Isnin, 4 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mukhriz kata PAS menang kerana pengundi hantu ke ni?

Posted: 04 Nov 2013 07:36 AM PST


Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya.

PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu.

Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan.

Sebelum ini, Mukhriz yang memimpin jentera BN di Sungai Limau gagal dalam usahanya untuk merebut salah satu kerusi naib presiden Umno apabila beliau berada di tempat keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein.


Mukhriz memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini dengan berkampung di Sungai Limau sepanjang kempen berjalan.

Beliau berada di mana-mana dalam kawasan pilihan raya untuk memastikan jentera Umno berjalan dengan baik.

Ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dibawanya untuk membantu kempen BN.

Selain gambar calon BN, gambar Mukhriz banyak digantung di sini.

Tidak sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini, gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak digantung oleh petugas BN di Sungai Limau. ~ The Malaysian Insider

Dan Mukhriz mendakwa sebab BN kalah ialah jumlah penghuni pondok agama yang merupakan orang luar tetapi didaftarkan sebagai pengundi Sungai Limau..

Mukhriz: Pengundi luar berdaftar di Bkt Besar menangkan PAS

Jumlah penghuni pondok agama yang merupakan orang luar tetapi didaftarkan sebagai pengundi Sungai Limau menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Sungai Limau, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Bagi pihak kami antara persoalan timbul ialah bagaimana satu daerah mengundi seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yg begitu ramai di satu tempat.

"Kita tahu banyak pondok-pondok di situ tetapi takkanlah sampai ratusan penghuninya.
"Sejak dahulu lagi tempat yang sama beri kemenangan kepada PAS," katanya.

Menurut Mukhriz, pihaknya menerima keputusan pilihan raya ini namun persoalan timbul sama ada amalan sedemikian selaras dengan semangat demokrasi untuk penduduk setempat.

"Bukan tempat kami untuk mempertikaikam kenapa tempat seperti itu mempunyai jumlah pengundi begitu ramai.

"Tindakan mereka mendaftar orang luar sebagai pengundi di situ, adakah ia boleh diterima sebagai satu amalan demokratik.

"Saya tak bermaksud mempertikaikan keputusan pilihan raya kecil ini tetapi persoalan begitu tetapi timbul," kata Mukhriz dalam reaksi segeranya terhadap keputusan pilihan raya N20 Sungai Limau.

Bukit Besar merupakan daerah mengundi yang dimenangi PAS dengan majoriti terbesar iaitu sebanyak 1,103 undi.

PAS memenangi sembilan daripada 19 daerah mengundi dalam Sungai Limau untuk menang dengan majoriti 1,084 undi ~ Malaysiakini

Dia nak salahkan siapa sebenarnya dalam hal ini?.. Bunyi macam dia kata PAS/PR menang kerana pengundi hantu saja nih..

Itulah.. bila isu ini dibawa dan dibangkitkan oleh PR sebelum PRU13, ianya dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN serta macai-macainya.. Sekarang baru dia tahu..

Tapi.. yang memulakan kerja-kerja ini siapa kalau bukan bapa dia Tun Mahathir sendiri.. 

Atau mungkin juga Pakatan Rakyat dah menguasai SPR, jadi SPR dah ubah semua pengundi tu ke dalam DUN Sungai Limau..

Kah.. kah.. kah.. dah kalah tu kalahlah!

Tapi sebelum PRK semalam yakin saja dia kononnya dah berjaya pengaruhi penghuni pondok agama ni..

Memang dari awal saya sudah maklum bahawa pondok-pondok sekolah agama di Kedah sangat berpengaruh dan mereka yang memberi sokongan kuat kepada Pas.

Jadi di peringkat awal lagi, saya sudah masuk ke pondok-pondok ini. Banyak juga yang saya sudah masuk, duduk bersembang untuk memperkenalkan diri, bertukar pendapat dengan mereka dalam banyak perkara selain berkongsi pandangan saya juga, apa yang nak saya lakukan di Kedah berkait dengan agama.

Sedikit demi sedikit mereka sudah mula yakin dengan keikhlasan kita untuk lakukan yang baik. Secara kebetulan pula ada yang merungut di zaman Pas dulu pun susah.

Selepas Pas ambil alih pentadbiran Kedah, tidak juga pondok-pondok agama menjadi gemilang.

Tapi bila kita tunjukkan keikhlasan kita untuk membantu memartabatkan sekolah-sekolah agama termasuk sekolah pondok dan maahad tahfiz seumpamanya, saya nampak pandangan mereka sudah mulai berubah ~ Sinar Harian

Tahniah kepada PAS/PR dan juga semua Petugas yang bertungkus lumus untuk mengekalkan kemenangan PAS/PR di DUN Sungai Limau..

Dan kepada Ustaz Azam yang bakal bergelar YB ingat kita menang bukan menang semua ....mereka kalah pun bukan mereka kalah semua ... itu kata-kata Almarhum Ustaz Azizan..

Laporan tentang kemenangan PAS/PR sila baca di ( SINI )

PAS Menang di Sungai Limau.. majoriti 1,084

Posted: 04 Nov 2013 03:59 AM PST


Mula-mula korang tengok kerusi untuk pemimpin-pemimpin BN di atas.. diaorang dah tahu apa keputusannya agaknya.. jadi tak ada siapapun nak tunggu..

BERNAMA Radio24 melaporkan keputusan Tidak Rasmi PRK DUN Sg Limau pada jam 7.30 malam: PAS 12,069 undi, BN 10,985, majoriti 1,084.

Manakala Utusan melaporkan... Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman - UTUSAN ONLINE 

Jangan seronok sangat ada lebih kurang dua jam lagi untuk diumumkan keputusan rasmi, kalau 'Blackout' nanti tak tahulah pulak keputusannya jadi macam mana pulak...

Mana pi habis pemimpin BN?

Sementara itu Ketua Wanita UMNO dilaporkan berkata "Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya..

"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Saya nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang lalu.

"Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu.

Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya lapor Malaysiakini

Alaaaa... dah kalah tu kalahlah!!

Fakta yang perlu kita tahu..

- Seramai 23,249 orang atau 85.5 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup pkl 5 petang.

- Pengundi Cina yang keluar mengundi pada PRK DUN Sg Limau seramai 1,065 orang (51.05 peratus)

- Pengundi luar yang keluar mengundi pada PRK DUN Sg Limau seramai 1,773 daripada 3,350 orang (52.93 peratus)

KANTOI lagi! 'Ahli PAS Dalang Gantung Patung Kaki DiTahan Polis' adalah fitnah macai UMNO rupanya..

Posted: 04 Nov 2013 12:28 AM PST


Akhirnya terbukti sekali lagi macai-macai UMNO/BN menggunakan fitnah bagi memburuk-burukkan PAS dalam kempen PRK Sungai Limau ini.

Entah dari mana sumbernya.. tiba-tiba mereka berlumba-lumba menyiarkan laporan kononnya dalang disebalik patung 'Kaki Ustaz' yang digantung dimerata tempat dalam DUN Sungai Limau ini..


Kononnya menurut mereka, individu yang melakukan kerja-kerja tidak bertamaddun ini ialah Ahli PAS Pokok Sena..

Mereka telah ditangkap ketika sedang menjalankan kerja-kerja menggantung patung 'Kaki Ustaz' itu..

Fitnah mereka itu terbongkar bilamana Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitandan Ismail Abu, menafikan dakwaan mereka itu..


Lapor Sinar Harian.. Polis menafikan dakwaan telah melakukan tangkapan terhadap individu yang dipercayai menggantung patug tidak berkaki di sekitar DUN Sungai Limau yang dikaitkan dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitandan Ismail Abu berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar. "Kita tidak buat apa-apa tangkapan sehingga hari ini" katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Blog yang mengatakan dua ahli sebuah parti dari Pokok Sena ditangkap dan dibelasah kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ketika sedang melakukan kerja-kerja menggantung patung tersebut di Kampung Batu 16, Yan.

Sepenuhnya sila klik pada image di bawah dan bacalah..


Kan dah kantoi... itulah lain kali berkempenlah dengan cara berhemah bukannya dengan cara menyebar fitnah..

Ni pesanan dari individu yang difitnah itu buat semua yang memfitnah dirinya...




Petugas PAS tumbuk Petugas BN hingga terpaksa dikejar ke Hospital?.. Biar betoi..

Posted: 03 Nov 2013 09:15 PM PST


Dalam kepanasan hari mengundi di DUN Sungai Limau hari ini.. Blog-blog Pro UMNO menyebarkan gambar di atas serta cerita kononnya seorang petugas BN dipukul oleh petugas PAS di Sedaka..

Entah betul entahkan tidak.. tapi biasanya macai-macai ni tak kisah untuk menabur fitnah asalkan mereka boleh memburuk-burukkan parti lawan, dalam hal ini PAS.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya berkata beliau tidak mendengarnya.

"Gaduh dalam pemilihan Umno lagi teruk," katanya kepada pemberita.

Mukhriz pula berkata insiden ini telah menjejaskan mood pengundi untuk keluar mengundi.. kononnyalah..

Bagaimanapun apa yang Mukhriz katakan itu jelas hanyalah auta semata-mata kerana pada waktu kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10.00 pagi itu peratus yang keluar mengundi  ialah 3,927 orang (14.43 peratus) .

Dan sehingga jam 11 pagi seramai 12,166 dari 27,222 pengundi (44.07 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Bernama yang memetik kenyataan jurucakap SPR.

Dan ternyata insiden yang telah disahkan oleh Ketua polis Kedah  itu tidak mempengaruhi mood pengundi sama sekali..

YAN - Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kesal apabila menerima laporan seorang petugas BN dicederakan oleh ahli Pas dalam insiden yang tidak diduga pagi tadi.

Katanya, walaupun pada awal hari, pengundian berjalan lancar namun insiden malang itu sedikit sebanyak telah mencemari dan menjejaskan 'mood' pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Petugas wanita BN telah ditumbuk ahli Pas pagi tadi dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku sedang berkempen pun berakhir dengan aman tanpa kacau bilau.

"Kita akan pastikan kes ini dapat perhatian pihak berkuasa supaya tidak jejaskan mood rakyat untuk keluar mengundi," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di sini, pagi tadi ~ Sinar Harian

Dulu rasanya pernah jadi kes macam ni.. Petugas PAS juga yang dikatakan jahat membelasah Petugas BN semasa PRK Bukit Gantang.. tapi hingga kesudah tak adapun petugas PAS ditangkap Polis kerana insiden tu..

Berdasarkan gambar di atas, yang didakwa dipukul itu ialah Wanita yang bertugas untuk BN..malah macai-macai UMNO mendakwa kononnya..

Wanita UMNO ditumbuk dimuka oleh penyokong tegar Pas. Provokasi melampau yang ditunjukkan oleh pemuda menampakkan pas bakal kecundang pada hari ini.

Situasi terkini menyatakan ramai lagi pemuda pas dari luar yang akan mencetuskan pergaduhan untuk menakutkan pengundi untuk keluar mengundi.

Kejadian wanita UMNO ini dipukul adalah di kawasan peti Undi Ulu Sedaka. Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Yan untuk rawatan selanjutnya.

Sama saja laporan macai tu dengan apa yang Mukhriz kata kat atas tu..

Kebanyakkan Blog macai-macai UMNO hanya menyiarkan gambar di atas yang menunjukkan Wanita BN itu sedang terlentang di dalam Ambulance tapi tidak siarkan gambar di bawah ini..

Ini gambar Wanita BN yang dikatakan dibelasah oleh Pemuda PAS itu hingga terpaksa dihantar ke Hospital.. korang tengoklah betapa parahnya dia kena belasah..


Kesian kat dia... kah.. kah.. kah.. dimana cederanya?

PAS dijangka menang, tapi...

Posted: 03 Nov 2013 08:39 AM PST


Kempen yang menyaksikan pertembungan di antara calon PAS, Mohd Azam Abd Samat dan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim telah berlangsung selama 12 hari dan akan berakhir dalam tempoh beberapa jam.

PAS dijangka akan dapat mengekalkan penguasaan di DUN Sungai Limau dalam pilihan raya kecil kali ini, namun dengan majoriti berkurangan berbanding 2,774 undi pada 5 Mei.

Jangkaan ini antara lainnya berdasarkan kempen BN dengan jentera yang lebih agresif dan lebih tertumpu berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

Namun, usaha ini dijangka masih belum memadai untuk memujuk penyokong tegas PAS untuk mengubah sokongan mereka.

Dalam kempen kali ini, BN dilihat berpeluang untuk melibatkan agensi kerajaan dalam kegiatan kempen untuk memujuk pengundi.

Penglibatan agensi

Pemerhatian ini berdasarkan program sewaktu kempen yang antara lainnya melibatkan agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, serta Yayasan Felda yang dianjurkan untuk memikat pengundi.

Program tersebut mensasarkan kepada kumpulan usahawan tani, yang membentuk sejumlah besar pengundi, seperti pada majlis 'Himpunan peladang, penternak dan nelayan Mada 2013' pada 26 Oktober lalu.

Dalam program itu mengagihkan 5 kilogram baja percuma, anak pokok jambu dan mempelam serta 20 ekor anak ayam kepada hadirin.

Tumpuan BN ke atas golongan ini juga boleh dilihat seperti dalam program 'Kami Prihatin Yayasan Felda' pada 25 Oktober lalu. Dalam program ini, Yayasan Felda menyalurkan sumbangan bernilai RM1.12 juta termasuk pemberian kaca mata.

Namun, usaha untuk menembusi kubu PAS dilihat masih menjadi cabaran besar buat BN.

Pengaruh Allahyarham Azizan

PAS telah menguasai kawasan DUN ini selama lima penggal sejak tahun 1995 lagi dan kerusi itu juga disandang oleh tokoh yang dihormati di kawasan ini – Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Azizan menjadi orang kepercayaan parti Islam tersebut untuk mengetuai pentadbiran Kedah apabila negeri tersebut jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12.

NONEKeputusan pilihan raya umum ke-13 sememangnya memihak kepada BN, yang kembali mentadbir negeri tersebut dengan diketuai oleh Datuk Mukhriz Mahathir – anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, pilihan raya kecil ini terpaksa dilakukan hanya beberapa bulan selepas pilihan raya umum kerana Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis.

Oleh yang demikian, kumpulan penyokong yang memberi kemenangan kepada Azizan, lima bulan lalu dijangka akan terus mengekalkan pendirian mereka, menurut pusat kajian ILHAM Centre.

Pengerusi eksekutifnya, Muhamad Hisommudin Bakar yang melakukan tinjauan terhadap 602 orang pengundi di Sungai Limau bermula 28 Oktober sehingga 1 November lalu.

Pengundi tak banyak ubah fikiran

Daripada hasil culaan yang dilakukan, beliau menjangkakan PAS kekal di Sungai Limau dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,800 undi.

"Pengundi dijangka tidak banyak mengubah fikiran mereka dalam tempoh lima bulan ini," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, BN dijangka mampu menembusi beberapa daerah mengundi yang dikuasai PAS namun, Sungai Limau secara tradisinya merupakan kubu kuat PAS.

Penguasaan PAS di 13 daripada 19 daerah mengundi dalam pilihan raya lalu memberikan cabaran hebat buat jentera kempen BN.

PAS sebelum ini menang di daerah mengundi Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.

BN pula menang di daerah mengundi Simpang Tiga, Selengkoh, Sungai Daun, Dulang Besar, Dulang Kechil dan Sungai Kering.

Dalam kempen kali ini, BN mengatur strategi dengan menempatkan pusat arahan serta bilik gerakan utama sayap Wanita Umno, Puteri Umno serta Pemuda Umno di kawasan kubu PAS - daerah mengundi Sungai Limau.

Beliau juga berpendapat bahawa BN mampu merampas daerah mengundi Kampung Titi Batu memandangkan rumah calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim berada di kawasan tersebut.

Beliau juga melihat BN memusatkan aktiviti mereka di daerah Kampung Lumat, yang menimbulkan andaian bahawa ia mungkin akan dikuasai parti tersebut.

Namun, secara keseluruhannya, kempen jentera BN dilihat belum cukup untuk menumbangkan PAS, kata Hisomuddin.

"Jentera Umno di sini kekal seperti begitu sahaja. Mereka tak berkempen sepenuhnya seperti sewaktu pilihan raya kecil Kuala Besut dahulu," katanya.

90 peratus Cina undi PAS

Selain itu, pengundi Cina kali ini juga mungkin beralih sokongan kepada BN apabila parti itu memberikan bantuan berjumlah RM2.25 juta kepada tiga buah sekolah Cina serta tabung pendidikan Cina di Sungai Limau.

Jika langkah ini berjaya berjaya mengurangkan majoriti PAS seperti diramalkan, ia mungkin menjadi tanda penerimaan penduduk Sungai Limau terhadap Mukhriz yang mengetuai kempen BN di Sungai Limau.

Bagaimanapun, sejauh mana sokongan mereka akan beralih arah masih sukar dijangka kerana pengundi Cina hanya berjumlah 1,827 orang dan 90 peratus daripada mereka mengundi PAS dalam pilihan raya lalu.

Kehadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Sungai Limau dua hari lalu serta anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang semalam yang mengingatkan pengundi agar "menjaga air muka" mereka daripada mengundi BN mungkin mampu mengekang peralihan undi itu.

Jika PAS kekal mempertahankan kerusi Sungai Limau, ia akan menjadi sagu hati buat parti itu yang terlepas pentadbiran negeri selepas mentadbirnya selama satu penggal apabila menang dalam pilihan raya tahun 2008.


~ Malaysiakini

Tiada ulasan: