Anak Sungai Derhaka |
- Calon BN dedahkan sebab beliau kalah di Sungai Limau..
- Laaa.. Runtuh lagi siling Hospital Serdang ni!
- PANAS!! Wikileaks dedah seluruh Dokumen Perjanjian TPPA yang disorok Kerajaan..
- Motorsikal pun akan dikenakan Tol?.. Tak apa.. BR1M kan ada....
- 5,000 Graduan Doktor Perubatan Bakal Menganggur Tahun Depan...
Calon BN dedahkan sebab beliau kalah di Sungai Limau.. Posted: 14 Nov 2013 08:20 AM PST Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang hadir di analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini berkata BN tidak akan mampu memenangi hati pengundi melalui pemberian yang diberikan semasa tempoh berkempen kerana pengundi mempunyai calon pilihan sendiri. "Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu. "Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya. Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu. Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja. "Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu. "Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN. Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai," katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya ~ The Malaysian Insider | ||
Laaa.. Runtuh lagi siling Hospital Serdang ni! Posted: 14 Nov 2013 05:42 AM PST Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi ini, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata runtuhan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi. "Bahagian berkenaan sebelum ini telah dikosongkan untuk kerja-kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit telah dialihkan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Usaha Bernama untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan. Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi. Sebelum ini, beberapa kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan. Pada 30 September lalu, siling wad bersalin runtuh, menyebabkan timbul gesaan supaya Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan jika siling runtuh lagi. Insiden pertama berlaku pada 30 Januari 2011 di lobi utama, tetapi tidak ada yang tercedera. Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera apabila berlaku lagi insiden siling runtuh, kali ini di Jabatan Kecemasan pada 13 Ogos 2012. Menurut bekas MP Serdang Teo Nie Ching, menteri kesihatan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memaklumkan kepadanya bahawa kementerian itu telah memperuntukkan RM800,000 untuk menggantikan kawasan yang luas 250 kaki persegi siling berikutan kejatuhan pertama. Teo berkata, didapati bahagian siling adalah "longgar dan berbahaya", menyebabkan Kementerian Kerja Raya menyiasat perkara itu ~ Bernama | ||
PANAS!! Wikileaks dedah seluruh Dokumen Perjanjian TPPA yang disorok Kerajaan.. Posted: 13 Nov 2013 11:00 PM PST Mei lalu... Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mendedahkan teks dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan kini Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA). Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, jaminan kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung perkara itu tidak mencukupi. "Jika benar-benar ada pasaran bebas dan kerajaan telus, kita seharusnya dapat melihat draf perjanjian," katanya dalam kenyataan media hari ini. (TPPA) adalah perjanjian multilateral yang sedang dirundingkan oleh 12 buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunai, Chile, Japan, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Menurut Mohamed Idris, CAP menimbulkan kebimbangan banyak isu berkaitan TPPA. Antaranya, kebimbangan Malaysia akan didesak bersetuju dengan peruntukan paten, yang akan menyebabkan kelewatan kemasukan ubatan generik dengan harga berpatutan di pasaran. Katanya, sesetegah pihak menegaskan harga ubat-ubatan tertentu akan meningkat sebanyak 60% -80% jika TPPA dilaksana, manakala ubat-ubatan berpaten boleh menjadi 1,044% lebih mahal daripada ubat-ubat generik. Versi ubat-ubatan berpaten untuk merawat HIV/Aids, sebagai contoh, melibatkan kos USD15,000 bagi setiap pesakit setiap tahun. Manakala versi generik kosnya hanya USD67 bagi setiap pesakit setahun. Menurut Mohamed Idris, satu lagi isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement – ISDS). ISDS menjadi kontroversi di seluruh dunia kerana membolehkan pelabur-pelabur asing mencabar tindakan sesebuah kerajaan tuan rumah, walaupun tindakan itu dilakukan demi kepentingan awam seperti kesan kepada kesihatan atau alam sekitar. "Adakah ini akan membawa kepada eksploitasi tidak beretika sumber asli kita dan apakah kesan kepada kesihatan awam akibat pencemaran dan kemerosotan alam sekitar? "Sehingga sekarang kerajaan Malaysia masih tidak memaklumkan rundingan atau teks perjanjian. Kebimbangan dan persoalan kami masih kekal tidak terjawab," ujarnya sambil menambah kebimbangan bahawa TPPA akan memberi implikasi yang besar bagi rakyat Malaysia... Meskipun Kerajaan mengambil langkah mendiamkan diri dan tetap enggan mendedahkan kandungan perjanjian yang turut ditentang oleh Tun Mahathir itu... Hari ini seluruh dokumen setebal 95 mukasurat itu telah didedahkan oleh WikiLeaks... Today, 13 November 2013, WikiLeaks released the secret negotiated draft text for the entire TPP (Trans-Pacific Partnership) Intellectual Property Rights Chapter. The TPP is the largest-ever economic treaty, encompassing nations representing more than 40 per cent of the world's GDP. The WikiLeaks release of the text comes ahead of the decisive TPP Chief Negotiators summit in Salt Lake City, Utah, on 19-24 November 2013. The chapter published by WikiLeaks is perhaps the most controversial chapter of the TPP due to its wide-ranging effects on medicines, publishers, internet services, civil liberties and biological patents. Significantly, the released text includes the negotiation positions and disagreements between all 12 prospective member states. The TPP is the forerunner to the equally secret US-EU pact TTIP (Transatlantic Trade and Investment Partnership), for which President Obama initiated US-EU negotiations in January 2013. Together, the TPP and TTIP will cover more than 60 per cent of global GDP. Both pacts exclude China. Since the beginning of the TPP negotiations, the process of drafting and negotiating the treaty's chapters has been shrouded in an unprecedented level of secrecy. Access to drafts of the TPP chapters is shielded from the general public. Members of the US Congress are only able to view selected portions of treaty-related documents in highly restrictive conditions and under strict supervision. It has been previously revealed that only three individuals in each TPP nation have access to the full text of the agreement, while 600 'trade advisers' – lobbyists guarding the interests of large US corporations such as Chevron, Halliburton, Monsanto and Walmart – are granted privileged access to crucial sections of the treaty text ~ Full Press release read HERE Download the full secret TPP treaty IP chapter as a PDF here | ||
Motorsikal pun akan dikenakan Tol?.. Tak apa.. BR1M kan ada.... Posted: 13 Nov 2013 08:01 PM PST Semalam AmenoWorld ada mengulas tentang laporan mengenai Motorsikal dan Tol yang telah disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia. Ulasannya berkisar tentang alasan keselamatan yang diberikan oleh pihak Kerajaan tentang pengguna-pengguna Motorsikal berkuasa rendah, ulasannya korang bacalah di ( SINI ) Antara apa yang dilaporkan oleh Utusan itu ialah.. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal. Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang. "Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan," katanya sidang Dewan Rakyat hari ini ~ Utusan Memang nampak baik niat Kerajaan itu.. cuma aku hairan sikit pasal selama ini apa saja yang dilakukan oleh Kerajaan BN ini walaupun ianya baik untuk rakyat tapi dalam masa yang sama kepentingan kroni tetap diutamakan.. Tapi hari ini bila membaca satu laporan dari media yang dikawal oleh Penyokong UMNO Pro Mahathir yang memetik laporan dari Nanyang Siang Pau, ada bahagian yang menyerlahkan niat sebenar Kerajaan yang tidak disiarkan oleh Utusan itu.. Dimana pada perenggan terakhir telah dilaporkan.. "High-powered motorcycles are exempted from toll charges because they fall under the category of two-wheeled vehicles," he said, adding that motorcyclists had to pay toll at the Malaysia-Singapore Second Link Expressway (Tanjung Kupang Toll Plaza), as well as the Penang Bridge. Jadi... jika kutipan tol terhadap motorsikal yang dikenakan di Jambatan Pulau Pinang dan juga Second Link itu dijadikan contoh.. Faham-fahamlah ya... kutipan tol yang dikenakan dikedua-dua tempat tersebut bukanlah berdasarkan kapasiti enjin.. lalu saja bayar, tak kira besar atau kecil..
Selepas ini.. aku cadangkan kepada Kerajaan supaya mendirikan bumbung bagi setiap lorong pejalan kaki yang ada.. kemudian kutiplah tol.. perah hingga ke syiling terakhir rakyat yang ada... | ||
5,000 Graduan Doktor Perubatan Bakal Menganggur Tahun Depan... Posted: 13 Nov 2013 04:30 PM PST ADA terlalu ramai pelajar-pelajar perubatan yang lulus setiap tahun tetapi Hospital pula tidak cukup untuk melatih dan menyediakan peluang pekerjaan buat mereka, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Jika keadaan ini berterusan, tidak akan ada tempat untuk graduan ini untuk menjalani latihan menjelang tahun depan, tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan. "Terlalu ramai graduan perubatan , dan kolej perubatan swasta pula terlalu banyak , hampir 40 sekarang untuk kira-kira 28 juta penduduk negara ini". "Ini mungkin salah satu per kapita tertinggi di dunia. Untuk beberapa tahun lalu , MMA telah menentang sekeras-kerasnya strategi membanjirkan pasaran untuk mengatasi masalah kekurangan doktor. Walau bagaimanapun , sepertimana jaminan yang telah kerap kita beri bahawa banyak kawasan luar bandar masih kekurangan doktor dan tidak ada kemungkinan untuk doktor menganggur , ramai terus mengikuti kursus perubatan. "Hari ini, dengan kira-kira 5,000 graduan perubatan setiap tahun, kita mempunyai jumlah tertinggi dalam sejarah Malaysia. ".. Apa lagi katanya, korang bacalah laporan dari New Straits Times ini.. fahamkan betul-betul ayat-ayat yang aku merahkan..
Those from unrecognised colleges need to complete two years of housemanship, two years of compulsory service and sit for a medical qualifying exam before being given full registration certificates. Kesimpulannya.. Inilah hasilnya bila pendidikan dijadikan perniagaan.. Yuran untuk pengajian bagi mendapatkan Diploma Kejururawatan ialah antara RM60,000 hingga RM90,000 seorang kalau tak silap akulah.. Kebanyakkannya dibiayai oleh PTPTN.. jadi 15,000 Jururawat yang tak jadi Jururawat lagi tu telah menggunakan sekurang-kurangnya RM900 Juta dari PTPTN.. Disini Jururawat yang tak jadi Jururawat tu perlu membayar pinjaman PTPTN jumlah yang dipinjam sahaja tapi bunganya ditanggung oleh Kerajaan.. Yang tersepit Jururawat yang tak jadi Jururawat lagi.. Yang untung.. Kroni yang menguasai PTPTN dan Kolej Perubatan Swasta.. Samalah dengan kes 210,000 Siswazah menganggur.. bacalah di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan