Khamis, 28 November 2013

Biaqpila

Biaqpila


GAMBAR LORI TERBAKAR DI LEBUHRAYA DUKE

Posted: 28 Nov 2013 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit terbakar dan mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk sejauh tiga kilometer di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menuju ke Damansara pada petang tadi.

Kebakaran yang berlaku di laluan KM 3.9 menghala ke Damansara berdekatan Plaza Tol Duta itu menyebabkan pengguna lebuhraya terpaksa dilencongkan ke satu laluan alternatif.

Penolong Pengarah Penguasa Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang dan jentera bomba tiba 20 minit kemudian.

“Ketika bomba tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan telah memusnahkan hampir keseluruhan 16 tayar belakang lori tersebut. Kita terpaksa menggunakan semburan ‘foam’ untuk mengawal tumpahan minyak dan kebakaran dari terus merebak,”.

Seramai 42 anggota bomba dan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Sri Hartamas, Jalan Hang Tuah, Gombak Selatan, Sentul dan Jinjang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman ini.

“Lori tersebut dalam perjalanan dari Temerloh ke Klang ketika kejadian itu berlaku dan kita percaya terdapat masalah mekanikal melibatkan brek lori tersebut yang menyebabkan kebakaran itu berlaku,” katanya lagi.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.44 petang.

astroawani.com

LAPORAN SPRM DAKWAAN SALAHGUNA DANA ZAKAT

Posted: 27 Nov 2013 09:26 PM PST

Seorang lelaki kurang upaya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Johor.

Azizan Jaafar berkata, beliau telah membuat laporan itu bulan lepas selepas beliau mendakwa mendapati nilai bantuan yang berupa barangan yang diterimanya jauh lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam arahan penghantaran.

Azizan, yang menjadi kurang upaya ekoran satu kemalangan, menganggarkan kos barangan tersebut ialah RM700 dan bukannya RM4,500 seperti yang dinyatakan.

Berikutan itu, katanya, beliau enggan menandatangani arahan penghantaran tersebut.

NONEMenurutnya, barangan tersebut berupa enam cawan untuk bekam (satu kaedah penyembuhan tradisional) dan sebuah alat pemanas tuala.

Menurut Azizan beliau tahu harga runcit pemanas tuala itu hanya RM480 manakala cawan tersebut yang pernah dibelinya sebelum ini, hanya berharga RM44 setiap satu.

Oleh itu, harga bagi enam cawan tersebut adalah RM264, katanya ketika dihubungi.

Semakan Malaysiakini di internet menunjukkan bahawa pemanas tuala itu selaku pensteril berharga anntara AS$90 (RM290.75) hingga AS$120 (RM387.68). Bagaimanapun, harga pensteril autoklaf industri (industrial autoclave steriliser)  boleh mencecah ribuan ringgit.

E-Stores menjual cawan bekam serendah RM20 untuk sekotak enam biji, bergantung kepada jenama.

Yang dihantar kepada Azizan ditandakan dengan jelas sebagai "towel warmer" dan bukannya pensteril autoklaf industri manakala bungkusan untuk cawan bekam itu sama dengan yang dijual di E-Stores.

NONEAzizan berkata pembekal kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah meluluskan bantuan sebanyak RM4,500 tetapi pembekal hanya boleh memberi kepadanya sebanyak RM2,700.

"Ini mendorong saya untuk membuat laporan kepada SPRM. Pegawai SPRM datang ke rumah saya pada 29 Oktober untuk mengambil gambar barangan yang dihantar dan menghubungi saya pada 31 Oktober untuk memintanya jangan menggunakan barangan kerana ia boleh diklasifikasikan sebagai bukti," katanya.

Malaysiakini menghubungi SPRM Muar, di mana Azizan membuat laporan tersebut, tetapi seorang pegawai di situ berkata prosedur dalaman melarang mereka daripada membuat sebarang pengesahan.

malaysiakini

Tiada ulasan: