Sabtu, 9 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sultan Johor tarik gelaran datuk

Posted: 09 Nov 2013 04:20 AM PST


Abdul Rahim Ramli  
 
Abdul Rahim Ramli

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menarik balik Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran 'datuk' kepada kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Holdings Sdn Bhd, Hamsan Saringat, berkuat kuasa serta merta mulai Khamis lalu.

Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Pingat Ibrahim Sultan II (PIS) yang diterima Hamsan turut ditarik balik dan dibatalkan.

Menurutnya, Hamsan menerima Darjah Kebesaran itu daripada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada tahun 2005.

"Semalam (kelmarin) Sultan Ibrahim bertitah supaya pengurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diberikan kepada Hamsan ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

"Mulai tarikh itu juga, Hamsan kini tidak lagi boleh menggunakan gelaran datuk yang diberikan kepadanya sebelum ini dalam apa juga urusan pada masa depan," katanya," pada sidang media di Istana Besar Johor, di sini, semalam.

Meskipun tidak menyatakan alasan penarikan terbabit, Abdul Rahim berkata, keputusan itu dibuat mengikut Fasal 7(2)(f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia.

Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895, Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk menarik balik sebarang pingat dan gelaran yang diberikan sekiranya penerimanya gagal memenuhi atau menghormati tanggungjawab yang diberikan.

"Kurniaan yang diberikan ini tidak kekal kerana penerimanya perlu mematuhi peraturan kerana tugas individu yang memegang gelaran Datuk Johor ini berat termasuk berperanan dalam melantik waris kepada Sultan Johor.

"Mereka yang dianugerahkan gelaran Datuk Johor ini perlu mengangkat Sumpah Syarie di depan Mufti Johor bagi menjamin kemuliaan darjah kebesaran yang diberikan," katanya.

Hamsan pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Pontian dan Batu Pahat pada 2005 hingga 2006, sebelum dilantik sebagai Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) Johor pada 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn Bhd pada 2011 hingga kini.

Tiada had umur tanding Ketua, Tim Ketua Pemuda

Posted: 09 Nov 2013 04:16 AM PST


Asmuni Awi
 
KUALA LUMPUR - Tiada had umur dikenakan bagi mana-mana calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda Pas pada pemilihan parti itu 22 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi berkata, hanya bagi jawatan Naib Ketua dan AJK Pemuda sahaja yang disyaratkan tidak melebihi had kelayakan umur 40 tahun ke atas.

"Dalam Dewan Pemuda Pas, untuk jawatan ketua dan timbalan ketua tidak ada had umur, sebab sebelum ini pun kesemua ketua Pemuda lebih 40 tahun.

"Cuma untuk jawatan naib ketua dan ke bawah itu mestilah 40 tahun ke bawah, jika 40 tahun 1 hari pun tidak layak," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut had kelayakan umur bagi jawatan tertinggi Dewan Pemuda Pas apabila penyandang Timbalan Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masih dicalonkan walaupun umurnya telah melebihi 40 tahun.
 
Pemilihan Pas bagi AJK Pas Pusat dan tiga sayap parti itu akan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini di empat lokasi berasingan di Selangor.
 
Bagi AJK Pas Pusat, pemilihan akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam manakala ketiga-tiga sayap parti itu pula masing-masing di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor (Dewan Muslimat Pas); Dewan Bankuet MBSA (Dewan Ulama Pas) dan Dewan Sivik MBPJ (Dewan Pemuda Pas).
 
Manakala perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 pula akan diadakan pada 20 November mulai jam 9 malam.
 
Seramai kira-kira 1,300 perwakilan Pas dari seluruh negara akan menyertai pemilihan AJK Pas Pusat dan muktamar itu bagi memilih pucuk pimpinan parti itu bagi sesi 2013-2015.

Umno punca Melayu semakin liberal

Posted: 09 Nov 2013 04:11 AM PST

Umno punca Melayu semakin liberal  
 
AJK Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik antara calon yang akan bertanding sebagai Naib Presiden Pas Pusat pada 22 November ini. -Foto Sinar Harian Online-Nizam Zain
 
 
KUALA LUMPUR - Calon Naib Presiden Pas, Datuk Abu Bakar Chik mendakwa Umno-BN telah menyebabkan orang Melayu kini semakin liberal hingga menyebabkan pembangunan sosioekonomi golongan itu kian terpinggir.

"Masyarakat sedar bahawa sesetengah keadaan orang Melayu kini seolah-olah menjadi semakin liberal, fahaman mereka semacam sekular.

"Polisi BN tidak mengembalikan kepada teras membangun jati diri orang Melayu dari segi akhlak, ekonomi bahkan politik pun orang Melayu kalau diharapkan kepada Umno makin lama akan jadi teruk," katanya kepada pemberita di Pusat Media, Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas motif sebenar beliau ingin memperkasakan Pas dalam mengukuhkan sokongan Melayu dan bukan Melayu menerusi pembangunan masyarakat dan sosio-ekonomi.

Tambah beliau, BN juga masih gagal mengembalikan jati diri orang Melayu khususnya dalam penguasaan ekonomi yang terjejas terus sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1971.

"Sebenarnya orang Melayu mengharapkan peranan Pas dalam pembangunan sosioekonomi.
 
"Orang Melayu memang sedar bahawa kerajaan BN dan Umno tidak banyak membantu.
 
"Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak awal 70-an, ketika DEB dimulakan sampai sekarang tidak ada lonjakan peratus yang banyak dari segi ekuiti Melayu," dakwanya.
 
Ditanya tentang peranan Pas juga gagal membetulkan keadaan itu, beliau menafikan dan menegaskn kepincangan itu menyebabkan Pas muncul dalam arena politik negara ini.

Pemuda maut diserang 4 lelaki bersenjata parang

Posted: 09 Nov 2013 04:10 AM PST


SIMPANG PULAI - Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Hala Pulai 7, Taman Chandan Desa di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek yang menaiki Proton Perdana Hitam dilihat menyerbu masuk rumah mangsa.

Seorang saksi dikenali sebagai Kiah, 60, berkata, tiga lelaki terbabit memakai topeng ski manakala seorang lagi tidak memakai topeng.
Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira lima minit sebelum mereka melarikan diri.

190 restoran, kedai makan diarah tutup kerana kotor, kata DBKL

Posted: 09 Nov 2013 04:07 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Kira-kira 190 restoran dan kedai makan di sekitar ibu negara telah diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setelah didapati kotor.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal (gambar) berkata jika Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL yang membuat pemeriksaan mendapati restoran atau kedai makan tidak menepati tahap kebersihan ditetapkan, ia akan diarahkan untuk ditutup sementara.

"Pengusaha diminta membersihkan restoran atau kedai makan semasa tempoh penutupan sementara.

"DBKL akan memeriksa semula tahap kebersihannya sebelum memberi kebenaran untuk beroperasi semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Gotong-Royong Bukit Bintang hari ini.

Menurutnya, DBKL membuat pemeriksaan berkala dan mengejut ke atas semua restoran dan kedai makan di ibu kota bagi memastikan permis itu menjual makanan bersih selain mengekang pembiakan tikus yang tidak terkawal di Kuala Lumpur.

Beliau berkata DBKL mahu memastikan restoran dan kedai makan di ibu negara berada pada tahap kebersihan yang tinggi terutamanya sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu Pasar Raja Bot di Chow Kit akan ditutup pada Selasa dan Rabu ini untuk operasi pembersihan.

Beliau berkata operasi pembersihan itu akan dilakukan oleh DBKL dan Alam Flora Sdn Bhd.

DBKL juga akan membersihkan Pasar Borong Selayang dan pihaknya masih menunggu tarikh sesuai daripada pihak peniaga, katanya.

Sementara itu, acara gotong-royong di Bukit Bintang yang dianjurkan Jawatankuasa Persekitaran Bukit Bintang diserta kira-kira 700 sukarelawan dari jabatan dan agensi kerajaan dan swasta termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL, Alam Flora Sdn Bhd, Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Tambahan dan Sekolah Wesley Methodist Sentul.

Pengerusi jawatankuasa itu Simon Leong berkata gotong-royong itu merupakan acara tahunan yang bertujuan menerap kesedaran terhadap kebersihan dalam kalangan warga kota selain menjadikan Kuala Lumpur bandar bersih, indah dan ceria. – Bernama

Kereta Adun Ayer Keroh disimbah cat merah

Posted: 09 Nov 2013 04:05 AM PST


THE MALAYSIAN INSIDER


Kereta Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiang disimbah cat merah di rumahnya di Bukit Beruang, Melaka hari ini.

Khoo berkata kejadian dipercayai berlaku selepas 5 pagi sewaktu beliau dan keluarga tiada di rumah.

"Saya keluar rumah 5 pagi tadi untuk menghadiri program parti di luar Melaka dan mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada jiran pada 11.30 pagi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kejadian simbahan cat pada kereta jenis Honda CRV itu adalah kejadian kedua tahun ini selepas kejadian pertama pada 31 Jun lepas.

"Saya menyerahkan tindakan lanjut kepada polis... saya minta mereka yang tidak berpuas hati berjumpa dengan saya untuk berbincang," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini.

Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di rumah Khoo dan mengesan jap jari pada plastik mengandungi cat yang dibaling bagi mengenal pasti mereka yang terlibat, katanya. – Bernama

Mengapa GST masuk dalam Bajet?

Posted: 09 Nov 2013 04:01 AM PST


Oleh Subky Latif


Apa eloknya cukai GST wallahwa'lam. Allah yang maha tahu.

Ia adalah antara hadiah awal yang kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba beri kepada rakyat sebaik saja ia memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.Ia mula hendak dibentangkan di Parlimen dalam beberapa sidang sebelum Bajet 2014 . Tetapi banyak yang bising, maka ia pun ditangguhkan.

Tetapi enam bulan selepas PRU13 ia dibentangkan di celah puluhan cadangan Bajet 2014. Mengapa tidak jadi dibentang dulu dan mengapa dimasukkan dalam Bajet?

Kerana dulu orang marah. Dan sekarang pun ada yang marah. Adakah marah dulu tidak sama dengan marah sekarang?

Yang ditangguhkan dulu itu kerana GST itu bersendiri. Ia tidak diiring oleh janji dan gula-gula yang lain. Maka semuanya tertumpu kepada perkara itu. Orang yang tidak setuju punya masa selesa menumpukannya kerana tiada yang lain boleh mencuri  perhatian masing-masing.

Marah semuanya juga tertumpu kepada cukai itu.

Tetapi dalam usul Bajet bukan GST saja yang dikemukakan. Bukan sekadar hendak mencukai orang tetapi ada juga pemberian lain untuk rakyat. Antaranya janji meneruskan BR1M dengan tambahan RM150 lagi, bonus untuk kakitangan awam setengah bulan gaji atau tidak kurang RM500 setahun dan sekalian yang pencen ditambah habuannya.

Walaupun loteri itu tidak seimbang dengan cukai baru yang hendak dikenakan, tetapi boleh juga menyejukkan hati atau dapatlah masing-masing memujuk diri sendiri, daripada terpaksa memberi maka mereka juga ada menerima.

Jika tidak ada sogokan itu masing-masing tidak dapat apa. Yang dapat hanya kena cukai saja. Itulah hikmat GST itu ditangguhkan dulu dan diseludupkan dalam Bajet itu.

Ada pun GST itu tidaklah sepenting Bajet.  Ia boleh dilulus atau ditolak atau ditangguhkan. Tetapi  Bajet tidak boleh ditolak atau ditangguhkan. Kita boleh belajar daripada Amerika Syarikat yang acap menangguhkan Bajetnya seperti  yang berlaku beberapa minggu lalu.

Gara-gara bajet tidak diluluskan kerajaan tutup untuk seminggu dua. Kakitangan kerajaan tidak dapat gaji atau mereka seperti dibuang kerja. Banyak jentera kerajaan yang tidak bergerak.

Nasib baik kerajaan dan pembangkang dapat bertolak ansur. Jika mereka  bekeras kepala, mampuslah semuanya.

Maka Bajet  suka atau tidak suka mesti diluluskan. Payahlah dalam hendak meluluskan Bajet itu ada pilihan;  terima yang itu dan tolak yang ini. Bajet ada pekej yang biasanya diluluskan.

Maka memasukkan GST dalam Bejet adalah kerja yang senang dibandingkan dengan membentangnya secara berasingan.

Jika GST diusulkan secara berasingan, maka semasa  perbahasan,  semuanya membincangkan perkara itu saja. Tetapi perbincangan Bajet masa terbuka pada banyak perkara, maka perbincangan tentang GST jadi sebahagian yang kecil.

Apa pun bangsa Malaysia boleh dikira bangsa yang sukakan cukai atau tidak kisah  dicukai.

Kebanyakan  bangsa di dunia yang sukakan cukai ialah kerajaan saja atau hamba, sejenis anggota masyarakat yang tidak boleh kata tidak kepada tuannya.

Itulah sikap Bani Israil semasa menjadi hamba kaum Khibti di zaman Firaun. Apa yang Firaun buat termasuk  membunuh bayi laki-laki mereka katakan suka juga.

Tetapi bagi manusia yang merdeka sikap pertamanya ialah bencikan cukai dulu. Kedua barulah mereka memikirkan patutkah ada cukai baru atau tidak.

Mahathir serang Umno, kerajaan masuk episod 5

Posted: 09 Nov 2013 03:53 AM PST

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Jika dikira pendedahan mengenai tekanan yang sedang diberikan oleh Mahathir kepada Peguam Negara, Gani Patail dengan menjadikan kehilangan Pulau Batu Puteh dan salah lakunya ketika mengendalikan kes mata lebam yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai asas menekan pegawai tinggi kerajaan yang dianggap rapat dengan Perdana Menteri itu, serangan dan kritikan Mahathir kepada Umno, kerajaan dan Najib sudah menjadi episod yang bersiri sebenarnya.

Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, ia kini sudah memasuki siri kelima - bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Gani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.

Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam Umno dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.

"Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu," tulisnya lagi.

Siapa yang mengaku negara ini selamat di diami.....angkat tangan!

Posted: 09 Nov 2013 03:52 AM PST

ASPAN ALIAS


Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang 'expat' bahasa itu. Jika dambil berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di mana kah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami?

Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di mana kah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat? Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang di alami oleh Sarah Joseph ini? Jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang di curi orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang palig tidak boleh di fahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang di beri makan oleh ibunya.

Apakah malang atau sialnya duduk di negara seperti ini? Jika anak dalam pangkuan ibu  pun boleh di rampas apakah kesalahan yang lebih buruk dari itu yang akan di lalui oleh masyarakat biasa di bawah ini?

Apakah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Menterinya akan lakukan? Apa yang di fikirkan oleh Ketua Polis Negara atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal isu keselamatan seperti ini? Apakah cukup dengan kita berdoa sahaja atau ada cara yang perlu di lakukan untuk memberikan keselamatan kepada rakyat dan manusia yang mendaiami negara ini?

Tahap keselamatan di negara ini lebih jauh rendah dari keselamatan di negara Afrika dan negara yang berperang di timur tengah. Apakah operasi cantas tidak boleh memberikan jaminan tentang kedelamatan negara kita.

Jika semuanya ini tidak dapat mengurangkan kerja jenayah seperti ini tolonglah berikan cara untuk menjaga keselamatan diri kami dan anak-anak serta keluarga kami. Apakah perlu kita berkurung dalam rumah dengan pagar besi dan pengawal keselamatan di rumah dan di pinyu rumah kami?

Jika ada pun kemampuan untuk mengupah pengawal keselamatan kita, bolehkah kita percaya dengan pengawal keselamatan itu sendiri, kerana terlalu banyak kes pengawal keselamatan sebaliknya yang membawa pada dan celaka kepada mereka yang mengupahnya?

Sampai bila rakyat mesti hidup dalam keadaan takut dan tertekan ini. Apa yang berlaku terhadap Sarah Joseph semalam itu bukan sahaja memberikan tekanan terhadap wanita expat' itu, tetapi perasaan tertekan itu di rasakan oleh semua orang yang mendengar tentang kejadian ini. Pendeknya semua rakyat yang mempunyai jiwa yang hidup akan tertumpang merasa sedih dan tekanan hidup itu.
Siapakah yang akan keluar untuk mengemukakan cara penyelesaian tentang isu keselamatan ini? Jika di nilai dari kemampuan pimpinan yang ada hari ini, penyelesaiannya tetap jauh dari pandangan kita.

 Masing-masing masih tercari-cari penyelesaian isu yang sedia ada.

Di peringkat tertinggi negara, kita sedang menghadapi isu intipan negara kuasa besar terhadap keselamatan negara kita. Dalamm masa yang sama acaman secara pisikal dari musuh luar negara berlaku di Sabah baru-baru ini dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh dipandang remah dan di anggap sebagai masalah yang 'trivial'.

Pencerobihan terhadap negara buka sahaja datang dari luar tetapi juga datang dari dalam negara. Pencerobohan terhadap khazanah rakyat tidak juga dapat di hentikan dan yang berlaku semalam adalah penserobihan terhadap keselamatan rakyat di setiap daerah kariah dan mukiom. Malahan masalah keselamatan negara berada di setiap peringkat dan tidak mudah di seesaikan dengan kepimpinan yang ada pada hari ini.

Malahan banyak yang berpendapat yang pimpinan hari ini merupakan agen yang memberi nilai tambah kepada keadaan bahaya yang sedang di hadapi oleh rakyat dan negara keseluruhannya.

Kejadian buruk yang di alami oleh Sarah Joseph semalam menunjukan betapa seriusnya isu keselamatan negara sekarang ini. Keadaan ini belum pernah berlaku dan ini merupakan zaman yang paling getir yang negara hadapi sejak zaman merdeka dahulu, malahan tahap keselamatan rakyat adalah lebih rendah dari keselamatan zaman ancaman pengganas komunis dahulu.

Semakin ramai yang bercakap tentang agama semaki teruk tahap ketuhanan kita,semakan ramai yang bercakap tentang isu rasis semakain teruk hubungan di antara kaum dan lagi banyak orang bercakap tentang kemajuan negara semakin mudur negara kita ini.

Semakin ramai pemimpin yang meminta kita yang meminta rakyat menukar cara hidup yang berwasatiah semakain besar peruntukan Perdana Menteri untuk membinasakan wang rakyat melalu perbelanjaan yang boros.

Tiada siapa yang bercakap benar lagi dan tiada siapa yang mempunyai hati dan jiwa untuk melihat orang lain hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

Bayi Freddie Ditemui Di Taman Tasik Titiwangsa

Posted: 09 Nov 2013 03:42 AM PST

SELAMAT...Ibu bayi berusia setahun lapan bulan, Sarah Joseph mendukung anaknya, Freddie Joseph yang diculik dihadapan rumahnya di Bangsar pada Jumaat. Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di Taman Tasik Titiwangsa pada tengah hari Sabtu
 
MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada Jumaat, dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, tengah hari Sabtu.

Ketika ditemui kira-kira 12.20 tengah hari, dia dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.

Pemandu lori, Hamid Md Isa (kanan), orang awam yang pertama menemui mangsa culik Freddie Joseph, 20 bulan, menenangkan bayi berkenaan ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu.
 
 
Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan.

Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.

"Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik...tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu. Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.

Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.

"Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.

"Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu," katanya.

Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.

Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Bernama difahamkan ibu kanak-kanak itu Sarah Joseph dalam perjalanan ke balai polis berkenaan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi turut mengesahkan Freddie berada dalam keadaan selamat ketika ditemui.

Dalam kejadian 6.10 petang Jumaat, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.

[EDISI KANTOI] SMS "undi PAS masuk syurga, undi BN masuk neraka’ Datang Dari BN Sendiri

Posted: 08 Nov 2013 11:25 PM PST

 
KELAB GREENBOC
 
 
Sistem pesanan ringkas (SMS) 'menyeru' pengundi memilih PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai 'tiket ke syurga' sebenarnya bukan dihantar jentera pilihan raya PAS tetapi sebaliknya dihantar Barisan Nasional (BN).

Mesej terbabit yang juga mendakwa jika memilih UMNO akan menyebabkan individu itu masuk neraka jelas bertujuan menunjukkan kononnya mesej itu dihantar PAS, sekali gus memberi gambaran parti itu ekstrimis.

Taktik jentera BN untuk meraih undi secara kotor itu walaupun dapat dibaca sesetengah masyarakat tetapi masih tidak dapat dibuktikan.

Bagaimanapun taktik itu akhirnya dibuktikan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika umat Islam di Malaysia bersedia menyambut tahun baru kalendar Islam, 1435 Hijrah.

Taktik itu berjaya dikesan apabila seorang anggota SAMM di Kedah menerima dua mesej berbeza dari nombor sama 019-5791297 yang diyakini dihantar jentera kempen BN.

"Mesej pertama diterima ketika kempen PRU-13 lalu dan saya percaya mereka terlupa atau menyangka tidak ada yang perasan penghantaran mesej kedua sebelum Maal Hijrah, baru-baru ini.

"Bagi telefon bimbit yang menggunakan sistem Android, setiap sms yang diterima akan menyebabkan mesej lama turut dipaparkan jika belum dipadam.

"Memang Allah ingin tunjuk apabila anggota SAMM itu tidak padamkan mesej pertama dan bila mereka hantar mesej kedua secara automatik mesej sebelum ini dipaparkan. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat," kata Badrul Hisham ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Mesej pertama yang diterima Mei lalu, berbunyi, "Ingatlah syurga neraka apabila mengundi. Undi PAS ke syurga, undi Umno ke neraka. PAS parti Allah (hizbullah), Umno parti syaitan".

Mesej kedua yang diterima sebelum Maal Hijrah pula berbunyi "Salam. Selamat menyambut Maal Hijrah 1435H daripada Barisan Nasional "Bersatu Bersama Bergerak Ke Hadapan".

Badrul Hisham berkata, BN sepatutnya kena fikirkan taktik lebih bijak lagi berbanding sms berbaur fitnah itu.

"Pengundi sekarang sudah cerdik, ramai yang sudah tahu taktik ini tetapi BN suka menghantar SMS melagakan ulama dalam PAS. Kaedah sama turut digunakan bagi melagakan pemimpin PAS dengan menghantar SMS pada Pilihan Raya Kecil Bukit Limau, baru-baru ini," katanya. -tvselangor

Harga Gula Dunia (US$18.11 per100 lbs). Kerajaan Beli (US$26 per100 lbs). Kerajaan Naik Harga Gula Sebab Risau Kencing Manis Rakyat?

Posted: 08 Nov 2013 10:12 PM PST

 

Harga Gula Malaysia


Situasi di sini, berulang sekali lagi (DI SINI). Jikalau komoditi utama negara seperti minyak sawit yang diniagakan secara konytrak niga di Bursa Komoditi Kuala Lumpur bagi pasaran luar negara, lain pula ceritanya apabila Malaysia beli harga gula pada pasaran antarabangsa di mana kita Malaysia menggunakan kontrak niaga di New York Mercantile Exachange (NYMEX) & juga Intercontinental Exchange (ICE) di kota New York. Dipendekkan cerita….

Dan dipendekkan ceritanya disebabkan tanaman tebu adalah bermusim, jadi kontrak gula dunia adalah bermusim bermula dengan bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober.

Penyumbang Gula Dunia Kepada Malaysia (1.3 Juta Setahun)?

Memang benar, tiada siapa yang mampu meramalkan samada pengeluaran gula dunia turun ataupun meningkat. Tetapi bukankah kita ramai-ramai pakar dan penyelidik tempatan? Di mana mereka selama ini?

Realitinya, selepas mendengar pengumuman kenaikan harga gula yang mendadak sebegini rupa. Pasti ada yang tidak kena dengan kontrak niaga yang dilakukan kerajaan. Tetapi……kerajaan tidak sanggup untuk berkata benar walaupun pahit malah lebih suka mencampak faktor kenaikan dek kerana peningkat bilangan pesakit diabates di Malaysia.

Sejarah Kontrak Niaga Hadapan Harga Gula

  1. Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah ikat kontrak niaga hadapan dari tahun 2009 hingga Disember 2011 pada harga US$23.42 bagi setiap 100lbs.
  2. Kerajaan menawarkan sekali lagi kontrak niaga hadapan antara Januari 2012 sehingga 2014 (selama 3 tahun) dengan harga US$26.00 bagi setiap 100lbs.
Kontrak Harga Gula
Sumber asal Bernama & Mstar

Malangnya nasib tidak menyebelahi Malaysia, apabila pengeluaran gula dunia tiba-tiba melambung tingi selepas sahaja kerajaan menandatangani kontrak tersebut.
"Penawaran Stok gula dunia sekarang ini telah melebihi permintaan. Malah telah berlebihan"
Akhirnya harga gula jatuh kepada US$18.73 per 100 lbs yang sempat Berita Semasa pada 30 Oktober 2013.

Harga Gula Dunia
Data 8 November 2013 di Investing.com
  • Malaysia beli pada harga US$26.00
  • Sekarang harga gula dunia US$18.11
Malaysia rugi atau untung? Walaupun, Berita Semasa ada sedikit galat apabila lambakan pakar-pakar di Malaysia dan pengalaman Malaysia sendiri tidak membantu penyediaan kontrak niaga yang lebih munasabah berbanding sekarang sehingga Malaysia menanggung kerugian yang tinggi, Berita Semasa tetap menyedari ia satu permainan dalam urusniaga kontrak hadapan. Ianya juga berlaku dalam kontrak niaga hadapan bagi kebanyakan komoditi Malaysia.

Walaubagaimanapun, Berita Semasa paling terkilan apabila kerajaan tidak memberitahu kepada rakyat Malaysia faktor yang sebenar-benarnya, di mana kerajaan hanya mengambil jalan mudah dengan cuba "menghalalkan" keputusan kenaikan harga gula di mana kesalahannya di letakkan di atas nama penyakit diabetes yang dilihat begitu serius oleh rakyat Malaysia. Realitinya?

Cermin kereta wartawan dipecah penjenayah

Posted: 08 Nov 2013 10:03 PM PST

Cermin kereta wartawan dipecah penjenayah  
 
Cermin kereta wartawan Sinar Harian yang dipecah di Jalan Uranus, Sungai Buloh, semalam.


SUNGAI BULOH - Ketua wartawan Sinar Harian edisi Selangor kehilangan radio, plat, cukai jalan dan wang tunai RM100 apabila cermin keretanya dipecahkan penjenayah di tempat parkir Pangsapuri Saujana, Jalan Uranus, di sini, semalam.

Nurkhairini Jumari berkata, dia mengetahui cermin kereta Proton Perdana V6nya itu dipecah setelah beberapa anggota polis datang ke rumahnya, kira-kira jam 9 pagi, semalam.

"Ketika itu saya sedang bersiap hendak ke pejabat. Polis tahu mengenai kejadian ini selepas diberitahu oleh penduduk di sini yang melihat cermin kereta saya dipecah penjenayah," katanya.

Dia berkata, pada malam sebelum kejadian tersebut, dia meletakkan keretanya itu di kawasan parkir berkenaan selepas pulang dengan suaminya kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

"Saya sudah periksa semua pintu kereta dan menguncinya sebelum masuk ke rumah," katanya.

Menurutnya, penjenayah berkenaan memecah cermin bahagian hadapan sebelah kiri keretanya dan mencuri cukai jalan, radio dan RM100 di dalam tempat meletak syiling dan mencabut nombor plat depan dan belakang kereta.

"Saya risau kalau mereka guna nombor plat dan cukai jalan kereta saya untuk melakukan jenayah memandangkan sejak kebelakangan ini, banyak jenayah seperti itu berlaku.

"Jadi, saya berharap polis mempertingkat rondaan di kawasan perumahan saya supaya kejadian seperti ini tidak berulang," katanya.

Harimau Malaya kalah 3-0 kepada Kuwait pada perlawanan persahabatan

Posted: 08 Nov 2013 09:59 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Skuad Harimau Malaya nyata bukan tandingan buat Kuwait selepas kalah 3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Al-Sadaqua Walsalam, Kuwait, hari ini.

Tiga gol skuad 'Al-Azraq' (The Blue) kendalian jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira dijaringkan oleh Al Rashidi Ahmad pada minit keenam, Saif Al Hashan (34') dan Khaled Ajab pada minit ke-53.

Perlawanan berkenaan merupakan persediaan skuad negara menghadapi Bahrain pada aksi keempat, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Bahrain di Manama, 15 November ini.

Skuad negara akan kembali semula ke tanah air untuk melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kelayakan di Stadium Shah Alam, empat hari kemudian.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. - Bernama,

Peguam Negara diminta jelaskan kenapa tiada rayuan kes Ling Liong Sik

Posted: 08 Nov 2013 09:52 PM PST

Oleh Looi Sue- Chern

Dr Ling memberi kenyataan kepada media sejurus mahkamah membebaskan beliau daripada pertuduhan kes PKFZ, Oktober lalu. 

Dr Ling memberi kenyataan kepada media sejurus mahkamah membebaskan beliau daripada pertuduhan kes PKFZ, Oktober lalu.Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan mengapa ia tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Pengerusi DAP Karpal Singh, seorang peguam veteran terkenal, berkata rayuan sepatutnya telah difailkan.

"Malangnya itu  adalah hak Peguam Negara. Tetapi AG perlu memberi penjelasan. Perkara itu tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja.

"Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ," katanya dalam satu sidang akhbar di Air Itam hari ini.

Dr Ling,70, didakwa menipu kerajaan persekutuan apabila tidak mendedahkan kepada kabinet kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.

Beliau juga berhadapan dengan dua pertuduhan berasingan iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada kabinet bahawa 7.5% setahun adalah kadar tambahan kepada harga tanah.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 4 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di antara 25 September dan 6 November 2002 .

Dr Ling telah dibebaskan pada 25 Oktober oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan menipu  Putrajaya dalam kes perjanjian tanah PKFZ.

Tempoh akhir 14 hari bagi pihak pendakwa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu tamat semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi semasa membebaskan bekas Presiden MCA itu berkata, pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata keterangan oleh pembelaan mendedahkan bahawa Dr Ling tidak menyembunyikan apa-apa daripada kabinet dan tidak tidak terlibat dalam menentukan harga tanah dan hanya berminat untuk mendapatkan tanah berkenaan dengan segera.

Ahmadi juga memutuskan bahawa Dr Ling tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kesilapan, maklumat yang mengelirukan atau ketidaktepatan di dalam penyediaan dokumen pihak kementerian mengenai pengambilan tanah, ini meskipun Dr Ling menandatanganinya.

Sembilan saksi, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi keterangan bagi Dr Ling.

Karpal juga berkata ia adalah aneh bahawa kenyataan Dr Mahathir itu tidak diambil semasa siasatan skandal tersebut.

"Kenyataan beliau hanya diambil semasa perbicaraan berlangsung dan keterangan beliau telah menyelamatkan Dr Ling.

"Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa," katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan salah laku terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Karpal berkata perkara itu sangat serius.

"Dakwaan itu mesti disiasat dan mana-mana polis yang tahu apa-apa mengenainya perlu membuat laporan.

"Gani sendiri harus terbuka bagi sebarang siasatan ke atas beliau untuk membersihkan namanya," tambah beliau.

Awal minggu ini, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata Gani harus disiasat kerana salah laku yang didakwa dan bukanlah untuk memburukkannya.

Ini berikutan laporan bahawa bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Ogos untuk membincangkan dakwaan salah laku Gani.

Pada mesyuarat itu juga, di kediaman Dr Mahathir di Kajang adalah bekas setiausaha politik Matthias Chang dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusoff.

Ramli dikatakan telah memberi taklimat kepada Dr Mahathir  berkenaan Gani. Mesyuarat itu juga menyentuh mengenai salah laku Gani seperti pemalsuan bukti dalam "mata lebam" iaitu kes terkenal yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan

Posted: 08 Nov 2013 09:47 PM PST

Muhammad Faizal,
 

KUALA LUMPUR: PAS akan menggunakankaedah khas iaitu menebuk setiap tag perwakilan yang telah mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS pada 22 November nanti bagi mengelak pengundian berulang.

Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal.

"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti.

"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya.

Beliau yakin PAS mampu melaksanakan pemilihan dengan cara yang lebih berhemah serta tidak akan wujud penipuan pada pemilihan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang akan diadakan pada 22 November di Shah Alam nanti.

"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini.

"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.

Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015.

Saingan sengit isi kerusi Timbalan, Naib Presiden

Posted: 08 Nov 2013 09:46 PM PST

Arif Atan,
 

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.

Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.

Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.

Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda.

Bagi Dewan Muslimat PAS, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan di dalam muktamar.

Ketua Dewan Muslimat pula memperlihatkan pertandingan antara Ustazah Nuridah Salleh dan penyandang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara jawatan Timbalan Ketua Muslimat yang kini disandang Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar oleh Dr Najihatussalehah Ahmad.

Calon bertahan bagi kerusi Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi pula akan dicabar oleh Dr Rosni Adam manakala 23 calon bertanding untuk mengisi AJK Dewan Muslimat.

Tiga jawatan utama Dewan Ulama PAS Pusat telah dimenangi tanpa bertanding. Mereka ialah Ketua, Datuk Ustaz Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ustaz Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Ustaz Hamdan Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala pelantikan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan dalam muktamar.

Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini.

Agensi tanpa permit diserbu

Posted: 08 Nov 2013 09:39 PM PST


Agensi tanpa permit diserbu  
 
Sebahagian pasport yang dirampas daripada agensi pekerja asing terbabit.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 831 pasport warga asing dirampas dari sebuah agensi pekerja asing yang beroperasi secara haram di Seksyen 1, Wangsa Maju, dekat sini, dalam 'Ops Serkap' oleh Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya, semalam.

Timbalan Penolong Pengarahnya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, agensi itu berselindung menggunakan nama sebuah koperasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kebanyakan pasport warga asing yang dirampas telah tamat antara tempoh 2008 hingga 2011.

"Sebahagian besar  pasport adalah milik warga Indonesia manakala yang lain terdiri dari warga Vietnam, Pakistan, Thailand, India dan Bangladesh," katanya.

Shahanizam berkata, pihaknya turut merampas sebuah komputer dan sejumlah buku resit pembayaran.

"Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun  yang mengaku bekerja sebagai juruaudit koperasi ditahan bagi membantu siasatan selepas agensi berkenaan didapati tidak mempunyai kelulusan untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Difahamkan agensi berkenaan mengenakan sejumlah bayaran kepada setiap pekerja asing yang memohon untuk melanjutkan tempoh pas  lawatan mereka.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Pasport 1966 manakala lelaki yang ditahan di bawah Seksyen  51(5)(a) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Hadi menang tanpa bertanding

Posted: 08 Nov 2013 09:37 PM PST

ABDUL HADI AWANG  
 
ABDUL HADI AWANG

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 66, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu 22 November ini sekaligus mempertahankan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2002.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi berkata, walaupun jawatan nombor satu parti itu menerima dua pencalonan sebelum ini, namun salah satu daripada pencalonan tersebut terpaksa ditolak kerana tidak menepati syarat.
 
"Manakala Abdul Hadi Awang menerima pencalonan tersebut sekali gus beliau menang tanpa bertanding," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
Tambah Asmuni, pemilihan kali ini mensyaratkan mereka yang dicalonkan perlu memaklumkan jawatankuasa pemilihan tentang penerimaan pencalonan tersebut sebelum jam 5 petang semalam.
 
Manakala bagi tarikh tutup penyerahan borang pencalonan pula berakhir pada jam 12 tengah malam, 20 Oktober lalu bagi memilih pemimpin tertinggi Pas untuk sesi 2013-2015 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini di beberapa lokasi di Selangor.

Karpal nafi minta PAS dimansuhkan

Posted: 08 Nov 2013 06:17 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER
 


















Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini menafikan pernah mengeluarkan kenyataan meminta supaya pendaftaran PAS dibatalkan.

Sebaliknya, pemimpin veteran itu dalam kenyataannya hari ini, berkata beliau menyatakan bahawa PAS mempunyai kesedaran mengenai keperluan masyarakat majmuk di negara ini dengan mengadakan Kongres Penyokong bukan Islam.

"Saya juga ada menyatakan pada sidang media Selasa lalu bahawa ia tidak seperti Umno, MCA dan MIC, parti yang berasaskan perkauman dan perlu dibatalkan pendaftarannya," katanya.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu ditujukan kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam akhar mingguan Katolik, Herald.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan membuat permohonan maaf terhadap PAS.

Karpal berkata, pemimpin tertentu daripada parti Islam itu turut menyertai beberapa yang lain mengkritiknya mengenai tuduhan kenyataan itu.

"Benar saya ada menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional yang berasakan kaum patut membuka pintunya kepada kaum lain, dan malangnya ia termasuk PAS.

"Tetapi, saya menambah bahawa PAS mengiktiraf keperluan masyarakat pelbagai bangsa dengan mempunyai sayap penyokong bukan Islam," katanya.

Karpal berkata, PAS menubuhkan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum pilihan raya umum pada 2004 dan turut bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2013.

Malah, katanya, pada pilihan raya umum 2008, PAS meletakkan calonnya berbangsa India untuk bertanding merebut kerusi Tiram di Johor.

Beliau yang terkejut menerima serangan daripada ahli akademik, politk dan pengulas, berkata beliau meminta PPMM dimansuhkan kerana mengutuk Majlis Peguam.

"Saya tetap dengan pendirian saya meminta supaya pendaftaran PPMM dibatalkan. Persatuan itu ditubuhkan pada 1988 ketika pemecatan Tun Salleh Abas, dan mendapat sokongan Dr Mahathir Mohamad, pada ketika itu perdana menteri yang membawa kepada ahli persatuan berkenaan berhimpun dan berdemonstrasi secara ganas di depan pejabat Majlis peguam berdekatan stesen Masjid Jamek," katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu, PPMM memberi amaran kepada Majlis Peguam supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyokong rayuan semula kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, Herald atau mereka yang berbuat demikian bakal berdepan dengan tindakan.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata Majlis Peguam dilihat selalu mengambil langkah yang bertentangan dengan kepercayaan umat Islam di negara ini dan PPMM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya mereka masih berdegil.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, ketika membalas kenyataan PPMM, berkata Majlis itu tidak terhalang dengan ugutan berkenaan dan peranannya adalah mendapatkan keadilan dan kebenaran tanpa rasa takut atau berkepentingan.

Taikun bayar denda RM200 juta dalam operasi Bank Negara terhadap penghantaran wang haram

Posted: 08 Nov 2013 06:14 PM PST

Oleh JAHABAR SADIQ, PENGARANG


Seorang taikun Malaysian terpaksa membayar denda hampir RM200 juta baru-baru ini kerana menghantar wang secara haram melalui penggurup wang dalam tindakan Bank Negara yang bermula kira-kira empat tahun lalu, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan hartawan yang bergelar tan sri itu terpaksa membayar denda itu untuk mengelakkan didakwa di mahkamah yang dijangka dalam seminggu dua ini.

"Perkara ini telah berjaya diselesaikan dan tidak akan dibawa ke mahkamah," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain pula berkata, sejak beberapa minggu lalu, Bank Negara bertindak kepada pengurup wang bagi memastikan mereka membuat penghantaran wang dalam jumlah yang ditetapkan oleh undang-undang.

"Beberapa serbuan telah dibuat dan kita dapat melihat sebahagian mereka telah didakwa di mahkamah tetapi saya tidak tahu bila," kata satu sumber.

Dia tidak menyatakan secara khusus berapa jumlah yang sedang disiasat tetapi ia memerlukan masa untuk diambil tindakan mahkamah.

Siasatan Bank Negara terhadap penggurup bermula sejak 2009 apabila tiga penggurup wang yang besar telah ditarik balik lesen mereka kerana melanggar Akta Pertukaran Wang 1998.

Tindakan ini telah mendedahkan aktiviti haram dalam penghantaran wang yang melibatkan jutaan ringgit tetapi hanya satu kes profil tinggi didedahkan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menggunakan khidmat pengurup wang untuk menghantar RM10 juta dalam bulan Mac 2008 lalu.





















Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang (gambar) atau lebih dikenali sebagai Tian Chua dalam pendedahannya di Parlimen pada 2009 memberitahu isteri seorang menteri dan tokoh korporat bergelar Tan Sri juga dikaitkan dengan penghantaran wang yang banyak melalui pengurup wang.

Menurut Tian Chua, isteri menteri itu dikatakan telah menerima RM600,000 semasa berada di Dubai pada buan Mac 2008 lalu.

Pemaju perumahan dari Malaysian dikatakan telah menghantar wang itu melalui penggurup wang, lapor mingguan perniagaan yang dihormati, The Edge pada 2009.

Menurut dokumen yang diperolehi mingguan perniagaan itu, Bank Negara mendapati Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd telah membantu penghantaran £3.5 juta yang bersamaan RM22.2 juta melalui cawangan bank CIMB di Kuala Lumpur untuk seorang tokoh korporat.

Wang itu digunakan untuk membeli hartanah  di luar negara tetapi Salamat Ali telah didapati melanggar Akta Pengurup Wang kerana membantu penghantaran itu.

Mereka juga didapati memberikan maklumat palsu kepada CIMB cawangan Kuala Lumpur semasa membuat penghantaran itu, lapor mingguan itu.

Dalam rayuannya, Salamat Ali berkata mereka tidak mengenali Tan Sri itu. Mereka  juga menafikan memberikan maklumat palsu kepada bank dan memaklumkan bahawa wang itu dihantar bagi pihak dua warga Singapura yang mahu membeli hartanah.

Industri mendapati, pengurup wang digunakan sebagai saluran kepada penghantaran wang yang besar kerana indentiti pemilik wang tidak akan terdedah di mana-mana.

"Jika individu menghantar wang melalui bank atau agen penghantar wang, indentiti dan tujuan penghantaran perlu dimaklumkan," kata sumber industri kepada The Edge.

Di Malaysia hanya bank dan agen penghantaran wang diberikan lesen untuk memindahkan wang ke luar negara. Pemindahan wang melalui entiti berlesen ini direkodkan dan dikawalselia oleh Bank Negara.

Kebanyakan penghantaran wang ini dibuat oleh pekerja asing yang menghantar wang mereka pulang ke Bangladesh, India, Indonesia, Nepal, the Philippines and Thailand, kata sumber industri.

Bagaimanapun, Bank Negara meningkatkan kawalselia mereka terhadap pengurup wang ekoran tindakan pemindahan wang mereka sejak 2009.

Pada tahun 2006, hanya tiga pengurup wang disiasat kerana melanggar Akta Pertukaran Wang. Pada tahun 2008, jumlahnya bertambah kepada 12 tetapi pada tahun 2009, ia meningkat kepada 92 kerana melanggar akta itu.

Sumber industri berkata, tidak ada siapa yang boleh menentukan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh kira-kira 850 penggurup wang di negara ini. Anggaran minima adalah RM5 bilion setahun, kata mingguan perniagaan itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Bank Negara telah mengeluarkan banyak lesen pengurup wang, menyebabkan industri ini menjadi sangat kompetitif dengan Bukit Bintang sahaja terdapat lebih 40 buah kedai pengurup wang.

Sebelum tahun 1998, kelemahan dalam proses membawa mata wang asing telah mengakibatkan kenaikan kos yang tinggi, sekali gus menyebabkan jumlah kedai sangat sedikit. Selepas 1998, Putrajaya memperkenalkan Akta Pertukaran Wang yang mengetatkan kawalan ke atas pengaliran mata wang tempatan dan asing.

"Misalnya jika pelanggan datang untuk membeli atau menjual lebih RM20,000 mata wang asing, pengurup wang dimestikan mendapatkan maklumat terperinci  dan resit perlu dikeluarkan. Namun, kebanyakan mereka tidak melakukannya kerana ia akan menghalau pelanggan," sumber industri memberitahun The Edge.

Sejak beberapa tahun lalu, penggurup wang juga secara perlahan-lahan bertukar menjadi agen penghantaran wang kerana pada asanya semakin ramai pekerja asing yang mahu menghantar wang keluar dari Malaysia ke negara asal mereka. 

Banyak Kes Penyamaran, Persatuan Kerabat Kedah Dibubarkan

Posted: 08 Nov 2013 06:07 PM PST

MSTAR ONLINE

 
ALOR SETAR: Persatuan Kerabat Kedah Jumaat mengisytiharkan pembubaran persatuan itu berkuat kuasa 26 Sept lepas berikutan pendaftarannya dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas didapati ada individu menyamar sebagai kerabat bagi mengaut keuntungan.

Syed Idrus Syed Baharom yang merupakan Timbalan Yang Dipertua persatuan itu sebelum dibubarkan berkata hanya 700 ahli berdaftar dengan persatuan tetapi dikesan banyak individu menyamar sebagai kerabat dengan menggunakan lambang kenderaan persatuan itu.

Beliau berkata, selain itu, terdapat juga kes individu menyamar sebagai ahli persatuan bagi mendapatkan tajaan daripada pihak tertentu sebelum mengambil wang yang diterima.

"Kita ada menerima laporan berkenaan isu penggunaan lambang kereta ini di mana ramai yang mengambil kesempatan terhadap lambang ini dengan memohon kewangan kononnya untuk persatuan.

"Perkara ini yang telah menyebabkan persatuan digugurkan (dibatal pendaftaran) oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi kita akan daftarkan persatuan yang baharu iaitu Persatuan Kerabat Diraja Kedah pada 14 November ini," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Syed Idrus berkata dengan pembubaran itu penggunaan lambang kenderaan persatuan itu tidak lagi sah.

"Sesiapa yang masih menggunakan lambang kereta persatuan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pertubuhan 1966 kerana ia salah di sisi undang-undang," katanya.

Beliau berkata apabila persatuan didaftarkan semula nanti, semua ahli perlu mendaftarkan keahlian mereka semula.

Persatuan itu pada asalnya menggunakan nama Persatuan Kerabat Diraja Kedah sejak ditubuhkan pada 1997 namun perkataan Diraja digugurkan pada Julai lalu atas titah Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - BERNAMA

Legasi baru untuk Pemuda PAS?

Posted: 08 Nov 2013 05:48 PM PST

 

 
ANALISIS Seperti yang dijangka, selepas ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan timbalannya Nik Abduh Nik Aziz tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan sayap PAS kali ini, persaingan merebut dua jawatan teratas sayap itu terbuka luas tetapi sengit.

NONEMahu tidak mahu, Pemuda dan penyokong Pemuda PAS di seluruh negara bakal mendapat ketua dan timbalan yang baru dalam pemilihan dewan itu kali ini, selepas langkah mengejut Nasrudin dan Nik Abduh itu.

Yang pasti, pemilihan kali ini menjadi kayu ukur sama ada calon kepimpinan Pemuda yang baru mampu berdepan dan menangani isu besar untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan Pemuda DAP dan PKR.

Ini ekoran legasi, agenda dan pendekatan sedia menerima kritikan hebat banyak pihak kerana dilihat gagal untuk menyaingi keupayaan Pemuda BN yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Kedua-dua kumpulan itu kini rancak mencongak dan berkempen bagi memastikan pilihan masing-masing terpilih mengisi kekosongan jawatan itu, termasuk jawatan naib ketua Pemuda pada saat-saat akhir penerimaan pencalonan petang ini.

NONESepanas pemilihan kepimpinan tertinggi PAS Pusat, penentuan calon ketua Pemuda bakal menyaksikan pertembungan antara Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang mewakili kumpulan profesional dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad bagi kumpulan proulama.

Sementara seorang lagi calon ketua Pemuda Zulhazmi Sharif yang turut menawarkan diri dilihat tidak mampu memberi saingan kepada kumpulan ini dan peguam itu sekadar memeriahkan demokrasi dalam pemilihan Pemuda PAS.

'Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat'
Zulhazmi juga adalah peguam Kempen Anti-Saman Ekor (Kase) yang tidak mewakili kumpulan tertentu dan membawa tema kempen "Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat".

Dari satu sudut, Suhaizan dan Kamaruzaman dilihat mempunyai trek rekod dalam sayap itu dengan bermula daripada bawah. Suhaizan pernah menjadi exco pemuda sementara Kamaruzaman pernah memegang jawatan setiausaha.

Johor PAS Youth chief Suhaizan Kaiat press conference on clone voters frontNamun, umum melihat Suhaizan mempunyai kelebihan dari sudut penglibatan meluasnya, antaranya bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada 2009 sehingga berjaya mengerah puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalan raya memastikan dasar itu dimansuhkan.

Beliau juga antara individu yang meneruskan pembongkaran isu "Mismah Gate" - siri pendedahan mengenai penduduk tetap yang didaftar sebagai pengundi sehingga ia menjadi isu nasional sebelum kerajaan memandang berat berhubung pendedahan yang dbuat.

Umum juga melihat Kamaruzaman yang juga timbalan yang dipertua Putrajaya pula mempunyai jasa dalam Pemuda PAS, apabila menjadi setiausaha dewan itu sebelum ini.

NONE"Saya sangat rapat dengan Suhaizan. Tapi (buat masa ini) saya tidak mahu memberi sebarang komen sehingga selepas 9 November ini," kata Kamaruzaman sambil ketawa kecil kepada Malaysiakini semalam.

Seorang lagi calon 'simpanan', Ketua Penerangan Riduan Mohd Nor turut dicalonkan dan tidak mustahil pertukaran boleh berlaku sebelum tarikh tutup pencalonan petang ini.

Bagaimanapun sumber-sumber Pemuda memberitahu Malaysiakini persaingan Suhaizan-Kamaruzaman itu dilihat berkebolehan dan sama tahap memandangkan mereka seangkatan sewaktu berkhidmat dalam Pemuda .

Padang sama rata


NONE"Kedua-dua mempunyai perwatakan profesional. Dari mata kebanyakan perwakilan, mereka nampak berbelah bagi yang mana nak sokong.

"Mereka satu angkatan, bermula dalam Pemuda, dan berkawan baik," kata sumber Pemuda yang enggan namanya disebut kepada Malaysiakini semalam.

Bagi persaingan merebut jawatan timbalan ketua pemuda pula, umum melihat persaingan seimbang tetapi sengit antara anak lelaki Presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naib ketua pemuda sekarang Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Muhammad Khalil yang berkelulusan universiti di Yaman dikatakan mewakili kumpulan proulama, manakala Raja Ahmad Iskandar mewakili kumpulan profesional - dikatakan akan berentap di padang yang sama rata. Kedua-dua pernah menuntut pelajaran di United Kingdom.

NONEBagi jawatan naib ketua Pemuda pula, umum melihat persaingan antara dua profesional muda - peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan jurutera sebuah syarikat terkenal Mohd Khairul Nizam Khairuddin.

Ahmad Zamri adalah timbalan pengerusi lajnah Undang-undang PAS dan bekas calon PAS bagi kerusi parlimen Titiwangsa, manakala Mohd Khairul Nizam adalah bendahari Pemuda PAS.

Pesanan Untuk Jamil Khir - "Jadi Pemimpin Agama Janganlah Berbohong"

Posted: 08 Nov 2013 05:41 PM PST


Oleh Shahbudin Husin


Ketika kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru saja berlalu, perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual dengan harga RM5 sahaja.
 
Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.

Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.

Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR dengan mengatakan ia tidak sama-sekali berunsur rasuah kerana pembeli tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada  jualan murah gula dan beras itu.

Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan murah  beras dan gula itu.

Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih lagi orang Melayu memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan membalas budi.

Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli beras dan gula dengan harga biasa daripada sanggup menebalkan muka membeli barangan murah itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.

Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya  hanya menambahkan lagi persepsi gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas itu dalam mengendalikan pilihanraya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.

Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan,  jualan murah gula dan beras di Sungai Limau tempohari bukanlah kerana adanya pilihanraya dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihanraya.

Kata beliau lagi, "jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga selalu ada jualah murah, jadi apa yang nak dihairankan, hanya kebetulan saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihanraya Sungai Limau".

Wah, wah...cantik sekali hujah politik orang agama dalam menegakkan benang basah! Kenapa perlu berbohong dan bukankah berbohong itu dilarang oleh agama? Sebagai pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram, hukum berbohong itu bukankah lebih besar dosanya?

Kenapa susah sangat Jamil Khir mengaku bahawa jualan murah itu memang sebahagian daripada acara kempen pilihanraya BN? Mengaku sahajalah, kalau memang itu hakikatnya.

Memang benar jualan murah ada di mana-mana dan pasarara juga kerap melakukannya tetapi belum pernah rasanya gula dan beras turut dijual murah. Biasanya jualan murah di kampung-kampung dan di mana saja hanya  melibatkan pakaian, barangan plastik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Sejak lebih 56 tahun merdeka,belum pernah ada jualan murah gula dan beras kecuali di Sungai Limau.

Murahnya pula bukan kepalang. Gula hanya dijual RM1 sedangkan harga biasanya RM2.84 manakala beras pula hanya RM5 sedangkan harga biasanya RM13. Sudah tentu kalau bukan kerana pilihanraya dan maksud membeli undi, tiada siapa sanggup menjual harga semurah itu.

Siapa pun akan mengatakan karnival jualan murah gula dan beras itu adalah kerana kempen pilihanraya. Tidak ada maksud lain daripada itu kerana tidak ada peniada yang sanggup rugi. Kalau betul bukan  kerana pilihanraya, buatlah karnival jualan murah yang serupa di tempat lain juga.

Kepada Jamil Khir, jadilah pemimpin agama yang baik dan janganlah berbohong. Lebih nampak hodohnya kalau pemimpin agama pun sudah pandai berbohong. Kerja-kerja bohong ini biarlah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO- http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sah timbalan MB Kelantan cabar Mat Sabu

Posted: 08 Nov 2013 05:36 PM PST

 

 

Selepas penerimaan pencalonan ditutup petang ini, sah akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara penyandang timbalan presiden Mohd Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ini ekoran pengumuman di saat-saat akhir penerimaan pencalonan oleh Mohd Amar dan penolakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa daripada bertanding timbalan presiden.

NONEMohd Amar (kanan) mengesahkan mencabar Mohamad dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Manakala Husam pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.

Menurut Husam, beliau membuat pilihan itu selepas mengambil kira pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk mempertahankan jawatan - yang dianggap isi hati akar umbi.

"Saya memutuskan menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden PAS.

"Borang penerimaan pencalonan berkenaan diserahkan sekejap tadi," katanya melalui kenyataan lewat petang ini.

Lima orang dicalonkan bertanding jawatan itu, termasuk Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun, Salahuddin menolaknya kelmarin manakala Tuan Ibrahim pula tengah malam tadi.

Tukar fikiran di saat akhir

Pengumuman rasmi dijadual dibuat jawatankuasa pemilihan PAS pagi esok melalui suatu sidang media.

Sebelum ini, pengamat politik PAS menjangkakan Husam (bawah) akan bertanding jawatan timbalan presiden, menyebabkan pertembungan tiga penjuru dengan Mohamad dan Mohd Amar.

NONEBeliau pada mulakan dikatakan akan membuat keputusan itu setelah Tuan Ibrahim mengumumkan untuk berentap di peringkat naib presiden sahaja.

"Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa," tulis Mohd Sayuti Omar dalam blognya pagi ini.

Husam Isnin lalu dilaporkan hanya akan membuat keputusan untuk bertanding jawatan tertinggi parti selepas Tuan Ibrahim membuat keputusannya.

Pengumuman Mohd Amar juga sekali gus menjawab tanda tanya yang menjadi tumpuan pengamat politik PAS.

Sumber yang rapat dengan Husam tengah hari ini memaklumkan hampir pasti Husam akan menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.

Justeru, pengumuman Husam di saat-saat akhir petang ini menandakan beliau menukar fikiran setelah sekali lagi mempertimbangkan peluangnya.

Ia dipercayai mengambil kira  beban yang mungkin menghantuinya ekoran kenyataannya yang tidak akan mencabar Mohamad sebelum ini.

Tiada ulasan: