Isnin, 4 November 2013

Addin

Addin


Punca BN Kalah Tersungkur Di Sg. Limau Tersebar

Posted: 04 Nov 2013 03:00 PM PST

Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya.

PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu.

Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan.

Sebelum ini, Mukhriz yang memimpin jentera BN di Sungai Limau gagal dalam usahanya untuk merebut salah satu kerusi naib presiden Umno apabila beliau berada di tempat keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Mukhriz memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini dengan berkampung di Sungai Limau sepanjang kempen berjalan.

Beliau berada di mana-mana dalam kawasan pilihan raya untuk memastikan jentera Umno berjalan dengan baik.

Ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dibawanya untuk membantu kempen BN.

Selain gambar calon BN, gambar Mukhriz banyak digantung di sini.

Tidak sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini, gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak digantung oleh petugas BN di Sungai Limau.‎

Walaupun Mohd Azam menang, majoriti 1,084 undi adalah kurang berbanding majoriti 2,774 yang diperolehi oleh allahyarham Tan Sri Azizan Razak dalam pilihan raya umum lalu.

Kemenangan Mohd Azam, Penolong Pengetua Sekolah Menengah Agama An Nahdzah, Bukit Besar mengalahkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi merupakan satu keputusan yang manis bagi PAS di Kedah setelah hilang negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya lalu.‎

Kemenangan ini juga manis buat Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar, yang menggalas tanggungjawab itu selepas Azizan meninggal dunia.

Ia bakal menjadi bekalan penting untuk Mahfuz dalam pemilihan PAS dari 22 hingga 24 November ini apabila beliau dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden.

Kekalahan calon BN juga bermakna program Karnival Rakyat yang banyak mendapat sambutan penduduk tempatan tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk undi untuk BN.

Ia hanya menghabiskan wang yang banyak kepada BN apabila barangan seperti gula, beras dan Milo dijual dengan harga yang murah.

Walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit kencing manis, gula dijual dengan harga murah di Sungai Limau.

Tindakan kerajaan menarik balik subsidi 34 sen gula telah menyebabkan harga gula naik melambung kepada RM2.84 sekilo, namun penduduk di sini mendapat gula dengan harga RM1 sahaja sekilo.

Sekampit beras 5 kilogram hanya dijual dengan harga RM5 sahaja oleh karnival anjuran BN di sini.

Namun, terbukti ia tidak berjaya membeli undi penduduk Sungai Limau, khasnya di kubu kuat PAS iaitu Bukit Besar, tempat berlangsungnya karnival tersebut. ~tmi



Iklan C (ii)


Rasmi: PAS Menang Di Sg. Limau Dengan Majoriti 1,084 Undi

Posted: 04 Nov 2013 07:08 AM PST

Calon PAS Mohd Azam Abd Samat (tengah) menang kerusi Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi
PAS mengekalkan kemenangan mereka di Sungai Limau yang disandang sejak tahun 1995 tetapi dengan majoriti jauh lebih kecil berbanding dua pilihan raya lalu.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, memperoleh undi sebanyak 12,069, manakala calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985, sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum itu, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tiba di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Agama Yan pada jam 8 malam, antaranya Pesuruhjaya PAS negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar, Bendahari PAS negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua DAP Kedah Zairil Khir Johari dan pemimpin negeri yang lain.

Sejumlah 23,249 atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi hari ini.

Kesemua 17 pusat pembuangan undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang tadi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah berikutan penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.

Azizan merupakan wakil rakyat kawasan DUNun tersebut sejak tahun 1995 dan merupakan menteri besar Kedah dari 2008 ke 2013.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka. ~tmi




Iklan C (ii)


Gambar Terbaik Dari PRK Sg. Limau.. Saksikanlah

Posted: 04 Nov 2013 06:14 AM PST


Walaupun perbezaan anutan dan pegangan politik tidak menyekat dan menghalang para petugas dan penyokong PAS di PRK DUN N20 Sg Limau menghulurkan bantuan sama-sama menolak sebuah kereta kepunyaan petugas dan penyokong UMNO/BN yang tetiba mengalami kerosakan.

Apabila melihat hanya seorang saja petugas/penyokong UMNO/BN yang menolaknya.


~omakkau



Iklan C (ii)


Gambar Wanita Umno Kena Belasah Dengan Pemuda PAS Tersebar

Posted: 04 Nov 2013 02:50 AM PST


Polis Kedah mengesahkan menerima laporan kes berhubung Ketua Wanita cawangan Bandar Baru Sentul (1C) Norsidah Abu Bakar yang didakwa ditumbuk penyokong Pas ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis telah menerima laporan yang dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad dan mangsa, pada pukul 11 pagi ini.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi tadi di mana wanita itu ditumbuk di bahagian muka. Kita sedang usaha kesan siapa yang melakukan perkara ini dan wanita itu telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Yan," katanya.

Ahmad meminta penyokong kedua-dua parti agar mematuhi arahan polis dan nasihat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau berjalan lancar.

"Polis akan sentiasa bantu SPR agar mereka tidak dikasari mana-mana penyokong semasa menjalankan tugas. Polis sedaya upaya sentiasa pastikan keadaan terkawal di kesemua 17 pusat pengundian," katanya.

Sementara itu, Norsidah, 50, yang juga anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu berkata beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu.

Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari Pas yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya.

"Disebabkan keengganan kami (untuk beredar setelah didesak oleh kumpulan lelaki itu), maka mereka bertindak kasar hingga polis terpaksa mententeramkan keadaan.

"Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera Pas. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam," katanya.

Beliau kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Sedaka berhadapan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Doktor menyuntik ubat tahan sakit dan menasihatkan saya supaya kembali ke hospital jika mata saya masih berdenyut dan sakit dalam masa 24 jam ini," katanya yang telah sembilan hari berada di sini untuk berkempen bagi meraih undi di Dun Sungai Limau. ~bernama


Addin :

Ko orang semua percaya ke berita dari media pencacai ni...




Iklan C (ii)


Identiti Sebenar Pakcik Peluk Jamil Khir Baharom Terbongkar..

Posted: 03 Nov 2013 10:54 PM PST


Kantoi lagi.. Nama pakcik yang menangis sambil memeluk Jamil Khir dalam berita TV3 tengahari tadi ialah Sobri Wahab, ahli UMNO. Tanyalah mana-mana penduduk Kpg. Titi Serong,semua kenal pakcik ni.PRU lepas dapat peruntukan besar dari BN untuk membaikpulih rumah.

Berlakon sambil menangis kononnya tak puas hati dengan PAS.Jamil Khir pun kenal siapa pakcik ni..  Bangkai gajah, walau ditutup dengan daun,busuknya terhidu juga..kannn.!! -fb




Iklan C (ii)


Tertekan Dengan Kritikan, Felda Henti Beli Hotel

Posted: 03 Nov 2013 03:38 PM PST

Gergasi perladangan negara akan berhenti daripada melabur dalam sektor hospitaliti selepas menerima kritikan ekoran pembelian kompleks apartmen bernilai £98 juta (RM497 juta) di London, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (gambar).

Beliau berkata, syarikat perladangan kelapa sawit itu kini hanya akan memberikan fokus kepada hotel milik mereka yang stabil dengan dua daripadanya terletak di dalam negara.

"Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen minggu lepas.

Felda kini memiliki tiga hotel - Hotel Seri Costa di Melaka dengan nilai belian berjumlah RM24 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah bernilai RM86 juta, dan Apartment Service Plaza di Bayswater, London yang bernilai RM500 juta. Kesemuanya dibeli sejak setahun lalu.

Sejak 1990 menurut Razali, Felda melalui anak syarikatnya menguruskan enam kediaman di Perak, Terengganu, Johor, Pahang, dan Sabah.

The Malaysian Insider melaporkan berkenaan pembelian di London yang mengejutkan pemain industri dengan harga terlalu tinggi dibuat oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties. Lokasi berkenaan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di London.

Pengkritik berkata, Felda seharusnya melabur dalam bidang yang berkaitan kepakaran mereka iaitu pertanian berbanding hartanah mahupun pelancongan.

Menjelaskan pembelian tersebut, Razali berkata, Felda mahu bersaing dalam sektor pelancongan dalam dan luar negara sebagai usaha mengukuhkan perniagaan yang bukan menjadi teras mereka.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah memilih Melaka dan Sabah untuk industri pelancongan sebelum melebarkan sayapnya ke United Kingdom, yang dirasakan mempunyai potensi.

Sebelum itu Razali menegaskan pelaburan di London akan membuahkan hasil, namun tidak memberi sebarang anggaran.

"Kos membeli apartment adalah £98 juta (RM502 juta), namun perkiraan atas kertas adalah £115 juta dan menurut kajian kami, lokasi tersebut akan membawa keuntungan kerana kadar sewaan sebanyak 90% setiap bulan.

"Pelaburan adalah peluang untuk anak syarikat, namun saya tidak dapat menjawab sama ada pelaburan berkenaan akan memberikan keuntungan atau capex akan mencukupi," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanya kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan "sebab sebenar" di sebalik keputusan Felda melabur sehingga hampir RM600 juta dalam sektor hospitaliti, dengan mengatakan syarikat perlu memaklumkan kepada peneroka yang berjumlah sejuta orang.

Isa mempertahankan pembelian hotel berkenaan dan mengatakan ia bukanlah isu luar biasa.

"Tabung Haji turut membeli beberapa unit bangunan di London," katanya.

Beliau turut berkata apartment berkenaan berada di kedudukan tertinggi dalam jaringan rangkaian enjin carian Google dan 75% adalah pembelian dalam talian.

The Grand Plaza adalah apartmen mewah terbesar di London yang mengandungi 198 unit meliputi 13 peringkat dengan keluasan lebih 105,044 kaki persegi.

Terletak berhampiran stesen keretapi bawah tanah Bayswater, ia mempunyai purata kadar diduduki sebanyak 90% setiap bulan.  ~tmi




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: