Ahad, 24 November 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mat Sabu Menang. Utusan Tiba-tiba Meroyan Seperti Orang Tidak Siuman...

Posted: 24 Nov 2013 03:57 AM PST


Utusan Malaysia: Kemenangan Mat Sabu kemenangan PKR dan DAP

KELAB GREENBOC


Kejayaan Mohamad Sabu (gambar) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu terhadap parti Islam itu.

Kolumnis Awang Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR.

"Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau," tulis Awang Selamat yang merupakan nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel bertajuk, "Tanda aras PAS" tanpa menamakan pemimpin DAP itu.

Menurut Awang Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu.

"Selagi Mat Sabu membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar," tulisnya lagi.

"Semoga ahli-ahli PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu."

Menurut Awang Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan.

"Suatu hari kelak beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu kerana itulah tanda aras dalam PAS," tulis Awang Selamat membuat spekulasi Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu hari nanti.

"Dengan Presiden PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan."

Menjelang Muktamar PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus "berkempen" bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka tandingi pada pemilihan kali ini.

Akan tetapi ini mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka sandang.


Dalam keputusan pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 490 undi.

Ini menjadikan Mohamad menang dengan majoriti 98 undi. -TMI

ULASAN GB

Kesiannnn. UMNO bersama si Luncainya, Utusan mengharapkan Mohd Sabu tewas di dalam pemilihan PAS. Kerana apa? Kerana ia merupakan jalan mati kepada "Kerjaaan Perpaduan" yang mereka harapkan.

UMNO & BN amat sedar tentang masa depannya yang gelap - gelap jika PAS terus bersama Pakatan Rakyat. UMNO kini menjadi seperti kera sumbang (sumbing?) di dalam BN. MCA & Gerakan sudah tidak mewakili kaum Cina sementara MIC & PPP sudah tidak lagi menjadi parti pilihan kaum India. Kebanyakan mereka memilih DAP, PKR malah sudah ramai tidak segan silu untuk menyokong PAS.

Hampir keseluruhan kawasan bandar dikuasai oleh Pakatan Rakyat. UMNO semakin terpinggir ke ceruk kampung yang didominasikan masyarakat Melayu yang masih boleh mereka perboodohkan.

Mereka cuba hidupkan isu Kerajaan Perpaduan dengan pelbagai justifikasi - konon betapa pentingnya umat Islam dan orang Melayu bersatu - dan dlihat kumpulan pro-Ulama sebagai kumpulan yang masih boleh diajak "berunding" untuk tujuan itu. Justeru itu mereka telah keluar habis-habisan menyokong kumpulan yang dinamakan pro-Ulama. Mujurlah sudah ramai ahli-ahli PAS sudah lama tidak membaca Utusan, yang menyebabkan mesej itu tidak kesampaian dan cita-cita mereka untuk mengharu-birukan PAS dengan label-label Erdogan, *Anwarinas", pro-Ulama hancur berkecai.

Utusan sebenarnya sudah bankrap, bankrap segala segi. Ia adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri yang giat menabur fitnah selama ini. Benarlah firman Allah swt:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Sunnatullah - itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan sepanjang zaman.

KEADILAN beri kuasa mutlak kepada anggota parti- Wan Azizah

Posted: 24 Nov 2013 03:50 AM PST

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan perlembagan baru parti itu memberi kuasa mutlak kepada setiap anggotanya untuk memilih pimpinan  pada pemilihan parti itu akan datang.

Dr Wawi

 Berucap merasmikan kongres khas KEADILAN di Shah Alam hari ini, beliau berkata, KEADILAN adalah parti pertama di Malaysia melaksanakan pemilihan secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi.

"Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan.

"Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan.  Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan," ujarnya.

Katanya, tindakan keras akan diambil kepada mereka yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.

"Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon," katanya.

Katanya, pindaan itu antara lain turut dilakukan  bagi memperkasa fungsi wanita sehingga 30% dalam peringkat pembuat keputusan yang melibatkan kepentingan semua.

"Fasal 5.14 mengiktiraf martabat wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi serta mencapai kepimpinan membuat keputusan sekurang-kurangnya 30% demi memastikan hak dan kepentingan mereka terpelihara," katanya.

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

Posted: 24 Nov 2013 03:48 AM PST

Azuan Ab Rahman


SHAH ALAM : Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini

Setiausaha Agung KEADILAN,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira  terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.

kongres

 Antara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.

Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa  syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana  parti lain.

Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.

Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.

Nostalgia bekas Ketua Pemuda

Posted: 24 Nov 2013 03:36 AM PST



Oleh AZAMIN AMIN 


LANTANG suara mereka, sesekali dirasa bingit dan mendesing telinga, namun yang jelas dipertegas. Pencak mereka sentiasa tidak berkesudahan. Siapa yang tidak tahan, pasti akan berundur perlahan.

Pantang dicabar, terus bersambut. Berdebat,demonstrasi mereka yang warnai. Tersilap, ada yang mendapat 'luka' dan tewas, dengan libasan hujah dan aksi tindakan mereka.

Itulah, sayap PAS yang cukup gagah. Menyerlah kehebatan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), mengorak langkah ke hadapan sehingga terkenal di persada politik negara dan antarabangsa, bermula percikan api yang dinyala kepimpinanan terdahulu.

Tidak secebis melupakan, Harakah merungkai dan sesekali mengusik empat bekas ketua pemudanya, yang berjaya mengangkat PAS sebagai parti pilihan rakyat dan gerakan yang sentiasa istiqamah memperjuangkan syiar Allah, tanpa henti.

Ingat nostalgia lama Walaupun 12 tahun, mengetuai DPPP sejak 1975, Dato' Mustafa Ali yang kini menjawat Setiausaha Agung PAS begitu terbuka berkongsi cerita, sesekali ketawa mengenang nostalgia lama.

Fasa paling mencabar ialah untuk menghayati pelaksanaan dasar-dasar polisi PAS yang ketika itu berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). PAS dengan pendekatan penerapan nilai-nila Islamnya, manakala BN dengan cara yang sedia maklum kelakunya.

"Kita dalam kerajaan dan bersama beberapa exco pemuda PAS sentiasa mengadakan pertemuan dengan menteri dalam pelbagai kementerian untuk tangani masalah dan mengangkat isu Islam," katanya.

Beliau diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977 dan berpengalaman menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977.

Mustafa menyingkap kisah, iklan judi seperti Sports Toto yang 'bermaharajalela' dalam Televisyen yang disiar oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), PAS dengan lantang membantah.

"Kita jumpa Menterinya, Tan Sri Mahmud Taib (Ketua Menteri Sarawak kini)... alhamdulillah atas berbincangan dan desakan kita, dia setuju dan akhirnya, iklan judi tak disiarkan hasil daripada usaha kita," katanya.

Selain itu, memperkenalkan ilmu Islam di Felda-Felda, kebetulan pada masa itu Menteri Tanah ialah Dato' Asri Muda.

Ketika itulah guru-guru agama masuk ke Felda dan menerapkan nilai-nilai Islam di Felda. Ustaz Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis), salah seorang guru agama yang mengajar di Felda.


Beliau terus bercerita, bagaimana PAS dan pemudanya 'out-spoken' dalam hal yang bercanggah dengan Islam.

"Dulu setiap kali Jamuan Negara di Parlimen atau di mana-mana ' State Banquet' mesti dihidangkan arak.

"Kami bantah dan beritahu Tun Razak, bahawa PAS tidak akan hadir jika arak dihidangkan.

"Akhirnya jamuan negara, tidak dihidangkan arak, cuma diletakkan di satu sudut, sesiapa yang nak minum dipersilakan.

"Menakjubkan, walaupun ada menteri yang minum arak, tetapi pada malam itu, tidak ada sesiapa pun pergi ke sudut itu," sambil ketawa mengenang cerita lama, katanya.

Jangan melabel Sungguhpun begitu, beliau melahirkan rasa dukacita, wujud 'label' dalam PAS seperti yang berlaku sekarang sehingga menjadi jurang.

"Dulu tak ada, walaupun ramai ahli akademik masuk PAS, pensyarah universiti masuk seperti Timbalan Mursyidul Am Dato' Haron Din dan Pak Daeng, boleh bekerjasama dengan baik,"katanya.

Tidak terlepas dengan palitan insiden pahit yang tidak dapat dilupakan, ketika krisis dalaman PAS yang membabitkan Menteri Besar Kelantan Dato' Nasir sehingga ianya berakhir dengan Mageran di Kelantan dan PAS kehilangan sebuah negeri. PAS berjaya memerintah semula, 1990 sehingga kini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, kata Mustafa bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menjawat Exco Pemuda PAS Pusat ketika itu.

"Namun dengan keilmuan dan kepakarannya, Ustaz Hadi menjadi tempat rujukan kami di Dewan Pemuda dan PAS Pusat. "Selepas dua penggal, ketika Ustaz Hadi sekitar usia 30 tahun, masih muda namun kita merasakan beliau paling layak untuk menjadi Naib Presiden PAS," katanya.

Mustafa sentiasa optimis terhadap Pemuda PAS yang merupakan bahawa 'kilang' melahirkan para pemimpin PAS.

"Terbukti Jawatankuasa PAS Pusat, 80 peratusnya terdiri daripada yang lahir daripada Dewan Pemuda PAS.

"Saya harap tradisi ini diteruskan... membina potensi kepimpinan tanpa mengira profesional atau ulama, apa jua latar mereka, ada potensi, bangunkan dia,"katanya meberi saranan terbaik kepada DPPP.

Seiring Mustafa, tokoh terkenal, Dato' Abu Bakar Chik cukup teruja dan bersemangat mengungkap kisah zaman 'mudamuda' bersama sayap parti itu.

"Seronok sungguh waktu tu.. pengalaman manis yang tidak dilupakan ialah Tamrin, kita banyak habiskan masa berjumpa, makan dan tidur bersama.

Katanya kediamannya di Terenggannu seperti tidak 'berpintu', kerana para pemuda PAS, sentiasa datang sehingga beliau tidak sedar kehadiran mereka.

"Rumah saya ditingkat bawah, sudah jadi tempat persinggahan pemuda, saya terbuka ketika itu... betapa kita menjaga ukhuwah, susah senang kita bersama," katanya yang merupakan AJK PAS Pusat ketika ini.

Beliau menggalas tugas selaku Ketua Pemuda PAS dari tahun 1987 sehingga 1997.

"Sebagai pasukan, kita bekerja sebagai satu jemaah. Kejayaan kita dahulu adalah kerana menjaga hubungan ukhuwah, meraikan satu sama lain dan sentiasa berterus terang. "Saya 'delegate' tugas, dulu ada Mohamad Sabu, Salahuddin, Mahfuz masa itu saya tak banyak ganggu tugas sebab kita beri tumpuan kepada institusi yang kita wujudkan.

"Antaranya ialah PASTI, Institut Kajian Pemuda, Unit Amal dan Peguam Muda... masa itulah kita 'lahirkan' Hanipa Maidin," katanya sambil ketawa.

Beliau juga menjelaskan bahawa zaman Pemuda itu telah wujud perbezaan pendapat namun dapat digarab dengan baik dan tidak menjadi satu halangan berpanjangan.

Beliau memberi contoh, bagaimana kepimpinan PAS meraikan dan menghormati Saddam Hussein (bekas Presiden Iraq) namun Pemuda PAS berpendapat sebaliknya.

Dulu Pemuda sangat aktif kerana kemenangan politik tidak luas maka peranan lebih tertumpu kepada pembangunan organisasi dan institusi, tarbiyahnya.

"Dulu tak ramai penceramah, dan saya antara yang 'sedap' ceramah (ketawa) dan kerap dipanggil.

"Bila menang banyak, Pemuda PAS terpaksa fokus kepada isu-isu yang dibangkitkan BN, bukan kita tak tumpu tarbiyah atau yang lain-lain, tetapi banyak masa dihabiskan dengan isu-isu semasa sebab dihimpit dengan tekanan politik pemerintah.

"Dulu juga sudah ada kepelbagaian tetapi saya guna pendekatan rundingan dan dapat sokongan pusat melalui Presidennya Almarhum Ustaz Fadzil Noor, masa itu kita pemuda jadi team yang baik dan kuat,"katanya.

Harapan beliau ialah Pemuda PAS menjadi lebih baik di masa akan datang dan meletakkan kayu ukur yang tinggi serta menyediakan pemimpin pelapis yang terbaik.

"Timbalan dan Naib-Naib Presiden yang ada sekarang hasil daripada Dewan Pemuda PAS. Itu 'standard' Pemuda dan Pemuda kena capai ke tahap itu atau lebih lagi.

"Kelebihan Pemuda PAS sekarang kemampuan dari segi intelektual dan kewarakan dalam agama.
Boleh jadi gelombang yang besar dan jika dikumpulkan semuanya, jadi pasukan besar yang mempunyai kepelbagaian kebolehan,"katanya.

Bagi Salahuddin Ayub yang menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bermula 2003 sehingga 2009 merakamkan terima kasih atas jasa PAS dan negeri Kelantan memberi ruang 'suara' Pemuda diketengahkan di Parlimen selama beliau berkhidmat 9 tahun.

Beliau yang mengetuai Pemuda memperkenalkan 'engagement' satu istilah – membuat dan membina jambatan-jambatan dengan dunia luar dan membawa DPP ke persada politik negara dan badan-badan bukan kerajaan termasuk kelompok-kelompok luar dan masyarakat sivil, katanya.

"Kita juga buktikan keberkesanan dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan kepentingan negara "PAS mesti dilihat sebahagian daripada politik negara yang mana pemimpinnya boleh dan hebat dalam memberi buah fikiran dan cadangan-cadangan, terus diyakini sebagai parti yang boleh menerajhui negara," katanya yang juga merupakan Naib Presiden PAS.

Paling mencabar katanya, ialah 'halangan' dan gangguan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan akta polis yang mencengkam termasuk terpaksa dipenjara di Kajang dalam isu membantah kedatangan kriket Israel.

"Bukan mudah. Semua masalah mesti dihadapi dengan prinsip 'jiwa besar', semua masalah besar menjadi kecil dan menggangapnya sebagai satu cabaran, mesti ada kezaman yang kuat," katanya.

Beliau menasihati supaya unsur membina kelompok-kelompok dalam parti dan berpuak-puak dielakkan sama sekali.

"Beri kebebasan dan ruang. Jangan ada sikap yang mengatakan 'ada orang baru dan muda boleh menjadikan parti musnah. Berikan ruang mereka pamer kehebatan,"katanya.

Adalah lumrah melihat para pemuda lantang bersuara, cepat, tangkas, pencetus idea dan kuat pertahankan polisi, kata Salahuddin.

" Dikatakan Pemuda PAS suara bising dan terkehadapan... tidak mengapa, kalau tersilap kita perbetulkan. Bukan niat kita nak buat silap. Kalau nak berehat panjang dan tak buat apa-apa, itu bukan Pemuda PAS.

"Nak kenang, kawan pemuda terus diberi kepercayaan dan peluang hebat seperti Ustaz Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Nasrudin Tantawi

"Harapan, saya yakin dan percaya kekalkan dengan sifat kepemudaan kita, mesti ada nilai tambah kerana zaman berbeza serta progresif, dinamik dan inovatif, jauh sekali tercicir dalam memposisikan diri di persada politik negara,"katanya yang meninggalkan Pemuda PAS pada 2009.

Sependapat dengan rakan sejawat, bekas Ketua Pemuda PAS Dato' Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS berharap Dewan parti itu melalui proses peremajaan, yang melibatkan bukan sahaja kalangan pemuda bahkan semua peringkat kepimpinan.

"Kepimpinan juga mesti meremajakan pemikiran. Kalau pemimpin senior tidak berbuat demikian dan menurunkan ego, bagaimana nak memahami kehendak generasi baru ini "PAS juga mesti menyuntik nafas dan darah baru, untuk kehadapan dan ini boleh dilakukan melalui Dewan Pemuda," katanya yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena

Beliau yang pernah berdebat dengan beberapa tokoh negara termasuk menceritakan kenangan tidak dapat dilupakan, sewaktu Operasi Kriket Israel, Mahfuz dan Salahuddin memilih ke penjara, bagi mengakkan prinsip mereka sebagai pemuda PAS yang tidak mahu berkompromi.

"Waktu itu, kami tak mahu membayar denda dan keputusan itu sukar kerana terpkasa berpisah sementara dengan Pemuda PAS, parti dan keluarga.

"Tetapi itulah prinsip kebersamaan kami untuk membuktikan jalinan hubungan antara kami dengan rakan-rakan di Palestin,"katanya yang pernah dipenjara selama 1 bulan di Kajang.

Selain itu, Mahfuz ketika mengetuai Pemuda PAS secara terangan tidak menggemari istilah 'wala' (taat) yang membabi buta terhadap kepimpinannnya.

"Waktu itu, saya tidak mahu ahli dan pemuda, 'wala' membabi buta kepada saya sebaliknya bersandarkan keputusan yang dibuat atas pandangan yang pelbagai daripada semua pihak,"katanya.

Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, mahu Dewan Pemuda sentiasa berketrampilan dengan idea yang bernas seiring, perubahan semasa yang begitu cepat dengan ditambah perkembangan pesat teknologi maklumat.

"Sekarang orang dah mula kurang guna Facebook, sebab ada WhatsApp dan lain-lain lagi yang terbaru.

"Begitu cepat dan Pemuda PAS juga kena bergerak pantas dan mesti memenuhi kehendak masyarakat yang sentiasa ingin tahu dan penuh maklumat,"katanya.

PASTI akan dibuka di luar negara, kata Ketua Pemuda PAS

Posted: 24 Nov 2013 03:27 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

PASTI akan dibuka di luar negara, kata Suhaizan (tengah). Gambar fail.P

PASTI akan dibuka di luar negara, kata Suhaizan (tengah). Gambar fail.


PAS akan melebarkan sayap pendidikan kanak-kanak berteraskan Islam mereka ke luar negara di benua Asia dan Africa melalui penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tahun hadapan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Shuhaizan Kaiat.

Beliau yang berucap dalam Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam menegaskan, pusat asuhan itu akan ditubuhkan di Sudan, Llaos, India, dan Selatan Thailand dengan kelas dijangka bermula pada Februari tahun hadapan.

"PASTI adalah institusi penting dalam masyarakat bagi PAS. Jadi saya minta parti menaikkan gaji guru-guru PASTI," katanya.

PASTI telah ditubuhkan pada sekitar tahun 80-an dalam skala kecil dan mula tersebar luas ke seluruh negara sebagai pusat pendidikan awal kanal-kanak berteraskan Islam.

Kontroversi melanda pusat berkenaan pada 2000 apabila pemimpin Umno mendakwa kanak-kanak di sana telah didoktrinkan supaya membenci pemimpin Umno, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Pendidikan ketika itu kemudiannya mengugut untuk mengharamkan pusat asuhan berkenaan disebabkan kontroversi tersebut.

PKR Selangor cadang Anwar ambil alih jawatan Presiden

Posted: 24 Nov 2013 03:01 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Anwar berbual dengan isteri Wan Azizah di Kongres Khas Nasional PKR 2013 di Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013. 
Anwar berbual dengan isteri Wan Azizah di Kongres Khas Nasional PKR 2013 di Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,



Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari mencadangkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.

Beliau yang juga pembahas dari Selangor dalam Kongres Nasional Khas 2013 berkata cadangan ini bagi mengesahkan ura-ura kemungkinan Anwar akan mengambil alih jawatan presiden dalam pemilihan parti itu tahun hadapan.

"Organisasi dan kepimpinan yang jelas menurut perlembagaan adalah keperluan untuk PKR mara sebagai sebuah parti masa hadapan.

"Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui untuk membina organisasi PKR termasuk untuk memposisikan Anwar sebagai pemimpin utama PKR. Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves itu yang merupakan salah seorang daripada 16 pembahas yang berucap di kongres itu.

Kini, isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan presiden PKR.

Sementara itu, pembahas dari Perak Sandrea Ng menyifatkan pemimpin PKR yang datang dan pergi dapat diatasi dengan meningkatkan disiplin pemimpin parti.

"PKR perlu mengutamakan pemimpin yang berkualiti berbanding kuantiti dalam parti. Kepada pemimpin yang telah meninggalkan parti disebabkan telah kehilangan kepercayaan, pinggan tak retak, nasi tak dingin; engkau tak hendak, aku pun tak ingin," katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Setakat jam 10 pagi, 805 perwakilan telah hadir ke kongres ini bagi mengundi pindaan perlembagaan parti di mana PKR hanya memerlukan sokongan 608 perwakilan bagi membolehkan sesuatu pindaan dilakukan.

Jawatan Ketua Umum bukanlah satu jawatan rasmi yang berada dalam perlembagaan parti itu.

Jawatan tersebut diadakan kerana selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, beliau berhadapan dengan halangan undang-undang untuk memegang jawatan politik selama lima tahun.

Kini Anwar sudah bebas daripada halangan undang-undang tersebut.

Hadi: PAS boleh laksana hudud di Kelantan kerana tiada perjanjian dalam Pakatan

Posted: 24 Nov 2013 02:56 AM PST



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Kelantan walaupun DAP tidak bersetuju. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 November, 2013.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Kelantan walaupun DAP tidak bersetuju. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim






















 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan adalah menjadi hak parti Islam itu untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Kelantan kerana perkara itu tidak termasuk dalam persetujuan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Hadi, ketika sidang media sejurus tamat memberikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan ke-59 PAS di Stadium Malawati Shah Alam, bagaimanapun menegaskan, Pengerusi DAP Karpal Singh turut mempunyai hak untuk membantah pelaksanaan hudud di negeri yang diperintah PAS itu.

"Hak dia (Karpal) bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan. Itu (hudud) tidak ada dalam perjanjian Pakatan Rakyat.

"Masing-masing dengan ideologi masing-masing, kerjasama kita dalam perkara yang berkesamaan dan perkara yang berbeza itu hak masing-masing," katanya kepada pemberita.

Karpal semalam menegaskan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS tidak berkuasa untuk laksanakan undang-undang hudud di negeri itu.Karpal merayu agar PAS tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan
.
Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun ketika ucapan penggulungannya menegaskan, meskipun DAP tidak bersetuju dengan Islam, mereka masih boleh berbincang.

"Kalau dia (DAP) setuju, lama dah dia masuk PAS, atau Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," katanya.

"DAP tidak setuju, itu biasa... kita boleh bincang."

Isu berkaitan hudud telah menjadi perbincangan antara PAS dan DAP termasuk rakan PKR mereka ekoran bantahan keras DAP terhadap hukum Islam.

Malah, PAS turut mendakwa isu-isu berkenaan turut dijadikan modal politik Umno ketika pilihan raya untuk meraih sokongan pengundi.

Mat Sabu: Kalau kita kuasai Johor, Umno tamat

Posted: 24 Nov 2013 02:07 AM PST

 

 
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi tekad PAS untuk menawan Johor bersama Pakatan Rakyat bagi memastikan parti Umno tewas dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

"Pada pilihan raya umum lalu, jalur kekuatan kita melebar dengan cemerlang dan selepas ini (pilihan raya umum ke-14) negeri yang kita akan tawan, insya-Allah, adalah Johor.

"Kalau Johor kita kuasai, nadi Umno tamat denyutannya di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Mohamad yang baru dipilih semula bagi jawatan itu berkata ahli PAS bagaimanapun masih perlu berhati-hati dengan agenda Umno.

Katanya, Umno dapat membelanjakan wang yang banyak untuk membina imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, beliau berkata Umno mungkin dapat melakukan perkara sama untuk memecah-belahkan Pakatan.

"Bila kena capai, kita kena teruskan (usaha)," katanya sambil menegaskan supaya menguatkan Pakatan Rakyat dan melupakan perkara yang tetek-bengek.

"Jangan hal-hal Umno atau ejennya yang datang mencelah di tengah-tengah (jamaah) kita," katanya lagi.

'Tiada Islam liberal, Islam ortodoks dalam PAS'

Posted: 24 Nov 2013 02:00 AM PST

 

 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS.

Beliau mendakwa, tuduhan seperti itu ditimbulkan oleh Umno, sedangkan kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah.

pas muktamar 231113 mat sabu hadi awang"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas.

"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

"Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah mempunyai pelbagai kepakaran," kata beliau yang mengumpamakan perjuangan dan penyatuan PAS sebagai sekumpulan kelasi bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.

Katanya setiap anak kapal tersebut berperanan membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat.

"Kadang-kadang saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang. mabuk jangan sampai terjun bahtera.

"Ada yang terjun tetapi tak selamat walau dia Ulama," kata beliau merujuk kepada beberapa pemimpin yang keluar dari parti tersebut sebelum ini.

Menang Kes Saman: Mazlan Aliman Sifatkan Kejayaan Buat Pas

Posted: 23 Nov 2013 09:14 PM PST

alt

Mahirah Zakaria


SHAH ALAM  - Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (FELDA), Mazlan Aliman menyifatkan kemenangannya dalam kes saman terhadap kerajaan Malaysia sebagai satu kejayaan buat parti Pas.

Menurut Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah, kes yang dimenangi tidak penting kerana hal yang lebih utama ialah maruah dan harga diri.

"Pada saya, kes yang dimenangi tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah maruah dan harga diri bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat parti.

"Sekurang-kurangnya, dengan keputusan ini, ia dapat membersihkan nama baik parti dam segala tuduhan yang dilemparkan dapat ditepis," katanya ketika berucap pada sesi pergulungan di Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Semalam, mahkamah telah mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar RM370,000 iaitu RM300,000 akibat tersalah tahan, RM50,000 sebagai ganti rugi tauladan serta RM20,000 untuk kos mahkamah.

Mazlan telah memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia selepas ditahan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 9 Mac 2010 di Felda Lembah Klau.

JAIS : Masjid di Selangor bakal jadi ‘universiti terbuka’

Posted: 23 Nov 2013 09:06 PM PST

Oleh : NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam usaha menjadikan masjid di negeri itu sebagai 'universiti terbuka' bagi memudahkan masyarakat mendapat kefahaman berkenaan agama.

Pemangku Pengarah JAIS, Zaki Arshad, berkata pihaknya akan meneliti beberapa modul terbaik untuk dijadikan bahan kepada masjid yang terpilih di negeri itu bagi menjalankan kuliah dan program.

Katanya, program itu dilihat akan memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada orang ramai, di samping dapat mengimarahkan masjid sebagai institusi pendidikan agama.

"Kita mahu membina kefahaman rakyat dan perlu mengorak langkah untuk lebih ke hadapan. Kita juga mahu memindahkan institusi pondok kepada masjid.

"Hal ini kerana institusi pondok kurang mendapat sambutan dan kita boleh laksanakannya di masjid negeri Selangor," katanya ketika membincangkan prosiding pengurusan masjid peringkat kebangsaan 2013, di Auditorium Datuk Yahya Ahmad, SIRIM, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

sallehin mukhyi green batik 01

Sementara itu, Sallehin berkata, kerajaan negeri akan melantik jawatankuasa masjid yang akan mengendalikan tabung dan kebajikan golongan mualaf bermula tahun depan.

Katanya, jawatankuasa itu akan mengendalikan hal kebajikan golongan itu termasuk mengajar ilmu agama dan fardu ain.

Beliau berkata, pendekatan itu akan dilaksanakan kerana terdapat 93 permohonan golongan mualaf yang mahu keluar daripada Islam.

"Mereka ini masuk Islam disebabkan mahu mendapatkan duit dan kita tidak mahu faktor ini menjadi punca masalah murtad. Kita mahu jawatankuasa ini membimbing mereka dengan cara yang terbaik selepas memeluk Islam," katanya.

Program terbabit anjuran JAIS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lembaga Zakat Selangor yang menghimpunkan pentadbir masjid, imam besar, jabatan agama islam negeri dan pegawai takmir bagi membincangkan fungsi serta pelaksanaan pengimarahan masjid.-NFN-

Pendidikan Tinggi Dalam Keadaan Tak Menentu

Posted: 23 Nov 2013 09:02 PM PST




DUNIA pendidikan tinggi global sedang dilanda gelora yang positif. Pertanyaan yang sedang diajukan: apakah pendidikan tinggi berkaitan dengan pengetahuan atau kebergunaan?

Dikotomi: Dikotomi ini sebenarnya agak naif. Matlamat terbesar pendidikan bukan pengetahuan, tetapi tindakan. Pemikiran yang cemerlang mesti diiringi dengan penyelesaian yang praktikal menurut keperluan zaman. Intipati pengetahuan adalah penerapan. Pada masa yang sama, "matlamat-matlamat idealistik" pendidikan mesti sentiasa dipelihara.

Matlamat idealistik: Universiti yang layak memakai gelaran "universiti" harus menjadi gedung pengetahuan dan hikmah masa silam; sebuah wadah seni, budaya dan sains, selain sebagai cerminan bagi warisan kemanusiaan yang agung. Seperti kata Whitehead, ia harus menjadi tempat bagi kegiatan pemikiran dan wadah serta tadahan bagi keindahan dan rasa kemanusiaan.

Sistem pendidikan yang hidup perlu digerakkan ke arah penerokaan kreatif, kebebasan berfikir, kesanggupan untuk merentas sempadan intelektual dan mencabar kepercayaan yang telah lama terpahat. Matlamat pendidikan ialah untuk mengajar kita bagaimana berfikir dan bukannya apa yang perlu difikirkan.

Universiti perlu menjadi tempat pemupukan budaya kajian; penjanaan pengetahuan baru; medan menguji wawasan baru bagi masa depan. Malangnya, kebanyakan sukatan pengajian serta kaedah pengajaran dan penilaian masih menghalang perasaan ingin tahu dan cenderung mengikdoktrinasi serta menundukkan minda supaya akur pada kebiasaan. Universiti telah menjadi tempat "menggilap kelikir dan memudarkan berlian."

Selain mengajar kemahiran profesional, universiti seharusnya membina watak dan menyediakan kemudahan untuk pembangunan individu yang menyeluruh. Ia seharusnya memupuk nurani sosial dan sudut pandang kemasyarakatan.

Kurikulum universiti sepatutnya dibentuk untuk melibatkan kakitangan dan pelajar dalam kegiatan mengembangkan masyarakat serta khidmat kemasyarakatan. Fakulti-fakulti universiti sepatutnya menjadi jambatan antara kecenderungan terhadap bidang kerjaya dan kecenderungan terhadap manusia. Kurikulum universiti seharusnya memberi penekanan terhadap soal pembaharuan dan perubahan serta rekayasa sosial.

Universiti perlu membantu proses pembangunan negara dan mengukuhkan pemahaman serta perhormatan terhadap budaya dan tradisi yang berbeza-beza. Di zaman pengantarabangsaan ini, pendidikan universiti seharusnya menawarkan sudut pandang global.

Pada masa yang sama, dalam konteks Asia, sudut pandang dunia ketiga tidak harus diabaikan.
Universiti-universiti Asia perlu membina kota pengetahuan mereka dengan memanfaatkan kekayaan dari pelbagai sumber. Itulah globalisasi sebenar.

Universiti perlu membuka pendidikan kepada semua, kerana pendidikan adalah unsur yang paling mampu menyetarakan keadaan manusia. Pelbagai jenis pelajar perlu diikut-sertakan. Ruang mesti diberi kepada pelajar miskin, golongan terpinggi dan minoriti. Para pentadbir pendidikan harus turut merasa terangsang oleh "darjah usaha" dan bukan hanya oleh "darjah kecerdasan".

Bucu perubahan: Walaupun di kalangan kita banyak orang yang mendakap wawasan idealistik dan holistik bagi institusi pengajian tinggi, kita tidak patut menutup mata terhadap perubahan yang sedang berlaku di sekeliling kita. Idealisme semakin membuka ruang kepada pragmatisme dan faham kefungsian.

Matlamat utama universiti hari ini ialah untuk membina kerjaya dan bukan watak. Pendidikan hari ini ialah untuk cari makan, bukan untuk belajar. Kita menjadi hamba kepada Lembaga Kelayakan bidang kerjaya kita. Lembaga itu yang menentukan watak dan kandungan kurikulum kita.

Pendidikan liberal dalam bidang bahasa, persuratan, dan ilmu kemanusiaan sedang dipinggirkan. Pendidikan yang mempunyai asas yang meluas digantikan oleh pendidikan yang memberi tumpuan terhadap kepakaran secara keterlaluan. Pelajar semakin banyak mengetahui perkara cabang.

Di Asia dan Afrika, pengangguran di kalangan graduan semakin tinggi. Berjuta-juta graduan dihasilkan, tetapi tiada pekerjaan menanti mereka. Orang mula meragui sejauh mana pendidikan tinggi dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.

Apakah tumpuan perlu dialihkan kepada latihan vokasional? Apakah pendidikan tinggi perlu dirumus semula untuk memungkinkan graduan bekerja sendiri dan menjadi usahawan agar mereka dapat membuka peluang kerja kepada orang lain dan bukannya membanjiri pasaran pekerjaan?

"Sinergi industri-universiti" kini menjadi ungkapan kegilaan. Universiti tergila-gila tentang soal pasaran, perniagaan dan tahap keupayaan pelajar untuk diambil bekerja. Pelajar menjadi pelanggan yang hanya peduli tentang soal mendapatkan kerja.

Wilson Report di UK tanpa rasa malu menyebut tentang universiti sebagai sebahagian daripada "perniagaan rantaian pembekalan kemahiran dan inovasi" yang rencam! Di zaman sekarang, menjadi trend untuk universiti memaksa ahli-ahli akademik supaya mempromosikan keusahawanan sebagai sebahagian daripada kerja mereka. Dilema di sini ialah apabila sebahagian kita memilih menjadi pengajar kerana tidak suka dengan dunia perniagaan dan perdagangan serta kerana ingin melibatkan diri dalam kerjaya yang idealistik dan bukan-komersial.

Naib canselor, dekan dan pensyarah dinilai berdasarkan kemahiran keusahawanan mereka dan jumlah dana yang berjaya mereka dapatkan. Universiti sedang membangunkan model perniagaan dan dipaksa untuk bergerak seperti syarikat komersial walaupun ia bukan sebuah entiti perniagaan yang sebenar.

Penyelidikan kini dianggap sebagai sebab utama universiti wujud. Penekanan terhadap penyelidikan adalah baik, tetapi ia dapat menghasilkan beberapa kecenderungan buruk. Pengajaran sedang mula diabaikan. Pensyarah mula enggan memegang jawatan pentadbiran. Pengajar-pengajar yang komited diabaikan dalam soal perjawatan dan kenaikan pangkat berbanding para penyelidik yang berdaya keusahawanan.

Universiti tergila-gilakan penarafan dan lanun-lanun dalam industri penarafan mengaut ganjaran besar.

Internet mengubah dunia pendidikan sama seperti ia mengubah dunia media, hiburan dan peruncitan.
Kaedah baru pengajaran dan pembelajaran mula muncul. Sebahagian perkara dalam penyelidikan menjadi tidak perlu. Pengajian jarak jauh dan kursus berasaskan web menjadi kebiasaan. Menerusi kurus-kursus ini, pembelajaran kendiri diperluaskan kepada golongan dewasa yang ingin "mengulang pelajaran".

Antara perkembangan buruk internet ialah ia memudahkan plagiarisme. Terdapat banyak isu etika yang terlibat dalam penggunaan maklumat umum dalam ruang umum.

Kesimpulannya, pendidikan tinggi berada dalam keadaan tidak menentu. Perkembangan-perkembangan baru menghasilkan perubahan radikal pada cara kita melihat peranan universiti dalam masyarakat.

Tidak semua orang bergembira dengan perubahan ini. Namun, kita terpaksa berdepan dengan realiti; meredakan perkara-perkara yang mampu kita kawal dan cuba menerima perubahan yang tidak dapat dihindari.

> Shad Saleem Faruqi adalah Profesor Emeritus Undang-undang di UiTM. Pandangan yang diungkapkan di sini adalah pandangan penulis sendiri sepenuhnya.

Senarai Keputusan Penuh Pemilihan PAS

Posted: 23 Nov 2013 09:00 PM PST

 MSTAR ONLINE

 
Abdul Hadi kekal sebagai presiden, menang tanpa bertanding.
 
 
SHAH ALAM: Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 yang diumumkan petang Sabtu.

Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Mohamad Sabu - 588 undi

Naib Presiden
1. Salahuddin Ayub - 920 undi
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - 849 undi
3. Datuk Husam Musa - 520 undi

Ahli jawatankuasa kerja:
1. Idris Ahmad - 927 undi
2. Datuk Dr Amiruddin Hamzah - 679 undi
3. Dr Zulkefly Ahmad - 610 undi
4. Datuk Kamarudin Jaafar - 562 undi
5. Khalid Abd Samad - 547 undi
6. Datuk Dr Mahfodz Mohamed - 455 undi
7. Mazlan Aliman - 840 undi
8. Mohamed Hanipa Maidin - 604
9. Dr Mohd Hatta Md Ramli - 649

10. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 688
11. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa - 626
12. Nasrudin Hassan - 645
13. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - 627
14. Nik Zawawi Nik Salleh - 518
15. Dr Riduan Mohd Nor - 469
16. Dr Siti Mariah Mahmud - 437
17. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 476
18. Nuridah Salleh - 424

Perniagaan Punya Pilihan Dengan Pertukaran Cuti Hujung Minggu Jumaat-Sabtu di Johor

Posted: 23 Nov 2013 08:59 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
JOHOR BARU: Perniagaan di negeri Johor kini mempunyai pilihan ekoran pertukaran hujung minggu kepada Jumaat-Sabtu walaupun mereka mempunyai pilihan sama ada mahu mengikutinya atau tidak.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) tidak melihat sebarang masalah akibat daripada pertukaran cuti hujung minggu tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim berkata: "Kami akan memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelabur dan pelabur yang berpotensi tidak terjejas dan perniagaan akan diteruskan seperti biasa."

Beliau menambah pihak berkuasa akan menyelaraskan tindakan yang diambil oleh agensi kerajaan dengan komuniti perniagaan.

Presiden Persatuan Perniagaan India Johor, P. Sivakumar berkata ahlinya bergantung kepada pelaburan asingh dan pertukaran hujung minggu itu mungkin memberi kesan kepada mereka kerana kebanyakan institusi kewangan di seluruh dunia ditutup pada hari Ahad.

Beliau berkata ia akan 'melemahkan sektor pelaburan' jika ahli-ahli persatuan menutup perniagaan mereka pada hari Jumaat.

Pengerusi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (SME)Johor, Teh Kee Sin berkata perubahan berkenaan boleh menimbulkan 'ketidakselesaan' kepada syarikat namun mereka harus menyusun semula operasi mereka sewajarnya.

"Negeri kita pernah menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu pada 1994, dan tiada syarikat swasta yang mematuhi peraturan berkenaan.

"Bagaimanapun, situasi telah berubah kerana kita mempunyai banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kebanyakan ahli persatuan kami berurusan dengan mereka," katanya.

Teh berkata syarikat SME yang berurusan dengan syarikat antarabangsa mungkin akan mempunyai masalah dalam mengendalikan trasaksi mereka sekiranya cuti hujung minggu adalah berbeza.

"Bagaiamanapun, saya percaya perniagaan kecil dan sederhana perlu berubah dan mungkin mereka boleh memfokuskan kepada lebih banyak perniagaan yang menggunaakan aplikasi atas talian bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Persatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor menyokong perubahan cuti hujung minggu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari depan.

Naib Presidennya, Abdul Rahman berkata: "Sebagai orang Islam, sudah pasti kita menyambut baik cadangan ini kerana hari Jumaat merupakan hari penting untuk kita membawa anak-anak ke masjid."

Di Petaling Jaya, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata syarikat yang mempunyai klien antarabangsa akan terjejas dengan perubahan cuti hujung minggu di Johor, dan meminta majikan di Johor lebih fleksibel dalam soal kerja serta hari cuti.

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan berkata: "Sekiranya klien perlu menghadiri sesuatu program pada Jumaat atau Sabtu, maknanya syarikat hanya boleh berbuat demikian pada Ahad. Sebab itu kita perlu fleksibiliti," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata syarikat swasta tidak wajib untuk mengikuti pelaksaan cuti hujung minggu pada Jumaat-Sabtu.

"Sekiranya syarikat swasta tidak boleh mematuhi arahan kerajaan negeri atas alasan operasi, maka mereka mempunyai budi bicara untuk tidak mengikutnya," kata Shamsuddin.

PKR: Timbalan berpeluang jadi presiden

Posted: 23 Nov 2013 08:52 PM PST


PKR: Timbalan berpeluang jadi presiden


SHAH ALAM - Konvensyen Nasional PKR hari ini akan menerima usul mengenai pemberian kuasa penuh kepada timbalan presiden dan naib presiden untuk menggantikan jawatan tertinggi parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, perlembagaan mengenai kekokosongan presiden akan dibahas dan dipinda.

Menurutnya, timbalan dan naib presiden tidak perlu menjadi pemangku yang bersifat sementara sebaliknya berkuasa penuh untuk melancarkan pentadbiran.

"Pindaan perlembagaan ini dicadangkan supaya jawatan timbalan dan naib presiden tak perlu lagi jadi pemangku bertujuan untuk beri kuasa penuh agar senang jalankan tugas mereka berbanding pemangku yang bersifat sementara," katanya dalam Taklimat Latar Belakang Pindaan Perlembagaan, di sini, hari ini.

Cadangan yang diberikan pada fasal 14.5 dan 14.6 dengan pindaan kepada fasal 12.12 ialah, apabila berlaku kekosongan dalam jawatan presiden, maka timbalan presiden akan mengisi kekosongan itu.

Manakala bagi cadangan fasal 21.13 iaitu jika berlaku kekosongan dalam jawatan timbalan, maka Majlis Tertinggi Pusat boleh melantik salah seorang naib presiden untuk mengisi kekosongan itu.

Selain itu, fasal 21.4 yang dicadangkan juga jika berlaku kekosongan dalam jawatan naib presiden yang dipilih menurut fasal 21.4, maka Majlis Pimpinan Pusat boleh melantik mana-mana Ahli Majlis Pimpinan Pusat untuk memenuhkan kekosongan itu.

Naib Presiden: Usah hanya cantikkan perlembagaan

Posted: 23 Nov 2013 08:49 PM PST


Konvensyen Nasional PKR


SHAH ALAM - Susulan usul keputusan pindaan perlembagaan yang diumum Presiden PKR sebentar tadi, perwakilan Sarawak, Abun Sui Anjit berpendapat, cadangan mengenai jawatan Naib Presiden dilantik perlu dilaksanakan dan bukan sekadar "mencantikkan" perlembagaan parti.

"Kita mahu pelaksanaan itu yang penting, bukan hanya cantikkan perlembagaan parti.

"Kuasa autonomi itu harus benar-benar dilaksanakan," katanya ketika pembahasan usul naib presiden dilantik, pada Konvensyen Nasional PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengumumkan, PKR akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi  jawatan naib presiden parti selepas ia digubal secara rasmi hari ini.

"Selepas menyambut kemerdekaan yang ke-55, PKR, Pas dan DAP telah melancarkan 'Deklarasi Kuching' yang mana kita telah setuju untuk memasukkan perkara ini dalam perlembagaan yang bakal diluluskan.

"PKR tetap dengan pendirian yang mahukan autonomi diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

Sehubungan itu, Abun turut mencadangkan, dua jawatan Naib Presiden daripada tiga jawatan tersebut diberikan kepada wakil Sabah dan Sarawak.

Katanya, perkara itu untuk memastikan kuasa autonomi yang dicadangkan untuk diberikan kepada PKR di Sabah dan Sarawak dilaksanakan secara berkesan serta lancar.

"Memandangkan cadangan untuk memberikan satu jawatan untuk Naib Presiden, jadi yang akan dipilih? Sabah atau Sarawak?

"Mengikut semangat perjanjian PKR, apa kata wujudkan dua jawatan untuk Sabah dan Sarawak.
"Sabah dan Sarawak jangan bergaduh pula, tapi saya yakin negeri ini tidak akan bergaduh,"
Tambahnya, pemberian kuasa autonomi dengan melantik seorang wakil daripada Sabah dan Sarawak boleh dilakukan dengan mengikut giliran.

"...tapi pimpinan bagi satu saja, kita boleh buat ikut giliran," katanya.

Hanipa: Jangan hanya kempen laksana hudud

Posted: 23 Nov 2013 08:41 PM PST


Radzi Razak

  
Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Hanipa Maidin berkata anggota parti Islam itu harus melihat takrif dakwah yang lebih luas dan tidak hanya berkempen untuk melaksanakan hudud.

Peguam itu berkata, definisi dakwah dan syariah sebenar ialah membawa manusia keluar dari kezaliman serta mencari keadilan.

"Jangan biar orang lihat agama (Islam) ini bertujuan untuk menghukum sahaja.
"Kita mesti tunjuk Islam ini sebagai ihsan manusiawi (mercy of the mankind)," kata beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan usul undang-undang di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam hari ini.

Hanipa berkata, beliau juga kecewa kerana tiada pemimpin dan perwakilan PAS yang membahas mengenai kezaliman undang-undang kontroversi seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Katanya, para perwakilan juga sepatutnya menilai masalah perundangan lain yang boleh timbul walau dengan pelaksanaan hudud, seperti yang berlaku di negara Pakistan.

Beliau yang juga MP Sepang menjelaskan, negara tersebut menegakkan hudud tapi masalah rasuah dan ketidakadilan masih ketara.

""Syariah ini, asasnya ialah hikmah dan juga keadilan dalam kemaslahatan hamba Allah dalam kehidupan dunia dan akhirat..apa juga tidak adil, itu bukan syariah.

"Bila hanya pentingkan hudud org ingat hudud penyelesaian segalanya, orang akan tengok agama (Islam) asyik menghukum," kata beliau.

Lagu kumpulan Scorpions jadi teguran buat PAS

Posted: 23 Nov 2013 08:39 PM PST


 
 Radzi Razak


Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Dr Muhaimin Sulam menyeru para pemimpin parti tersebut, khususnya golongan ulama untuk lebih berfikiran terbuka dalam isu kesenian bagi membolehkan parti Islam itu dilihat lebih inklusif.

Katanya, golongan itu harus mengenali dan mendampingi insan seni bagi membolehkan mereka lebih mengenali masyarakat.

"Orang PAS kena tahu beza ghazal, zapin dan sebagainya. Jangan hanya fikir warak, feqah, dan siasah syariah.

"Kita perlu tahu terma semasa supaya mengenali masyarakat, bukan hanya mengenali batang tubuh sendiri," kata beliau dalam ucapan penggulungan lajnah tersebut di persidangan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Muhaimin yang tampil dengan imej rambut dan janggut panjang turut menarik perhatian perwakilan, yang kebanyakannya hadir dengan berjubah, apabila memetik bait-bait dari lagu kumpulan balada popular Jerman, Scorpions dalam ucapannya.

Petikan lirik lagu balada bertajuk Wind of Change tersebut bagi menguatkan saranannya agar golongan dalam PAS berani untuk berubah.

Beliau menonjolkan isu tersebut bagi mengulas tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan penganjuran Program Karnival PAS For All selama tiga hari bermula hari Jumaat lalu.

Program tersebut dikritik kerana menampilkan persembahan kumpulan rock bersama artis yang kini bersama PAS – Sham Kamikaze dan Nazmi Karim.

Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam menang jawatan VP

Posted: 23 Nov 2013 08:36 PM PST


MALAYSIA KINI
 
 
 
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua penyandang naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa diumumkan pemenang bagi jawatan nombor tiga parti Islam itu pada muktamar tahunan ke-59 hari ini.

Salahuddin mendapat undi paling banyak, 917 undi diikuti Tuan Ibrahim yang mendapat 849 undi, manakala Husam di tempat ketiga dengan 520 undi.

Dua lagi calon - ahli parlimen Pokok Sena yang juga penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik tewas dalam pertandingan itu apabila masing-masing hanya mendapat 504 dan 364 undi.

Keputusan pemilihan untuk jawatan naib presiden itu sepatutnya diumumkan semalam namun ditangguhkan selepas persetujuan kelima-lima wakil calon untuk mengadakan pengiraan semula.
Pengiraan semula itu diadakan kerana jumlah undi yang diterima oleh para calon "sangat rapat".

Keputusan berkenaan diumumkan oleh pengerusi pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada kira-kira jam 10.50 pagi ini.

Beliau juga mengumumkan seramai 1129 perwakilan layak mengundi namun hanya 1086 kertas undi dikeluarkan dan 6 undi rosak.

K-Pop: Inovasi apa dengan pakaian tidak senonoh

Posted: 23 Nov 2013 03:56 PM PST

Harakahdaily 


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) amat kesal dengan sikap kerajaan melalui Menteri Belia dan Sukan  yang akhirnya mengaku memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, lebih parah beliau menjustifikasikannya dengan menyatakan berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.

Beliau turut mempertikai kenyataan menteri yang menerajui KBS itu yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap ini sebagai kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada hasil negara.

"Kami menyelar sikap Menteri tersebut yang sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan  inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.

"Kami mempersoal inovasi apa yang beliau maksudkan dengan mempersembah penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) amat kesal dengan sikap kerajaan melalui Menteri Belia dan Sukan  yang akhirnya mengaku memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012.

Lebih parah beliau menjustifikasikannya dengan menyatakan berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.

Menteri yang menerajui KBS kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap ini sebagai  kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada hasil negara.

Kami menyelar sikap Menteri tersebut yang sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan  inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.

Kami mempersoal inovasi apa yang beliau maksudkan dengan mempersembah penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia.

Inikah darjat pemikiran seorang Menteri yang hendak menerajui pembentukan budaya generasi muda di negara ini?

Dengan berjaya menonjolkan budaya asing untuk menarik 2.4 juta pengunjung di Sambutan Hari Belia, ia bukan satu ukuran yang sepatutnya dibanggakan.

Menarik penaja untuk membiaya K-Pop yang jelas merupakan budaya asing yang bercanggah dengan nilai budaya negara, bagi kami adalah polisi yang sangat memalukan.

Kami tidak boleh menerima sama sekali alasan beliau bahawa soal K-Pop hanya salah satu dari 500 acara sambutan dan ia tidak perlu diperbesarkan.

Menteri beralasan untuk Malaysia ada satu acara ikonik kerana membandingkan dengan  Brazil yang ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest, bermakna beliau mempunyai pemikiran yang suka plagiat budaya dan acara orang lain untuk dibawa ke Malaysia.

Bila beliau berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu merupakan antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit daripada RM900,000 perlu dibayar, ini bererti beliau tidak terfikir sama sekali apa rasional untuk membawa penari bergaya tidak senonoh itu betapa popular sekalipun mereka itu.

Bagi kami ini bukan isu tiada salah laku dalam cara perbelanjaan tetapi adalah soal apa justifikasi  beliau meluluskan membawa penari K-Pop itu.

Ini juga bukan isu politik. Bagi kami ini adalah isu kerosakan budaya dan percanggahan nilai dan moral rakyat dan negara yang dibawa sendiri oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Kami kesal PAC begitu dangkal dalam menangani isu ini yang hanya dilihat dari segi prosedur bayaran. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed ternyata tidak memahami kemarahan rakyat bila wang rakyat dibelanja untuk membiayai penari yang tidak ada kena mengena dengan soal pembentukan sahsiah belia di negara ini.

Kami menyatakan bantahan kami kepada sikap kerajaan yang jelas tidak sensitif dengan soal kerosakan akhlak generasi muda  dengan membawa artis luar negara yang tidak melihat kesan dan imej yang akan terbentuk kepada generasi muda.

Bila Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih, bermakna harga nilai moral bagi kerajaan adalah lebih rendah berbanding pulangan nilai wang ringgit.

Kami berpendirian kerajaan telah melakukan suatu jenayah dan pengkhianatan budaya yang sangat besar bila wang rakyat diguna untuk mengimport persembahan yang rendah moral dan sama sekali bertentangan dengan Dasar Budaya Kebangsaan dan Islam sebagai agama di negara ini.

Anak tokoh korporat ditemui rentung

Posted: 23 Nov 2013 03:45 PM PST

KUALA LUMPUR - Anak lelaki seorang tokoh korporat ditemui mati dalam keadaan rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail di sini awal hari ini.

Mayat mangsa berusia 20 tahun itu, ditemui ibunya pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.

Menurut sumber polis, ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap.

Mangsa merupakan pelajar jurusan ekonomi dan politik sebuah universiti luar negara.

Turut ditemui di tempat kejadian, dua tin disyaki mengandungi petrol, sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada rakannya mengatakan 'see you in other side' (jumpa anda di dunia lain).

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. - Bernama

Kenaikan nilai hartanah 10% dalam lima tahun bagi pastikan kadar berpatutan, kata Abdul Khalid

Posted: 23 Nov 2013 03:40 PM PST

OLEH YISWAREE PALANSAMY

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) gesa DBKL untuk menjelaskan mekanisme kira kenaikan nilai hartanah. Gambar The Malaysian Insider oleh Yiswaree Palansamy, 23 November, 2013.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) gesa DBKL untuk menjelaskan mekanisme kira kenaikan nilai hartanah. Gambar The Malaysian Insider oleh Yiswaree Palansamy


















 

Pakatan Rakyat mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji peningkatan kadar hartanah sebanyak 10% bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melihat kadar itu berpatutan kepada setiap orang.

Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau bersama beberapa ahli parlimen dari Kuala Lumpur akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menunjukkan menteri itu cara pentadbiran Selangor.

"Saya akan meminta beliau mempertimbangkan cadangan saya kepada pemilik hartanah semasa semasa pertemuan dengannya selepas 17 Disember," katanya selepas menghadiri pertemuan bersama penduduk di Cheras yang menyerahkan bantahan berhubung kenaikan cukai pintu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menetapkan 17 Disember sebagai tarikh akhir pemilik hartanah bagi mengemukakan bantahan.

Khalid yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata DBKL perlu menjelaskan mekanisme yang digunakan untuk mengira kenaikan nilai hartanah yang turut menyebabkan kenaikan cukai pintu.

"Inilah sebabnya mengapa rakyat terus curiga berhubung perkara yang tidak diketahui prosesnya," katanya kepada pemberita.

Berhubung kenyataan Tengku Adnan yang berkata cadangan itu bagi membantu pemilik hartanah menilai semula hartanah mereka, Khalid berkata: "Jangan cakap banyak. Cari penyelesaian untuk kurangkan cukai."

"Kerajaan juga tidak harus mengikat harga hartanah dengan kadar inflasi kerana peningkatan harga hartnah berlaku dengan cepat," tambahnya.

Khalid berkata DBKL tidak perlu meningkatkan cukai pintu hingga 300%.

"Ia mesti sepadan dengan perkhidmatan DBKL. Teruskan menghantarkan bantahan kepada mereka dan katakan perkhidmatan mereka masih tidak memuaskan dan cukai perlu dikurangkan. Mereka belum lagi menunaikan janji," katanya.

Khalid berkata DBKL telah membuat dua kesilapan besar dengaan mengkaji semula nilai hartanah yang sekaligus meningkatkan kadar cukai.

"Pertama, mereka perlu mengadakan taklimat bagi menambah pemahaman pemilik.

"Kedua, DBKL membebankan warga kota dengan peningkatan ini yang dilihat tidak adil mengkaji selepas 21 tahun," katanya.

Khalid berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mencatatkan usul itu dalam usul Perlembagaan agar kenaikan itu hanya berlaku dalam tempoh lima tahun lagi dengan kadar 10%.

Ketika ditanya kebarangkalian warga kota akan berpindah ke Selangor akibat peningkatan cukai itu, Khalid berkata Selangor pun menghadapi dilema harga hartanah.

"Tiada masalah jika mereka berpindah," katanya.

Pertukaran Cuti Hujung Minggu Tak Jejas Ekonomi Johor - MB

Posted: 23 Nov 2013 03:37 PM PST

 
Mohamad Khaled
 
MSTAR ONLINE
 
 
MUAR: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yakin pertukaran cuti hujung minggu dari hari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor.

Mohamed Khaled berkata mereka yang bercuti pada hari Ahad mempunyai ruang untuk berurusan dengan kerajaan negeri kerana hari tersebut adalah hari bekerja bagi kakitangan kerajaan negeri.

"Saya tidak fikir dalam keadaan kepesatan teknologi pada masa ini, pertukaran cuti hujung minggu ini akan memberi kesan besar kepada ekonomi negeri.

"Lagipun sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat iaitu sebelum 1994," katanya selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini Sabtu.

Mohamed Khaled berkata, pada ketika itu, syarikat swasta boleh memilih sama ada ingin mengikut kerajaan negeri ataupun bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.

"Begitu juga kali ini, terpulang kepada mereka sama ada hendak ikut sama seperti kerajaan negeri," katanya.

Mengenai kesannya kepada sekolah di negeri ini, Mohamed Khaled berkata dengan pelaksanaan cuti hujung minggu yang baru, pelajar sekolah tidak lagi perlu tergesa-gesa untuk menunaikan Solat Jumaat.

Sultan Johor ketika mengumumkan pertukaran hari cuti hujung minggu itu pada majlis tersebut bertitah, langkah itu sebagai menghormati hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari selain memberi peluang kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amalan.

Pada majlis itu Mohamed Khaled turut dikurniakan pingat Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Johor, Datuk Tahrir Datuk Shamsudin berkata langkah tersebut bertepatan dengan agama Islam yang menjadikan Jumaat sebagai penghulu segala hari.

"Dengan perubahan ini, umat Islam mempunyai lebih masa untuk bersiap dan kaum bapa juga dapat membawa anak-anak untuk sama-sama menunaikan Solat Jumaat,"katanya.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu amat baik bagi membolehkan umat Islam menunaikan ibadat dengan tenang dengan memulakan amalan seperti bacaan Surah Yasin dan tahlil pada malam Jumaat.

Beliau berkata sebagai negeri yang berpengalaman cuti pada Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994, beliau yakin perubahan terbabit tidak memberi kesan kepada masyarakat dan pentadbiran negeri.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) Datuk Ismail Ibrahim pula berkata pelaburan di kawasan berkenaan akan berlangsung seperti biasa dan pihaknya akan meningkatkan sistem perkhidmatan supaya berjalan lancar buat pelabur dan bakal pelabur.

"Kami pasti akan mengambil tindakan yang perlu untuk menyelaraskan semua agensi-agensi di peringkat persekutuan dan juga komuniti perniagaan. Setakat ini, kita tidak melihat apa-apa gangguan kepada perkhidmatan mahupun cadangan pelaburan di Iskandar Malaysia berhubung perubahan cuti itu," katanya.

Pengurus Komunikasi Hotel Traders Puteri Harbour, Nusajaya, Aidah Abd Rahman pula berkata pihaknya yakin waktu bekerja pada Ahad dapat meningkatkan tahap perkhidmatan industri pelancongan di negeri ini yang sentiasa sibuk pada hari berkenaan.

"Pihak hotel amat menyambut baik titah tuanku untuk mengembalikan semula cuti pada Jumaat dan Sabtu. Sesungguhnya ini merupakan berita gembira bagi pelancong asing khususnya rakyat Singapura yang saban minggu berkunjung ke negeri ini kerana mereka akan menikmati perkhidmatan penuh di hotel pada setiap Ahad," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: