Rabu, 20 November 2013

Addin

Addin


Berita YB Nurul Izzah Yang Tidak Di Siarkan TV3, RTM, Utusan Dan Berita Harian

Posted: 20 Nov 2013 07:54 AM PST


Kalau setakat RTM dan TV3 tidak mahu temu ramah sebab atas arahan pihak atasan ... namun YB Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai, salah seorang wakil rakyat yang amat di geruni oleh UMNO/BN ... 

Namun hari ini Al Jazeera dengan bangga dan  berbesar hati telah menemuramah Nurul Izzah di pejabatnya petang tadi.

Jika tidak ada aral melintang dan tekanan dari pihak atasan, diberitakan rakaman temuramah ini akan di siarkan di saluran 513 Astro..  Tarikh dan waktu siaran belum di ketahui lagi. ~omakkau




Iklan C (ii)


Shahidan Sekali Lagi Mempertahankan Rosmah

Posted: 20 Nov 2013 03:33 AM PST

Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah 'tidak adil' kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim (gambar) hari ini.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.

"Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?" tanya beliau kepada wartawan.

"Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma."Shahidan kemudian menyalahkan media kerana berterusan melemparkan kritikan terhadap Rosmah, sambil berkata kritikan itu tidak adil kepada Rosmah.

"Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. 

Pelabur akan takut untuk datang ke sini."Beliau telah membina negara ini," katanya.

Semalam, Shahidan mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana isteri Perdana Menteri telah dijemput ke negara teluk untuk berbincang 'banyak perkara'.

"Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri."Lawatan ke negara luar bukan untuk suka-suka. 

Ia membabitkan banyak tanggungjawab," katanya selepas ahli parlimen pembangkang menyerang beliau berhubung isu Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan minggu lalu di Parlimen.

Rosmah berada di Qatar minggu lalu bagi menyampaikan ucaptama Forum Perniagaan Wanita ke-4 di Doha yang dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Qatari dan Interactive Business Network.

Turut sama dalam rombongan itu adalah Penasihat Khas Usahawan Wanita dan Profesional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Pemimpin pembangkang mengkritik penggunaan jet itu yang dilihat sebagai satu bentuk salah guna kuasa yang menurut Shahidan telah diluluskan kabinet. ~tmi





Iklan C (ii)


Punca Exco Pertikai Titah Sultan Selangor Tersebar

Posted: 20 Nov 2013 02:28 AM PST

Exco-Exco kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan pandangan bahawa sesiapa yang menentang titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penggunaan kalimah Allah wajar meninggalkan negeri Selangor.

Pada 17 November lalu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, seperti yang dipetik dalam Utusan Malaysia berkata mana-mana pihak yang mempersoalkan titah Sultan Sharafuddin  berhubung pengunaan kalimah Allah wajar meninggalkan negeri itu.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim bagaimanapun akur dengan titah Sultan Sharafuddin menetapkan bahawa semua rakyat negeri itu, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan mematuhi larangan penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

"Walaupun mungkin daripada segi ideologi, dari segi pandangan orang ada pendapat masing-masing yang berbeza. Cuma saya kira tidak perlulah sampai satu keadaan yang mana sampai perlu menekankan sesiapa yang tidak setuju dengan titah sultan perlu keluar dari negeri.

"Saya ingat ini bukan satu cara penyelesaian yang baik kerana saya masih lagi melihat bahawa pandangan ataupun pendidikan kepada manusia sejagat itu adalah satu perkara yang penting," kata Ahmad Yunus apabila ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Tambahnya lagi, para mufti boleh memainkan peranan untuk menerangkan kepada masyarakat mengapa titah ini dibuat.

"Mungkin pendapat bergantung kepada corak ilmu yang kita dapat. Kalau ilmu yang ada dan kita dapat menyedarkan…apatah lagi dengan nasihat mufti-mufti, kita boleh memberikan penerangan kepada masyarakat. 

Itu saya kira (cadangan) yang lebih baik," jelasnya lagi.Menurutnya lagi, titah yang dikeluarkan oleh Sultan Sharafuddin sudah dilihat dari pelbagai sudut kepentingan dan semua pihak perlu akur dengan titah baginda.

Apabila ditemui, Teng berkata titah sultan itu tidak memang tidak wajar untuk dipersoalkan.

"Itu titah tuanku dan kita hormati titah tuanku," katanya.Namun, beliau mempersoalkan kembali cadangan Mahmood supaya mana-mana pihak yang menentang titah sultan untuk berhijrah dari negeri Selangor.

"Kalau orang tidak mahu pindah apa boleh buat? Kita ada undang-undang," katanya lagi.

Sultan Sharafuddin, pada 14 November lalu menetapkan bahawa semua rakyat negeri itu, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan mematuhi larangan penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam. ~fmt


Iklan C (ii)


Berita Menggemparkan Dari PAS Kedah

Posted: 20 Nov 2013 12:20 AM PST

Fauzi Tahir (gambar) bukanlah nama besar di dalam PAS. Tetapi langkah yang beliau ambil untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebabkan namanya terkenal ke seluruh negara.

Yang Dipertua PAS kawasan Padang Serai ini mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Presiden PAS dalam muktamar PAS ke-59 yang akan diadakan 22 hingga 24 November di Shah Alam, Selangor.

Namun usahanya itu tidak kesampaian apabila beliau hanya mendapat satu pencalonan sahaja iaitu dari kawasannya sendiri, Padang Serai, sedangkan perlembagaan PAS meletakkan syarat sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan seseorang calon bertanding.

Namun hasrat Fauzi, 55 tahun, untuk membuktikan demokrasi hidup subur di dalam PAS berjaya. Selain mahu membuktikan demokrasi hidup subur, Fauzi juga mahu membuktikan pemimpin bukan maksum di dalam PAS.

Mereka ada kelemahan dan kecacatannya selaku manusia biasa."Saya mahu beritahu ahli dan semua pihak bahawa dalam PAS ini pemimpin bukan maksum. Jadi ada kelemahannya," kata Fauzi kepada The Malaysian Insider.

Berbekalkan dua hasrat itulah, Fauzi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden PAS, jawatan yang paling berkuasa dalam menentukan hala tuju parti Islam itu.

Fauzi yang sudah 10 tahun atau lima penggal memimpin PAS Padang Serai mula menyampaikan hasratnya mahu bertanding jawatan tertinggi PAS itu ketika memberikan ucapan penangguhan Mesyuarat Agung PAS kawasan Padang Serai beberapa bulan lalu.

Ketika itu beliau sudah diumumkan sebagai YDP kawasan setelah menang tanpa bertanding.

Apabila perwakilan mesyuarat agung itu membuat keputusan menyerahkan urusan pencalonan kepimpinan tertinggi PAS, Fauzi memohon dari AJK PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai presiden PAS.

"Memang tidak semua AJK saya bersetuju ada yang membantah. Tetapi selepas berbincang mereka bersetuju dengan hasrat saya itu," kata Fauzi mengimbau kembali apa yang berlaku dalam mesyuarat AJK PAS kawasan Padang Serai yang pertama selepas mesyuarat agung tahun ini.

Fauzi sedar sudah tentu ada pihak yang marah dan tidak bersetuju dengan langkah beliau itu seolah-olah mahu memalukan Abdul Hadi selaku presiden PAS, namun Fauzi berpuashati dengan keputusan yang telah beliau ambil itu.

"Tujuan saya jelas untuk kepentingan PAS dan tidak ada niat untuk malukan Tuan Guru Presiden," kata Fauzi.Walaupun sedar ramai yang tidak suka dengan keputusan beliau itu namun tidak ada seorang pun pemimpin PAS peringkat pusat atau negeri yang memarahi atau menasihat beliau.

"Yang jumpa saya semua senyum-senyum saja," kata Fauzi, seorang pembantu teknik di sebuah jabatan kerajaan.

Ketika ditanya, apa yang mendorongnya menawarkan diri, adakah kerana tidak berpuashati dengan presiden Presiden PAS yang ada, Fauzi memohon untuk tidak menjawab soalan itu."Biarlah, tak payah saya jawab soalan itu," kata Fauzi. ~tmi




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: