Selasa, 19 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gara-gara pinangannya ditolak, Anggota Polis lepaskan lima das tembakan.

Posted: 19 Nov 2013 07:09 AM PST


Buat yang ada anak dara tu, kalau ada yang nak masuk meminang siasat dulu latar belakangnya sebelum nak tolak tak tentu hala.

Manalah tahu... silap tolak nanti jadi macam berita ni.. tak pasal-pasal saja kena tembak..

KAJANG - Kerana lamarannya ditolak, seorang anggota polis melepaskan lima das tembakan setelah bergelut dengan ahli keluarga teman wanitanya di Kajang.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, abang teman wanitanya Solomon Stallin a/l Tholiletholan berusia 25 tahun terkena satu tembakan di bahu dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Kajang.

Ketika kejadian suspek Samuel a/l John Moses berusia 27 tahun seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah pergi ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit.

Ekoran daripada itu, berlaku perselisihan faham antara suspek dan keluarga teman wanitanya sejak beberapa hari lalu.

Bengang dengan situasi terbabit, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa.

Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun kemudian berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kes melibatkan anggota tersebut.

Siasatan awal mendapati anggota polis terbabit tidak memulangkan senjata api yang digunakan selepas bertugas dalam sekatan jalanraya awal pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Video berkaitan sila lihat di SINI

Habislah Guan Eng!! PAS Pulau Pinang akan keluar Pakatan Rakyat jika tidak diberi jawatan..

Posted: 19 Nov 2013 04:01 AM PST


Selama ni aku ingat hanya dalam UMNO saja yang ada bila tak dapata jawatan, ugut nak keluar UMNO.. rupa-rupanya dalam PAS pun ada..

PAS Pulau Pinang hari ini membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Timbalan pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Yusof berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Parti itu juga bersedia menarik balik wakilnya keluar daripada kedudukan negeri atau pihak berkuasa tempatan jika enam tuntutan yang dikemukakan mereka hari ini tidak diendahkan.

Kata kawan aku Zainulfaqar, ini bukan keputusan muktamar!! oleh itu bolehlah dianggap tuntutan-tuntutan mereka ini bukanlah mewakili PAS.. tuntutan mereka sendiri bukan tuntutan PAS!!

Jadi aku boleh hentam ikut suka aku...

Orang tua-tua kata.. kalau nak ukur baju tu biarlah ukur dibadan sendiri.. dalam hal ni kita boleh kata kalau nak demand tu, tengoklah berapa kerusi yang kita menang..

Kalau banyak bolehlah nak demand, ini tidak.. menang hanya satu Kerusi dah nak demand yang bukan-bukan..

Takkanlah kerana tak dilantik sebagai JKKK pun dah nak keluar PR, berfikir tu biarlah rasional sikit.. banyak sangat ke elaun JKKK tu?

Katanya ikhlas.. nak berjuang demi Islam, tapi dengan kenyataan mereka ini, mereka mendedahkan kepada umum apa yang diperjuangkan oleh mereka selama ini.. majoriti tuntutan melibatkan Kuasa dan Wang Ringgit..

Kalau aku kata gila kuasa nanti ada pulak yang marah.. tapi dari tuntutan mereka jelas mereka memang gila kuasa..

- Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio @ Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

- Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini. Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.

- Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih & melantik JKKK di kawasan Dun/Parlimen yang ditandingi PAS (6 Dun, 2 Parlimen).

- Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Ni laporan penuh dari The Malaysian Insider...

Penang PAS has flexed its muscles, sending a message to the state Pakatan Rakyat (PR) leadership that it wants equal standing with its colleagues from the DAP and PKR. 
If not, the party will walk. The party, which has one state seat in Penang, said its deputy state commissioner Muhammad Fauzi Yusoff wants to be consulted on policy-making by the state government before final decisions are made, among other things. 
"We are not going to let the party be viewed as a puppet in Penang. 
"Penang PAS, with all due respect, will withdraw and resign from state positions and appointments offered if the state government and the state PR Council do not take our demands seriously. 
"We will also review our position in the state PR if PAS is no longer needed in the state government to safeguard our principles and the dignity of our struggles," he told a press conference in Seberang Jaya today that was attended by several state party leaders. 
He said even though the party has one seat in Permatang Pasir, it did not mean its voice, contribution, service and professionalism in Penang can be disregarded. 
The party is demanding that all political appointments in the state government that are set aside for PAS must be made only after consulting and getting consent from the party. 
Otherwise, Fauzi said, Penang PAS will consider the action as sidelining the party, and will not acknowledge the appointments and will even take action against the individuals involved. 
He said the party wanted its state commissioner and sole assemblyman Datuk Mohd Salleh Man, who is also state religious council head, to have full power over the appointments of council members and board of directors in agencies and subsidiaries under the Penang Islamic Council (MAIPP), without any interference from the state exco
He alleged that there was unnecessary interference from the exco on appointments for the coming term, and it was against the ethics and spirit of PR. 
"We fear that such interference will cause power overlapping, which will disrupt MAIPP's administration and appointments made by the Yang di-Pertuan Agong," Fauzi said, declining to say if he was referring to Datuk Abdul Malik Abul Kassin of PKR, who is state religious affairs, domestic trade and consumerism committee chairman. 
Penang PAS is also demanding a quota be set for its members to be appointed as directors on the boards of state government-linked companies. 
Presently no PAS member holds such a position. The party also wants control over the appointments of Village Security and Development Committees (JKKK) members in the six state and two parliamentary constituencies contested by PAS. 
"We were made to understand that appointments had been made directly without consulting us nor getting our consent when the constituencies are PAS seats. That is against the PR ethics. It is most regrettable. Logically, the mandate should be ours. 
"We also want the number of Penang and Seberang Prai municipal councillors from PAS to be increased from two to four for each council, and they must be individuals recommended and approved by the party," he said, adding that the demands are being made following a state party meeting last Thursday chaired by Mohd Salleh. 
Fauzi said the demands were not unreasonable because improvements should be made in the PR administration. 
"Last term, PR was just learning how to administer the state but now we want to see improvements," he said. 
He said the demands were in line with the spirit of mutual understanding and cooperation in PR and the CAT (competency, accountability, transparency) principles championed by the DAP-led state government, as well as the need to provide checks and balances to the administration. 
Although he would not admit that the party has been sidelined by its more dominant partners, he said PAS needed to be firm in its struggles and direction for the sake of its grassroots. 
On why Mohd Salleh was not declaring the demands himself as state party leader and whether he had taken up the matter with his counterparts from the DAP and PKR, Fauzi said they were the "back-up". 
"We have sent several letters to the chief minister's office and to the relevant exco and PR leaders here before and after the 13th general election about these issues but we never got any response. 
"It could be that they are busy with state matters. That is why we are having this press conference to make our demands known," he said. 
He also added that the party does not fear any backlash from its PR colleagues over its demands. 
"There should be no problem with what we are saying. We are not making accusations against the state," he said.

Malik Kassim... Hang jawabla apa depa tuduh tu...

Depa dah lupa ka kisah di Sungai Acheh?.

Jangan lupa baca juga apa kutukan penyokong PAS terhadap mereka-mereka ini di SINI

Ibrahim Ali kena penjara sehari..

Posted: 19 Nov 2013 12:59 AM PST


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini. 

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.

Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara. Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut. 

Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.

Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.

"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita ~ Malaysiakini

Ahmad Maslan kata takut kena culik jangan lawat Pulau Pom Pom?

Posted: 18 Nov 2013 08:50 PM PST


Sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri, Ahmad Maslan sewajarnya berfikir dulu sebelum berkata-kata, bukannya main bedal saja ikut suka dia..

Dalam isu penculikan di Kepulauan Pom Pom baru-baru ini, beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai kes terpencil..

Dan dalam masa yang sama menegaskan banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang ada dalam negara ini untuk dilawati.

Dengan berkata begitu ayatnya bolehlah ditafsirkan sebagai 'Takut kena culik jangan lawat Pulau Pom-Pom..' samalah macam kenyataan Menteri Ayam hari tu..

Memang banyak tempat yang boleh kita lawati, tetapi Ahmad Maslan sewajarnya memikirkan apakah nasib para pengusaha resort dikepulauan itu, andaikata para pelancong menjauhi Kepulauan tersebut?

Apa salahnya jika beliau berkata Kerajaan akan tingkatkan keselamatan dikawasan tersebut.. sekurang-kurangnya ramai pelancong akan rasa lebih terjamin keselamatannya..

Fikirlah jauh sikit sebelum bercakap tu...

Many other places for tourists to go, Sabah kidnap no impact, says Putrajaya 
Putrajaya has shrugged off concerns that the abduction of a Taiwanese tourist from an island resort off Sabah will affect the economy. 
Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan( pic), describing the incident on Pom Pom island off Semporna as isolated, said Malaysia being a vast country has many other places to offer tourists. 
"We have Sarawak and Peninsular Malaysia for people to visit. Kuala Lumpur and Pom Pom are far from each other and Kuala Lumpur is not affected," Ahmad Maslan said in Parliament today, in reply to Sabah's Kalabakan MP Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. 
Ghapur had warned that the incident could strike fear among tourists planning to visit Malaysia, especially to the east coast of Sabah, affecting the economy and the value of the ringgit. 
He said even MPs from the east coast of Sabah were afraid that intruders would kidnap people with "value". 
Ahmad Maslan, acknowledging that the incident caused some travel agents to issue an alert, however went on to say that Kuala Lumpur was chosen as the world's fourth shopping paradise. 
"Visit Malaysia Year 2014 will not be affected," he stressed adding that he was confident that the authorities will be able to nab the intruders. 
In the incident last Friday, Taiwanese tourist Chang An Wei was abducted by intruders while her husband Hsu Li Min, 57, was found dead with two bullets in his chest. 
Malaysian police believe the kidnappers are linked to a terrorist group Abu Sayyaf. 
Taiwanese daily Taipei Times quoted the Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar as saying last Saturday that the southern Philippine militant group could be behind the incident. 
Khalid said the terrorists were able to slip into the resort as the Philippine armed forces were busy in relief works in the aftermath of Typhoon Haiyan, Police meanwhile said the kidnappers had yet to demand a ransom. 
Ghapur had previously flayed the Eastern Sabah Security Command set up by Putrajaya several months ago to stop incursions by foreign terrorists into Sabah. 
"This is very disappointing because it shows that Esscom is not functioning properly," Abdul Ghapur had told The Malaysian Insider. 
"If these attacks are happening again, it will discourage tourists from visiting Semporna and Sipadan. This will cause Sabah to lose its tourism revenue" ~ The Malaysian Insider

Shahidan dedahkan sebab Najib tidak guna penerbangan MAS untuk ke luar negara..

Posted: 18 Nov 2013 04:30 PM PST


Kerana nak pertahankan tindakan isteri Perdana Menteri yang menggunakan Jet Kerajaan dalam lawatannya ke Qatar baru-baru ini, Shahidan berkata lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

Kepentingan apabendanya entahlah, sedangkan kita tahu hanya Menteri boleh mewakili Malaysia dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.

Selain itu Shahidan juga mendedahkan sebab Najib tidak menggunakan penerbangan MAS.. Katanya tak ada kelas....

Pesawat MAS Kurang Sesuai Untuk Lawatan PM Ke Luar Negara 

KUALA LUMPUR: Penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain.

"Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang).

"Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa 'charter' sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara.

Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja.

Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara.

Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.

Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

"Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?," katanya.

Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan. -BERNAMA 

Eh??.. Tak adalah pulak Shahidan kata Jet Eksekutif Kerajaan itu boleh digunakan oleh bekas Perdana Menteri untuk pergi makan kenduri macam macai komen di SINI..

Tiada ulasan: