Rabu, 6 November 2013

Addin

Addin


Najib, Ghani Patail Bakal Panas Punggung Tidak Lama Lagi?

Posted: 06 Nov 2013 03:00 PM PST

Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.

Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat peguam negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.

Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ini bukan saja memberi tekanan kepada Ghani Patail, tetapi kepada Perdana Menteri, Najib Razak juga.

Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan dengan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan, bahkan juga berkaitan kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Dalam hal yang berkaitan pengintip di pejabat Peguam Negara pula, dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi turut dipanggil oleh Mahathir dan ditanya sama ada beliau mengetahui adanya dua orang pengintip yang sedang bekerja dengan pejabat peguam negara sekarang ini. Dalam hal ini, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasat mengenainya.

Ghani Patail sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan sasaran pelbagai pihak yang mengecamnya kerana didakwa mengamalkan pendakwaaan berpilih dan mempunyai kuasa tanpa had dalam menentukan pendakwaan. Selain isu liwat dan rasuah yang melibatkan Anwar Ibrahim, beliau juga dikecam dalam pelbagai kes lainnya seperti kes pembunuhan Altantuya. Susulan daripada itu, desakan agar beliau meletakkan jawatan juga kerapkali kedengaran.

Malangnya, bukan saja beliau menolak untuk meletakkan jawatan, bahkan Najib sendiri seperti mempertahankan kedudukannya dan mahu beliau terus kekal mengetuai jabatan peguam negara itu.

Tersebarnya berita mengenai adanya pertemuan itu yang dianggap sebagai tekanan Mahathir kepada Ghani Patail, ia bukan saja bertepatan dengan hangatnya perbualan orangramai mengenai pengintipan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada beberapa negara termasuk Malaysia, tetapi juga bertepatan dengan iklim politik negara yang menyaksikan anaknya, Mukhriz kecundang sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai sebulan iaitu dalam percubaan merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan dalam mengemudi pilihanraya kecil Sungai Limau.

Walaupun keprihatinan Mahathir bertindak dalam menangani isu yang melibatkan pengintipan CIA di pejabat Peguam Negara boleh dipuji meskipun beliau bukan lagi memegang jawatan Perdana Menteri, tetapi kaitannya dengan isu politik semasa yang sedang berlaku, sukar juga ditolak.

Ia seolah-olah tiada kena mengena tetapi dalam masa yang sama macam ada kaitannya pula.

Sebelum ini Mahathir telah membangkitkan tentang politik wang yang masih berlaku dalam UMNO dan kepimpinan Najib yang dianggapnya lemah kerana selalu tunduk kepada tuntutan ekstrem daripada pihak pembangkang. Meski dakwaan Mahathir ini disanggah oleh beberapa pemimpin UMNO yang cuba mempertahankan Najib tetapi ramai yang percaya bahawa dakwaan Mahathir itu banyak kebenarannya.

Dengan timbulnya pendedahan mengenai pertemuan beliau dengan bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan ini dan kaitannya dengan tekanan terhadap Ghani Patail, penjelasan Mahathir yang seterusnya pasti sedang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Lebih-lebih lagi mengenali cara dan gaya bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak akan memulakan sesuatu perkara tanpa asas yang kukuh.

Penjelasan Mahathir selepas ini mungkin bukan saja berkaitan pengintip CIA di pejabat Peguam Negara tetapi barangkali juga melibatkan peranan Apco yang kini menjadi penasihat dan perunding kepada pentadbiran Najib. Apco ini pula sudah pun bertapak dalam pentadbiran kerajaan sebaik saja Najib mengambil alih kepimpinan negara sejak 2009 lagi.

Oleh itu, ditambah dengan adanya pengintip CIA yang sedang bertugas di pejabat peguam negara, adalah mudah dan berasas untuk mengaitkan pentadbiran Najib dengan pengaruh luar, khususnya Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi Najib juga dilihat amat suka dilihat mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan kuasa besar itu.

Tidak dinafikan Ghani Patail mungkin sedang dijadikan sasaran, tambahan pula beliau merupakan individu yang rapat dengan pentadbiran Najib tetapi dalam masa yang sama paling banyak isu. Ghani Patail mungkin dijadikan sasaran tetapi matlamat akhirnya ialah Najib.

Oleh itu, bukan saja Ghani yang sedang kepanasan sekarang ini, dengan desakan mulai kedengaran agar tugasnya sebagai Peguam Negara digantung kerana dakwaan adanya pengintip disisinya adalah dakwaan yang berat dan serius, bahkan bahang kepanasan itu mulai turut dirasakan oleh Perdana Menteri juga.

Kita hanya perlu bersabar sedikit dan menunggu Mahathir bersuara untuk mengetahui "siapa yang kena" dalam isu ini. ~shahbudin




Iklan C (ii)


Khairy Jamaluddin Teruk Kena Belasah Blogger Umno

Posted: 06 Nov 2013 08:09 AM PST

Walaupun para pemimpin Umno cuba memperkecilkan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November lalu, lain halnya dengan beberapa blogger Umno. 

Paling teruk dikritik ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS sebagai satu 'tamparan hebat' dan 'kemenangan moral buat BN'.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan wakil rakyat baharu Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat 'tidak boleh duduk selesa' kerana kejayaan BN menembusi kubu kuat PAS itu.Bagaimanapun pandangan Khairy disanggah blogger Umno, Alahai Si Luncai yang mahu Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik kenyataan tersebut.

"Kalau menang dengan majoriti 1,084 undi dikatakan menerima tamparan hebat, yang kalah 1,084 undi dengan segala kekuatan maksima nak dikatakan apa?"Aku sekali lagi harap akan ada pihak buat pencerahan. Kita nak mengadap kerja besar PRU14. 

Kalau kita tak betulkan cara berfikir orang Umno, khasnya pemimpin kanan parti, aku bimbang kita pakat-pakat rasa seronok dengan 'kejayaan' di Sungai Limau," tulisanAlahai Si Luncai dipetik.

Seorang lagi blogger Umno yang berasal dari Kedah muncul dengan komen yang lebih pedas melalui entri "Ini perangai Pemuda Umno kalau hangpa nak tahu"."Bila majlis, merekalah ke depan, kat atas pentas dan sama VIP dan VVIP. 

"Bila pemilehan, mereka lah yang nak kuasai hampir semua jawatan - dari cawangan hingga ke atas Majlis Tertinggi dan pucuk kepimpinan?"Bila pilihanraya, mereka lah yang menguasai 80% senarai calun?

"Bila jawatan sebagai Menteri, Pengerusi Agensi dan GLC, Setiausaha-setiausaha dan pegawai khas Menteri dan lain-lain ... hampir semua jantan belaka!"Tapi bila berkempen dan meraih undi, berperang dengan kumpulan provokasi pembangkang, perempuan yang berhempas pulas. 

Kenapa?"Mana Pemuda Umno? Promote diri depan Menteri kah?"NKP (Naib Ketua Pemuda Umno) siap janji dalam meeting nak bawa 2 ribu pemuda... Tapi semua tu cekelat angin.."Kalau macam ni la SOP Pemuda, alamatnya lingkup BN PRU14... Gerak kerja pemuda Umno bawah KJ dan NKP fail..." tulis bloger tersebut.

Blogger The Unspinner pula menyifatkan Pemuda Umno gagal melaksanakan tugas pada PRK Dun Sungai Limau.

"Mereka hanya hooray hooray bila Khairy datang," tulisnya.Kegagalan jentera Umno membawa keluar 2000 'pengundi putih' (penyokong BN) juga dijadikan faktor kekalahan BN.

"Pengangkutan adalah tugas Bahagian (Umno), dan sedikit sebanyak Wanita (Umno) dengan Pemuda (Umno) memainkan peranan utama. Takkan perempuan ditugaskan bawa kereta dan motor untuk bawa orang keluar mengundi.

"Pasti ada nak kata jentera tempatan tak bermaya. Memang difahami mereka agak takut sebab akan dipulau masyarakat selepas PRK, tapi Pemuda (Umno) luar di mana?" soal The Unspinner. ~hrkh




Iklan C (ii)


Mahathir Dakwa Ada Ejen Amerika Dalam Pejabat Peguam Negara

Posted: 06 Nov 2013 03:42 AM PST

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada  Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.

Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir  melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. 

Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. 

Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya  adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar  kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyidin Yassin. ~tmi




Punca PAS Menang Majoriti 1,084 Undi Di Sg. Limau Terbongkar

Posted: 06 Nov 2013 12:50 AM PST


Antara kesan daripada pilihan raya kecil Sungai Limau Isnin lalu ialah ada undi masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN) walaupun ia tidak cukup untuk BN menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahli politik dan penganalisis juga ramai menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat Cina menjauhi pilihan raya kecil itu, kemungkinan kerana ramai yang tidak pulang mengundi pada Isnin dan ia tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri atau persekutuan.

Untuk rekod, calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat memperolehi 12, 069 undi manakala Dr Ahmad Sohaimi Lazim dari BN mendapat 10, 985 undi. Terdapat 27,222 pengundi berdaftar tetapi hanyak 85.5% yang keluar mengundi.

Bagi BN, peningkatan sedikit dalam undi masyarakat Cina memberi petanda kepada parti seperti MCA dan Gerakan untuk kembali membuktikan semangat mereka selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Daftar pengundi masyarakat Cina di Sungai Limau berjumlah 1,836 tetapi hanya sedikit yang menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi walaupun BN memberikan RM2.25 juta peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di kawasan itu. Ahmad Sohaimi sendiri mengeluh kerana beliau hanya menerima kira-kira 600 undi daripada Cina.

Tetapi, ia juga menunjukkan bahawa kemarahan dan kebimbangan pengundi bukan Melayu di Kedah terhadap pentadbiran satu penggal allahyarham Tan Sri Azizan Razak masih hidup – mungkin hampir sama dengan kerajaan negeri pimpinan PAS di Terengganu pada 1999.

Ia turut mencadangkan bahawa sementara gabungan PAS dengan DAP dan PKR berjalan dengan baik di peringkat persekutuan, ada banyak perkara perlu dilakukan dalam parti mengenai kaedah melayan bukan Islam di negeri yang mereka tadbir.

Di Kedah terutamanya, PAS di bawah pesuruhjayanya yang baru, Datuk Mahfuz Omar perlu melakukan banyak perkara untuk memenangi semula sokongan daripada masyarakat Cina, dan ini dilihat sebagai perbalahan dalang politik dengan Umno.

Dan cara terbaik melakukannya ialah dengan memahami dan menghargai bahawa larangan terhadap itu dan ini tidak berkesan dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Melindungi majoriti juga bermaksud melindungi golongan minoriti.

Rakyat Malaysia mahu kerajaan yang baik, polisi ekonomi terbaik dan pemimpin berprinsip, bukan mereka yang berpandangan sempit bahawa beberapa sekatan dan larangan adalah apa yang selalu kerajaan perlu buat.

PAS tidak perlu lihat terlalu jauh jika ia mahu mentadbir negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia. Hanya perlu lihat Selangor dan Pulau Pinang yang menang besar pada PRU13.

Kedua-dua negeri itu tidak ada perkara seperti menutup panggung wayang atau apa-apa sekatan dalam perniagaan.

Selangor dan Pulau Pinang juga mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat dapam PRU13. Ada banyak perkara boleh dipelajari bagaimana dua kerajaan negeri itu mengekalkan mandat yang diterima. Mahfuz dan rakan-rakan dalam partinya perlu ingat perkara itu jika mereka ingin menawan kembali Kedah.

Jika tidak, formula BN akan terbukti mampu bertahan dan terus berkuasa, hanya kerana pakatan pembangkang tidak memahami Malaysia seperti yang mereka faham. ~tmi


Kantoi!! Syarikat Bihun Yang Di Boikot Blogger Umno Rupanya Milik Ahli MT Umno

Posted: 05 Nov 2013 07:57 PM PST


Dalam keghairahan nak wujudkan suasana benci DAP konon sampaikan desak dan ajak rakyat Melayu boikot barangan keluaran syarikat yang dituduh sebagai kepunyaan Cina DAP akhirnya makan diri apabila syarikat pengeluar bihun terbesar negara produknya juga terlibat diajak boikot dipengerusikan oelh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sohaimi Sahadan.

Kini syarikat itu akan ambil tindakan mau menyaman blogger pro UMNO tersebut setelah selesai pemilihan UMNO 2013.

Kempen boikot produk bihun keluaran syarikat KBB Resources Bhd (KBB) telah berjalan agak lama juga tetapi dipercayai kerana pemilihan UMNO maka pihak syarikat hanya memekakkan telinga dan tutup mata sebelah.

Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog 'Boikot Barangan DAP' bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu.
Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

"Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

"Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang

Pengeluar bihun terbesar di Malaysia, KBB Resources Bhd. (KBB) optimis untuk mengekalkan penguasaan pasaran domestik dan merancang memasarkan produknya ke luar negara bagi memenuhi permintaan yang makin meningkat terhadap makanan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pasaran eksport sasarannya adalah ke beberapa negara jiran, Asia Barat selain Guangzhou, China.

Menurutnya, projek pengembangan pasaran itu bakal direalisasikan menjelang akhir tahun ini dan syarikat kini sedang menyusun strategi, termasuk mengumpul modal tambahan menerusi terbitan hak tidak lama lagi.

"Kita menyasarkan untuk mengumpul RM20 juta menerusi terbitan hak untuk tujuan pelaburan tambahan.

"Sebahagian besar daripada modal tambahan itu akan digunakan untuk perolehan mesin pembuatan baharu dan seterusnya dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KBB di Kilang Bihun Bersatu Sdn. Bhd., di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, dekat sini, semalam.

Sohaimi yang juga Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) dilantik sebagai Pengerusi baharu KBB berkuat kuasa 3 Oktober lalu.

Beliau, buat masa ini, kapasiti pengeluaran rangkaian kilang KBB adalah sebanyak 2,000 tan metrik sebulan.

Katanya, jumlah tersebut dijangka dapat ditingkatkan sebanyak 30 peratus selepas perolehan mesin pembuatan baharu tidak lama lagi.

"Dengan peningkatan pengeluaran, ia dapat menampung tempahan daripada pasaran domestik dan selebihnya dieksport ke luar negara," katanya.

Tambah Sohaimi, kilang keluaran rangkaian KBB di Kuala Ketil dan Bedong di Kedah; Sibu, Mukah dan Batu Pahat sekarang mengeluarkan bihun jenama EKA dan 30 jenama lain yang turut meliputi produk tepung, laksa serta mee segera.

"Antara produk terbaharu adalah bihun Vietnam yang mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada kalangan pekerja Vietnam di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, KBB akan membuka peluang kepada usahawan yang berminat terutamanya bumiputera untuk membekalkan produk bihun dan laksa keluaran syarikat tersebut.




PAS Belasah Karpal Singh

Posted: 05 Nov 2013 06:48 PM PST

PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan. 

"PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, beliau bertanya apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia. 

Beliau menambah, nilailah sendiri kepada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

"Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?" tanya Tuan Ibrahim lagi.Beliau berkata, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata mengikut sedap hati.

"Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini. Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.

Sehubungan itu, kata beliau PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut."Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau," tegas beliau. ~hrkh



Tiada ulasan: