DIALOG RAKYAT |
- Al-Wathan Mesir: Presiden PAS nafi, ambil tindakan
- Kawasan mesti di bersihkan, untuk menjauhi lalat-lalat berkeliaran
- Pengganas: The Star BIADAP, tarik balik laporan
- Maria Chin pimpin Bersih 2.0 mulai 30 Nov
- Dulu 'Suara Pakatan Rakyat', sekarang 'Negara Pakatan Rakyat'
- PENIPUAN TERBESAR UMNO
- MP Padang Serai Diarah Keluar Dari Persidangan Dewan Rakyat
- Kesihatan MB Pahang Makin Pulih
- Khalwat: Pasangan Mengaku Salah, Shahrizal Jaszle Tidak
- Rahmat (Mega) Lesap RM6,000 Ditipu 'Tuhan Harun'
- Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli Diedar
- Lompat parti: Pas Perak saran Zambry lapor polis
- Mufti Kedah: Pengikut Syiah sukar taubat
- 55 penjawat awam dikenal pasti terlibat rasuah
- Ahmad Said jadi MB sehingga Mac 2014?
- Gambar anjing: Zulhazmi tak jadi membuat laporan
- Semua rakyat M'sia selamat dari taufan Haiyan
- PAS siasat 'kempen gambar anjing' pemilihan Pemuda
Al-Wathan Mesir: Presiden PAS nafi, ambil tindakan Posted: 12 Nov 2013 03:52 AM PST
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin. Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin. "Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir. "Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan. "Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun. Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu hubungan PAS dengan pihak luar. "Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa," katanya. Justeru, tegasnya PAS sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut. "Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya yang juga Adun Rhu Rendang. Pada 22 Oktober 2007, Tuan Guru Abdul Hadi memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau. Daily Mirror dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang-terangan menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent. Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang ditahan di Guantanamo Bay. | |||
Kawasan mesti di bersihkan, untuk menjauhi lalat-lalat berkeliaran Posted: 12 Nov 2013 03:46 AM PST Isu yang di hadapi oleh Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Pegawai Tinggi Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadi akuan bersumpah nya menjadi dokumen awam. Ini adalah kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah beliau terhadap Gani Patail. Putrajaya telah menerima akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim lebih dari sebulan yang lalu tetapi tidak akan nampak sebarang tindakan di ambil ke atas akuan bersumpah itu sampai ke hari ini. Akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang di bayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 dari 31 mukasurat akuan bersumpah itu. Jika ini berlaku kita akan menghadapi satu lagi isu besar yang akan menjadi polimik di khalayak ramai dan ia di katakan hanya sebahagian kecil dari banyak lagi isu yang selama ini di lindungi oleh mereka yang mempunyai kuasa yang telah menyalahgunakan nya. Mahu tidak mahu pembongkaran secara terbuka ini merupakan satu pengajaran kepada semua yang pesalah-laku seperti yang di tuduh itu tidak akan dapat di lindungi selama-lamanya. Salah laku kita akan terbongkar juga akhirnya kerana masakan 'bangkai gajah boleh di tutupi dengan nyiru' sahaja. Langkah yang terbaik bagi siapa yang telah melakukan jenayah melindungi jenayah itu ialah dengan bersara sahaja dan hentikan segala salahlaku yang telah di lakukan itu. Isu seperti ini hanya boleh di selesaikan dan di rungkai kembali oleh seorang Perdana Menteri yang mempunyai wibawa sahaja. Perdana Menteri yang sedang berkuasa mesti mengambil 'accountability' ke atas semua salahlaku yang di lakukan penjawat awam tinggi negara. Tentulah apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu adalah perkara yang serius dan perlu mendapatkan tindakan segera dari Putrajaya khususnya Perdana Menteri, Najib Razak. Kalau tidak masakan Datuk Mat Zain begitu serius dan telah berjuang tanpa henti untuk melihat Peguam Negara di ambil tindakan kerana apa yang beliau anggap sebagai salahlaku yang tidak boleh di lindungi lagi. Tiada seorang pun dalam kabinet negara memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku itu. Dr Mahathir berkata beliau akan memberikan reaksi setelah membaca semua isi kandungan akuan bersumpah yang setebal 31 muka itu. Dr Mahathir sendiri perlu membaca dengan teliti dahulu sebelum memberikan reaksi kerana Gani Patail telah menjadi Peguam Negara sejak pentadbiran beliau. Jika terbongkar kesemua kandungan akuan bersumpah itu ia akan menjadikan semua kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara itu menjadi hak milik awam dan hanya memerlukan belanja RM5 sahaja untuk mendapatkan naskah setebal 31 muka itu. Saya sudah pastinya akan menjadi salah seorang yang akan berbelanja RM5 itu untuk membaca kandungan akuan bersumpah itu. Jika jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang merampas anak kepada Sarah Joseph, Jumaat lalu, mendapat perhatian umum dan rakyat bersama-sama mencarinya, dalam kes akuan bersumpah ini juga sepatutnya mendapat reaksi yang sama dari rakyat ramai. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab rakyat untuk menangkap semua penjenayah yang telah melakukan salah laku seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu. Ini penting kerana negara ini yang di punyai rakyat dan rakyat berhak untuk melakukan apa yang sepatutnya untuk menyelamatkan dari kehancuran hasil dari tindakan tidak jujur penjawat awam kita. Selama ini pemimpin-pemimpin kita dalam kerajaan begitu lalai dan mengambil segala-galanya 'for granted'. Budaya dan sikap ini mesti di hentikan serta merta kerana negara ini perlu keselamatan dan rakyat adalah empunya negara ini. Negara ini bukan Perdana Menteri yang punya atau Dr Mahathir atau Gani Patail yang punya. Sesiapa sahaja yang pemimpin semasa berlakunya salah laku Gani Patail itu (jika benar) mesti mengambil 'accountability' dan wajar di ambil tindakan juga. Oleh kerana 'accountability' yang bakal di ambil oleh mereka dan pemimpin yang bertanggungjawab itu, maka masanya akan tiba di mana negara ini perlukan rombakan besar-besaran dalam hal politik dan kerajaannya. Sumber salah laku pegawai tinggi kerajaan ini selalunya berpunca dari kerajaan yang korup dan kotor. 'Tikus dan lalat tidak akan berkeliaran di tempat yang busuk dan kotor'. Tikus-tikus dan lalat serta langau hanya akan berkeliaran di tempat kotor sahaja kerana mereka tidak boleh hidup di tempat yang bersih dan nyaman. 'Ulat taik hanya selesa hidup di dalam taik'. Ulat taik akan mati dan tidak boleh hidup dalam suasana bersih. Begitu jugalah pegawai atau pemimpin yang kotor tidak boleh hidup dalam politik yang bersih. Mereka juga seperti ulat taik tadi. Lagi kotor suasana politik itu lagi selesa mereka hidup dengan suasana kotor seperti dalam taik tadi. Sekarang rakyat perlu melakukan pembersihan dan membuang taik-taik yang ada semata-mata untuk mengelak dari kehadiran ulat-ulat taik yang sudah sekian lama mengerumuni kita sejak berdekad dahulu. Selagi kita di kerumuni oleh ulat-ulat taik dan lalat serta tikus-tikus yang kotor itu selagi itulah jangkitan penyakit yang sedang menyerang sekarang ini tidak akan dapat di ubati lagi. Buang taik-taik itu maka tidak akan datang lagi ulat-ulat taik yang kotor itu. Jika kita mahu menutup makanan kita dengan tudung saji, jangan pula di kurung lalat-lalat dan tikus bersama dalam makanan yang kita tutup tadi. Itu yang berlaku sekarang. Perasuah dan penyangak di kurung bersama dengan harta rakyat. Itulah sebabnya pemimpin yang bersih tidak akan kekal dan berada dalam UMNO dengan mudah kerana parti itu di kerumuni oleh ulat-ulat taik yang kelaparan sentiasa.http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | |||
Pengganas: The Star BIADAP, tarik balik laporan Posted: 12 Nov 2013 03:37 AM PST KUALA LUMPUR: Akhbar The Star hari ini memetik nama Almarhum Ibrahim Libya dan mendakwa beliau salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985. Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia Almarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun. Laporan itu mendapat kecaman daripada Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Kedah yang menyifatkan The Star telah menghina Tuanku Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pernah mencemar duli menziarahi kubur almarhum Ustaz Ibrahim Libya. Malah menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, laporan akhbar terbabit telah menggambarkan tahap mentaliti pemilik akhbar yang semakin memualkan. "Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat. "Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika," katanya kepada Harakahdaily. Tegasnya Dewan Pemuda Kedah, menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali ini. "Kita tidak teragak-agak akan membuat membuat laporan Polis dan dalam masa tiga hari sekiranya tiada tindakan daripada The Star. "Kami akan memohon mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan kerana baginda adalah Ketua Agama Islam Malaysia," katanya. Sementara itu, AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizat Kaiat dalam satu kenyataan menyifatkan tuduhan tersebut tidak tepat dan biadap. Ini kerana peristiwa Memali yang dimaksudkan oleh The Star adalah peristiwa yang masih gagal disabitkan sebagai aktiviti pengganas melibatkan Almarhum Ust Ibrahim Libya sebagai pemimpin masyarakat di situ. "Bahkan sejarahwan dan pengamat politik di Malaysia sendiri sebahagiannya menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melalui arahan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai perdana menteri sebagai memiliki agenda tersembunyi," katanya. Bahkan katanya, fakta sejarah sendiri telah menyaksikan bahawa status Almarhum Ibrahim Libya dan beberapa rakannya yang ditembak sebagai syahid dan turut disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak ketika itu. Justeru, tegas Suhaizan untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia seperti mana dilaporkan The Star adalah tidak bertanggungawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali Almarhum. "Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini," katanya. Justeru, beliau mendesak The Star menarik balik berita tersebut dan memohon maaf terbuka kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum. "Saya tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat seramai mungkin untuk menyatakan bantahan ini sekiranya tiada sebarang tindakan tarik balik dan permohonan maaf dibuat oleh The Star," katanya. | |||
Maria Chin pimpin Bersih 2.0 mulai 30 Nov Posted: 12 Nov 2013 03:32 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR - Badan penggerak bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil, Bersih 2.0 bakal dipimpin aktivis Maria Chin Abdullah bermula 30 November ini berikutan tiada sebarang pencalonan lain bagi mengisi jawatan pengerusi badan penggerak itu. Menurut Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Bersih 2.0, Stanley Yong, pencalonan ke atas Maria dilakukan Pengerusi Bersih 2.0 sekarang iaitu Datuk S. Ambiga. Bercakap pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina, hari ini, Stanley berkata borang pencalonan telah dihantar pada 23 Oktober lalu, sebelum tempoh pencalonan ditutup pada 8 November. Selain jawatan pengerusi, dua calon akan bertanding bagi kerusi naib presiden, iaitu penyandang, Dr. Ahmad Farouk Musa, dan aktivis anti-ISA, Syed Ibrahim Syed Noh. Manakala, bagi jawatan bendahari, penyandang jawatan tersebut, Nahar Md Nor akan berentap dengan Masjaliza Hamzah dari CIJ. Pemilihan itu juga akan memilih dua daripada lima calon bagi mengisi kerusi Jawatankuasa Pemandu iaitu K. Arumugam, Ng Chak Ngoon, Farhana Halim, Hishamuddin Rais dan New Sin Yew. Dengan pengumuman senarai calon- calon ini, Stanley turut mengumumkan tempoh berkempen bagi pemilihan kali ini dibuka sekarang. Bagaimanapun, beliau menambah kempen tersebut akan berakhir pada tengah malam, 29 November akan datang. Kepimpinan Bersih yang akan dipilih pada 30 November ini kan berkhidmat dalam tempoh dua tahun. | |||
Dulu 'Suara Pakatan Rakyat', sekarang 'Negara Pakatan Rakyat' Posted: 12 Nov 2013 02:56 AM PST Dulu 'Suara Pakatan Rakyat', sekarang 'Negara Pakatan Rakyat' pulak?.. sudah-sudahlah sebar fitnah tu... Sebelum PRU13 yang lalu, telah muncul sebuah Blog ataupun Portal yang menggunakan nama 'Suara Pakatan Rakyat' yang dipercayai dibangunkan oleh macai-macai UMNO untuk mengelirukan dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Berbagai-bagai artikel telah disiarkannya yang mana kebanyakkannya menurut admin Blog atau Portal tersebut mewakili suara pemimpin Pakatan Rakyat. Antaranya ialah satu artikel yang mengecam penggunaan Jet Pejuang terhadap pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh Sabah. Bagi penulis yang juga dipercayai sebagai Admin blog tersebut tindakan atau pendekatan yang diambil oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang itu adalah satu pembaziran. Malah ianya juga adalah satu kekejaman melampau menurut Admin yang hanya berani baling batu sembunyi tangan itu.. sepenuhnya korang bacalah di SINI Ini video penafian akan kaitan Portal tersebut dengan Pakatan Rakyat.. Selepas PRU13, Portal tersebut telah hilang dari arena Blog.. dipercayai sudah tidak ada pihak yang sanggup meneruskan pembiayaan terhadap Portal tersebut yang jelas gagal memperbodohkan penyokong Pakatan Rakyat. Sila klik di ( SINI ) untuk melihat Portal tersebut setelah tidak ada pihak yang sudi untuk membiayai kerja-kerja bodoh admin Portal tersebut sekarang ini. Bagaimanapun sehari dua ini telah heboh diperkatakan tentang sebuah lagi Blog yang menyamar kononnya ianya mewakili suara pemimpin Pakatan Rakyat, menggunakan nama Negara Pakatan Rakyat. Ianya mula mendapat perhatian ramai setelah beberapa buah Blog Pro UMNO menggunakan apa yang ditulis oleh admin blog tersebut untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat.. Dan seperti biasa sasaran serangan mereka ialah Anwar Ibrahim.. Kerana menurut admin Blog tersebut kononnya "Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi atas layanan tidak berperkemanusian rakyatnya oleh polis Malaysia. "Kerana ini bersesuaian dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mahu kerajaan negara-negara ASEAN menilai rekod hak asasi manusia di Malaysia." "Pakatan Rakyat sendiri bersedia membantu kerajaan Indonesia dimana perlu dalam soal ini, termasuk menyediakan bantuan guaman ke atas suspek berkenaan (kos ditanggung kerajaan Indonesia)." Tulis admin Blog tersebut dalam mempersoalkan tindakan Polis terhadap suspek kes bunuh dan rompak sebuah sebuah Bank beberapa minggu yang lalu.. Jelas... modus operandinya juga adalah sama seperti Portal Suara Pakatan Rakyat, menyiarkan artikel yang bercanggah sama sekali dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat.. kononnya mewakili Pakatan Rakyat. Kaitannya dengan Pakatan Rakyat juga telah dinafikan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat melalui Twitter.. Cuma bezanya dulu kos untuk membiayainya tinggi sikit.. sebab website .com tu perlu dibayar.. sekarang cuma Blogger.com.. free saja.. Tapi macai-macai UMNO ni mana mungkin buat kerja free...- darisungaiderhaka.blogspot.com | |||
Posted: 12 Nov 2013 02:49 AM PST Oleh Stephen Ng, Stan Lee, Malaysia ChronicleCUBALAH TEKA, apakah lawak paling besar sekali! UMNO sebenarnya minoriti di negara ini, namun ia terus berlagak seperti samseng sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dahulu. Poyo sungguh! Analisa ini diketahui apabila berhadapan dengan situasi yang pelik tapi benar, dimana seorang lelaki berusia 50-an dan kami berdua apabila bertanya kepada seorang penjual surat khabar berbangsa India di kedai Mamak kegemaran kami jika dia ada menjual akhbar Harakah edisi terkini. Kita semua tahu bahawa Harakah merupakan lidah rasmi PAS, dengan permit penerbitan dari Kementerian Dalam Negeri,tetapi apabila penjual akhbar teragak-agak mengeluarkan akhbar mingguan itu dari rak yang tersembunyi, kami bertanya "kenapa perlu disembunyikan?" Adakah Umno begitu berkuasa sehingga kita semua perlu tunduk kepada kemahuannya? Jadi, kami memutuskan untuk menyelidiki beberapa orang tokoh untuk mengetahui jika Umno berhak memanggil dirinya sebagai wakil kaum majoriti di Malaysia. Penipuan Umno yang terbesar Umno telah memerintah negara ini sejak 1957. Dominasinya dalam politik Malaysia tidak banyak dipersoalkan sejak 15 yang lalu, malah sejak ketua pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan. Presiden Umno Baru ketika itu Dr Mahathir sedang bergelut untuk berpaut pada kuasa walaupun ahli-ahli Umno sedang memulaukannya untuk memulakan pergerakan reformasi yang meletakkan keadilan dan kesaksamaan sebagai tunggak. Pergerakan itu telah bertukar menjadi parti yang dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika bukan kerana sokongan komuniti Cina dan India, Dr Mahathir dan UMNO Barunya mungkin telah diusir keluar pada tahun 1998 lagi. Selepas pembebasan Anwar pada tahun 2004, ketiga-tiga parti terbesar dalam pakatan pembangkang- PAS, PKR dan DAP bersatu dan membentuk pakatan politik baru yang berjaya meraih sokongan yang mencukupi untuk merampas kuasa di 5 negeri di Semenanjung Malaysia pada pilihanraya umum tahun 2008. Apa yang dikenali kemudian dengan nama tsunami politik 2008, telah membuka mata sebahagian besar populasi di negara ini. PAS bukan lagi dilihat sebagai ancaman kepada komuniti Cina. Akhirnya, orang Melayu sedar bahawa DAP yang didominasikan oleh Cina bukanlah terdiri daripada Komunis dan Kristian semata-mata. Pilihanraya umum 2013 ataupun PRU ke-13 juga menjadi pembuka mata. Pakatan Rakyat pimpinan Anwar telah berjaya mendapatkan undi popular, memperolehi 52% daripada jumlah undi berbanding UMNO dan Barisan Nasional, yang hanya berjaya mendapatkan 47% daripada jumlah keseluruhan. Brainwash dan perbuatan menakut-nakutkan Namun begitu, masih ramai rakyat biasa yang takut untuk menyatakan sokongan terbuka kepada pihak pembangkang, walaupun keadaan ini sedang berubah dengan begitu cepat. Inilah sebabnya kenapa pemerintahan sekarang dibawah Perdana Menteri Najib Razak sedang giat berusaha untuk mengembalikan semula undang-undang jumud yang zalim bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjadi pak turut. Ini juga hasil perang psikologi yang telah dilancarkan oleh UMNO sejak bertahun lamanya. Ia telah menjadi mitos bahawa mereka berada dalam kuasa kerana mewakili populasi majoriti. Sebaliknya, jika anda menganalisa dengan lebih jauh, kebenaran akan terungkai dengan sendirinya. Walaupun kerajaan Umno mahu kita percaya bahawa kaum Bumiputra mewakili sebanyak 68 peratus daripada populasi negara, sebenarnya Umno hanya mempunyai lebih kurang 3 juta ahli yang menjadikan mereka terdiri daripada 11 peratus sahaja daripada populasi negara. Ini jika anggaran Umno terhadap ahlinya adalah benar dan bukan ditokok tambah sahaja. 68 peratus yang berada dalam statistik rasmi kami termasuk Bumiputra seramai 3.5 juta di Malaysia Timur, dimana majoriti mereka adalah orang Kristian yang tidak layak untuk menjadi ahli UMNO. Golongan 'mamak' atau India Muslim seperti Dr Mahathir dan Sharizat Jalil hanya mewakili sebahagian kecil populasi 'Melayu'. Orang Melayu, walaupun termasuk orang Melayu Banjar, Minangkabau, Indonesia dan Melayu di Malaysia Timur hanya berjumlah 15 juta berbanding populasi seramai 27 juta pada tahun 2010. Melayu Umno mewakili 20% daripada jumlah populasi Melayu, 11% daripada populasi Malaysia! Pada jumlah 3 juta, ahli Umno hanya mewakili 20 peratus daripada populasi Melayu. Yang lain adalah sama ada ahli parti politik seperti PAS dan PKR, atau mereka yang tidak menyokong mana-mana parti dan berdiri diatas pagar. Menariknya, apabila isu Allah telah menjadi perdebatan hangat, UMNO cuba untuk menjadi wakil kepada populasi Islam walaupun pemimpin seperti Anwar dan juga Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah jika kena pada tempatnya. Semasa berkempen untuk jawatan timbalan naib presiden, penyandang jawatan, Ahmad Zahid Hamidi sungguh lantang. Bagi Umno, dia dinobatkan sebagai hero. Namun bagi seluruh rakyat yang lain, dia merupakan 'Melayu ultra', namun persoalan yang bermain diminda kita adalah kenapa dia begitu berani untuk menjatuhkan reputasinya demi merebut jawatan timbalan naib presiden itu? Adakah benar dia mewakili majoriti jiran dan sahabat Melayu kita? Adakah Najib Abdul Razak, perdana menteri kita, telah dilantik kerana undi majoriti ataupun sebenarnya oleh 24 orang ahli majlis tertinggi UMNO sahaja? Mungkin inilah kenapa Najib, gagal memenangi hati rakyat walaupun telah berusaha separuh mati, jika dibandingkan dengan Abdullah Badawi yang hanya melaungkan slogan mudah, "Bekerja dengan saya dan bukan untuk saya!" Umno itu sendiri sudah berpecah UMNO telah menggunakan kaum-kaum lain seperti tempat untuk melepas geram. Inilah sebabnya, bila ada peluang, masyarakat lain akan membalas dendam terhadap UMNO. UMNO tidak pernah hidup dengan aman bersama kaum lain. Malah dalam UMNO Baru, tidak seorangpun ahlinya, bersependapat dengan kepimpinan yang ada sekarang. Seorang pakcik yang berumur pernah memberitahu kami, "Anak muda, pada masa lalu, orang Melayu lebih banyak berbicara tentang Islam. Hari ini, mereka berbicara tentang wang. " Seperti rakan-rakan Melayu yang lain, beliau memberitahu kami bahawa para pemimpin bahagian UMNO akan "membuat kacau" (menakut-nakutkan) keatas dirinya, jika beliau dilihat menyokong Pakatan Rakyat. Daripada 3 juta ahli, kami percaya bahawa ramai yang menyertai Umno untuk mendapatkan kontrak kerajaan – seperti kes bekas bos kami yang pernah berkata, "Saya hanya mendaftar sebagai ahli MCA selepas dipaksa berkali-kali, tetapi sebenarnya, saya telah mengundi DAP seumur hidup saya! " Panglima Umno takut kepada kaum minoriti, bergantung kepada raja M'sia Timur seperti Taib Mahmud Yang lain dalam UMNO mempunyai pandangan yang berbeza dan sebenarnya memusuhi Kumpulan A , yang masih menguasai parti sejak 1987 apabila UMNO Baru ditubuhkan oleh Dr Mahathir. Seperti mana-mana parti politik yang berkuasa, terdapat kelompok lain dalam UMNO yang cuba untuk merebut kuasa. Dalam Kumpulan A, ada puak popular yang terdiri daripada sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, serta pasukan bapa dan anak Mahathir Mohamad dan Mukhriz yang ingin berkuasa. Kumpulan Abdullah Badawi - Khairy Jamaluddin merupakan kumpulan yang menjadi penonton dan menunggu peluang selepas Badawi , iaitu dari Kumpulan B yang telah disingkirkan oleh Dr Mahathir. UMNO tidak takut kepada mana-mana masyarakat etnik yang lain. Sebaliknya mereka lebih takutkan orang-orang seperti Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud jika mereka meninggalkan BN. Atas sebab ini, walaupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah beberapa kali mendesak, kerajaan pimpinan UMNO tidak akan menyiasat Taib. Ia bukanlah kerana kerajaan tidak mempunyai bukti yang cukup , sebaliknya, ia adalah kerana Taib tahu bahawa UMNO umpama lembu yang dicucuk hidung dan dialah yang sedang memegang rantai itu. 80/20 Penguasaan Oleh kerana politik wang tidak pernah menjadi isu di dalam UMNO Baru, kini, dengan mengetahui bahawa Najib mempunyai pengaruh yang lemah ke atas parti itu, pihak akar umbi UMNO boleh menuntut 'gaji' lebih untuk kerja-kerja dimana mereka perlu laksanakan. Di peringkat akar umbi, ini adalah tiket mereka untuk mengaut kekayaan dari khazanah negara, terutamanya apabila kekayaan haram yang dirompak oleh beberapa orang elit UMNO mencapai sehingga berbilion-bilion ringgit. Lagipun, apalah saja nilai berjuta-juta ringgit lagi? Pemimpin UMNO tahu bahawa mereka tidak boleh terus berada dalam kuasa jika kedudukan mereka tergugat. Oleh itu, mereka sanggup melakukan apa saja untuk meraih sokongan akar umbi mereka. Sehinggalah 80 peratus daripada penduduk mula sedar bahawa 20 peratus yang terdiri daripada "elit UMNO" yang menentukan kehidupan mereka, kestabilan negara ini akan terus menjunam ke bawah skala. 80 peratus yang menjadi majoriti merupakan rakyat yang terdiri dari semua bangsa dan mereka bukanlah ahli UMNO. Mereka ingin melihat negara ini mencapai impiannya – menjadi progresif dan makmur, serta bebas daripada rasuah. Umno bergantung kepada ekstremisme bukan mengambil jalan tengah untuk kekal menguasai kekayaan negara Kelicikan UMNO mudah sahaja jika diperhatikan, mereka perlu kekal dalam kuasa. Oleh itu, mereka perlu mencari jalan untuk kekal berkuasa. Walau bagaimanapun, kita tidak melihat sebarang langkah kukuh yang diambil untuk berdamai walaupun sebuah pilihan raya yang jelas menunjukkan perpecahan rakyat telah diadakan pada 5 Mei 2013. Tambahan lagi, Najib yang sedang berusaha untuk mengukuhkan kuasanya ke atas Umno , telah berpusing 360 darjah dari kedudukannya yang menjanjikan politik kesederhanaan, untuk kembali ke fahaman politik beraliran kanan. Malah, Umno boleh dianggap sebagai parti pelampau. Terdapat tanda-tanda jelas bahawa mereka mengamalkan dasar politik ala Nazi dengan menggunakan kekerasan untuk menghidupkan sistem apartheid dalam tadbir urus dan pengagihan kekayaan di negara ini. Tidak hairanlah apabila bekas menteri Saifuddin Abdullah mengakui Umno telah beralih ke aliran kanan, sambil membuatkan hadirin ketawa dan mencemuh. "Hingga ke satu tahap, ya, parti itu telah bertukar menjadi parti beraliran kanan. Sekarang kita benar-benar perlu memperbetulkan ini, terutama setelah pemilihan Umno sudah berakhir. Beberapa pemimpin Umno, selepas pilihan raya, telah cuba untuk memahami apa yang berlaku dalam PRU ke-13 . Untuk sesetengah pihak, ia menjadi pengalaman yang membawa trauma," kata Saifuddin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi. Ini adalah reaksi daripada dua pemimpin Melayu - bekas menteri undang-undang Umno Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Menteri Perak Nizar Jamaluddin. Maaf sahabatku Saifuddin , UMNO bukan hanya menyimpang ke kanan ; Umno telah terlampau ke kanan - Zaid menulis dalam tweetnya . Apa yang melampau ke kanan? Mereka menjadi parti perkauman yang sebenar ! Sebab itulah kita sering menyaksikan dan mengalami ketidakadilan hari demi hari ! - Nizar membalas dalam tweetnya . | |||
MP Padang Serai Diarah Keluar Dari Persidangan Dewan Rakyat Posted: 12 Nov 2013 02:41 AM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PKR dari Padang Serai, N. Surendran diarah keluar dari persidangan Dewan Rakyat hari ini oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah beliau berkeras mahu membentangkan usul meminta dewan mengutuk pencerobohan ke atas sebuah kuil. Usul berhubung dakwaan pencerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee di sini, terlebih dahulu telah ditolak Pandikar Amin di dalam kamar atas faktor tidak menepati peraturan mesyuarat. Pandikar memberitahu persidangan Dewan sejurus selepas sesi soal jawab tamat bahawa setelah menerima cadangan usul itu, beliau telah memanggil Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memberi penjelasan mengenai tindakan yang diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad lepas, memandangkan ia isu sensitif. "Menurut fakta Yang Berhormat beri pada saya ada pencerobohan kuil. Tanah itu milik kuil yang dirampas oleh DBKL dan perlu dikembalikan. Namun apabila saya meminta fakta-fakta daripada menteri sendiri saya dimaklumkan perkara berbeza. "Kuil tidak dirobohkan, gambar-gambar tertentu telah saya terima. Yang cuma dirobohkan ialah struktur yang mengelilingi yang tidak kena mengena dengan kuil. Kuil yang ada masih berdiri," kata Pandikar Amin. Katanya beliau juga telah menasihat Surendran supaya bertemu dengan Tengku Adnan untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu itu tetapi Surendran berkeras mahu membawanya ke Dewan. "Ini bermakna Yang Berhormat tidak berlaku adil kepada saya kerana Yang Berhormat mempunyai agenda supaya selepas ini ada lagi publisiti mengenai perkara begini," katanya. Surendran juga enggan mengalah dan telah bangkit untuk mencabar keputusan Pandikar Amin. Ini menyebabkan Pandikar Amin bertindak mengarahkannya keluar dari Dewan.-BERNAMA | |||
Kesihatan MB Pahang Makin Pulih Posted: 12 Nov 2013 02:38 AM PST MSTAR ONLINE KUANTAN: Keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4 November lalu kini semakin pulih. Dalam satu kenyataan ringkas yang diterima Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Adnan berkata, beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis. "Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu...Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala. "Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan," katanya. Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu juga berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -BERNAMA | |||
Khalwat: Pasangan Mengaku Salah, Shahrizal Jaszle Tidak Posted: 12 Nov 2013 02:34 AM PST MSTAR ONLINE PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Petaling di sini pada Selasa. Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, membuat pengakuan itu di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah. Bagaimanapun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. Sehubungan itu mahkamah memerintahkan Farah Nurizzati membayar denda RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Mahkamah bagaimanapun membebaskan Shahrizal dengan wang jaminan RM1,500 dan menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadapnya. Dalam kejadian 16 Mei lalu, Shahrizal dan Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai. Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada hari raya Aidiladha lalu. Ketika di mahkamah, pelakon lelaki itu diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee. | |||
Rahmat (Mega) Lesap RM6,000 Ditipu 'Tuhan Harun' Posted: 12 Nov 2013 02:30 AM PST PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Mega iaitu Rahmat Tohak merupakan antara artis yang pernah diperdaya oleh individu yang dikenali sebagai 'Tuhan Harun' melalui satu skim pelaburan beberapa tahun lalu. Rahmat, 44, yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan berkata, individu berkenan iaitu Harun Mat Saad, 47, memintanya melabur sebanyak RM6,000 sebagai modal permulaan untuk satu skim pelaburan selain menjanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat. "Selepas menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya sudah diperdaya," katanya kepada mStar Online. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin menggesa pengikut Tuhan Harun agar menyerah diri kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu. Harun, yang menggelar dirinya sebagai Tuhan Harun ketika ini berada dalam tahanan polis selepas gagal dalam ikat jamin melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran sesat. Dia dipercayai berjaya mengumpul aset melalui urus niaga palsu yang dianggarkan bernilai RM200 juta pada tahun 2008. Dalam pada itu Rahmat berkata, selain penipuan dalam bentuk pelaburan, individu berkenan juga berjaya memperdayakan beberapa artis ternama apabila tidak membayar upah mereka selepas mengadakan persembahan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada April 2009. Antara artis yang diperdayanya dalam konsert itu ialah Amy (Search), Mawi, Yantzen, Datuk Jamal Abdillah dan juga Datuk Ramli Sarip. "Saya percaya ramai lagi artis yang pernah ditipu oleh Tuhan Harun ini tetapi mereka tidak mahu bersuara. Saya harap tindakan tegas dapat dilakukan kepada dia dan pengikut-pengikutnya," kata Rahmat. | |||
Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli Diedar Posted: 11 Nov 2013 08:40 PM PST KELAB GREENBOC Kuantan: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli. "Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi. Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi. "Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban. "Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya. -hm LIHAT VIDEO DI SINI | |||
Lompat parti: Pas Perak saran Zambry lapor polis Posted: 11 Nov 2013 08:36 PM PST SHAH ALAM – Pas Perak menyarankan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat laporan polis bagi menafikan 'khabar angin' yang mengatakan ada Adun BN negeri itu yang akan melompat parti jika benar ianya palsu dan tidak benar. Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, khabar angin tersebut merupakan satu perkembangan tidak sihat dan boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik serta ekonomi Perak sepertimana tragedi 'rampasan kuasa' yang berlaku pada tahun 2009. "Sebagai sebuah pakatan yang berintegriti, PR Perak sudah pasti tidak akan mengulangi sejarah hitam tersebut. "Pihak BN Perak juga tidak perlu menafikan pilihan rakyat dengan mencadangkan pembubaran Dun supaya pemerintahan negeri ini tidak dibina di atas dasar pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Perak. "Bagi kami juga, ianya merupakan perkembangan politik yang sudah dijangka berikutan kedudukan kerusi Dun Perak yang tidak memberikan kemenangan 'mutlak dan selesa' kepada BN Perak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Minggu lalu, satu komen di akaun Twitter milik @rumahghuntoh mendakwa terdapat dua wakil rakyat BN negeri itu mengadakan pertemuan sulit bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Komen itu berbunyi, "Prtmuan (pertemuan) sulit 2 YB BN Perak untk (untuk) melmpat (melompat) prti (parti) di Pmtg (Permatang) Pauh berlaku kelmarin..." Respons terhadap penyebaran Twitter itu, Zambry berkata, perkara sedemikian bukanlah satu isu baru kerana pernah ditimbulkan sejak 2009 lalu. Menurut Zambry lagi, BN Perak mempunyai misi lebih penting daripada memikirkan perkara seumpama itu dan lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. "Bagi kita, itu perkara biasa. Ada juga ura-ura yang mengatakan ada Adun daripada pembangkang pula yang menemui saya. Apa pun bagi saya, yang penting, kurangkanlah politik dan mula 'bekerja' bagi membangunkan negeri," katanya. Sementara itu, tambah Ahmad Nuri, apa yang berlaku adalah pengajaran kepada mana-mana parti agar memastikan semua calon yang akan bertanding pada PRU adalah benar-benar bersih dan berpegang kuat kepada dasar serta prinsip parti mereka sahaja. Tambahnya lagi, sidang Dun Perak pada 25 November ini nanti amat dinanti-nantikan oleh banyak pihak jika benar ada usul tidak percaya kepada Menteri Besar yang akan dibentangkan. | |||
Mufti Kedah: Pengikut Syiah sukar taubat Posted: 11 Nov 2013 08:33 PM PST Antara peserta program yang hadir pada Wacana Pemantapan Akidah, semalam. ALOR SETAR - Sekumpulan individu yang dipercayai pengikut fahaman Syiah di negara ini sukar untuk kembali bertaubat.Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, pengikut Syiah taat dengan fahaman Syiah berkenaan berdasarkan pengalaman mengendalikan kes tersebut sebelum ini. "Sebab itu usaha yang kita (Jabatan Mufti Kedah) buat di negeri ini dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri adalah bukan untuk menarik golongan Syiah itu kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi yang kita fokus adalah supaya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menjadi Syiah. "Kita tahu kalau kita nak tarik golongan Syiah ini kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah memang susah. Kalau mereka yang masih baru terjebak dengan fahaman itu, mungkin boleh kita buat dengan pemulihan akidah semula," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Wacana Pemantapan Akidah peringkat negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, semalam, ketika diminta mengulas sama ada pengikut fahaman Syiah di negara ini perlu bertaubat seperti yang dilakukan oleh pengikut kumpulan Al-Arqam baru-baru ini. "Orang Syiah ini seperti yang kita tahu, mereka mempunyai dana tertentu dan mereka akan menggunakan dana yang ada pada mereka untuk menyebarkan fahaman Syiah. "Cuma ingin kita tegaskan supaya masyarakat dapat bersama membendung perkara ini agar ia tidak mempengaruhi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain, khususnya anak-anak muda di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya. | |||
55 penjawat awam dikenal pasti terlibat rasuah Posted: 11 Nov 2013 08:32 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Seramai 55 pegawai telah dikenal pasti terlibat dalam rasuah oleh jawatankuasa khas yang dibentuk untuk menyiasat salah laku penjawat awam setakat 28 Oktober lepas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, bilangan itu adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang melibatkan 11 kementerian dan agensi. "Bagi kes yang disyaki ada unsur rasuah dan penyelewengan, sebanyak 15 kertas siasatan melibatkan projek dan perolehan di tujuh agensi telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). "Kesemua laporan siasatan itu telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan kerajaan negeri yang terlibat bagi membolehkan mereka meneliti, dan mengambil tindakan syor berkenaan, termasuk surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan (kembali) kepada jawatankuasa siasatan dalam masa 21 hari," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa perbentangan Bajet 2014 bulan lepas bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012. Dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 pada 1 Oktober lepas, sejumlah 319 teguran dibuat, melibatkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 negeri. "Sebanyak 94 teguran diterima melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas," katanya. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abd Wahid Omar berkata, kurang penyertaan daripada sektor swasta adalah antara faktor menyumbang kepada kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam mencapai matlamat merapatkan jurang ekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini. Katanya, sektor swasta seharusnya bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam memastikan matlamat Model Baru Ekonomi dan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tercapai dan tidak hanya meletakkan peranan itu di bahu kerajaan semata-mata. "Sektor swasta kurang memainkan peranan dalam pelaksanaan DEB, sedangkan sektor itu menyumbang 58 peratus kepada pertumbuhan ekonomi berbanding sektor awam hanya 42 peratus. Kalau hanya kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) menjalankan dasar ini memanglah lambat untuk mencapai sasaran. "Sekiranya sektor swasta bersama sektor awam bekerjasama mencapai matlamat dasar ini, ia akan lebih berkesan," katanya ketika menjawab pencelahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat, semalam. - Bernama | |||
Ahmad Said jadi MB sehingga Mac 2014? Posted: 11 Nov 2013 08:24 PM PST Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan. KUALA TERENGGANU: Selepas Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua Mei lalu, heboh kononnya ADUN Kijal itu akan menjadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja. Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan. Kata sumber itu. lagi, surat itu disimpan di istana dan bila tiba Mac depan, Ahmad Said dikatakan akan melepaskan jawatannya. Namun demikian sumber itu menghujah sejauh mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani mengarahkan Ahmad Said melepaskan jawatan pada bulan Mac depan. Sumber itu berkata, baru-baru ini beberapa pegawai kanan kerajaan Terengganu telah mengadu salah laku Menteri Besar itu kepada Perdana Menteri, sebaliknya Najib telah memberitahu Ahmad Said tentang pertemuan mereka. "Ini yang menyebabkan pegawai kerajaan berkata Najib takut ambil tindakan kepada Ahmad Said," kata sumber itu lagi. Mereka percaya bila tiba bulan Mac nanti, Najib tidak berani mengarahkan Ahmad Said meletakkan jawatan. Sejauh mana surat yang ditandatangani Ahmad Said itu benar atau tidak, sama-samalah kita tunggu bulan Mac nanti. Dalam kempen pemilihan Ketua Umno Bahagian Kemaman bulan lepas, Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam berkata bukannya senang Ahmad Said hendak menjadi Menteri Besar buat penggal kedua selepas PRU ke 13. Menurutnya, Ahmad Said disuruh balik terlebih dahulu oleh Najib ketika mahu mengambil watikah dari Perdana Menteri. | |||
Gambar anjing: Zulhazmi tak jadi membuat laporan Posted: 11 Nov 2013 08:22 PM PST Pejabat Agung PAS Pusat sedang menyiasat dalang di sebalik akaun Facebook, 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'. PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda PAS Zulhazmi Shariff tidak membuat laporan terhadap seorang pengguna Facebook, 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami yang menggambarkannya sebagai anjing. "Saya tidak jadi membuat laporan kerana saya menerima panggilan telefon dari pejabat agung PAS yang memaklumkan saya bahawa mereka sedang menyiasat untuk mengenalpasti dalang di sebalik perbuatan ini," kata Zulhazmi ketika dihubungi. "Jawatankuasa pemilihan akan menyerahkan kes ini kepada jawatankuasa tatatertib untuk diambil tindakan sekiranya individu tersebut seorang ahli PAS," tambahnya. Dia sendiri tidak menyiasat mengenai pemegang akaun tersebut. "PAS Pusat mempunyai pakar IT sendiri untuk menyiasat perkara ini," kata Zulhazmi. Zulhazmi merupakan salah seorang daripada tiga calon yang bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS. Selain Zulhazmi, ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiyat dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kamaruzzaman Mohamad turut bertanding jawatan ketua Pemuda. Pemilihan Ketua Pemuda PAS Pusat akan berlangsung sempena dengan muktamar PAS ke 59 dari 22 hingga 24 haribulan ini di Selangor. Semalam media melaporkan bahawa pengguna akaun Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami' memuatnaikkan gambar calon-calon Ketua Pemuda PAS. Zulhazmi, bagaimanapun digambarkan sebagai seekor anjing. Di bawah gambar tersebut, tertulis ayat berikut: "Jika anjing-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasharudin Md Isa dan Dr Hassan Ali. "Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP…maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian." Kenyataan ini menyerupai kenyataan pemimpin PAS yang menyokong ide kerajaan perpaduan PAS-Umno. | |||
Semua rakyat M'sia selamat dari taufan Haiyan Posted: 11 Nov 2013 08:10 PM PST MALAYSIA KINI Semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dengan taufan Haiyan di Filipina dilapor selamat. Kementerian Luar dalam kenyataan di Kuala Lumpur berkata Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City akan terus berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas. "Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Filipina dan keluarga mangsa-mangsa kejadian taufan Haiyan yang melanda beberapa bahagian di Wilayah Tengah Filipina," kata kenyataan itu. Kenyataan itu berkata kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Filipina dan mangsa-mangsa bencana alam itu dalam bentuk penghantaran pasukan perubatan tentera dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart). Pada masa sama Kelab Putra 1Malaysia bersedia menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan lain, kata kenyataan itu. Sekurang-kurangnya 10,000 orang dilapor terbunuh dalam taufan Haiyan, ribut paling kuat di dunia tahun ini yang melanda Filipina dua hari lepas.- Bernama | |||
PAS siasat 'kempen gambar anjing' pemilihan Pemuda Posted: 11 Nov 2013 08:08 PM PST Calon ketua Pemuda PAS Zulfahmi Shariff yang menjadi mangsa kempen kotor pemilihan parti itu menyerahkan kepada Pejabat Agung Parti untuk menyiasat dan bertindak terhadap perkara itu. "Saya telah dihubungi Pejabat Agung PAS berkaitan dengan perkara tersebut dan dimaklumkan bahawa Pejabat Agung PAS sedang mengambil perhatian dan menyiasat perkara tersebut," katanya. Kelmarin, dilaporkan kempen kotor pemilihan PAS dikesan apabila Zulhazmi dipaparkan dengan wajah anjing di sebuah laman kempen di Facebook. Ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang tidak mempertahankan jawatan menyifatkan perkembangan itu sebagai kempen paling keji pernah dilihatnya dalam tempoh 28 tahun beliau menyertai PAS. Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Zulhazmi (atas) juga menyifatkan cubaan memburukkannya melalui akaun "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" untuk menjejaskan undinya juga tidak akan berhasil. Bagaimanapun, tambahnya, menang ataupun kalah bukanlah fokus utama baginya, sebaliknya lebih menitikberatkan khidmat yang bakal disalurkan sekiranya memenangi kerusi tersebut. Aktivis anti saman ekor itu bersaing dengan dua pemimpin Pemuda PAS negeri, iaitu Suhaizan Kaian (Johor) dan Kamaruzaman Mohamad (Wilayah Persekutuan). Zulhazmi tampil sebagai calon bukan pilihan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan