Biaqpila |
- HOHO!!! MEMANG BETOI LA KERAJAAN YANG BAYAQ K-POP RM1.6 JUTA BUKANNYA PENAJA
- HOHO!!! SITI NURHALIZA TEGOQ KHAIRY JAMALUDDIN
- PUNAH!!! 20 PENGAWAL DIHUKUM PENJARA KERANA MILIKI KAD PENGENALAN PALSU
HOHO!!! MEMANG BETOI LA KERAJAAN YANG BAYAQ K-POP RM1.6 JUTA BUKANNYA PENAJA Posted: 13 Nov 2013 04:01 AM PST Bayar K-pop RM1.6 juta pengiktirafan kerajaan kepada belia, kata KhairyMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, sememangnya bayaran itu telah dibuat oleh pihak kementerian dan bukan oleh pihak syarikat swasta selaku penaja seperti asalnya. "Memang benar konsert ini telah dibiayai oleh kementerian. "Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja dibuat kerana ketika itu ada tawaran pihak swasta untuk menaja. "Tetapi akhirnya tajaan tidak diberi dan kementerian terpaksa menanggung bayaran untuk konsert K-Pop di Hari Belia Negara 2012," katanya. Penjelasan itu sebagai menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan kepada kementerian apakah jumlah yang dibelanjakan untuk Hari Belia 2012 lalu dan mahukan penjelasan berhubung perbezaan jawapan terhadap pihak mana yang membuat bayaran kepada artis terlibat. Sebelum ini lagi Khairy telah mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu. Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja. Tiga kumpulan K-Pop, U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet, dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd. Untuk rekod, konsert itu dibuat ketika Menteri belia dan sukan waktu itu adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan. HD |
HOHO!!! SITI NURHALIZA TEGOQ KHAIRY JAMALUDDIN Posted: 12 Nov 2013 07:41 PM PST KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam membuat teguran secara terbuka terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman Twitter peribadi miliknya. Siti Nurhaliza, 34, memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). "Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa. "Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo!. Semalam, Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11mengkritik Khairy Jamaluddin dengan berkata: "Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya@Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua." Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas. "Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis. "Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama," jelasnya yang merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Pahang. Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut. Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu. Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak. Kosmo |
PUNAH!!! 20 PENGAWAL DIHUKUM PENJARA KERANA MILIKI KAD PENGENALAN PALSU Posted: 12 Nov 2013 05:00 PM PST Tertuduh yang berusia 19 hingga 44 tahun itu dihadapkan di dua mahkamah berbeza. Sepuluh tertuduh iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita dihadapkan atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dihadapan Majistret Mohd Nazri Omran. Manakala sepuluh lagi juga tujuh lelaki dan tiga perempuan didakwa atas pertuduhan memiliki kad pengenalan milik individu lain di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan. Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah flat di Jalan SS 3/39, Sungei Way di sini, pada jam 2.30 pagi semalam. HM |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan