Ahad, 24 November 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Komposisi ulama dan profesional dalam saf kepimpinan baru PAS adalah seimbang.

Posted: 24 Nov 2013 08:00 AM PST

AJK PAS Pusat - cekau dari Cenangau!

Presiden PAS nafi ulama dipinggir 

NOV 24, 2013 HARAKAHDAILY

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan bahawa kumpulan ulama terpinggir dalam saf kepimpinan baru PAS pusat yang dipilih pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini. 

Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berbangkit kerana komposisi ulama dan profesional dalam saf kepimpinan baru PAS adalah seimbang.

 "Perkara ini tak timbul. Saya kira dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja ada 9 orang ulama daripada 18 orang," katanya pada sidang media terakhir selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 ditangguhkan kira-kia jam 3 petang ini.

 Beliau turut menambah bahawa, bukan jumlah mana-mana kelompok sama ada ulama atau profesional yang perlu dipersoal, tetapi PAS lebih melihat kepada peranan yang akan dimainkan.

 "Kita tak mahu macam ulama dalam Umno (tiada peranan). Yang penting kita melihat peranan yang dimainkan nanti," jelas beliau lagi.

 Terdahulu beliau diminta memberi komentar oleh wartawan media arus perdana berhubung jumlah ulama dalam saf kepimpinan baru yang didakwa mereka menyaksikan kumpulan ulama tidak mendominasi AJK PAS Pusat.

Ulama : ' Tahaluf Siyasi' itu akan diteruskan.

Posted: 24 Nov 2013 02:32 AM PST


Sebelum ini Multaqa Ulama bukan main gegak gempita memutuskan mahu tahaluf siayasi dikaji semula kerana kononnya telah menyebabkan undi orang Melayu kepada PAS merosot.

Mereka mahukan penilaian semula tentang tahaluf siyasi Pas bersama PKR dan DAP di dalam Pakatan Pembangkang.

Tiba-tiba keluar pula kenyataan sebegini .... korang nak kata apa lagi? Harap selepas ini, tidak ada lagi suara-suara sumbang yang mengugut dan memberi amaran mahu keluar Pakatan Rakyat.....

Baguslah dengan perubahan ini. Tahniah dan syabas kepada Dewan Ulamak kerana menyokong tahaluf siyasi yang telah berjaya menjadikan PAS for all dan sebagai wadah perjuangan untuk melebar luaskan konsep Islam Rahmatan-lil-'Alamin :
Ulama: Jangan keluar PAS demi kerjasama politik
Majlis Syura Ulama PAS memberi amaran kepada anggota parti hari ini agar mematuhi garis panduan parti dalam mengamalkan kerjasama politik dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan juga dengan gerakan Islam tertentu.

Setiausaha jawatankuasa tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Majlis Syura Ulama tidak mahu anggota PAS keluar parti semata-mata untuk bersama dengan parti politik lain atau menunjukkan tindakan ketaatan kepada pertubuhan Islam lain.
 Nik Zawawi berkata konsep itu diputuskan berasaskan Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak ulama dan Qias dan ia diamalkan berdasarkan pendapat yang disepakati (ijtihad jamai'e) dan menepati kehendak badan tertinggi PAS itu.

"Majlis Syura Ulama menegaskan semua anggota dalam gerakan harakah, jangan sekali-kali kita melanggar garus panduan yang ditetapkan oleh Majlis Syura kerana ia adalah satu juzuk daripada agama sudah tentu ada garis panduan dalam Islam. 
 "Kita tidak akan berganjak dengan strategi yang besar dan berkesan ini," katanya. 
Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam hari ini, Nik Zawawi menegaskan bahawa kerjasama politik atau dalam istilah Arab 'tahaluf siyasi' itu akan diteruskan. 
 "Allah menganugerahkan kejayaan mengadakan tahaluf siyasi dan Isya-Allah PAS tidak akan mengkhianati rakan-rakan sepejuangan. 
 Isu berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat menjadi antara topik utama yang dibangkitkan oleh para perwakilan dalam muktamar tersebut.  SUMBER

Tiada ulasan: