Khamis, 28 November 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Gaji Ketua Menteri Sarawak jauh lebih tinggi .... korang tak bising pun!

Posted: 28 Nov 2013 02:05 PM PST

Sengaja memperbesar isu kenaikan gaji ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipersetujui 100% oleh semua anggota dewan adalah satu tindakan khianat yang cuba mencampuri urusan kerajaan negeri.

 Walaupun terperanjat dengan berita itu, Anwar Ibrahim lebih berhemah dalam mengulas isu kenaikan gaji tersebut dengan meminta Khalid menerangkan kepada umum akan keperluan tindakannya itu.

 Mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

 Tidak timbul isu kerajaan negeri Selangor tamak atau mementingkan diri sendiri kerana kenaikan tersebut bakal melibatkan semua anggota termasuk adun pembangkang.


Berbanding apa yang dilakukan di Sarawak mulai 1 Januari 2012, kenaikan gaji ADUN Selangor masih boleh diterima akal dan logik berdasarkan kedudukan kewangan negeri.

 Kenaikan gaji tersebut dibuat berdasarkan keperluan semasa semua ADUN dalam menjalankan tanggungjawab kepada seluruh rakyat negeri Selangor di kawasan masing-masing tanpa mengira masa dalam era kenaikan harga barangan dan perkhidmatan begitu melampau.

 Semasa kenaikan gaji kabinet Sarawak pada 1 januari 2012, tidak ada keperluan yang begini mendadak akibat kenaikan harga yang berpunca daripada dasar kerajaan pusat.


Lihat jadual perbezaan gaji di atas

 Walaupun kenaikan gaji ADUN Selangor dibuat dua tahun lebih lewat namun kenaikannya masih jauh lebih rendah daripada apa yang dinikmati kabinet Sarawak. Sudah dua tahun kenaikan gaji itu dilaksanakan tetapi tidak seorang pun yang mempertikai kenaikan tersebut... mengapa?

 Adakah kerana Taib bukan orang PR? Apa jasa kerajaan Taib Mahmud kepada rakyat negeri Sarawak?

 Bagi admin tidak ada isu yang layak untuk menyalahkan Khalid. Segala kritikan yang dibuat di media hanya untuk memeriahkan suasana politik Malaysia yang kini sunyi sepi.

 Bagi admin, selembik-lembik Khalid, beliau bertegas mempertahankan keputusan Dewan Undangan Negeri.

 Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri.

 "Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

 So, belajarlah menghormati keputusan dewan. Kata hebat sangat dalam soal demokrasi.... wakaka

 GO AHEAD KHALID MAKE SELANGOR A BETTER PLACE THAN ANY OTHER STATE IN MALAYSIA  -  SUMBER 

 Komen al-Husseyn : Elok juga sekiranya peruntukan bagi DUN di naikan juga seperti cadangan di sini Tapi tidaklah  bermakna aku ikut setuju untuk mengatakan MB Selangor itu bodoh!

Bukti idea penyatuan PAS/UMNO hanya TIPU DAYA umno

Posted: 27 Nov 2013 04:33 PM PST


Datuk Noh Omar yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditemui di parlimen hari ini menyeru pucuk pimpinan PAS dan Umno untuk duduk berbincang mengenai perkara tersebut.Baca sepenuhnya  di sini

Kebetulan pula ada sahabat blogger yang dah tolong jawapkan bagi isu tersebut seperti berikut :

Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!! " di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula. Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut, YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan  (gambar atas).

 Inilah hujah bernas beliau :
 "Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang melayu......................................
 " Tuan puan yang dihormati sekelian, sya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada pas. Kononnya pas tidak mahu bersatu.
 "Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ........................... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan Melayu.
 "Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin , bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.
 "Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malayasehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.
 "Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan. 

Aku kopipes dari sini

Tiada ulasan: