta tidak cermat dan saya tidak bertambah matang seiring dengan usia dan pelbagai kata-kata buruk lain di dalam artikelnya.

Saya terkejut bagaimana Terence Netto yang telah meningkat usianya tetapi tidak banyak mengambil pengajaran. Tidak mahu kalah, sesetengah orang kuat PAS pun turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu. Sudah tentu, terdapat ramai lagi, termasuklah seorang profesor, yang turut mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS.

Benar, saya telah menyeru agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam bahkan, melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah. Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam. Saya tegas dengan pendirian saya menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 ketika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas dan terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri waktu itu Dr. Mahathir, yang langsung membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek.

Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam.

Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu.
Terence Netto dan mereka yang seangkatan dengannya jelas telah terlepas pandang akan perkara itu. Sama ada disengajakan atau disebabkan oleh nurani personaliti-personaliti ini.

Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP] sebelum pilihan raya umum 2004?

Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?

Bolehkah PAS menafikan bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, pada 13.10.13 telah berkata, ketika ditanya sama ada keahlian penuh akan diberikan kepada bukan beragama Islam berikutan sokongan besar yang PAS terima daripada DHPP di dalam pilihan raya umum, beliau berkata,
'Buat masa ini, kami mempunyai sayap penyokong PAS [DHPP] untuk yang bukan beragama Islam.

Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan di kami di kalangan bukan beragama Islam. Seterusnya, cabaran kami ialah untuk menjadikan diri kami releven di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan beragama Islam dan meningkatkan sokongan daripada umat Islam'?

Bolehkah PAS menafikan pada pilihan raya umum 2008, ia meletakkan calon dari masyarakat India, R. Kumutha, untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri Tiram di kawasan parlimen Johor Bharu?

Bolehkah PAS menafikan pada 6.11.2013, DHPP melalui setiausahanya K. Deepakaran dalam membahaskan ucapan dasar Presiden sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya menganggap golongan bukan beragama Islam di dalam PAS sebagai sebahagian daripada jenteranya.

'Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All'.

Beliau juga menekankan, 'Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam'

Di sidang akhbar pada hari Selasa, saya menekankan sekali lagi, saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP tidak seperti UMNO, MCA dan MIC yang jelas-jelas merupakan parti rasis yang perlu dibatalkan pendaftarannya. Saya tidak meletakkan PAS di dalam bakul yang sama apabila saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas dasar kaum. Saya telah menyatakan kebenaran. Tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi. Itu saya boleh jamin.

PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan PAS salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini.

PPM: Majlis Peguam tak perlu campur urusan agama

Posted: 09 Nov 2013 03:48 PM PST

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar  
 
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
 
SHAH ALAM – Majlis Peguam Malaysia tidak sepatutnya mencampuri sebarang hal ehwal keagamaan di negara ini jika badan itu mahu menjadi sebuah badan yang sekular khususnya dalam menyatakan pendirian berhubung penggunaan kalimah ALLAH tanpa mendapat kata sepakat daripada suara majoriti ahli badan itu.

Presiden Persatuan Peguam Muslim, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya kesal dan menyifatkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong pada Isnin lalu sebagai bertentangan dengan pendirian mereka berkenaan kalimah ALLAH.

"Tiada apa-apa untuk sesiapa takut kepada mana-mana pihak dalam memberikan hujah undang-undang mereka di mahkamah.

"Itu bukan isunya. Isunya ialah apa asas undang-undang yang boleh Peguam Malaysia isytiharkan pendiriannya mengenai isu berkaitan dengan kalimah ALLAH tanpa mengambil perhatian kepada ahli-ahli majlis Peguam Malaysia," katanya memetik kenyataan media Majlis Peguam Muslim hari ini.

Dalam pada itu, Zainul menegaskan sekiranya benar Peguam Malaysia merasakan bahawa badan itu adalah sebuah badan sekular, badan tersebut tidak perlu mencampuri sebarang urusan yang berkaitan dengan perkara keagamaan.

"Jika mereka (Majlis Peguam) merasakan mereka sebuah badan sekular maka badan sekular itu tidak perlu mencampuri sebarang perkara berkaitan dengan agama," tegasnya.

PKR: Tindakan keluar parti khianati rakyat

Posted: 09 Nov 2013 03:46 PM PST


TIAN CHUA  
 
TIAN CHUA
 
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyifatkan tindakan Adun Matunggong Jelani Hamdan yang telah mengisytiharkan keluar parti serta meletak kesemua jawatan dalam PKR sebagai tindakan yang mengkhianati amanah rakyat Sabah.

Menurut Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang tindakan tersebut jelas menunjukkan Jelani sebagai seorang ahli politik 'oportunis' yang segaja mengguna isu dalaman parti bagi kepentingan diri sendiri.

"Jelani Hamdan telah bertanding atas tiket (PKR-PR) dalam PRU13 yang lalu, dan rakyat Matunggong telah jelas menyatakan kehendak mereka diwakili wakil rakyat PR di Dun Sabah.

"…tetapi tindakan Jelani Hamdan, yang telah mengisytiharkan beliau keluar parti dan meletak kesemua jawatan dalam PKR hari ini sekali lagi menunjukkan tindakan pengkhianat amanah rakyat Sabah," katanya memetik kenyataan PKR hari ini.

Dalam pada itu, menyentuh hal yang sama, menurut Chua, peletakan jawatan  Jelani ini akibat daripada perasaan tidak puas hati beliau akibat lantikan kumpulan etnik pelbagai kaum dalam Majlis Pimpinan Negeri.
 
"Kenyataan yang beliau pernah bangkitkan tentang isu ini merupakan bukti proses rundingan dan konsultasi yang terus diadakan. Pandangan beliau dan pelbagai pihak yang lain telah diterima dan dipertimbang.
 
"Dalam pertemuan saya dengannya dan juga pelbagai pihak yang lain, saya menegaskan PKR adalah sebuah parti politik pelbagai kaum, dan usaha mewujudkan konsensus mengambil masa dan usaha ikhlas dari semua pihak.
 
"Saya telah menjelaskan kepada beliau saf pimpinan negeri terdiri dari kesemua pemimpin negeri, termasuk diri beliau. Mempertimbang keperluan semua pihak merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul keseluruhan saf pimpinan negeri Sabah," katanya.
 
Dalam nada yang sama, tambah Chua amat tidak masuk akal kenyataan Jelani yang menerima watikah lantikan sebagai calon pilihan raya PKR namun kini berkata beliau tidak pernah menjadi anggota parti.
 
"Resit yang dipampang kepada media itulah bukti yang paling terang beliau telah menjadi anggota PKR.
 
"Dalam setiap perbincangan dengan saya malah dengan lain-lain pemimpin parti sebelum ini, isu keanggotaan beliau tidak pernah sekalipun ditimbulkan. Kini, isu ini dijadikan alasan untuk menjauhkan diri dari PKR.
 
"Menggunakan contoh Datuk Seri Panglima Wilfred adalah tidak tepat, di mana beliau bertanding sebagai APS di bawah tiket PKR atas persetujuan bahawa APS merupakan rakan bersekutu PR," tegasnya.

Kerajaan Diminta Selesaikan Baki 249 Skim Perkhidmatan Awam Tahun Ini

Posted: 09 Nov 2013 03:43 PM PST

 MSTAR ONLINE

 
ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyelesaikan baki 249 skim perkhidmatan awam selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sejumlah 81 skim yang diumum baru-baru ini mengambil masa tujuh bulan, oleh itu, bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh sama bagi membolehkan semua penjawat awam menikmati skim baharu berkenaan.

"Kalau boleh kerajaan perlu beri maklumat awal bagi membolehkan Cuepacs memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai kedudukan skim mereka dan kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya.

"Saya yakin 249 baki skim yang tertangguh itu tidak kritikal untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selesaikan," katanya kepada pemberita pada sesi dialog bersama anggota Cuepacs di Bangunan Sultan Abdul Halim, Sabtu.

Omar berkata ini kerana ada penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan penambahbaikan skim itu, yang melibatkan lebih 600,000 petugas, di bawah Bajet 2014.

Beliau berkata Cuepacs sudah menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan JPA bagi menambah baik skim perkhidmatan bagi lebih 700,000 daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta penjawat awam, termasuk unit beruniform.

"Saya harap penjawat awam yang terlibat dalam penambahbaikan skim dapat melakukan tugas dengan baik sekali gus dapat melonjakkan produktiviti kerja," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: