Anak Sungai Derhaka |
- Gara-gara kalah di Sungai Limau: Blogger Umno 'belasah' Khairy..
- Shahidan Kassim Jejaka Idaman Malaya?.. Nak muntah aku dengar..
- Bukan Anwar Ibrahim rupanya ejen CIA yang macai tuduh tu.. tapi...
- Blog Boikot Barangan Cina DAP akan disaman Syarikat Ahli Majlis Tertinggi UMNO
- Negara laksana GST catat peningkatan inflasi, kata MTEM
Gara-gara kalah di Sungai Limau: Blogger Umno 'belasah' Khairy.. Posted: 06 Nov 2013 08:13 AM PST Walaupun para pemimpin Umno cuba memperkecilkan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November lalu, lain halnya dengan beberapa blogger Umno. Paling teruk dikritik ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS sebagai satu 'tamparan hebat' dan 'kemenangan moral buat BN'. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan wakil rakyat baharu Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat 'tidak boleh duduk selesa' kerana kejayaan BN menembusi kubu kuat PAS itu. Bagaimanapun pandangan Khairy disanggah blogger Umno, Alahai Si Luncai yang mahu Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik kenyataan tersebut. "Kalau menang dengan majoriti 1,084 undi dikatakan menerima tamparan hebat, yang kalah 1,084 undi dengan segala kekuatan maksima nak dikatakan apa? "Aku sekali lagi harap akan ada pihak buat pencerahan. Kita nak mengadap kerja besar PRU14. Kalau kita tak betulkan cara berfikir orang Umno, khasnya pemimpin kanan parti, aku bimbang kita pakat-pakat rasa seronok dengan 'kejayaan' di Sungai Limau," tulisan Alahai Si Luncai dipetik. Seorang lagi blogger Umno yang berasal dari Kedah muncul dengan komen yang lebih pedas melalui entri "Ini perangai Pemuda Umno kalau hangpa nak tahu". "Bila majlis, merekalah ke depan, kat atas pentas dan sama VIP dan VVIP. "Bila pemilehan, mereka lah yang nak kuasai hampir semua jawatan - dari cawangan hingga ke atas Majlis Tertinggi dan pucuk kepimpinan? "Bila pilihanraya, mereka lah yang menguasai 80% senarai calun? "Bila jawatan sebagai Menteri, Pengerusi Agensi dan GLC, Setiausaha-setiausaha dan pegawai khas Menteri dan lain-lain ... hampir semua jantan belaka! "Tapi bila berkempen dan meraih undi, berperang dengan kumpulan provokasi pembangkang, perempuan yang berhempas pulas. Kenapa? "Mana Pemuda Umno? Promote diri depan Menteri kah? "NKP (Naib Ketua Pemuda Umno) siap janji dalam meeting nak bawa 2 ribu pemuda... Tapi semua tu cekelat angin.. "Kalau macam ni la SOP Pemuda, alamatnya lingkup BN PRU14... Gerak kerja pemuda Umno bawah KJ dan NKP fail..." tulis bloger tersebut. Blogger The Unspinner pula menyifatkan Pemuda Umno gagal melaksanakan tugas pada PRK Dun Sungai Limau. "Mereka hanya hooray hooray bila Khairy datang," tulisnya. Kegagalan jentera Umno membawa keluar 2000 'pengundi putih' (penyokong BN) juga dijadikan faktor kekalahan BN. "Pengangkutan adalah tugas Bahagian (Umno), dan sedikit sebanyak Wanita (Umno) dengan Pemuda (Umno) memainkan peranan utama. Takkan perempuan ditugaskan bawa kereta dan motor untuk bawa orang keluar mengundi. "Pasti ada nak kata jentera tempatan tak bermaya. Memang difahami mereka agak takut sebab akan dipulau masyarakat selepas PRK, tapi Pemuda (Umno) luar di mana?" soal The Unspinner. ~ HarakahDaily |
Shahidan Kassim Jejaka Idaman Malaya?.. Nak muntah aku dengar.. Posted: 06 Nov 2013 07:31 AM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau sedih apabila wujudnya pengundi yang tidak dapat dikesan dalam pilihan raya kecil Sungai Limau pada Isnin lalu. Shahidan yang mengetuai jentera pilihan raya BN Perlis berkata, beliau antara mengesan perkara itu di daerah mengundi Bukit Besar tetapi tiada apa dapat dilakukan kerana ia tidak dibantah semasa daftar pemilih dipamerkan. "Dulu pembangkang sebut pengundi hantu. Kami tak tahu apa dia sebut pengundi hantu. Rupanya perangai orang nak buat jahat ini, (dia) pergi menyamun, (kemudian) kata: 'Hah, kau menyamun!' "Macam cerita P Ramlee, dia menyamun, lepas itu dia kejar penyamun sekali," kata Shahidan yang menjaga empat daerah mengundi dalam pilihan raya yang menyaksikan BN tewas itu. Sementara itu, bekas menteri besar Perlis itu juga menegur langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya meletakkan pondok pembangkang terlalu hampir dengan BN sehingga berlakunya insiden keganasan. "Beberapa kali berlaku bertumbuk sebab kes ni. Bila berlaku percakapan, kepanasan, dia nak bertumbuklah," katanya. Shahidan berkata, alasan musim pilihan raya juga tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan perkara itu. "Tak boleh kata, ini pilihan raya, polis tak boleh kawal, SPR tak boleh kawal. Kena kawal supaya tak bergaduh," katanya. Beliau juga mengkritik sikap penyokong pembangkang yang didakwanya mengambil pendekatan maki hamun dan carut marut kepada musuh politik mereka, termasuk dirinya sendiri. "Ada makcik tua-tua macam mak saya, nak cabar saya. Saya tanya, awat makcik, nak cabar saya Saya ini kuat, jejaka idaman Malaya. Jangan cari pasal dengan saya. "Tetapi dia dilatih macam itu, membenci," keluh Shahidan lagi ~ Malaysiakini ..... Aku rasalah Makcik yang jadi Petugas PAS masa PRK Sungai Limau hari tu tentu muntah hijau bila dengar si Shahidan ni mengaku dialah 'Jejaka idaman Malaya'.. |
Bukan Anwar Ibrahim rupanya ejen CIA yang macai tuduh tu.. tapi... Posted: 06 Nov 2013 12:48 AM PST Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya. Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani. Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang. Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu. Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya. Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri. Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang. Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi. Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu. Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar. Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ~ The Malaysian Insider ..... Menarik punya game ni.. bersamalah kita tunggu siapa yang akan kena.. |
Blog Boikot Barangan Cina DAP akan disaman Syarikat Ahli Majlis Tertinggi UMNO Posted: 05 Nov 2013 08:42 PM PST Sudahlah racist bodoh pula.. itulah perkataan yang sesuai buat Admin Blog Boikot Barangan Cina yang diujudkan oleh macai UMNO bagi menjalankan gerakan boikot produk berkaitan Cina.. Dalam keghairahan untuk wujudkan suasana benci DAP konon sampaikan desak dan ajak rakyat Melayu boikot barangan keluaran syarikat yang dituduh sebagai kepunyaan Cina DAP akhirnya makan diri apabila syarikat pengeluar bihun terbesar negara produknya juga terlibat diajak boikot dipengerusikan oelh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sohaimi Sahadan. Kini syarikat itu akan ambil tindakan mau menyaman blogger pro UMNO tersebut setelah selesai pemilihan UMNO 2013. Kempen boikot produk bihun keluaran syarikat KBB Resources Bhd (KBB) telah berjalan agak lama juga tetapi dipercayai kerana pemilihan UMNO maka pihak syarikat hanya memekakkan telinga dan tutup sebelah mata ~ Addin Pengeluar bihun mahu saman pengendali blog
Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog 'Boikot Barangan DAP' bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu. Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang. "Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup. "Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang ~ Berita Harian Dalam hal ini aku tertanya-tanya kenapa agaknya Berita Harian tidak menyentuh langsung akan status halal produk keluaran Ahli MT UMNO ini.. sedangkan sijil halalnya telah ditarik oleh JAKIM.. Tentang status halal ni sila baca seterusnya di SINI |
Negara laksana GST catat peningkatan inflasi, kata MTEM Posted: 05 Nov 2013 07:56 PM PST Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata, sejarah negara luar yang melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menyaksikan berlakunya peningkatan kadar inflasi selepas pelaksanaannya. Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar, berkata kurangnya maklumat disampaikan kerajaan berhubung kumpulan yang akan menerima impak akibat pelaksanaan cukai tersebut juga membimbangkan. Mohd Nizam berkata, Cukai Barangan dan Jualan (SST) sememangnya memberi tekanan kepada pengguna kerana kadar cukainya yang tinggi namun kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik sama ada melaksanakan GST atau model percukaian yang lain. "Kita tahu dalam sejarah banyak negara yang melaksanakan GST, inflasi pasti berlaku. Itu yang kita bimbangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan tempoh 17 bulan bagi sistem percukaian negara ditukarkan daripada SST kepada GST, maka tempoh yang diberi harus digunakan bagi mengenal pasti masalah. "Inilah masa pemain industri dan pengguna meneliti dan memberi maklum balas kepada kerajaan. SST yang digunakan sekarang mempunyai masalah kerana kadar yang tinggi maka masalah sistem percukaian semasa perlu diatasi sama ada memperkenalkan GST atau sistem percukaian lain," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider. Najib semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6% bermula April 2015 dan memansuhkan SST sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan pengurusan fiskal menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan. Katanya, GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta bekalan air mentah. Cukai tersebut juga tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik dalam tempoh sebulan untuk pelanggan domestik. Mohd Nizam berkata, MTEM kini masih di peringkat perdebatan kerana mereka belum mempunyai maklumat yang cukup tentang model GST yang akan digunakan kerajaan. "Kita sedar GST ada kebaikan dan keburukannya sendiri. Apabila kerajaan memberi butiran lanjut tentang GST, kami akan memberikan kata putus dan cadangan kepada kerajaan. "GST tidak wajar dikenakan kepada barangan keperluan rakyat. Kerajaan harus jelas kumpulan mana yang layak dikenakan GST dan siapa yang akan menerima impak lebih besar akibat pelaksanaan cukai tersebut," katanya. Beliau berkata, kumpulan berpendapatan rendah tidak harus menerima kesan akibat pelaksanaan GST sambil menggesa kerajaan untuk mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan. Katanya, MTEM gusar dengan cukai berganda yang akan dikenakan kepada pengguna dan dakwaan tersebut ada kebenarannya. "Jika benar perkara itu berlaku dan rakyat yang menerima kesannya maka itu adalah tidak adil. "Itu sebabnya kami mahu penjelasan lanjut mengenai model GST. Siapa yang terbeban, pengguna akhir atau hanya di peringkat pengilang? Jika cukai bermula dari peringkat pengilang dan pengguna menerima kesan berganda maka itu tidak sepatutnya berlaku," katanya. Hujung bulan lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang terdiri daripada 800,000 ahli menentang pelaksanaan GST yang dilihat membebankan pekerja berpendapatan rendah dan rakyat terbeban dengan cukai berganda dikenakan kepada mereka. Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata golongan pekerja yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah mereka yang bergaji rendah dan pertengahan selain kerajaan tidak memberi jaminan kenaikan barang melampau tidak berlaku. Katanya, meskipun Najib mendakwa barangan keperluan asas tidak dikenakan GST, namun barangan seperti sayur dan ikan sudah beberapa kali mencatatkan kenaikan harga yang menurutnya GST dikenakan bermula daripada peringkat pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada pengguna. Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat pada minggu lalu turut meyakinkan hadirin bahawa GST tidak akan membebankan rakyat dan menyifatkannya sebagai kaedah penyusunan semula sistem percukaian negara. Khatib berkata, dengan pelaksanaan GST, sistem percukaian negara akan dapat diurus tadbir dengan lebih berkesan, saksama dan efisien selain dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Ahad turut berkata, kos perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak akan meningkat dengan pelaksanaan GST pada April 2015. Beliau berkata, sektor kesihatan merupakan antara perkhidmatan dikecualikan cukai dan meminta mana-mana pihak tidak membuat spekulasi tentang peningkatan kos perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang boleh mengelirukan orang ramai. Katanya, Kementerian Kesihatan akan meneliti dan seterusnya mengeluarkan senarai terperinci jenis perkhidmatan kesihatan dikecualikan GST untuk maklumat orang ramai apabila sistem cukai itu dilaksanakan kelak ~ The Malaysian Insider ..... Sebenarnya aku malas nak ulas panjang-panjang pasal GST ni.. Sebab aku sokong Kerajaan laksanakannya biar seluruh rakyat Malaysia dibeban dengan cukai bukannya hanya 30% rakyat dibeban dengan cukai pendapatan.. Biar semua rasa sakitnya hati bila melihat wang rakyat yang membayar cukai diguna secara ikut suka depa oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.. ..... Buat macai-macai yang tak faham apa itu inflasi.. Insflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berterusan. Ianya bertambah parah bilamana kenaikkan gaji hanya berlaku sekali dalam setahun tetapi harga barangan naik lima atau enam kali setahun. Oleh itu kuasa membeli rakyat akan merudum dalam lain ayat .. kita hanya mampu tengok saja... Antara faktor penyumbangnya ialah apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. Lagi faktor yang menyumbang kepada inflasi ini sila baca di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan