Jumaat, 8 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Batalkan PAS: Ini penjelasan Karpal Singh..

Posted: 07 Nov 2013 11:43 PM PST


Sebelum PRU13 lalu para pemimpin Pakatan Rakyat yang sering diputarbelit kenyataannya oleh Media-media tunggangan UMNO/BN telah menggesa agar rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat memboikot media-media tersebut..

Sehari dua ini, apabila BERNAMA melaporkan Karpal Singh telah mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Tanpa merujuk dulu kepada Karpal samada laporan itu benar atau telah diputar belit oleh BERNAMA, Karpal menjadi 'punching bag' kepada ramai pemimpin dan penyokong PAS yang percaya 101% laporan BERNAMA itu... Karpal diserang bertubi-tubi..

Dan apabila Lim Kit Siang memberikan jawapan setelah beliau merujuk kepada Karpal, ada pula yang masih tak puas hati.. mahukan Karpal sendiri yang menjawabnya..

Berikut adalah penjelasan Karpal mengenai kemelut ini..

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menafikan pernah mengeluarkan kenyataan meminta supaya pendaftaran PAS dibatalkan. 
Sebaliknya, pemimpin veteran itu dalam kenyataannya hari ini, berkata beliau menyatakan bahawa PAS mempunyai kesedaran mengenai keperluan masyarakat majmuk di negara ini dengan mengadakan Kongres Penyokong bukan Islam. 
"Saya juga ada menyatakan pada sidang media Selasa lalu bahawa ia tidak seperti Umno, MCA dan MIC, parti yang berasaskan perkauman dan perlu dibatalkan pendaftarannya," katanya. 
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu ditujukan kepada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam akhar mingguan Katolik, Herald. 
Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan membuat permohonan maaf terhadap PAS.
Karpal berkata, pemimpin tertentu daripada parti Islam itu turut menyertai beberapa yang lain mengkritiknya mengenai tuduhan kenyataan itu. 
"Benar saya ada menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional yang berasakan kaum patut membuka pintunya kepada kaum lain, dan malangnya ia termasuk PAS. 
"Tetapi, saya menambah bahawa PAS mengiktiraf keperluan masyarakat pelbagai bangsa dengan mempunyai sayap penyokong bukan Islam," katanya. 
Karpal berkata, PAS menubuhkan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum pilihan raya umum pada 2004 dan turut bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2013. 
Malah, katanya, pada pilihan raya umum 2008, PAS meletakkan calonnya berbangsa India untuk bertanding merebut kerusi Tiram di Johor. 
Beliau yang terkejut menerima serangan daripada ahli akademik, politk dan pengulas, berkata beliau meminta PPMM dimansuhkan kerana mengutuk Majlis Peguam. 
"Saya tetap dengan pendirian saya meminta supaya pendaftaran PPMM dibatalkan. Persatuan itu ditubuhkan pada 1988 ketika pemecatan Tun Salleh Abas, dan mendapat sokongan Dr Mahathir Mohamad, pada ketika itu perdana menteri yang membawa kepada ahli persatuan berkenaan berhimpun dan berdemonstrasi secara ganas di depan pejabat Majlis peguam berdekatan stesen Masjid Jamek," katanya. 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu, PPMM memberi amaran kepada Majlis Peguam supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyokong rayuan semula kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, Herald atau mereka yang berbuat demikian bakal berdepan dengan tindakan. 
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata Majlis Peguam dilihat selalu mengambil langkah yang bertentangan dengan kepercayaan umat Islam di negara ini dan PPMM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya mereka masih berdegil. 
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, ketika membalas kenyataan PPMM, berkata Majlis itu tidak terhalang dengan ugutan berkenaan dan peranannya adalah mendapatkan keadilan dan kebenaran tanpa rasa takut atau berkepentingan ~ The Malaysian Insider

Pemimpin-pemimpin PR yang serang Karpal tu.. tak ada ke no Hp Karpal untuk dihubungi minta penjelasan dari dia?

Atau sekarang ni PR dah tak boikot media-media yang ditunggang oleh UMNO/BN?

Mahathir bidas cara BN kempen di Sungai Limau.. perabih duit saja kata dia..

Posted: 07 Nov 2013 10:00 PM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa pemberian wang dan hadiah oleh Barisan Nasional (BN) semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi di sana.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemberian wang seumpama itu adalah satu pembaziran malah bukti penolakan pengundi terhadap budaya itu ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

"Mungkin saya salah dan saya mengaku saya kerap salah tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan.

"Ini jelas dari PRU13. Yang tidak sokong, tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.

"Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati," katanya melalui kiriman blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, jabatan kerajaan yang dibawa bersama untuk turun berkempen dan memberi bantuan di Sungai Limau tidak membawa kejayaan kerana kebanyakan pengundi tidak mudah terpengaruh dengan bantuan sedemikian.

Katanya, BN banyak menghamburkan wang tetapi sokongan yang diterima rakyat masih belum berada pada tahap memuaskan.

"Kempen sekarang ini berbeza daripada dahulu kerana banyak wang diguna seperti penganjuran karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti kemeja-T BN.

"Ada jabatan kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi 10 anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.

"Saya tidak tahu sama ada pameran ini adalah sebahagian daripada kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – sama ada berbentuk duit atau anak ayam," katanya.

Perdana Menteri yang paling lama memerintah negara itu turut mempersoalkan keengganan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bersara daripada arena politik meskipun telah berkecimpung dalam arena politik sejak 1964.

Dr Mahathir membuat perbandingan karier politiknya dengan Lim kerana beliau bersara pada 2003 tetapi Lim pada masa ini masih menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah.

"Bila Kit Siang akan bersara? Sampai matikah? Jika sudah bersara hendak jadi pemimpin kanan DAP kah?

"Pada 1964 saya jadi wakil rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak aktif lagi di Malaysia, Kit Siang menubuhkan DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah," katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau menyaksikan calon PAS Mohd Azam Abd Samat memperoleh sebanyak 12,069 undi manakala calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985 sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.

Seramai 23,249 pengundi atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berikutan penyandangnya allahyarham, Tan Sri Azizan Razak yang kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS lebih daripada separuh dalam pilihan raya itu adalah satu kemenangan.

Beliau berkata, BN menerima keputusan pilihan raya itu, namun berjanji tidak akan menghentikan usaha mendekati sekolah pondok seperti yang terkandung dalam Aku Janji BN pada PRU13 demi meningkatkan syiar Islam.

Walaupun PAS berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau, majoriti undi yang diperoleh Mohd Azam merosot sebanyak 61 peratus berbanding majoriti diperoleh Azizan.

Mohd Azam memperoleh majoriti undi 1,084 berbanding 2,774 undi yang dimenangi Azizan. Sementara itu, BN walaupun kalah dalam pilihan raya itu memperoleh anjakan undi sebanyak 4.4% berbanding dalam PRU13 Mei lalu ~ The Malaysian Insider

Tarif Elektrik Naik Tahun Depan.. Macai tentu gembira..

Posted: 07 Nov 2013 07:10 PM PST


Sekitar Julai lalu.. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kerajaan masih perlu menentukan beberapa isu utama di sebalik mekanisme Fuel Cost Pass Through (FCPT) sebelum melaksanakannya.

Oleh itu Kerajaan Persekutuan masih mengkaji cadangan untuk memindahkan peningkatan kos bahan api kepada pengguna, justeru tiada rancangan untuk menaikkan tarif elektrik buat masa ini.

Sebelum itu, timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan mekanisme FCPT tahun depan sebagai proses menentukan tarif elektrik lebih berkesan kepada pengguna.

Ditanya berhubung perkara itu, Maximus berkata: "Itu soalan yang kerajaan akan putuskan... Saya fikir beliau sudah membetulkan kenyataan.

"Dan isu sama ada kita mahu memindahkannya kepada pengguna, berapa dan bila, itu keputusan yang akan dibuat oleh kabinet." lapor Malaysiakini

Hasilnya setelah lima bulan berlalu...


Electricity rates up next year as Putrajaya trims subsidies, says business daily

Electricity rates in Malaysia are expected to rise next year as Putrajaya plans to trim fuel subsidies for power producers in the first quarter of 2014, a business daily reported today.

The Malaysian Reserve said estimates show that electricity could rise as much as 19%, from 33.5 sen per kilowatt-hour to 40 sen per kilowatt-hour, if all the subsidies are removed.

The business paper quoted Ministry of Energy, Green Technology and Water secretary-general Datuk Loo Took Gee as saying that the reduction in fuel subsidies for the power sector is essential to stabilise the economy.

She said the government consulted with stakeholders in the energy sector and a new power tariff rate would be announced next year.

Government subsidies for electricity range between RM8 billion and RM12 billion a year. The prevailing tariff rate for electricity is 33.5 sen per kilowatt-hour (kwh).

Gas constitutes 50% of the fuel used for electricity generation while coal provides 40% and renewable energy makes up 2% in Malaysia.

The remaining 8% comes from hydropower. Higher gas prices have also made subsidies for electricity generation untenable.

The situation is accentuated by state electricity company Tenaga Nasional having to import liquid natural gas (LNG), mainly from Australia.

If subsidies were removed, the new electric tariff will greatly burden the end users, critics say.

MyPower chief executive Datuk Abdul Razak Abdul Majid, however, said: "Many global studies have shown that continuous provision of subsidised gas or electricity over the long term weakens rather than strengthens the economy."

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: