. |
Najib perlu jawab dakwaan Mahathir mengenai Ghani Petail Posted: 09 Nov 2013 11:54 PM PST SUSUPAN PETANG
Sebaik Mahathir menjadi PM kira-kira 21 tahun lalu beberapa orang pegawai di pejabatnmya telah ditangkap kerana disyaki menjadi pengintip dari KGA (Russia). Lantaran itu apabila Mahathir mendapat maklumat mengenai perkara itu beliau terus bersuara walaupun ia tidak menyenangkan Peguam Negara Ghani Petail dan menimbulkan masalah kepada negara di mana integriti negara boileh dipertikaikan dunia luar. Mahahir juga dipetik ada bertanya kepada menteri KDN Ahmad Zahid Hamidi mengenai hal itu dan menteri berkenaan memberi jaminan ingin menyiasat. Apakah Zahid sudah mengarahkaqn polis membuat siasatan tentang itu? Kalau sudah apakah keputusannya, atau pun jaminan Zahid itu sama juga dengan kenyataanya untuk mendedahkan ada tokoh pembangkang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari yang sampai ke hari ini bulu hidung tokoh berkenaan pun tidak kelihatan. Najib dan Zahid tidak boleh mengambil sikap mendiamkan diri. Hal perisikan itu perkara penting kerana ia menyentuh soal keselamatan negara. Jabatan Peguam Negara bukan balai penghulu atau JKKK ia melambangkan institusi yang berhubung soal keutuhan keselamatan negara. Maka ia perlu ditangani segera secara tuntas. Jika dakwaan atau kebimbangan Mahathir itu tidak berasas Najib perlu tampil membuat kenyataan menjelaskan keadaanya. Apabila Najib mendiamkan diri menyebabkan akan ada orang membuat tanggapan mereka berdua (beliau dan Ghani) bersekongkol atau saling menyembunyikan rahsia? Apabila timbul tanggapan ini, tidak dapat tidak orang akan mengaitkan dengan kes pembunuahn Altantuya yang mana tragedi itu sering membayangi Najib. Pembebasan kedua orang disyaki membunuh Altantuya menyebabkan tanda tanya menjadi makin tebal. Apakah Najib enggan bertindak di atas persoalan dibangkitkan Mahathir itu kerana Ghani Petail terlalu berbudi dan berjasa kepadanya? Kalau berbudi dan berjasa, mengenai soal apa. Altantuya kah? Mengenai isu ini sedikit menjadi persoalan kenapa parti pembangkang lain khasnya Pas tidak memberi tekanan kepada Najib menjelaskan perkara ini. Setakat ini hanya Anwar Ibrahim yang membangkitkan dan minta perkara itu dijawab. Anwar juga meminta agar tugas Ghani sebagai peguam negara digantung sementara siasatn dijalankan. Apakah kerana Pas sibuk dengan pemilihan pemimpin maka isu yang mustahak ini terabai? [wm.kl.3:47 pm 10/11/13 | ||
Ramzi lantik profesional untuk mantapkan Umno Kuala Krai Posted: 09 Nov 2013 07:07 AM PST BERITA Umno bahagian Kualai Krai nampaknya serius menyusun dan memperkemaskan oragnisasainya dalam rangka persiapan untuk menawan Kelantan pada pilihan raya ke-14. Walaupun pilihan raya masih jauh namun Umno bahagian ini sudah memberi perhatian serius. Ini terbukti apabila ketuanya Ramzi Ab Rahman khabarnya sudah mula membentuk Umno bahagian itu tanpa melengahkan masa.
Dua nama pegawai tinggi pendidikan bertaraf Phd kelahiran anak Kuala Krai sudah dikenali pasti untuk tujuan itu. Langkah itu difahamkan untuk menjamin kependidikan yang merupakan agenda penting Umno bahagian itu berjalan lancar dan mantap lagi. Tindakan Razmi ini juga dilihat mendahuli Umno bahagian-bahagian lain. Manakala perlantikan salah seorang individu profesional dalam pendidikan itu yang sebelum ini dikatakan cuba menyaingi beliau sebagai ketua bahagian menjelaskan sikap terbuka Razmi. Beliau tidak berdendam dalam politik dan tetap menilai yang baik itu sebagai baik walaupun siapa. Selain profesional dalam pendidikan beliau juga mengenal pasti tokoh-tokoh dalam ekonomi dan sosial untuk dibawa masuk ataupun bekerjasama dengan Umno bahagian Kuala Krai. Dalam permilihan lalu Ramzi yang juga Adun Dabong berjaya memenangi jawatan ketua Umno Kuala Krai dalam perlawanan yang sengit dengan bekas ketua Wan Zaid Wan Abdullah. [wm.kl.11:02 pm 09/11/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan