Anak Sungai Derhaka |
Adun BN Perak lompat parti hanya khabar angin rupanya.. Posted: 09 Nov 2013 06:41 AM PST "Tak perlu kita layan benda-benda ini, kita mahu terus bekerja untuk rakyat Perak," demikian reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mengulas satu komen di Twitter yang mendakwa terdapat dua wakil rakyat BN negeri itu mengadakan pertemuan sulit bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, perkara sedemikian bukanlah satu isu baru kerana pernah ditimbulkan sejak 2009 lalu. Menurut Zambry lagi, BN Perak mempunyai misi lebih penting daripada memikirkan perkara seumpama itu dan lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. "Bagi kita, itu perkara biasa. Ada juga ura-ura yang mengatakan ada Adun daripada pembangkang pula yang menemui saya. "Apa pun bagi saya, yang penting, kurangkanlah politik dan mula 'bekerja' bagi membangunkan negeri," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet di Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) Kampar, hari ini. Semalam, akaun Twitter milik @rumahghuntoh memaparkan kenyataan berbunyi 'Prtmuan (pertemuan) sulit 2 YB BN Perak untk (untuk) melmpat (melompat) prti (parti) di Pmtg (Permatang) Pauh berlaku kelmarin...'. Kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan usaha lompat parti, sepertimana pernah berlaku kepada kerajaan PR 2008 lalu yang menyaksikan empat wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan diri sebagai Adun bebas. Mengulas lanjut, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, jika dirinya terus 'melayan' isu-isu sedemikian sampai bila-bila pun mereka tidak dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. "Kita akan teruskan tugas-tugas ini dalam usaha untuk sentiasa berada dekat dengan rakyat dan seterusnya melaksanakan agenda pembangunan negeri," katanya ~ Sinar Harian |
Penjelasan Astro tentang kenaikkan harga pakej siarannya... Posted: 08 Nov 2013 08:41 PM PST Ramai yang kehairanan atas faktor apa Astro menaikkkan caj beberapa pakej yang disiarkannya, ada yang mempersoalkan takkanlah kerana minyak dan gula naik harga Astro pun menaikkan harga pakejnya. Malah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun. Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj. "Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan. "Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang," tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu. Itu kata Yahya Sahri sepertimana yang telah dilaporkan oleh Keadilan Daily.. Hingga kini tiada sebarang komen dari Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini, mungkin dia juga akan bekata "Kalau tak suka, jangan guna Astro...." seperti jawapan Menteri Ayam dalam isu kenaikkan harga ayam tempohhari.. Astro bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang sebodoh Menteri-menteri BN keluarkan, jawapannya "Kenaikkan ini adalah selaras dengan fenomena global...".. Astro: Kenaikan Caj Bulanan Tidak Dapat Dielakkan Lagi Fenomena global pun fenomena global lah... Kalau tak suka jangan langgan Astro kata macai dan pemimpinnya... Best betul jadi owner syarikat yang tak ada pesaing ni.. nak naik sampai berapa puluh RM pun tak kisah.. sebab apa rakyat Malaysia ada sebagai pilihan?.. Hanya Astro dan Astro dan juga Astro saja yang ada... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan