Rabu, 20 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Menteri Kesihatan kemalangan, pengawal peribadi parah kereta terbabas

Posted: 20 Nov 2013 08:13 AM PST


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini.

Kejadian kira-kira jam 8 malam ketika beliau yang menaiki PROTON Perdana sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Ayer Keroh untuk menghadiri mesyuarat MIC Melaka.

Beliau yang dihantar ke Hospital Alor Gajah sejurus kejadian dikatakan cedera di tengkuk akibat terhentak. Keadaanya dilaporkan stabil sehingga lewat malam tadi.

Bagaimanapun pengawal peribadi beliau Zulkifli Abd Wahab parah dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Pemandu kereta yang hanya dikenali Anuar cedera ringan dan turut mendapat rawatan di hospital sama.

Siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki Subramaniam terbabas selepas dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di tempat kejadian.

Kereta berkenaan didapati berhenti di tengah lorong lebuh raya berkenaan ~ Berita Harian

Jangan kutuk Rosmah, nanti pelabur lari kata Menteri?

Posted: 20 Nov 2013 07:30 AM PST


Bermati-matian Shahidan mempertahankan Rosmah Mansor yang telah menggunakan Jet Eksekutif Hak Kerajaan Malaysia untuk urusan peribadinya ke Qatar baru-baru ini..

Berbagai alasan digunakan, malah habis segala yang dilakukan oleh Rosmah kononnya untuk kebaikkan negara ini diungkitnya..

Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah 'tidak adil' kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim (gambar) hari ini.
Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.
"Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?" tanya beliau kepada wartawan.
"Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma." Shahidan kemudian menyalahkan media kerana berterusan melemparkan kritikan terhadap Rosmah, sambil berkata kritikan itu tidak adil kepada Rosmah.
"Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.
"Beliau telah membina negara ini," katanya.
Semalam, Shahidan mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana isteri Perdana Menteri telah dijemput ke negara teluk untuk berbincang 'banyak perkara'.
"Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri.
"Lawatan ke negara luar bukan untuk suka-suka. Ia membabitkan banyak tanggungjawab," katanya selepas ahli parlimen pembangkang menyerang beliau berhubung isu Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan minggu lalu di Parlimen.
Rosmah berada di Qatar minggu lalu bagi menyampaikan ucaptama Forum Perniagaan Wanita ke-4 di Doha yang dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Qatari dan Interactive Business Network.
Turut sama dalam rombongan itu adalah Penasihat Khas Usahawan Wanita dan Profesional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.
Pemimpin pembangkang mengkritik penggunaan jet itu yang dilihat sebagai satu bentuk salah guna kuasa yang menurut Shahidan telah diluluskan kabinet ~ The Malaysian Insider

Rosmah ke Qatar urusan peribadi bukan urusan rasmi, Muhyiddin luluskan penggunaan jet, kata Azalina

Posted: 20 Nov 2013 05:46 AM PST


Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina Othman hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.

Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab sekaligus tidak boleh diterima.

Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Azalina menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.

"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.

Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.

"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.

10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria ~ The Malaysian Insider

Zahrain kata lantikannya sebagai Duta bukan imbuhan politik.. Boleh percaya ke?

Posted: 20 Nov 2013 04:30 AM PST


Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pengalaman beliau sebagai ahli perniagaan, ahli korporat dan ahli politik merupakan aset cukup berharga bagi membantu tugas barunya sebagai Duta Besar Malaysia di indonesia.

Sambil menolak anggapan banyak pihak di Malaysia kononnya pelantikan beliau merupakan imbuhan politik, Zahrain yang secara rasmi menjalankan tugas sebagai Duta Besar mulai hari ini, berkata tugas itu merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang penuh dengan cabaran.

"Pelantikan saya tidak harus dipersoalkan sebab saya percaya dalam membuat keputusan untuk menghantar saya sebagai Duta Besar di sini, saya yakin dan percaya banyak perkara telah diambil kira oleh kerajaan.

"Menjadi seorang Duta Besar ini bukan hanya apa yang disebut 'wine and roses' (kegembiraan atau kebanggaan).. .kita mesti lakukan (tugas) dengan penuh tawaduk sebab kita di negara orang dan kita ingin mendapat kepercayaan daripada rakyat negara itu," katanya dalam satu temu bual di Jakarta.

Zahrain, bekas anggota Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang dari parti PKR yang kemudiannya keluar parti dan menjadi anggota Parlimen Bebas pada penggal Parlimen sebelum ini, pada petang ini menyerahkan watikah tauliah pelantikannya sebagai Duta Besar kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, di Istana Merdeka.

Beliau pada 2 Oktober lalu menerima watikah tauliah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Zahrain, sebelum ini juga merupakan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd dan juga penaung kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang, PertubuhanPembangunan dan Kebajikan Rakyat Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam.

Duta Besar Malaysia itu berkata beliau yakin pengalamannya sebagai ahli perniagaan, ahli korporat dan ahli politik menjadi nilai tambah kepada beliau dalam menggalas cabaran barunya sebagai seorang diplomat.

"Dalam bidang diplomasi ini, bukan hanya protokol yang kita bincang, tetapi banyak perkara berkenaan dengan perniagaan, pelaburan, perdagangan dan hubungan," katanya.

Zahrain meminta semua pihak agar jangan hanya melihat latar belakang beliau sebagai ahli politik tetapi semua pengalaman dalam bidang-bidang yang beliau telah ceburi itu yang akan banyak membantunya dalam bidang diplomatik.

"Saya tidak menafikan bahawa saya orang baru, tapi saya mendapat sokongan, dorongan staf yang saya telah berkenalan di Kedutaan Besar dan rakan-rakan di Wisma Putra yang telah memberi tunjuk ajar dan tips yang baik, untuk saya berkhidmat sebagai seorang diplomat," katanya ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: