Ahad, 17 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lagi cadangan nak menyusahkan rakyat, oleh JPJ pula..

Posted: 17 Nov 2013 08:35 AM PST


Sudahlah motor pun dicadangkan untuk dikenakan tol, ini pula kereta yang berusia lebih 12 tahun pula akan dipertimbangkan untuk tidak dibenarkan berada dijalan raya pula...

Kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baru.

Pada Jumaat lepas, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Bohonglah kalau dikatakan itu adalah satu penemuan baru, sedangkan ianya telah lama diamalkan dikebanyakkan negara maju seperti Jepun contohnya.

Tapi sebelum dilaksanakan perlu diambil kira faktor harga kereta di Malaysia.. dinegara luar kereta murah kerana cukainya tidaklah setinggi yang Kerajaan Malaysia kenakan.

Pendapatan mereka tinggi, harga kereta pula murah..

Tapi dinegara kita ini, yang kononnya hendak dijadikan negara berpendapatan tinggi oleh Najib, rakyat berhutang selama 5, 7 atau 9 tahun untuk memiliki sebuah kereta baru.

Sebabnya kereta mahal jadi kebanyakkan rakyat tidak mampu untuk memiliki kereta baru dengan membayar secara tunai, kebanyakkan yang mampupun ialah Kroni UMNO..

Jika kereta yang berusia lebih dari 12 tahun tidak lagi dibenarkan berada dijalan raya, yang terpaksa meminjam selama 9 tahun tu, cuma ada 3 tahun untuk bebas dari hutang kereta.. lepas tu kena berhutang semula sebab kereta dah kena scrap.

Jadi hiduplah dengan membayar hutang saja sampai mati rakyat Malaysia ni..

Jika faktor keselamatan dijadikan ukuran, rasanya kereta yang diselenggara dengan baik boleh digunakan lebih dari 12 tahun... lagipun selain kereta faktor pemandu dan juga jalan raya perlulah diambil kira sama selain keadaan kereta itu..


JPJ akan pertimbang had jangka hayat kenderaan 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di Sibu hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baru.
Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.
Mengenai isu berasingan, Abdul Aziz berkata cadangan penubuhan Seksyen Profil Pemandu Kenderaan Komersial di JPJ sedang dilaksanakan.
"Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.
"Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain," katanya. – Bernama

Eh??.. Apa sumbangan MIROS kepada negara agaknya?.. nama tu dah lama aku dengar tapi kadar kemalangan tak menurun pun?..dengar cerita ada anak VVIP UMNO dalam tu.. betul ke?

Gara-gara beraksi macam Monyet, diserang di laman Twitternya..

Posted: 17 Nov 2013 04:37 AM PST


Bertindak mengoyakkan usul PR di persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui menerima "serangan" bertali arus daripada penyokong parti pembangkang itu.

Menerusi komen di laman mikro Twitternya hari ini, beliau berkata, kritikan yang diterima memang "pedas" kerana tidak bersetuju dengan tindakannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) itu berkata, walaupun menerima serangan tersebut, ia tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.

"Serangan hebat yang bertali arus seperti hujan lebat dari cyber trooper dan pengikut-pengikut PR...tidak melemahkan saya dan ia nya memberi kekuatan kepada saya," katanya.

Memetik laporan media, sesi petang sidang Dewan Rakyat Khamis lalu tegang apabila ahli Parlimen BN mengoyak kertas usul yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.

Bung bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.

Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.

Majoriti ahli Parlimen BN bangun dan menjerit "usul haram" beramai-ramai dan kemudiannya menyaksikan usul berkenaan ditolak untuk dibahaskan ~ Sinar Harian


.... Video aksi Monyet tersebut bolehlah dilihat di SINI

1,174 Juruterbang berlesen yang sedang menganggur..

Posted: 16 Nov 2013 06:00 PM PST


KAMI ibu bapa kepada graduan juruterbang komersial persendirian yang masih menganggur pada ketika ini, ingin membuat sedikit teguran kepada pihak yang berkenaan mengenai punca permasalahan ini.

Kami juga ingin mencadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mereka.

Masyarakat sudah jelas mengenai betapa kroniknya tahap pengangguran juruterbang pada ketika ini. Hampir setiap minggu ada sahaja berita atau artikel mengenai juruterbang menganggur. Tetapi bagaimanakah permasalahan ini berpunca?

Ini adalah kerana munculnya lambakan sekolah penerbangan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sejak tahun 2005, sekolah penerbangan berkenaan telah menghasilkan ribuan juruterbang muda yang telah melebihi permintaan syarikat penerbangan.

Ini berlaku kerana akademi latihan penerbangan ini merupakan sebuah perniagaan yang cukup lumayan apabila setiap seorang pelajar dikenakan yuran melebihi RM220,000 seorang. Anak muda berpendidikan pula berpusu-pusu menyertai walaupun yuran tersebut tersangat mahal.

Walaupun begitu, pihak yang menubuhkan sekolah penerbangan tersebut tidaklah boleh dipersalahkan begitu sahaja. Ini kerana pihak yang sebenarnya memantau pertumbuhan sekolah penerbangan adalah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Sesebuah sekolah penerbangan tidak boleh dibuka begitu sahaja tanpa kelulusan dan pemantauan teliti daripada DCA.

Jadi, yang menghairankan ialah bagaimana pihak DCA meluluskan begitu banyak pembukaan sekolah penerbangan tersebut sehingga wujud lambakan juruterbang yang menganggur?

Bukankah sepatutnya mereka membuat kajian dan pemantauan terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan? Di sini, DCA yang sepatutnya memainkan peranan penting untuk menyelesaikan permasalahan ini walaupun sudah agak terlewat.

Baru-baru ini, pihak DCA khabarnya telah mengarahkan setiap sekolah penerbangan menghentikan pengambilan kadet juruterbang buat sementara waktu bagi mengurangkan penghasilan graduan yang menganggur. Juga untuk memberi laluan kepada graduan juruterbang ini mendapat tempat di syarikat penerbangan dan sebagainya.

Tetapi sayangnya tindakan yang diambil oleh pihak DCA tidak begitu serius dan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini kerana menurut maklumat, terdapat sebuah sekolah penerbangan di Pantai Timur Semenanjung masih lagi mengambil kadet juruterbang baru pada awal Julai 2012 lepas.

Itu belum dikira lagi pelajar dari sebuah universiti yang mengambil jurusan sarjana kejuruteraan aeronautik (pilot profesional) juga akan menyertai sekolah penerbangan tersebut untuk menjadi juruterbang juga. Bayangkan hampir 1,000 lebih juruterbang sedang menganggur dan ini akan bertambah ramai.

Bukan itu sahaja. Sejak dahulu lagi, bilangan kadet juruterbang yang diambil oleh salah sebuah sekolah penerbangan sudah melebihi garis panduan yang ditetapkan oleh DCA, tetapi pihak DCA hanya pejam sebelah mata membenarkan perkara ini dilaksanakan.

Kini jumlah keseluruhan kadet yang masih meneruskan latihan di sekolah tersebut sudah melebihi 400 orang, jauh lebih banyak daripada yang ditetapkan oleh DCA iaitu 200 orang pada satu-satu masa. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?

Mengenai peluang pekerjaan di syarikat penerbangan tempatan pula, diharapkan DCA juga memainkan peranan untuk mencadangkan supaya syarikat tersebut mengambil juruterbang persendirian selain daripada mengambil kadet sendiri.

Pihak syarikat penerbangan AirAsia sudah memaklumkan bahawa mereka akan terus menghantar sekurang-kurangnya lima kumpulan kadet mereka untuk dilatih oleh sekolah penerbangan, dan hanya akan mengambil sedikit sahaja daripada juruterbang persendirian.

Yang lebih mengejutkan syarikat penerbangan kebangsaan, Penerbangan Malaysia (MAS) tidak mengambil walau seorang pun juruterbang persendirian. Sekiranya amalan ini berterusan, bagaimanakah krisis pengangguran juruterbang muda di negara ini dapat dikurangkan?

Sewajarnya kita perlu memberi pertimbangan kerana kebanyakan mereka bukan sahaja menjalani kursus melalui pinjaman Mara malah ada juga yang meminjam dengan pihak bank. Sekiranya mereka menganggur, bagaimanakah mereka ini ingin membayar kembali pinjaman tersebut? Kepakaran mereka ini tidak boleh digunakan untuk sektor lain.

Anak muda berkelayakan ini dalam keadaan tertekan sekarang kerana mereka tidak punya banyak pilihan untuk menceburi bidang kerjaya lain. Lulusan universiti atau kolej lainnya boleh mencari alternatif untuk membina kerjaya tetapi bagi mereka hanya lesen juruterbang sahajalah yang dimiliki.

Adalah amat malang tenaga mahir ini dibazirkan dan ini juga secara tidak langsung telah membazirkan sumber tenaga negara.

Mohon jasa baik pihak yang berkuasa campur tangan bagi menyelamatkan tenaga muda berkemahiran tinggi ini daripada terus menjadi penganggur.

Ibu Bapa Prihatin
Puchong, Selangor


September lalu Berita Harian melaporkan....

Tidak ada banyak perubahan pada kadar pengangguran juruterbang di Malaysia semenjak tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Sivil (DCA), Datuk Azharuddin Abd Rahim.

Beliau berkata, setakat Ogos 2012, ada 1,174 juruterbang berlesen yang sedang menganggur.

" Lebihan bekalan juruterbang berbanding permintaan," katanya dilihat mulai 2011 dan meningkat tahun lalu apabila lebih ramai golongan itu yang membuat aduan kepada DCA.

"Pada 2011, industri penerbangan global melihat kemerosotan akibat peningkatan harga bahan api. Ini mengakibatkan industri penerbangan mengurangkan laluan, tidak membeli pesawat baru dan menghentikan perkhidmatan pesawat untuk menyemak semula operasi, tanpa pengembangan," katanya kepada BERNAMA.

Beliau menambah bahawa Malaysia tidak mempunyai banyak syarikat penerbangan, dan ketidaktentuan ekonomi juga menjejaskan syarikat penerbangan tempatan menjadikan permintaan untuk juruterbang terus merosot.

Untuk layak sebagai juruterbang syarikat penerbangan, pelajar yang dibiaya secara persendirian harus membayar sekurang-kurangnya RM250,000 dan hanya beberapa pelajar akan diambil sebagai kadet dan dibiaya oleh syarikat penerbangan.

Azharuddin berkata, untuk menangani isu pengangguran itu, DCA menubuhkan pusat pendaftaran di laman web jabatan untuk membantu mereka yang masih menganggur. 

... Sekali lagi kita menyaksikan padah bilamana pendidikan dijadikan perniagaan, dalam hal ini Sekolah Penerbangan diberikan lesen untuk beroperasi tanpa dipedulikan limpahan juruterbang yang jelas akan berlaku..

Yang penting bagi mereka poket kroni penuh.. rakyat?.. mampuih pi!!

Tiada ulasan: